Tuesday, 27 December 2011

2
Komen

AKSES 3 part 1

Assalamualaikum kepada pelawat kebun Epal



Hari nie aku nak ceritakan satu kisah... enjoy reading okeh...(cerita betul rasanya..hehe)

''salihah... nanti join AKSES 3 kat Hotel Perdana KB tau hujung minggu nie...'' ujar Cikgu Ruhul Adila lantas mengejutkan aku yang ketika itu sedang asyik merenung wajahnya.


''haa? AKSES apa cikgu?'' tanya aku sedikit ragu-ragu.


''AKSES 3.. Akademik seminar eSastera.. sebenarnya sekolah nie nak hantar calon tingkatan 4..''


'' tapi cikgu..kan salihah nie pelajar tingkatan 5..''


''cikgu tahu kamu berbakat dalam bidang penulisan.. jadi cikgu nak kamu join program nie, semoga kamu boleh ambil sesuatu dalam program macam AKSES nie. pasal calon tu kamu jangan risau, cikgu dah pilih khairul izuan, shihabuddin dan nurul izzah. jangan beritahu rakan sekelas kamu, cikgu pilih kamu secara senyap2 nie tau.. kalau diikutkan ramai budak2 form 4 tu nak ikut tapi jumlah peserta dari sekolah kita nie terhad untuk 4 orang jer..'' ujar Cikgu Ruhul. 


nie mesti sebab aku minta tolong cikgu taip sajak yang aku reka hari tu.. sebab tu cikgu pilih aku. getus hatiku. Aku tersengih sambil menggaru-garukan kepala yang tidak gatal.


''jadi...nak pergi tak?'' soal Cikgu Ruhul sambil tersenyum memandang wajah aku.


'' nak... bila kita nak pergi? ''


'' program tu bermula hari khamis, 7 Febuari.. nanti jumpa kat sekolah okey..''


''okey cikgu.. saya minta diri dulu yer cikgu. masa rehat pun dah nak habis nie..'' kataku sambil tersenyum.. Cikgu Ruhul menganggukkan kepalanya..


'' haa.. lagi satu, dengar kata A.Samad Said pun akan turut serta..'' kata2 Cikgu Ruhul semakin membuatkan senyum dibibirku bertambah lebar.


''betul ke cikgu?!''


'' ya... dah2, balik ke kelas cepat..'' arah cikgu Ruhul sambil tergelak melihat reaksi wajah gembira ku.


--------------------------------------------------------------
7 Febuari 2008


''betul ke nak pergi nie... kan demam panas tu...'' soal Mak dalam nada cemas..


''Nak pergi.... urm....''


''degilnyalah budak nie... ish....'' Kata mak sedikit geram dengan perangai aku.


''Alaa... biarkanlah dia.. kalau nak pergi, telan ubat demam ni. pastu pergi siap cepat2. kesian cikgu tengah tunggu kamu tu..'' Tiba2 Ayah mula bersuara. Kata2 Ayah membuatkan aku tersenyum. Air mata segera disapu dan tanganku lincah menyambut ubat yang dihulurkan oleh ayah.


-------------------------------------------------------------------------
(bersambung....)


tulisan pena:


Saturday, 17 December 2011

0
Komen

sorry mungkir janji

Assalamualaikum kepada Pelawat Kebun Epal

Jiwa kacau.. actually hari nie aku dah berjanji dengan adik2 nak balik rumah.
tapi entah kenapa aku mungkir lagi janji tu.. Aku tahu adik2 aku kecewa dengan aku sebab diorang nak sangat2 jumpa kakak diorang yang jarang balik ke rumah nie.. Aku pun rindu sangat2 dengan diorang. balik rumah jer, diorang akan manja2 dengan aku.. peluk2, cium2 pipi.. something yang kami tak pernah buat masa Arwah ayah ada dulu.. yer la.. sebelum Arwah ayah masih hidup, kami nie buat hal masing2.. mana ada nak manja2 camnie, gaduh2 tiap hari tu adalah. diorang cam segan la (lebih kurang camtu la)..then bila Arwah ayah dah tak ada, Kami jadi rapat. saling memerlukan antara satu sama lain, jarang dah bergaduh.. (bahagianya aku rasa hidup aku)


Zaki, razi dan Amin, esok akak balik erk.. esok akak betul2 akan balik.. akak dah janjikan nak bawa kamu pergi KFC dan pizza hut.. ( kataku sambil curi2 tengok ke dalam wallet) sorry sebab dah mungkir janji. i love you guys so much... jangan merajuk dengan akak tau.. akak nie memang jiwa kacau ler (kan? kan? kan?) sorry...


much love:


0
Komen

PEOPLE change...

Assalamualaikum kepada pelawat Kebun Epal


....i miss you....
no, i miss the old you
but then again,  i miss the old me too....
and now i realized i was holding on to someone that didn't exist anymore.
PEOPLE  change and so do us.. we changed to be a stranger.. (sighs)
what's done cannot be undone and same goes to our times..

sekadar kata2, gambar ehsan dari google:


Friday, 16 December 2011

4
Komen

Adam dan Hawa

Assalamualaikum kepada pelawat Kebun Epal

Hari nie aku nak cakap pasal Adam dan Hawa... atau lebih kurangnya lelaki dan perempuan. bukan apa, bagi aku sendiri seorang wanita nie, tension jugak nak faham perangai lelaki. sama jugalah dengan lelaki, diorang lagilah pelik nak faham perangai kita.. (even aku sendiri pun tak faham perangai kaum aku sendiri)


Kita tengok dari segi perasaan antara LELAKI dan PEREMPUAN:
(Aku ambil contoh orang2 disekeliling aku dan diri aku sendiri)


couple:
Perempuan nie suka bercerita pasal kisah2 lama dia dengan bekas kekasih  pada teman lelaki dia yang sekarang.. cerita tu cerita nie sampai tak ambil kisah langsung perasaan teman lelaki yang mendengar cerita kita tu. aku tak tahulah kenapa perempuan nie suka cerita kisah2 lama, maybe nak bagi teman lelaki dia tu jealous atau cuma sekadar berkongsi cerita.


