Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

OK KER TAK KEBUN EPAL NIE

Friday, 18 May 2012

pahlawan ABC

Assalamualaikum.. hai dan hai lagi kepada semua pelawat kebun Epal yang sekarang nie tengah mengalami musim kemarau.


kalau korang perasan la kan, (kalaulah) dah lama aku tak update blog nie kan? hish... (geleng2kan kepala) bukan apa, sejak dasboard aku nie dah tertukar kepada blog yg newlook yg macam APTB nie, rasa malas nak update.. lambat loading, serious lambat loading. kalau BB aku nie jenis guna kuasa Kuda takper gak, nie tak.. lambat cam labi2 dah.. (dah2..jangan start membebel)


DAN kalau korang perasan gak lah kan, kat blog aku nie, kebanyakan entry2 aku panjang kan?? perghh~ kalau ada readers yang tak suka entry panjang, dah lama dah diorang blah dari blog nie..penat membaca katanya..hihihi nie semua gara2 dapat B+ dalam SPM 2008 dulu nie, semua asyik nak berbentuk karangan yang panjang2 jek. (ah la san, ah la san) tapi tak per, aku berusaha pendekkan  lagi entry2 aku yang akan datang.


hari nie niat aku sebenarnya nak cerita satu kisah yang istimewa (sambil melihat ke arah jari2 yang comel berinai ni) TAPI memandangkan aku takder mood lagi nak cerita, (demam) jadi aku taip benda lain dulu.


PERNAH TAK korang terjumpa-tertengok- dengan mata korang sendiri dengan orang yang suka judge kita macam dia kenal kita bertahun2, pastu terasa dia dah faham pe'el perangai kita camner sedangkan kita sendiri tak pernah kenal dia dan dia pon tak kenal kita? tak faham? hurm... camnie-camnie, meh aku terangkan.


katakanlah, terjadinya satu situasi yang amat mendukacitakan (contoh 1) atau hanya dengan melihat sekeping gambar yang menunjukkan budak tu tengah panjat pokok kelapa dengan berpakaian baju sekolah tanpa sebarang caption (contoh 2) then korang rasa apa akan berlaku? meh sini aku nak beritahu apa yang akan berlaku.


AKAN WUJUDNYA HAKIM2, JURI2 yang tak bertauliah atau lebih tepat lagi KEYBOARD WARRIOR..hahaha terutamanya yang jadi hakim2, juri2, pahlawan ABC nie cuma wujud dilaman sosial. yes, laman sosial macam blog, twitter dan lain2. berbalik kepada contoh kedua, nanti banyak lah komen2 dari bapak2, ibu2 hakim kita nie menjatuhkan hukuman. ada yang kata...


''mak bapak tak ajar, bodoh punya budak''

''pergh..hitam gila kulit dia..hahaha panjat2 kat situ, nampak baju sekolah warna putih jer''

''nie mesti kes ponteng kelas nie, bengong toi''

''kecik2 tanak mampus, dah besar jadi camtu plak. takder keje lain ker''

''lawak2... godai (go die ) please''

'' ponteng kelas buat apa bodoh?? g mam laa.. bangsa apa la nie''

''anak setan betul''

pastu bla bla bla, aku tak nak copy paste bentuk2 ayat hukuman bapak2 ibu2 hakim kita nie bebanyak, sakit hati plak aku terasa. yang komen2 cam nakharom nie tak lain tak bukan BANGSA MELAYU gak. next time la kan, tak payah nak berbangga dengan MELAYU la. komen pon tak macam orang yang beragama langsung. kalau masa DEMO hari tu, ramai yang kata, kaum lain dok gelak tengok melayu dok bergaduh sesama sendiri, melayu vs melayu, perangai tak macam melayu, bla bla bla..


nak dibangga apa dengan MELAYU? semua nak berbangga dengan melayu, jarang plak aku nampak orang yg kata dia berbangga jadi MUSLIM. melayu sendiri tak macam orang islam.. hidup lebih kepada barat. cakap boleh laa '' aku bangga jadi muslim, itu ini'' tapi... perangai?? betullah... ISLAM IS PERFECT BUT MUSLIM ARE NOT. disebabkan bangsa melayu la, ISLAM sendiri tercemar.


komen dah lah tak macam orang islam dah, maki hamun, fitnah memfitnah.. kalau orang yang menganut agama lain nampak, ''owh, camnie jer ker perangai orang yang beragama ISLAM?'' haaa...apa kita nak jawab?


manalah tahu, budak yang panjat pokok tu orang susah.. mak ayah tak larat nak keje, pegi cari sesuap rezeki lepas balik sekolah, atau panjat pokok tu nak dapatkan buah untuk minum, lagipun, ada ker sekolah bukak lagi pukul 5;30 petang? =______='' sedangkan dah tertera kat gmbar tu tarikh dan masa lagi... dah tu hakim2 ''cerdik'' nie dengan penuh keadilannya mengatakan ponteng sekolah, tak der keje lain nak buat dan bla bla bla siap dgn maki hamun lagi.


sama jugak dengan orang yang rakam video budak kena belasah hari tu. kita tak tahu kisah sebenarnya, tapi  orang yang merakam tu dah berbakul2 terima cacian, makian dari kita.. sedangkan kita sendiri tak berada ditempat kejadian.. dan samalah jugak dengan kes accident yang mengorbankan sepasang suami isteri. ada jugak yang berbangsa melayu nie kata PADAN MUKA, BAWAKLAH LAJU LAGI.. (wth is that??)


orang2 jenis camnie patotnya kena sekolahkan lagi.. kalau setakat belajar tinggi2 tapi IQ cam budak tak sekolah langsung, setakat tunjuk terer kat keyboard, tak guna gak..


cubalah kalau dengar atau melihat sesuatu, cuba selidik dulu, bukan jadi nakharom jer buat kenyataan, buat andaian.. kalau kita tak der ditempat kejadian, selidik lah dulu.. kalau nak jadi macam detektif conan ponnnn boleh.. asalkan jangan buat andaian sendiri, seperti andaian yang berunsur fitnah. cuba kalau ada waris2 dia ker, orang yang kita tuduh ker baca, tak ker hati diorang terluka?? kalau mereka tak maafkan kita, camner? bersiap sedia lah nak cari diorang kat akhirat nanti.


k, bai..