Lelaki plak, bila dia dah pilih kita sebagai kekasih dia, dia susah nak ceritakan pada kita kisah lama dia dengan bekas kekasih dia. bagi diorang, benda yang lepas tak perlu nak kenang sangat. Kadang2 kalau kita tanya dia reason kenapa dia suka kita pun, dia susah nak jawab.


(sebenarnya kan.. lelaki nie tak suka kita bercerita pasal lelaki lain depan diorang.. tambah2 kalau kita puji2 lelaki tu. kalau kita ditempat diorang, kita pon tak suka kan? )


Perasaan:
perempuanlah kaum yang paling mudah untuk jatuh cinta sebenarnya. mudah untuk sayangkan seseorang., mudah untuk terluka dan mudah untuk salah faham.. tambah2 kalau lelaki tu berikan perhatian pada kita, caring dan layan kita dengan baik. 


Lelaki nie susah sikit kita nak faham atau teka apa yang ada dalam hati diorang. seriously memang payah. Aku nak baca perangai diorang pon, buat aku pening kepala. kadang2 bila dia rapat dengan seseorang tu, dan orang yang rapat dengan dia tu rapat plak dengan orang lain, dia sebenarnya cemburu tapi dia susah nak tunjukkan perasaan tu tambah2 lagi orang yang buat dia cemburu tu cuma sekadar kawan jer. 


(kepada semua gadis2, lelaki bila diorang rapat dengan kita, caring pasal kita..tak semestinya dia jatuh cinta dengan kita atau dia suka kita lebih dari seorang kawan. diorang buat camtu sebab kita kawan diorang)


Menangis:
Perempuan memang terkenal dengan kelembutan hati.. mudah menangis.. (mungkin tak semua camtu) kebanyakkan diorang nie, tengok cerita korea ker, anime ker, drama melayu ker, kena tengking sikit ker atau demam ker, apa2 jer la.. mudah jer air mata mengalir.. kadang2 bila rindukan seseorang pun, dah cukup buat hati diorang sebak dan menangis. ada kadang2 tu jugak, diorang gunakan air mata sebagai senjata untuk melemahkan semangat lelaki.


Lelaki plak jarang kita tengok diorang menangis. kalau diorang kena tengking, diorang diam dulu pastu ada lah kejap lagi barang2 atau benda2 yang jadi mangsa.. (mungkin tak semua lepaskan rasa amarah camtu)

tapi lelaki walau sekuat mana atau sekeras mana pun hati diorang, diorang akan tetap mengalirkan air mata kalau diorang kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam kehidupan diorang.. cuma mereka je tak tunjukkan kepada kita.. peliklah kalau ada makhluk lelaki yang tak menangis kan..?


lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.

perempuan bila dia ada masalah ker, diorang suka ceritakan masalah tu pada orang lain.. berbeza dengan lelaki. diorang nie lebih suka pendamkan masalah tu dan cuba untuk selesaikan sendiri. perempuan nie ada satu lagi perangai, bila dia ada masalah, bila ada orang tanya ''kenapa, ada masalah ker?'' mesti dia akan jawab.. ''tak ada paper'' walaupun dalam hati tu dia nak cerita..bila didesak, baru lah diceritakan masalah tu (nie kira kes mahu tapi malu la nie cuma berlainan konsep) kalau lelaki, kalau dia kata tak ada, maksudnya memang TAK ADA.. 


Perempuan kalau mengalah, tu tanda sayang dan pengorbanan. even kita sendiri selalu dengar ayat dari perempuan ''Tak per, biar aku jer yang mengalah, tu tanda pengorbanan aku.. tanda aku sayangkan dia'' tapi bagi lelaki mengalah tu tanda lemah..


walau pon Adam dan Hawa nie berbeza, tapi hakikatnya mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Hawa sendiri tercipta dari tulang rusuk Adam.. betapa dekatnya jalinan perhubungan tu. Adam dan Hawa walaupun masing2 ada kekurangan dan kelebihan, ianya saling melengkapi antara satu sama lain.


''awak sering kata awak banyak kekurangan, jadi izinkanlah saya untuk melengkapi kekurangan yang awak ada itu dengan kelebihan yang saya ada.. dan lengkapilah kekurangan saya dengan kelebihan yang awak ada, semoga kita menjadi sempurna...''


tu jer nak sembang:


Tuesday, 13 December 2011

0
Komen

Dalam Diam

Assalamualaikum kepada pelawat Kebun Epal

Kadang2 lain orang lain perangai.. nah bukan kadang2 lah...hakikat insan yang bergelar manusia. memang macam tu. macam aku sendiri, dulu aku nie terlalu panas baran. apa yang aku rasa tak puas hati, aku tak cakap banyak terus tangan kaki aku semua naik kat orang yang buat aku tak puas hati tu (siot ja.. nampak sangat aku nie panas baran kan? ) aku nie jenis kaki pukul.. tambah2 lagi aku nie dulu bekas tomboi.. (mengeluh) tapi tu dulu... sebelum aku masuk kolej islam. bila dah masuk kolej islam nie, Alhamdulillah.. berkat restu arwah ayah, mak yang nak sangat2 tengok aku berubah dan hantar aku masuk kolej nie (even dulu aku memberontak sebenarnya nak masuk kolej camnie) dari segi pemakaian aku, cara aku kawal panas baran aku even tak sepenuhnya terkawal at last aku dah berubah sikit demi sikit..


cuma bila aku dah berubah jadi perempuan balik nie, aku cepat terasa hati walaupun hal tu simple matter jer. kadang2 terkeluar perkataan shit, WTH, sial and ect kat org lain, aku minta maaf sangat2.. aku sebenarnya tak sedar apa yang aku ucapkan tu sebenarnya.. (kurang ajar?) ya..ya.. aku tahu tu kurang ajar, tak sesuai dengan peribadi sebagai seorang pelajar Islam.. tapi sebelum judge aku, kenalilah aku dulu.. berubah jadi baik bukan sekelip mata jer bhai.. aku takut bila aku berubah sekelip mata, aku akan kembali cam perangai aku dulu. sekarang aku bermula dari bawah, aku dah tak pukul orang dah.. tak cakap kasar2.. aurat aku dah terjaga lagi baik dari dulu.. perkataan tak elok pon dah banyak dah aku tak sebut sekarang (cuma shit jer tak boleh nak buang lagi dan tengah usaha dah nie tak nak sebut perkataan camtu) beri masa pada aku... untuk berubah jadi lagi baik..


semalam pon disebabkan emosi, aku dah sakitkan hati orang yang aku sayang.. sorry maisa... i'm really sorry. listen to me, i'm sorry for what i've done before you know the reason why i did it, though and yet i messed it all up and we all make mistakes. i'm truly sorry when i'm giving back my ring to you, i know i have hurt you by doing that, (our forever love's ring) i had no idea what i was getting myself into it. i'm totally tired and stressful last night.  forgive me for my mistakes. I'm still a big sister learning, the responsibility of being an adult.. i wan't it back... i know i made u sad, i know i broke your heart, i wish my shameful action (tindakan serah balik cincin tu) do not cause us part.. i really love you..with all my heart, i wan't to tell you that i do love you...so much.





Aku pon tak tahu la kenapa aku nie cepat betul sensitif.. tak kan pembawakan budak kot?? (okey, statement tu memang nak minta penampar jep aku nie) mana lah tahu kak ipar aku nak pregnant lagi ke dan aku plak kena morning sickness, tu yang sensitif memanjang jep.. mudah menangis, cepat marah, mudah terasa.. perempuan..perempuan.. perangai perempuanlah aku tak boleh nak faham..


dibebel oleh;


Tuesday, 6 December 2011

0
Komen

Nak Berehat

Assalamualaikum kepada pelawat Kebun Epal

Erm... hai... (tetiba terasa janggal nie) erm... dah lama rasanya aku tak update blog nie.. entah la.. nak kata aku tak dak mood nak update, ada jaaa.. tapi... (sighs) ada banyak halangan kot.. (lempang laju2) aku rasa nak berehat ja daripada dunia blog nie.. untuk sementara la.. aku kena prepare untuk semester baru nie.. tak ada masa betul nak ziarah blog.. apatah lagi nak blogwalking.






Aku ada impian besar dalam hidup aku nie... ya..dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Penat tu memang ada tapi nak rasa manis, kena rasa pahit masam payau dulu..., baru boleh rasa manis (erk..betul ker ayat nie) pokok epalnya, kalau aku rasa nak kecapi manisnya epal kejayaan tu, aku kena rasa kepahitan dulu. kalau aku tak berehat pon, maybe update tak sekerap dulu.. yang penting, aku tak nak la blog aku nie berhabuk... tak kisah ada orang nak baca atau tak apa yang aku update nie... tapi yang penting, aku tak nak perjalanan blog nie terhenti sampai tu ja.


Dan aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang dah like page Cerita kebun Epal , aku bukak facebook Saya Minatsuki , tengok2 kat home, ada gak naik noti untuk page nie.  dan yang jadi silent riders pastu yang jadi follower Kebun Epal nie, aku ucapkan terima kasih pada korang.. at last, korang baca gak apa yang aku merapu, dok pung pang pung pang sana sini selama 6 bulan nie.. terima kasih.. :D


itu ja nak merapu,kbai:

Tuesday, 29 November 2011

0
Komen

Deep in my heart

Assalamualaikum kepada pelawat kebun Epal



i never stopped loving you but i stopped showing it to you. you don't know how much i wan't to say hi to you until i feel my heart aching. i love you and that's the problem..sometimes i wish you can feel my feelings. no matter how much you hurt me with your attitude and your silence but i will still love you even as a my friend. why am i still loving you when you never loved me? you hurt me more than i deserve,how can you be so cruel? i love you more than you deserve, why am i such a fool? no matter what, i'm happy to know you...but on other hand, i feel so upset when someone i know became someone i knew..:D nah..it's still okey for me.. aja aja fighting!

catatanku untukmu:

Monday, 28 November 2011

4
Komen

29 November 2011

Assalamualaikum kepada pelawat kebun epal

29 November 2011..... Selamat Ulang Tahun Ayah...
29 November 2011.... genap 11 bulan ayah tak ada dah kan...?


maafkan kak yer ayah, sebab kak banyak betul wat silap ngan ayah... akak tak dapat nak jaga ayah, nak bagi ayah merasa gaji pertama kak nanti.. tak mampu nak hadiahkan ayah rumah besar, tak mampu nak jaga ayah tapi ayah... kak hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah buat ayah kat sana... semoga ianya dapat membantu ayah bila berada disana.... ayah..maafkan kakak yer... 






terima kasih kerana hadir dalam hidup kak... kak sayang ayah.
semoga Allah menempatkan ayah dalam golongan orang yang beriman dan menerima salam dariNya.. kita berpisah buat sementara... insyaAllah... satu hari nanti, kita dapat berjumpa lagi... akak tak nak menangis dah lepas malam nie...


ayah.... terima kasih.. terima kasih untuk segalanya...


anak ayah dan mak:

Sunday, 20 November 2011

0
Komen

Janganlah Pergi Jauh Dari Saya

Assalamualaikum kepada pelawat Kebun Epal

dulu kan... saya keseorangan... sunyi jer rasa hidup......