Monday, 16 April 2012

Sendiri Mau Ingat

Assalamualaikum kepada semua pelawat, pengunjung2, makcik2, pakcik2, sedara sedari sekalian ke kebun epal yang tak berbuah, tak berdaun dan tak berdahan nie....

okey, first aku nak cakap.. weh, apa kena dengan blog aku nie, tetiba ada lagu korea? (bukan anti dengan korea yee.. tapi memang kaki tgk citer korea dah nie) maklumlah dah lama aku tak bukak blog, tak update segala bagai.. buka2 jer tetiba ada lagu korea, tanjat boboi... haha okey2, aku tahu ada sesetengah readers kalau masuk blog memana, ada yang tak suka lagu, so kalau ada yang tak suka tu, scroll down sampai bawah then tekan PAUSE...okeh?


okey, hari nie aku nak cerita pasal SENDIRI MAU INGAT. kisah tentang apa sendiri mau ingat nie?? (tanya dengan perasaan gelojohnya, kalau tak gelojoh pon, buat2 sopan pon xper) macam nie, dalam hati aku nie banyak benda yang terbuku aku nak luahkan tapi aku tak tahu nak start dari mana dulu... (puas fikir nak susun ayat camner) tapi tak per, aku start dengan tunjuk gambar dulu...




yup.. ''i'm hot but you're not..'' selalunya lah kan sindrome orang perasan HOT nie memang banyak terjadi pada manusia2 terutama Hot dekat LAMAN SOSIAL...aku ulang lagi sekali, laman soooosial. terutamanya dekat FACEBOOK.. (sebab aku selalu lepak dekat FB berbanding twitter) so banyak kes aku tengok kejadian hot2 segala bagai nie kat FB. so apa kes dengan orang perasan HOT nie? bak dengar aku nak cerita.. kalau korang terasa, memang AKU SENGAJA NAK BAGI KORANG TERASA. 


awak cun? awak cantik? no hal.... sebab aku tak CUN, aku tak CANTIK.. nak kata aku jealous, jelly, cemburu?? jauh panggang dari api.. (gelak sopan..ha ha ha? ) sindiran nie mungkin nampak ditujukan ke pada girlgirl tapi boboi pon tak terkecuali. awak..aku tahu kau cantik, kau ayu, kau menarik tertarik, kau memang dabomb.. tapi perlu ker nak upload semua gambar kau dalam FB? yup...kau memang Cun, bila kau upload gambar kau tak sampai 10 minit, berpuluh2 tanda LIKE kau dapat kat picture tu, beratus2 komen kau dapat macam komen 


''awak cantik la...''


''awak ayu la...'' 


''sejuk mata memandang'' 


''mata awak besarnya, i like..'' 


''awak, nak kawan boleh'' dan sebagainya... pengkomen tegar korang, tak lain tak bukan dari LELAKI. 


bila dah dapat benda camtu (LIKE DAN KOMEN YANG BANYAK) apa korang rasa? rendah diri...? no, BANGGA diri mungkin terserlah. RIAK mungkin ada... bila dah dapat komen2 positif dr LELAKI2 dan termasuk dari kaum sejenis jugak, makin galak lah korang nak upload lagi banyak gambar2 korang kat FB KORANG. bukan nak kata aku cemburu, tak..aku tak terdetik sikit pon rasa cemburu pada korang cuma aku rasa kesian... nak tahu kenapa kesian? sebab ada jugak kes yang berlaku, bila dah terlampau HOT, orang lain yang memang tak ada moral,  download gambar2 korang yang banyak2 tu then buat akaun FAKE guna NAMA DAN GAMBAR KORANG. bila dah jadi camtu, baru korang nak sentap segala bagai..


orang bila buat camtu, mungkin ada niat buruk guna gambar dan nama kita.. tak ker ianya satu tindakan yang ''cerdik''? bila ada kes macam nie, mungkin kita rasa nak marahkan? tapi cuba kita fikir, kucing kalau dia tengok ikan dok menari depan dia, dia nak duduk diam saja ker atau pergi terkam ikan tu? haaa... fikir2.


samalah jugak dengan situasi kita nie, kita tak boleh nak marah pada orang yang guna GAMBAR dan NAMA kita tu sebab kita sendiri yang bagi peluang kat spesis manusia camnie tanpa kita sedar. hello, kat dunia nie, ragam manusia macam2 tau... ada yang pelik, ada yang TERlebih pelik pon ada.. bab kata pak cik astro, macam2 ada..


habis bab ciplak cilok gambar orang, pastu ada kes lagi.. pasal gambar jugak lah.. tapi aku nak sentuh pasal caption gambar. dah aku tengok, bila upload jer gambar kat FACEBOOK, mesti caption dia..