''mak,naper sal susah nak dapatkan kawan yang baik? yang faham perasaan kita? yang rasa apa yang kita rasa....''

mak kata sebab allah nak uji kita....nak tengok sejauh mana kesabaran kita.. 

sebab tu saya sabar... hope saya akan jumpa seseorang...

tak lama kemudian...

mak... ini kawan baru saya.....>.<

mulai dari hari tu, apa2 yang kita buat..mesti kita buat sama2kan.... shopping, makan2, tengok wayang...

awak selalu luangkan masa awak untuk saya...

kalau saya sedih ker..merajuk ker.... awak selalu tenangkan hati saya...

yang penting awak ada untuk saya...dan saya pun ada untuk awak...

Sebab awak sayangkan saya..dan saya sayangkan awak..

.........tapi........

disebabkan orang lain yang cemburukan persahabatan kita.. dia mula hasut awak..

 sehingga awak mula bencikan saya...

hati saya hancur wak... awak tahu tak... awak kata awak kawan saya..tapi naper awak tak percayakan saya...awak.... saya kawan awak kan....:'(

mulai dari hari tu...awak dah lain dengan saya.. awak langsung tak pedulikan saya dah...

awak..saya rindukan awak...awak tahu tak? saya rindukan diri awak yang dulu...sobsobsob (sedih la plak)

adakah saya dah kehilangan awak dari kehidupan saya untuk selama2nya....

awak..saya rindukan awak sangat2.....

saya cuma nak cakap yang saya ikhlas sayangkan awak... saya sayangkan persahabatan kita nie..

Saya tak nak kehilangan awak..tapi kalau itulah takdirnya...saya terpaksa relakan awak pergikan,awak...


mesti sakitkan bila orang yang rapat dengan kita tiba2 menjauhkan diri dan membenci kita gara2 termakan hasutan orang lain..? bohonglah kalau kita tak perlukan kawan dalam kehidupan kita... selain daripada keluarga, orang yang tersayang..kawan juga orang yang terpenting yang mewarnai kehidupan kita...


 macam mana awak boleh pesan supaya jangan sayangkan awak sedangkan awak tu kawan saya dan awak tu wujud dalam ingatan saya? macam mana awak... macam mana saya boleh lupakan awak macam tu jer..?


awak jangan pernah sesekali lupa..saya disini tetap akan anggap awak kawan saya... sebab dulu masa saya susah, awak selalu ada untuk saya... bila awak perlukan seseorang..awak tahu mana nak cari saya...

tu jer nak merapu,kbai:

Friday, 18 November 2011

8
Komen

Bidadari Syurgaku

Assalamualaikum kepada pelawat kebun Epal

dah lama rasanya aku tak update blog nie. dalam minggu peperiksaan kan..susah sikit nak mai melawat blog dan blogwalking.. (facebook rajin plak  online kan? kan? tak baik tipu haaa) facebook tu aku buka jer pon tapi tak main sangat... (tak main sangat?tipu lagi kan kan...) kalau macam nie, sampai esok pon tak habis...grrrr~ (muka geram) by the way, semua orang ada bidadari masing-masing termasuklah aku... hari nie aku nak cerita pasal bidadari aku.. bidadari aku ialah seorang insan yang bergelar IBU.

Mak..
mak aku seorang yang kuat membebel (mak aku kuat membebel, mak korang?) maklumlah, sesetengah perempuankan memang macam tu.. (tak termasuk dengan aku sekali tau sebab aku kan jenis pendiam..hihihi) Mak aku nie jenis yang penyabar.. (tu macam aku..huhu) tapi garang... (macam aku gak..) Mak dengan Ayah aku nie orang kampung.. jadi internet ker apa ker, diorang memang tak pandai nak main.. cuma pandai main mesej dan telefon jer.. (kalaulah mak pandai main facebook...nak jer aku chatting dengan mak ayah hari2...)

Mak aku seorang yang tabah...betul2 tabah.. aku pun tak boleh bayangkan macam mana dia setabah itu menjalani kehidupan dia dari kecil sampailah sekarang.. dengan pelbagai kesusahan, kesakitan, penghinaan, aku tak tahu macam mana dia boleh jadi setabah itu.. (tetiba aku teringatkan zaman kecil aku) seriously aku dapat rasa semua yang mak rasa.. aku hampir-hampir tewas dalam perjuangan tu. dua tiga orang yang tahu kisah sebenar hidup aku, diorang akan kata.. kehidupan sal tak ubah macam kehidupan dalam novel.. ada yang kata, kalau boleh dia pun nak jadi  macam aku... nak rasa apa yang aku rasa.. tapi bagi aku, aku nak jadi macam korang dan aku tak nak sesekali jalani kehidupan aku yang  macam nie.. jadi jangan sesekali fikir nak jadi cam aku..

mak sejak ayah tak ada, dia makin kuat bekerja.. aku terfikirkan mak sekarang nie... sejak ayah tak ada, mak hilang tempat mengadu.. mak hilang tempat dia berkongsi cerita. kalau ayah ada dulu, bila diorang balik jer kerja, diorang rehat, mak masuk dapur, ayah temankan mak. pastu mak mulalah cerita itu ini, ayah jadi pendengar yang setia.. kadang2 kalau aku kat rumah, aku terdengar diorang ketawa sambil bercerita.. sekarang bila ayah tak ada.. mak check buku2 pelajaran adik2, tanya itu tanya ini pastu tak sampai pukul 10 malam mak dah masuk tidur.. kadang2 bila dia berjaga malam, dah tak ada dah orang yang nak temankan mak.. adik2 aku plak semuanya lelaki, tentulah masing2 buat hal masing2.. nak harapkan aku, aku plak tinggal kat bandar lain sebab akukan belajar, terpaksa berjauhan.. mak.. walaupun muka mak nampak tenang, bibir selalu tersenyum tapi mak mesti sunyikan..? sebab tak ada dah orang yang nak dengar celoteh mak.. mak tak banyak cakap macam dulu.. tetiba jer aku terasa rindu nak kena bebel dengan mak...hehe 

masa aku balik rumah sempena cuti hari raya aidiladha baru2 nie, aku temankan mak buat ketupat sampai larut malam, selalunya kalau malam raya tu sampai pukul 2,3 pagi, mak mesti ditemani oleh ayah dan aku..tetapi sekarang hanya kami berdua jer yang berjaga malam buat persiapan untuk raya. malam tu, mak banyak berceloteh itu ini dan aku hanya mendengar sesekali menyampuk.. lepas tu, aku rasa bersalah sangat2 sebab jarang balik rumah bila cuti hujung minggu. kan bagus kalau aku boleh ganti tempat ayah....

sepanjang aku hidup 20 tahun, pertama kali aku sambut hari jadi aku bersama keluarga pada 29hb oktober 2011 baru2 nie. Hanya Allah yang tahu betapa sebaknya hati aku bila aku suapkan kek ke mulut mak. aku dapat rasakan hati mak hiba... aku tahu mak ingatkan ayah sebab 29hb 10 tu, genap 10 bulan ayah meninggalkan kami tapi yang paling buat aku kagum, mak masih tersenyum... mak.. mak memang tabahkan... kalau betullah kata2 kawan aku yang aku nie seorang yang tabah.. sekarang aku sedar aku contohi perangai tu dari siapa... aku contohi sikap tabah dari bidadari syurgaku sendiri...

Aku tahu mak risaukan keadaan aku, risaukan tahap kesihatan aku.. mak sering marahkan aku kalau aku tak jaga pemakanan aku, sebab mak tahu aku sakit.. sebab mak tahu aku degil nak makan ubat.. mak bidadari aku yang paling faham tentang diri aku melebihi diri aku sendiri. kadang2 kalau terlampau penat, aku batuk keluar darah...hidung pun sibuk jer nak keluar darah gak.. paling aku sedih... rambut aku semakin gugur... tiap2 hari mak rambut kakak gugur.. bukan sikit, banyak... sampai kak tak berani nak tunjuk rambut kat kawan2 diasrama... (aku mengadu macamlah aku tengah bercakap dengan mak sekarang nie) aku balik kampung masa cuti hari raya aidiladha baru nie, seminggu aku kat rumah, aku jarang masuk dapur... aku harap mak tak marah... aku betul2 tak ada tenaga.. kalaulah mak tahu aku kat rumah seminggu tu jarang sentuh nasi, mesti mak marah kan...? mak cakap aku dah kurus..macam orang lidi..hahahaha.. lawak betul imaginasi mak..

aku tak nak susahkan mak lagi...kalau aku sakit, tentu aku akan susahkan mak... dulu pon aku dah banyak susahkan mak dan ayah kan.. aku dah letih nak susahkan mak.. dulu masa aku sakit teruk, berulang alik ke hospital sebab anemia, gastrik dan lelah jer pon, aku dah tak sampai hati nak susahkan mak dan ayah... apatah lagi sekarang bila ayah dah tak ada..tak kan aku nak susahkan mak plak.... kesian mak...penat2 uruskan hal keluarga, cari rezeki... aku tak nak jadi beban mak.. tak nak..

mak maafkan kakak tau sebab selalu cakap kat mak ditelefon yang kak selalu sihat bila mak tanya. (padahal masa tu aku tak sihat) maaf sebab dah tipu mak.. kalau diikutkan mak dan ayah pun selalu menipukan? betul tak mak... disebabkan nak besarkan kami adik beradik, mak banyak menipu.. kan? ingat kan masa kita susah dulu, mak dan ayah sanggup tak makan sebab nak bagi kami makan.. bila adik tanya mak dan ayah dah makan ker? korang mesti akan jawab, korang je la makan, kami dah makan... padahal mak dan ayah tak sentuh pun makanan tu..(mak dan ayah tipu kita jer dik...) mak dan ayah sanggup menahan kelaparan semata2 nak kenyangkan perut anak2 diorang.. kalau mak dan ayah letih, korang tak pernah pun tunjuk keletihan tu sebab nak layan karenah kami adik beradik.. maafkan kami ya,mak..ayah...

dalam minggu peperiksaan nie, aku  selalu telefon mak setiap pagi nak minta restu mak.. mak pesan..walau paper pon jangan tinggal kosong..mak bagi restu mak pada kakak... seriously, aku rasa cam nak menangis jer... kalau lah ayah ada.. mesti dia dah tersenyum dengar anak dia calling mak pepagi buta bagitahu nak pergi berjuang... (ayah selalu camtu)

mak tahu, sebab pesan mak camtulah, kakak kuatkan semangat nak jawab exam. paper kedua untuk subjek Adab dan Balaghah, semua yang aku hafal tak masuk dalam paper hari tu. hampir2 jer aku menangis dalam dewan peperiksaan. disebabkan aku teringat pesan mak, jangan hantar kertas kosong, begitu susah payahnya aku untuk cuba mengingati kembali apa yang aku dah hafal 2 tahun lepas untuk peperiksaan STAM, alhamdulillah.. benda yang aku dah hafal 2 tahun lepas untuk subjek yang sama, aku dapat ingat sekarang. sekurang2nya aku dapat jawab 3 soalan besar dari 4 soalan besar yang ditetapkan. syukur padamu ya Allah.

Tak lama lagi hari jadi ayah kan..? 29hb november 2011.... hari jadi ayah jugak hari yang akan menggenapkan 11 bulan ayah pergi tinggalkan kak,adik2 dan mak... maafkan kak yer ayah, sebab kak banyak betul wat silap ngan ayah... akak tak dapat nak jaga ayah, nak bagi ayah merasa gaji pertama kak nanti.. tak mampu nak hadiahkan ayah rumah besar, tak mampu nak jaga ayah tapi ayah... kak hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah buat ayah kat sana... semoga ianya dapat membantu ayah bila berada disana.... ayah..maafkan kakak yer... 