''maaf, saya tak cantik sangat'' (gambar tu sambil buat2 gaya mulut itik)

''nie lah saya, saya tak cantik macam orang tu'' 


hahaha..jap, aku nak gelak... LOL caption gambar apa camtu? bila orang lain tengok, then orang akan komen.. ''tak lah..awak cantik'' pasti korang akan kata '' terima kasih awak,'' ''tq Love'' dan lain2 ucapan yg menunjukkan tanda penghargaan kita pada diorang sebab dah pertikaikan caption gambar kita dengan mengatakan kita cantik.


so kalau ada orang komen yang tak baik plak contohnya ''dah tau tak cantik, kenapa upload jugak?'' atau '' mmg pon xcantik.. baru tahu ker?'' then CONFIRM korang kata, '' eh, kau pehal? ingat kau cantik sangat?'' atau ''yg awak susah2 nak komen tu kenapa?'' atau '' tak suka, removelah saya dr friends awak'' (time nie, aku gelak guling2 dah) dah tu, pehal kau pergi letak caption camtu minah? hahaha time org lain puji, melambung kau naik tinggi, time terima kritikan, tak boleh plak nak terima. pelik..nie lagi satu spesis pelik... tak faham aku..kenapa kena buat caption yang menunjukkan betapa ''mahalnya'' kita... (kata kawan aku, orang macam nie jenis attention seeker, btol atau tak, tak tau lah aku)


belum lagi aku sentuh bab gambar2 yang seksi, dan menunjukkan aurat tu... bangga ker dik, bangga ker kak tunjukkan badan kita kat orang? taulah awak cun, awak cantik, tapi tak payah lah upload gambar yang hampir nampak lurah gunung berapi, tak perlulah upload gambar nak tunjuk berapa merah dan berkaratnya rambut kita.. ( orang melayu jer pon, tak perlu berlagak jadi minah mamat celop) tak perlulah nak menunjukkan kat seantero dunia yang kita nie freehair, abang2 pon sama, tak perlulah nak upload gambar pakai boxer jer... apa tu boxer? entah... tanya pak cik google..


dah lah berbangga yang kita nie freehair, pastu siap upload lagi gambar kat FB tengah melaram cam rocker dengan mak ayah... pheewittt~ mak ayah rocker der.. ^^ bila ditegur, bila dinasihat, marah kita balik... katanya


''mak ayah aku pon tak tegur cara pemakaian aku, kau sapa nak tegur2 aku'' 


''kau sendiri pon tak cukup bagus, ada hati nak tegur orang''


''kubur lain2, aku bukannya menyusahkan kau pon kalau aku upload gambar2 camnie''


''tunggulah, kita tak sampai seru lagi, kalau paksa2 pakai, nanti hati kita tak ikhlas''


''eleh..minah yang bertudung tu lagi teruk perangai dia..''


meooowww~ memang...memang orang yang tegur kita tu, diri dia pon tak bagus lagi.. tapi tak salahkan dia tegur kita tapi dalam masa yang sama dia cuba berubah.. dakwah orang bukannya kena tunggu diri kita tu perfect dulu, bukannya nak berdakwah orang kena ada gelaran ustaz, ustazah.. dakwah tu berterusan. dalam masa kita tegur orang, kita jugak tegur diri sendiri..


pastu yang kata kubur masing2, tak menyusahkan orang dan lelain tu, cuba fikir.. memang, memang logik kubur masing2, tapi yang solatkan awak sapa? yang mandikan awak,sapa? yang tolong galikan kubur awak, sapa? orang lainkan? apa awak ingat, bila awak mati, kami tidak dipersoalkan jugak kenapa tak tegur awak masa awak hidup? disebabkan kubur masing2 lah, kami nak tegur awak masa awak ada atas dunia nie.. bila awak dah dalam kubur, terjerit terlolong, kami tak boleh nak buat apa2 dah kecuali hanya mampu berdoa supaya roh awak tenang. dah tu, awak jugak menyusahkan kaum lelaki sebenarnya.. awak tak tahu ker yang lelaki tu ada satu nafsu? bila diorang tengok gambar2 korang, apa diorang rasa? kalaulah ada lelaki yang gila seks (sorry, kasar ke ayat?)  tengok gambar2 korang, tak ker menaikkan lagi SAHAM DOSA Diorang? cuba fikir sayang2 semua.


dah tu, kalau kita mati, nanti menyusahkan family kita plak merayu2 kepada orang lain supaya hack FB kita, nak suruh delete gambar2 seksi yang menyeksakan kita kat kubur nanti... tak menyusahkan orang lagi ker? YER, MEMANG KUBUR MASING2 tapi hakikatnya, KORANG DAH MENYUSAHKAN ORANG LAIN tanpa korang sedar.


yang kata, mak bapak korang tak pernah tegur, TAKE A NOTE okey, kaum2 lelaki..anda DAYUS. tahu tak, kat neraka, ramai kaum wanita yang jadi penghuni neraka..? korang tahu tak, kaum2 kami nie lah yang bakal heret korang masuk neraka sekali? ingat, bila kita dah kahwin, dosa anak2, dosa bini, suami yang tanggung. korang kalau jadi lelaki, tolong jangan jadi dayus, boleh? korang mungkin lah berbangga dapat anak2, isteri yang seksi, bangga tayang diorang kat khalayak ramai, tapi korang sedar tak, jantan2 lain dapat tengok bentuk badan bini, anak2 korang DENGAN FREE jer, sedar tak? korang susah2 kumpul duit sebab nak kahwin, tapi orang lain senang2 dah menjamu mata tengok perempuan korang yang sepatutnya kecantikan tubuh badan isteri korang hak korang jer yang boleh tengok. ada 9 akal kan? fikir...


lagi satu, yang bertudung tapi still pakai baju lengan pendek, kain terbelah sana sini tapi bertudung..kakak, mak cik, adik, ibu2..aku nak tanya, rambut jer ker yang AURAT? yang part lain tak aurat ker?


yang kata nak tunggu seru tu, seru perlu dicari, bukan ditunggu... memang hati tak ikhlas, tapi cuba lah belajar tutup aurat, lama2 hati kita sendiri akan ikhlas pakai pakaian menutup aurat... jangan asyik kata, tunggu seru, tunggu seru, kan Allah buat seruan lain, tak bertaubat kita nanti...


ingat, esok mungkin ada... tapi belum tentu esok ada untuk kita.... sendiri mau ingat..


mungkin entry nie akan menyinggung perasaan korang, tapi ambillah sebagai teguran.. semoga Allah merahmati kalian..ameen.