Mak, selagi Allah kurniakan kak nyawa yang panjang, kak akan jaga mak sampai akhir hayat kak.. terima kasih bidadari syurgaku kerana bersusah payah melahirkan kak ke dunia nie.. kak tak boleh bayangkan hidup kak tanpa mak nanti.. kak doakan semoga Allah memberikan mak kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur..amin.


aku tak sabar nak habiskan final nie.. aku nak balik rumah... nak masak, nak cuba resepi baru... nak sembang dengan mak, nak peluk adik... nak jumpa kucing kesayangan aku, boo boo..hehehe
aku sayangkan bidadari syurgaku kerana dia adalah ibuku.. korang pon hargailah mak dan ayah korang selagi mereka masih ada bersama kita. selagi kita dapat dengar suara mereka.. bila mereka dah tak ada.. menangis sampai keluar air mata darah sekali pun, peluang tu tak kan ada dah...


Anak mak dan ayah:

Saturday, 12 November 2011

2
Komen

Seminggu Menghilangkan Diri

Assalamualaikum kepada pelawat Kebun Epal

rindunya kat kebun nie.....sobsobsob (menangis manja2...okey, itu gedik namanya) dah lama tak mengutip hasil kat kebun nie... maklumlah aku cuti sakan kat kampung..pheeewww~ seronok.
(stress jugak sebab line internet kat sana rendah..huuuuu tak dapat nak online..hihihihi) seminggu cuti kat kampung...seminggu jugak la tak boleh nak online sangat... 


malam raya tu, cam biasa la..mak buat tapai, ketupat. pagi hari raya tu plak, kami sibuk kat dapur masak benda2 lain... buat mee goreng, pastu rendang sikit.. adik2 plak sibuk jer iron baju.. kakak dia yang sorang nie lak, sibuk tidur atas katil...(huwaaaa.....anak dara jenis apa aku nie, ops ops ops.... jangan kata aku nie pemalas erk... malam tu kan, aku tidur lewat sebab buat ketupat....erm...) mak pon faham.


lepas semua dah siap, kitorang pergi masjid nak solat sunat hari raya.. lepas sudah solat tu, kami terus pergi ke kubur ayah. sayu jugak rasa...nie pertama kali beraya hari raya Aidiladha tanpa arwah ayah... kalau nak diikutkan, raya Aidilfitri tu lagi menyayat hati.. raya kali nie, kira kami dah boleh sesuaikan diri beraya tanpa ayah..walaupon ada kekurangan tu. Al-Fatihah buat ayah....


lepas tu kan, adik2 semua sibuk pergi tempat orang buat korban...adik2 tolong lapah daging kat masjid.. sana sini buat korban... hari tu, seharian adik2 tak ada kat rumah sebab sana sini buat korban..pastu ada kenduri sana sini plak... (aku plak kena tinggal kat rumah...huh...)


hari raya kedua tu plak, barulah aku plak tak duduk diam... kawan2 adik (semua lelaki...pheewitttt) berpakat nak buat majlis BBQ dan bakar satay kat rumah aku...fuhhhh.... ramai jugak diorang datang. yang paling lawak, kat dapur tu penuh dengan budak2 lelaki...sibuk dok pung pang pung pang dengan mak..ada yang tolong goreng kacang tanah, cucuk daging, kupas bawang... macam kenduri lak aku tengok... pastu tepat 12 malam, kami dah mula start nak makan... (sakit kepala makan daging banyak)


malam keesokan harinya plak, adik aku yang ke5 plak ajak kawan2 dia bakar ayam... yang penting meriah betul raya aidiladha kali nie berbanding dengan tahun2 lepas...kalau ayah ada, lagi meriah dibuatnya..hahaha


seminggu aku menghilangkan diri dari dunia maya nie (dunia siber la kata kan) nie la aktiviti aku kat rumah...

Edit gambar guna Photoscape!
tadaaaaa

ini gambar Abdullah Nazih Alwan. masa nie dia kat kenduri kahwin.. jadi jurukamera yang tak bersijil..hehehe

yang nie plak, gambar daniel harith iskandar anak kacukan cina dan melayu. yang kat belakang tu aku ler... (masa nie konon2 nak snap gambar yang ada seni la kononnya) masa nie kitorang kat pantai. aku dan dia sekeluarga pergi jalan2.. yang snap picture tu ummi dia..hehe


yang nie plak gambar tuan kebun epal...(aku la tu)  masa nie kawan aku snap gambar time aku dok sibuk mencari kitab, nak siapkan assignment.. kalau gambar yang real, bawah mata aku tu lebam betul (orang panggil aku macik panda) sebab tak tidur malam buat assignment.. (sebenarnya jugak, selain lebam, mata aku gak bengkak sebab nangis..stress sebab tak jumpa kitab fekah kat library tu)




gambar yang nie, time pagi raya aku dok mengadap depan cermin...lepas edit nie, dua orang adik aku tanya kak, gambar hantu ker tu?? (amboiiii, mulut...xder insuran langsungggg) lepas aku tunjuk gambar yang real, tergelak diorang siap boleh cakap...ingatkan hantu rupanya kakak aku sendiri... (chitttt..jeles lettew..) bila aku guna DP nie kat facebook, kawan2 mai inbox aku kata DP nie serammmmm (syumbax paroxxx, lempang laju2)

Masa aku dok sibuk edit gambar2 nie, sebenarnya 14hb november 2011, aku akan ada final exam semester... langsung aku tak mengadap buku... (apa nie?? tampo karang.... pergi study tuuu) 


okey sekarang aku da sedar... aku nak final daaaa... so entry nie aku post mungkin yang terakhir untuk minggu nie. nanti kita blogwalking, berblogging lepas exam plak... exam habis pada 23hb nie..so korang, doakan aku supaya aku boleh buat untuk exam nie.. mana2 yang dah singgah kebun epal, aku ucapkan terima kasih sangat2. mana2 yang dah tinggalkan link kat bawah, tinggalkan jejak kat shoutmix, aku tak dapat nak blogwalking lagi kat blog kamu semua...busy dah nie (sambil ikat kain merah kat dahi tanda aku nak pergi fighting) tapi lepas exam nie, jom blogwalking bersama yep... insyaallah..kalau umur aku masih panjang, kita jumpa lagi...