Sunday, 18 March 2012

sila sedar diri kau tu bodoh

tak lama lagi aku akan exam.. 14 april nanti jer. pejam celik pejam celik, aku dah nak habiskan sem 4 nie. dalam pada aku terpaksa ambil course yang aku tak pernah minat, aku gagahkan diri even rasa malas, aku ulangi lagi sekali, MALAS melanda diri, tapi dah 2 tahun kan aku bersabar..

bersabar demi harapan dan impian orang tua aku. kadang2 aku memberontak gila kot..aku rasa nak berhenti sangat2.. tak nak teruskan degree dalam course ini. seriously, aku pergi kelas pon, rasa cam tikus tengok besi. satu apa pun aku tak faham, semua yang pensyarah ajar rasa masuk telinga kanan, keluar telinga kiri..atau apa yang aku rasa aku faham tapi otak aku tak terima. ahh.. mungkin mind set aku dah camtu. nak tukar mind set suruh suka course nie punyalah susah.

nak kata pointer aku teruk, tak lah.. still tinggi dan meningkat setiap sem ke semester baru. PNG ker, HPNG ker...semua naik. course aku plak,  hampir seratus peratus memang menggunakan bahasa arab. setiap kali ada assignment dalam bahasa arab, i wish that i can get something from it but it's nothing.. i got nothing... Ya Rahman.... sungguh, bahasa Arab bahasa Syurga.. tapi aku tak mahir.. aku cuma ada basic jer.  Allah... beratnya dugaan nie. bodoh sombongkah aku bila ilmu yang aku dapat, aku sia2kan? kalau assignment dalam BM atau BI, aku memang faham dan boleh input2 dia tapi bila assignment BA, aku cam blurr.. 

''apa patot aku buat, kitab nie cakap pasal apa? camner aku nak faham? tak kan untuk 4 tahun nie, aku cuma kena cari rujukan kitab2 kat perpustakaan dan copy paste jer.. Allah.... berkat ker ilmu yang aku cari... aku rasa nak menangis.....''

dalam pada aku pasrah teruskan pengajian nie, sekurang2nya aku tetap rasa bersyukur padaMU ya Rahim.. bila aku masuk kolej islam nie, perangai aku dah berubah..dari ibu segala panas baran, aku telah menjadi Air yang tenang.. dari tidak menutup aurat dengan sewenang-wenangnya, aku dah berubah menjadi seorang wanita.. mungkin tak layak lagi untuk bergelar wanita solehah tapi  sekurang2nya aku berusaha ke arah itu dah sekarang. dari perangai yang entah apa2 menyerupai lelaki, aku dah jadi sebetul2 gadis selepas aku daftar masuk kolej islam di SERAMBI MEKAH ini... 

dari zaman jahiliah aku yang jarang menyentuh mushafMU, kini selepas masuk ker kolej nie dua tahun yang lepas, Mushaf sentiasa ada disisi, AllahuRabbi... mungkin inilah RAHMAT KASIH SAYANGMU padaku sebagai HambaMu ya Allah... mungkin inilah harapan ibu dan Arwah Ayah pada aku..untuk jadi wanita solehah..

terlintas jugak difikiran aku,  Arwah Ayah tinggalkan aku didunia nie tanpa sebarang pesanan ketika menghembuskan nafas terakhir sewaktu koma, aku plak sekarang terdetik dihati nak berhenti ambil course nie, bukankah aku akan mengkhianati amanah dan wasiat arwah pada aku kalau aku berhenti ambil course nie?

Arwah nak aku belajar bersungguhkan... dia tinggalkan kau dengan pesanan belajar rajin2 sebelum dia koma setahun lepas..

''kenapa kau macam nie haa Salihah?? get life budak! bangun2 dari mimpi! jangan pandai bercakap kau akan berubah but the truth is, you didn't changed at all.. kalau orang lain penat dah tengok kau selama setahun nie, aku pon yakin, kau beribu-ribu lagi penat kan??? penat dengan diri kau. aku tahu diri kau lagi baik dari orang lain, sebab kau adalah aku dan aku adalah kau! orang lain tak kan faham dilema yang kau ada, apa yang kau rasai selama dua tahun nie tapi please.. berubah... lupakan cita2 asal kau.. lupakan impian kau sendiri buat sementara waktu nie. bina impian baru, bersabar dan bertahanlah untuk dua tahun jer lagi... dua tahun jer lagi nak habiskan ijazah nie. ikhlaskan hati kerana Allah..

kalau lepas habis belajar nie, kau tak nak jadi peguam ker apa ker, terpulang pada kau.. yang penting kau survive dalam perjuangan nie. kau bukan bawak impian kau, tapi kau bawak impian family kau.. kena ingat tu. sampai mati, mak dan ayah tak pernah mintak lebih pon dari kau selain nak tengok kau belajar dan berubah! dah dua tahun kau bersabar, tak kan dua tahun lagi kau tak boleh bersabar.... kalau kau buat hal macam semester lepas dan semester nie pon kau tak berubah lagi,  orang lain tak boleh tolong diri kau.. kau tu, kau sendiri kena tolong diri kau sendiri!

mana sikap ikhlas kau terhadap ujian yang Allah bagi? mana sikap sabar kau dalam menghadapi dugaan?? mana? mana?? Allah sayang kau.. sayang gila2 kat kau, sebab tu Dia uji kau macam2 sepanjang perjalanan kau untuk berjuang. Dia tak nak kau leka...

kalau jadi apa2 lepas nie, tak boleh masuk exam ker apa.. JANGAN KAU MENANGIS!! kau buatlah lagi perangai malas kau tu.buat2!! lepas tu jangan cuba2 melalak ker apa... kau bodoh, sila sedar diri kau tu bodoh.. bodoh sebab tak belajar dari kesilapan. orang yang mati, tak kan pernah sesekali hidup balik, semangat kau hilang, kau kena cari balik. bukan biarkan diri kau terseksa camnie, bukan biarkan diri kau tewas dengan malas.. owh, sebab ayah dah tak der, kau buat hal..semangat kau hilang.. kau rasa macam tak nak teruskan perjuangan kau. hello!! kau sedar tak, kau masih ada mak lagi,bodoh! kau masih ada sokongan mak lagi..adik2 yang nak tengok kau berjaya.''

kalaulah ada orang yang boleh marah aku camnie... Allah... :'/ tentu Arwah sedih kalau dia tahu aku dah jadi camnie kan..... :'( Astargfirullah....

sungguh..perjuangan ini pahit..tapi InsyaAllah.. aku akan rasa manisnya nanti.... bersabar lah duhai hati.. bersabarlah.... dua tahun jer lagi...




Saturday, 10 March 2012

takut hatiku tergoda..

lelaki,


Dalam diam,


aku tertarik dengan Sifatnya, Akhlaknya, Agamanya dan sikap baik keluarganya.


Aku diam dan terus berdiam kerana aku tahu dia Milik Allah. Aku perlu meminta Dia dariNya.


Dalam diam aku selalu tengok fbnya..

Jodoh milik Allah dan Jodoh adalah Rahsia Allah. Tiada lafaz cinta melainkan mendahulukan lafaz Akad nikah. InsyaAllah



Nisa,


dalam diam,


aku juga tertarik dengan si dia,


kepimpinannya,kepetahannya,kasih sayangnya terhadap semua makhluk Allah benar-benar menyentuh pintu hatiku.


Tetapi aku malu,dan semakin malu,


aku hanya mengadu kepada Allah moga dia melamarku..

aku tidak pernah menjengah facebooknya..aku takut..takut hatiku tergoda..


lalu aku hanya menadah tangan kepada Allah,



aku percaya pada janji Allah..


perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,aku cuba untuk menjadi yang terbaik,insyaAllah...





Sunday, 26 February 2012

Sahabat dan Kawan

something that i really don't know.. something.... rasa macam ada benda jer yang terbuku dihati tapi aku tak boleh luahkan pada sesapa... Hanya Allah yang tahu.. hidup nie macam roda.. kejap kita ada kat bawah..kejap kita ada kat atas.. then turun balik ke bawah. cam tu jugaklah kot hidup aku nie.. bukan kot pon tapi that's a FACT.

maruah aku diinjak2 dengan senang2 hati jer oleh kawan sendiri. nak membalas dikatakan jahat..sedangkan aku tak balas pon, orang dah cop aku jahat.. kawan.. gembirakah aniaya orang? sukakah bila aku terus diamkan diri? selamatkah segala penipuan kau bila aku tetapkan pendirian untuk bersabar?

Kawan.... aku cuma manusia biasa.. yang ada kalanya ternanar mengawal emosi.. izinkan aku untuk  terus tersenyum melawan emosi.. izinkan aku untuk terus HAPPY... semakin hari semakin kuat dugaan yang menunggu.. ALLAH, kuatkan aku....

persahabatan...entah dimana tunjangnya.. entah dibajai dengan perasaan apa.. betullah... sahabat dan kawan itu berbeza... 

sahabat... yang sanggup terima kita apa adanya.. yang menjaga aib dan maruah kita.. yang setia bersama saat susah dan senang.. masih wujud lagi ker SAHABAT...

even best friend forever pon dah hampir  pupus...apatah lagi mencari seorang sahabat..

kawan... setiap saat dan setiap detik kawan ada... setiap masa kita berkawan.. tapi..... kenapa ada kata2 KAWAN MAKAN KAWAN.. kenapa sahabat makan sahabat langsung tak terdengar? dengan secebis senyuman, kita mampu menghadirkan kawan baru.. apatah lagi dengan sepatah perkataan, mampu mengguriskan rasa... 

entahlah... aku harap kawan bahagia dengan tindakannya... sebab aku yakin akan qada dan qadar.. setiap perbuatan akan ada pembalasan...cepat atau lambat jer ianya datang...

maka HATI... LA TAHZAN...


i'm may not be the most beautiful, smartest, even pretty but atleast i'm me... i don't need to pretend to be someone that i'm not meant to be.. this is who i am.. this is me.. :


Sunday, 19 February 2012

Relationship Atau Relationshit?

Assalamualaikum...