okey, tu jer nak merapu...(CEMAS + JANTUNG BERDEGUP KENCANG~~~ BLUP! BLUP! BLUP!<-- bunyi jantung ku.. maklumlah nak exam...bunyi jantung pon dah lain dari biasa..)

red Apple, fighting!!!!!


salam ingatan dari:

Thursday, 3 November 2011

2
Komen

Orang yang awak SUKA vs Orang yang awak CINTA

Assalamualaikum kepada Pelawat Kebun Epal


Perbezaan diantara:


 Orang yang kita cinta 


dan

Orang yang kita suka




Dihadapan orang yang kita CINTA, jantung kita tetiba jer berdegup kencang.
Dihadapan orang yang kita SUKA, tetiba jer kita rasa bahagia


Dihadapan orang yang kita CINTA, kalau hujan pon kita sanggup redah nak pegi jumpa
Dihadapan orang yang kita SUKA, bila hujan jer kita sanggup bagi pinjam payung kita
(mentang2 ler musim hujan sekarang nie..hehehehe)


Bila kita lihat kedalam mata orang yang kita CINTA, tetiba jer kita jadi blushing...huhuhu
tapi bila kita renung mata orang yang kita SUKA, kita boleh jer kan malah masa tu mata kita turut tersenyum (pandangan yang ceria, mata yang tersenyum gitu)


Dihadapan Orang yang kita CINTA, kadang2 kita cakap pon tergagap-gagap, dah tu tak tahu nak cakap apa...
Dihadapan orang yang kita SUKA,  kita boleh plak kan cakap banyak, banyak plak tu cerita, kita kongsi dengan dia.


Dihadapan orang yang kita CINTA, kita tetiba jadi seorang yang pemalu. kalau keluar berdua, senyum sana, senyum sini, tak sanggup tengok muka, makan pon kontrol ayu jer guna dua jari cubit ayam KFC, hahahaha. (not me okeh)

Dihadapan orang yang kita SUKA, kita boleh jadi diri kita yang sebenar, kalau makan sampai dia yang kena tegur kita, ada nasi kat tepi bibir awak tu... (okey, itu aku..hahaha)


Kita tak boleh tengok tepat kedalam mata orang yang kita CINTA.
tapi kita boleh buat camtu bila kita bersama dengan orang yang kita SUKA sambil tersenyum lagi haa.


Bila orang yang kita CINTA menangis, kita akan turut menangis bersama dia.. turut merasai apa yang dia rasa
bila orang yang kita SUKA menangis, Kita akan pujuk dia dan tenangkan dia.


tapi jika satu hari nanti, bila kita berhenti untuk tidak MENYUKAI dia,  kita boleh pejam mata dan boleh buat tak tahu jer dengan perasaan tu..


tapi.....


Bila kita cuba untuk berhenti MENCINTAI dia, bila kita pejam mata, hanya air mata yang mengalir keluar dan perasaan tu tetap tersimpan rapi dihati kita..





okeh, itu jer nak merapu, kbai:

Wednesday, 2 November 2011

2
Komen

HASRULHASSAN.COM - Kejayaan Manis Blog Saya

Assalamualaikum kepada semua pelawat Kebun Epal


Hari nie aku nak join segmen dari blog tuan blogger nie, nama dia Hasrul Hasan. walaupun sekarang nie, aku tengah demam kura2, timbul habis urat2 kat dahi aku, aku tetap semangat nak join..hehe (apa lah budak nie, mengadap laptop jer tahunya). segmen nie segmen ketiga aku join lepas aku join segmen Ben Ashaari dan Lyssa Secret: Antara Dua dan Segmen Nasz: Bloglist November 2011 so perasaan excited nak join tu tetap membara.. aku kan blogger baru, nak mencuba benda baru tu memang lah tujuan aku sekarang nie.. nak cari pengalaman bila berada dalam dunia blog. orang kata pengalaman tu kan mendewasakan kita.. kan, kan?? (tanya dengan muka serious)


APAKAH KEJAYAAN MANIS DALAM BLOG ANDA


kalau nak diikutkan, sejak buat blog nie, banyak sebenarnya kejayaan manis dalam kehidupan seorang blogger baru macam aku. okey, meh kita tengok preview kehidupan baby blog kebun epal nie..


A: Mula2 buat blog nie, aku tak tido semalaman sebab nak create blog nie, pastu masa tu follower aku cuma seorang jer... (tu pon aku sendiri,hahaha) pastu disebabkan aku nie admin satu page kat facebook, aku try la ping entry aku kat page tu, alhamdulillah, ada lah follower yang ikut.. walaupon masa tu tak sampai 20 orang pon, aku tetap bersyukur. aku nak ucapkan terima kasih kepada kak irdelia sebab dialah yang lantik aku jadi admin page tu, sebab dia,aku kenal dunia blog. terima kasih kak lia, awak selalu dalam hati saya.


B: yang paling best, melalui blog aku kenal apa tu erti blogwalking.. (apa apa apa?? aku tahu laaa, aku nie macam satu pepatah tu, cam monyet sweet baru dapat bunga, erk?? betul ker peribahasa nie?) pastu melalui blog, aku dapat kenal ramai kawan... terutama Pacik Beruang, ekin, pastu ada yang add aku kat facebook sebab diorang suka dengan blog aku. (terharu dah nie) aku dapat kenal ramai kawan baru dari dunia blog.