Tiap kali aku rasa nak update blog, aku rasa mood aku down. entah ler.. mungkin sebab fikirkan assignment lagi, kerja tu..kerja nie. urusan tu, urusan nie. lagipun laptop aku rosak then 3 bulan lagi baru boleh ambil. nie pon asyik guna laptop maisa.. (adik angkat aku)


relationship or relationshit??


hari nie aku nak membebel pasal ''hubungan'' nie. Kalau awak2, kome2, awop2, minna, antum antunna semua nak bangkang or setuju dengan entry kali nie, itu hak masing2.. Lagipun nie kan negara yang bebas untuk menyuarakan pendapat.. kan?


mungkin akan ada tanggapan, apa hak dia nak membebel atau membicarakan hal nie, dah lah single and bla bla bla.. (macam nak bagitau yang aku single jer kan?? haha) ikhlas... bebelan nie datangnya dari insan biasa yang single.. tapi tak semestinya yang single nie tak pernah ada pengalaman bercinta..kan?


sebenarnya kan.. aku hairan dengan CINTA nie atau dengan pasangan yang bercinta nie. serious aku hairan.. mana taknya, muda2 dah couple.. terutama yang under 18..  UPSR,..PMR.. diorang nie kalau couple, tak ingat dunia.. tak ingat yang umur diorang tu masih banyak lagi yang diorang akan tempuh. sorry to say, yang banyak aku tengok la kan.. budak2 nie bila couple sampai dah anggap yang partner diorang tu macam laki bini diorang dah. bermama berpapa, bersayang berhubby bermacam2 lagi pon ada. keluar sana keluar sini. seriously, bila aku baca something pasal hubungan diorang nie, aku rasa '' awe..sweetnya'' sebab cerita korang tu, macam cerita laki bini then bila aku tengok umur diorang, ada yang baru umur 14 tahun, 13 tahun.. 16 tahun.. i was.. ''owh..'' (terkejut dan mengeluh). terutama bila baca adik2 tu tulis aku cinta kau sampai mati, bila putus, ugut nak bunuh diri.. tak der dah lelaki atau perempuan lain lepas kau, aku sanggup tunggu kau sampai mati.. (boleh percaya ker?) excuse me.. korang tu muda lagi kot.. bila umur korang makin meningkat, makin banyak peluang korang akan jumpa yang mana berkenan dihati.. terutama bila korang dah menjijakkan kaki ke menara gading atau memasuki alam pekerjaan. tak payah la kot nak setia bagai, nak bunuh diri segala bagai untuk relationshit yang korang buat time sekolah nie. time putus2 dengan couple, korang rasa macam tak nak hidup.. kalau parents plak terpisah dengan korang, ada korang rasa macam nak mati sekali? pelik...


bila couple, bersayang berhoney, bila putus berbabi2... semua binatang zoo keluar. banyak aib yang dibukak. bila putus, kata kat EX, muka tak tahu malu, perempuan murah, jantan tak guna, ingat muka tu handsome sangat la.. apa la.. itu la ini la.. hello, time korang couple ada korang fikir korang jaga air muka korang. time putus semua tak handsome, semua tak cantik tak comel, dah tu dulu masa nak couple, kenapa tak kata macam tu? korang nak bina relationship atau relationshit? bercinta atas dasar apa korang nie.. nafsu atau tanggungjawab?


adik2, belajar dulu. kalau tak nak belajar tinggi2 pun, belajar dulu pendidikan Islam, tauhid, hadis, sirah, Al-Quran.. Biar boleh jadi pasangan yang mithali dimata dia, family, masyarakat dan Allah. budak2 SPM tu tak payah lah cerita sebab budak2 SPM nie akal diorang dah banyak yang matang. boleh fikir yang mana baik, dan yang mana buruk tapi kena jugak berhati2, sentiasa muhasabah diri.


umur yang 20 keatas cam aku nie, Ada juga yang bercinta separuh mati.. cinta bukan lagi kemain tapi pengakhirannya...? cinta dengan si dia tapi kahwin dengan orang lain. sebab tu kalau nak bercinta pon, biarlah berpada2.. sedangkan yang bertunang pon, kena rahsiakan pertunangan, bila nak kahwin, baru uar2kan pada khalayak ramai., nie kan pulak yang memilih untuk couple jer. belum paper, dah bermanja2 dekat wall FACEBOOK, (blog, twitter, myspace, tak payah lah cerita, memang berlambak) status tu status nie.. pastu kalau putus? korang ada terfikir camner tanggapan orang pada kita? dulu kemain lagi mesra, macam dunia nie milik kita.. bila dah putus, wall tu dipenuhi dengan maki2 jer yang dapat menggantikan pujian dan madah cinta. Dulu, masa aku dalam ''kebodohan'' bercinta, dalam blog aku nie pon, ada gak 2,3 entry pasal Cintan cintun nie.  ada yang terasa ker? kalau korang terasa, maaf.. aku dulu lebih terasa. yer la.. sebab bila dah umur 21 tahun nie, aku banyak berfikir.. merenung segala tindak tanduk aku yang pernah aku buat dulu. terjebak dengan RELATIONSHIT nie bukannya satu kebanggaan.


mungkin korang akan fikir, owh.. nak mengata orang, diri sendiri pon tak betul. memang... sebab aku dah mengata diri sendiri dah berbakul2 sebelum aku mengata dalam entry nie.


okey tu jer aku nak membebel.. kalau aku rasa nak sambung bebelan nie, aku sambung. kalau rasa tak nak sambung, nie lah pengakhiran entry nie. mengantuk.. ZzzzZZzz


N/K: bercinta lepas kahwin lagi best.. nikmat tu Allah tak tarik. berbanding dengan orang yang bercinta dulu sebelum kahwin nie. yer la.. belum kahwin dah rasa nikmat berkasih sayang, dah kahwin, rasa nikmat tu dah kurang sebab korang dah rasa. Salah? betulkan...






KBAI,


Sunday, 12 February 2012

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

Assalamualaikum kepada pelawat kebun epal.






dah lama dah aku tak join mana2 segmen.. sibuk dengan pelbagai mehnah kehidupan seorang aku.
tajuk segmen kali nie Segmen: Jom baca Blog Aku dan aku plak tertarik nak join. ye la.. dah lama dah aku tak blogwalking nie.. aku harap bila aku dah join nie, harap ada blogger diluar sana sudi berkongsi Link.. boleh BW sama2.. :D


tarikh tutup segmen nie pada pukul 10 malam nie.. tarikhnya plak mestilah hari nie kan, 13 februari 2012. syaratnya mudah jer... berikan satu sebab naper naper korang patut baca blog kitorang nie.


berikan satu sebab yang ringkas kenapa mereka patut baca blog anda:


aku pilih sebab nie jer... MENJALINKAN HUBUNGAN UKHWAH SESAMA INSAN. sebab aku suka berkawan dan merayap kat blog2 orang.. then bila dah ziarah2 nie, aku akui blog yang aku singgah banyak bagi aku ilmu, maklumat dan kenal sikap orang tu melalui penulisan diorang.. so singgah blog aku, kita berkongsi link dan insyaAllah, aku akan selalu singgah blog korang.. (panjang ker sebab yang aku huraikan nie..? sorry..ngee~ )


nie plak entry terbaru aku : warkah untuk bakal suami best atau tidak entry nie, terpulang pada penilaian orang yang singgah kat kebun epal nie... 


okey, tu jer aku nak membebel. akhir sekali... salam kenal.. :D


regards:


Warkah untuk Bakal Suami

Assalamualaikum bakal imam ku..


Awak...
berfikir panjang jugak saya nak tulis surat nie.. yer la... tulis surat pada awak yang entah siapa.. awak tahu, saya tak pernah tulis surat cinta sebelum nie... adei.. nie dikira warkah cinta ker? awak tahu.. berdebar hati saya nak tulis surat nie.. awak jangan gelak plak..


awak,
saya masih tertanya2 siapalah diri awak yang Allah dah ciptakan sebagai pelengkap hidupku,  imam dalam sujudku padaNya, pelengkap senyuman dan tangisanku, bakal Ayah kepada anak2 ku.. siapakah dirimu wahai bakal suamiku? adakah sebelum nie kita pernah bertemu? adakah kita pernah berbalas senyum? adakah dirimu pernah bersama aku dan kita telah berpisah dan mungkinkah awak akan kembali lagi untuk menjadi jodohku? atau adakah kita pernah berselisih bahu dahulu? atau adakah awak sudah ada disekeliling saya? sungguh..sungguh saya tak tahu rahsia Allah... Hanya Allah yang tahu.


Awak..
sebenarnyakan... saya janggal nak berbahasakan diri sebagai saya.. atau berawak dan bersaya.. sungguh saya terasa ayat saya nie macam orang2 dahulu menulis surat cinta walaupun saya tak tahu macam mana orang2 dulu bercinta.. jadi izinkan saya berAku dan berKau dalam surat ni... aku janji, lepas jer kita diijabkabulkan nanti, akan ku panggil kau dengan panggilan Abang, sayang, hubby, manja, buncit, pacik atau sama waktu dengannya.. aku sedar aku juga romantik...


bakal suamiku,
untuk pertama kalinya, aku mohon maaf darimu sekiranya sebelum aku menikahimu, auratku tidak terjaga dengan sempurna, akhlak ku, tutur kata ku.. dan segala perbuatanku sebelum bertemu denganmu, mohon... maafkanlah diri ini. mungkin sewaktu aku menulis warkah ini dan sekarang ini, kau mungkin sedang leka dengan gadis2 berdahi licin, berpakaian seksi, ditemani dengan suara2 lunak dan manja, aku tak kisah sebab aku tahu kau juga mencari jodoh yang sesuai sebelum bertemu dengan aku tapi bakal imamku..aku mohon..kawallah dirimu agar jangan sampai terlanjur melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah..


Aku tahu aku juga tidak sebaik muslimah yang lain.. dan sering kali tewas dengan bisikan syaitan, didunia yang tanpa sempadan nie, aku akui aku tertewas. aku terpengaruh dengan maksiat disekeliling tapi ketahuilah, aku dah berubah sekarang.. dan sekarang pun, aku masih berada dalam proses perubahan, berubah lagi baik dari kehidupan aku yang dulu dan aku mengharapkan, sewaktu aku bertemu denganmu nanti, aku sudah menjadi wanita solehah yang melengkapi kekuranganmu dan engkau melengkapi kekuranganku dengan kelebihanmu. kadang2 aku terfikir, adakah engkau dapat menerima aku yang penuh dengan dosa dan noda ini untuk menemani perjalanan hidupmu? 


bakal suamiku,
sungguh aku bukan seperti gadis2 yang engkau pernah kenal dan hadir dalam hidupmu.. aku tidak memiliki rupa paras yang cantik, harta jauh sekali dalam igauanmu, aku serba serbi kekurangan.. sungguh aku akui, aku takut jika kau tidak dapat menerima kekurangan yang ada pada aku. tapi demi Allah, sungguh aku mahu engkau membimbingku dan menerima aku seadanya.


imam yang ku tunggu,
to tell you the truth, kau bukanlah lelaki yang pertama hadir dalam hidupku. sungguh aku menyesal kerana memberikan cintaku pada orang yang salah sebelum aku menikahimu. Maafkanlah aku jika kau bukan orang yang pertama yang bertakhta dihati ini. Dalam perjalananku untuk bertemu denganmu, mungkin sudah banyak kali aku tergelincir menyebut ungkapan I LOVE YOU pada orang lain sebelum hadirnya dirimu menjadi imamku. Maaf kerana aku cuai, bakal suamiku.