C: lepas tu, kenangan paling manis gak, bila abg Ben Ashaari sudi follow blog aku yang tak seberapa nie dari segmen pertama aku join kat blog dia dengan lyssa. pastu dia bagi nasihat kat aku supaya beri yang terbaik dalam setiap entry. (seriously time dia follow blog nie, aku ternganga kejap pastu aku dok ulang ayat, ok, fine...ok fine.... okeyyyyy fine??? terus dup dap dup dap jantung aku) macam tak percaya jer dia sudi follow blog nie.


D: bila cara penulisan aku diterima orang... seriously, tu memang kenangan terindah dalam kehidupan seorang blogger cam aku. terima kasih semua...


okey, buat masa sekarang tu jer kenangan manis aku, dan aku yakin hari demi hari aku akan kumpul kenangan terindah bersama baby blog yang berusia 5 bulan nie... terima kasih sebab bagi peluang pada aku untuk menaip entry yang tak seberapa nie.

hanya aku:

8
Komen

The Heart Will Go On

Assalamualaikum kepada pelawat Kebun Epal

okey, malam nie kita membebel tentang cerita plak. cerita titanic. saper tak pernah tengok lagi citer tu, angkat tangan cepat! (tetiba bunyi cengkerik...teeetttt teeetttt teeetttt) okey, tak der sapa yang tak pernah tengok lagi cerita nie sebab tak ada pon yang angkat tangan..hahaha. makna nya semua dah tengok cerita TITANIC nie. first time aku tengok cerita nie, seriously, aku memang menangis tersedu sedan.. (chit chit...sedih sangat lettew...) terutama masa scene nie





Rose: I love you, Jack ♥

Jack: Don't you do that, don't say your good-byes. not yet, do you understand me?

Rose: I'm so cold.

Jack: Listen, Rose. You're gonna get out of here, you're gonna go on and make lots of babies, and you're gonna watch them grow. You're gonna die an old... an old lady warm in her bed, but not here, not this night. Not like this, do you understand me?

Rose: I can't feel my body.

Jack: Winning that ticket, Rose, was the best thing that ever happened to me... it brought me to you. And I'm thankful for that, Rose. I'm thankful. You must do me this honor, Rose. Promise me you'll survive. That you won't give up, no matter what happens, no matter how hopeless. Promise me now, Rose, and never let go of that promise.


Rose: I promise.


Jack: Never let go.



Rose: i'll never let go, i'll never let go, Jack...



Dia pon lepaskan tangan Jack bila dia tahu yang Jack dah tak bernyawa dah, pastu boleh plak dia tengok si Jack tu tenggelam perlahan2 ke dalam laut.. (seriously, time nie la aku menangis teresak-esak..) aku sendiri dah tak ingat masa aku tengok cerita nie umur aku berapa tapi of course lah masa tu dah melebihi umur 18 tahun...hahahahaa (actually kan, perbualan jack dan rose tu aku nak tulis dalam bahasa melayu, bila aku tulis apa yang aku faham dan aku tambah sikit2 ayat lain dalam ayat2 tu, aku tergelak sensorang, so aku ambillah dialog yang asal. kan tak pasal2 orang cakap aku nie merosakkan dialog plak.)

Apa yang aku nak cakap tulis kat sini sebenarnya, jangan sesekali putus asa, walau apa pun yang berlaku. walaupun kita dah dah tak der semangat nak fighting, jangan sesekali putus asa. winning that ticket! dan apa yang berlaku pada aku, memang sesuatu yang aku tak dapat nak jangka...


macam semalam, ''kawan2'' aku pedajal aku depan lecterur, hampir2 air mata aku menitis atas pentas tu, tapi aku tetap cool. tak pergi maki diorang. aku biarkan diorang pijak kepala aku, sebab aku tahu aku tak berhak nak pergi balas perbuatan diorang, sebab aku tahu Allah tu adil, Dia jer yang berhak bagi balasan.


apa yang aku buat, lepas aku keluar dari dewan kuliah, aku terus berjalan kaki balik ke asrama dalam keadaan hujan sambil menangis. (menangis bukan tanda aku lemah, tapi aku menangis sebab nak buang rasa sakit hati yang bertamu di hati kecil aku nie) masa aku tengah berjalan tu, kereta, lori semua habis bagi hon kat aku. pim pim pim!!


pastu penunggang motosikal yang berhenti kat tepi jalan tumpang berteduh ada gak tegur aku suruh aku cari tempat berteduh tapi aku wat derk jer dan senyum kat diorang.. diorang pelik kot sebab aku jer makhluk yang berjalan kaki tanpa guna payung dalam keadaan hujan camtu. (tak kan aku nak berhenti kot, aku kan tengah menangis masa tu) seriously aku cuma dapat harapkan kesejukan hujan tu mampu meredakan kesakitan hati aku akibat dimalukan depan student lain oleh budak group aku sendiri!!


pastu bila sampai kat tepi jambatan.aku berhenti sekejap dan aku pon jadilah tarzan yang tak bertauliah... huwaaaaaaarggghhhhhhhhhhhh. orang2 lain tak dengar aku menjerit sebab bunyi bising kereta2 yang ada kat atas jalan raya tu. aku jerit sekuat2 hati aku..fuhhh, kalau lah tak ada kereta lalu masa tu, may be orang lain dengar. hahaha. barulah perasaan aku terasa lega. bila teringat balik, macam drama petang lak..hehe


walau pape yang berlaku, walau teruk macam mana pon ujian tu, aku tetap tak kan putus semangat dah. sebab aku tahu Allah tu ada bersama aku. Allah uji aku macam2 sebab Allah sayang aku. ada kawan aku tanya semalam lepas aku cerita pada dia pasal ''kawan2'' TAK TAHU aku tu, 


kawan: If you fall?


aku: if i fall and fail, then i'll try again...and again...and again..


fight till forever and never give up huh... i'll fight for it... insyaAllah, i'll do it..


macam jack kata: never let go of that promise..


then i'm not...:


 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template