Mr.right Imam,
aku tak mengharapkan engkau sesempurna contoh suami terbaik, Rasullah SAW.. tapi aku mahu engkau mengamalkan sunnah Beliau sekadar yang engkau mampu. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang tak pernah aku dapat dari orang lain sebelum aku berjumpa denganmu. ketahuilah bakal suamiku, aku banyak menangisi sikap mereka yang sering tidak menghargai kehadiran aku dalam kehidupan mereka dulu. Aku tahu.. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu jugalah sebaliknya. untuk dapatkan yang terbaik, aku juga harus menjadi yang terbaik.. mohon bersabarlah.. aku sekarang sedang berubah.


Bakal suamiku, 
Mungkin selepas kahwin, aku mahu terus berkerja. harap engkau mengizininya. Aku mahu membalas jasa Ibuku dengan meringankan bebannya.. aku bukan datang dari keluarga yang berada.. sabarlah, akan ku ceritakan perjalanan kisah hidupku bila aku sudah bergelar isterimu. aku mahu engkau melindungi Aku.. melindungi maruahku... aku sudah kehilangan Ayah untuk ku mengadu dan mungkin akan aku sandarkan beban itu pada kau.. sudi ker kau nanti? erm..aku serahkan pada Allah...


kau tahu, aku berharap..kau tak merokok.. sebab aku cepat lelah bila terhidu bau asap rokok tu.. kalau kau ditakdirkan merokok, please.. merokok jauh2... tapi aku berharap, janganlah ada tabiat merokok tu.. tak elok untuk kesihatan.. dan sekiranya kau nie jenis suka makan.. harap bersabar.. sebab aku nie jenis suka masak tapi tak pandai meneka masin atau manis.. sebab tu selama nie, bila aku memasak..adik aku a.k.a bakal adik ipar mu menjadi assistant ku didapur.. dan aku berharap, kau dapat menolongku didapur nanti..hehehe jangan malas2 bang... nanti tak dapat makan... okey?


kalau aku mengemas rumah, sudi2 dan ringan2kanlah tangan dan kakimu untuk menolongku.. aku nak sangat, kau tolong aku masak atau basuh pinggan ker apa ker kan... bukankah orang kata, berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing...? arghh... peribahasa BM aku fail! kalau aku memasak, terlebih garam atau gula ker apa, please.... jangan kutuk aku kaw2 secukup rasa... 


''sayang.. nanti improve kan lagi masakan sayang nie tau, terlebih garam sikit.. overall, sedap dah nie... cuba lagi lain kali yer?''

walaupun teguran kau tu seperti chef wan, sekurang2 aku dapat terima nanti sebab kau polite cara teguran tu... serious, jangan ucap camnie.. ''mak oiii!! lori garam ada terlibat dengan mana2 kemalangan ker?? masin nya! tak sedap!!!'' atau ayat2 yang lain..seriously, kalau kau ucapkan ayat keramat camtu, banjir rumah kita nanti dengan tangisan aku..


dan kalau boleh, aku nak tiap2 solat kita berjemaah... baca al-quran sama2.. dan kalau boleh, dalam rumah kita nanti, akan ada satu bilik khas untuk kita beribadat pada Allah.. boleh sediakan tak? Aku nak kau hormati keluarga aku dan aku juga akan menghormati keluarga kau...


lepas tu kan.. aku nak sangat kita.. adei, stop2!! aku tak mahu dah beritahu kau apa yang aku harapkan dalam rumah tangga kita.. biarlah sedikit jer aku luahkan sebab aku merancang nak beritahu kau lagi lepas kita kahwin... tapi sebagai balasannya.. aku akan patuh dan taat kepada kau. Aku tahu, tanggungjawab suami lagi berat.. sebab nanti bila dah kahwin dan ada anak, segala dosa kami, kau yang tanggung... Aku janji aku akan jadi isteri yang solehah dan menjadi ibu yang boleh mendidik anak2 kita dengan sebaiknya..sebab aku tak mahu menjerumuskan orang yang aku sayang ke lembah neraka.


aku janji akan jaga makan minum kau tapi tak kan biarkan kau jadi boroi.. kalau terjadi keboroian, aku akan pastikan kita sama2 exercise tiap2 petang.. huh.. aku tak mahu kau sakit sebab obesiti dan so on.  dan aku juga berjanji, lepas kahwin dan tika saat kau ucapkan akad, aku berjanji, rahsiamu menjadi rahsiaku... aku tidak akan sesekali melanggar perintahmu dan menyebarkan rahsiamu.


dan aku mohon bersabarlah dengan perangai ku yang sedikit manja dan kebudak-budakan nie.. dan awak..saya minat manchester United dan the Red Warrior. if kamu penyokong barca, chelsea, arsenal dan lain2, or peminat hobin jang hobin, peteh ganu peteh atau mana2 la team lain, mohon bersabar denganku dan jangan lepaskan kemarahan atas diriku jika MU atau the red Warrior mengalahkan pasukan awak atau janganlah memerli saya jika pasukan kegemaran saya plak dikalahkan oleh pasukan kegemaran awak.. sebab satu jer alasannya... BOLA JE PONNN... janganlah gaduh2 yer... awak kan kesayangan saya... hehe


dari hati yang tulus ikhlas buat bakal suami ku yang aku tak tahu lagi siapa gerangan nya yang Allah dah catatkan di Loh Mahfuz, terimalah diri ku seadanya... dengan lafaz Bismillahirohmanirrahim... kubukakan pintu hati ini menerima mu dengan seadanya...






Sabar menunggu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...