Friday 29 June 2012

4
Komen

entry aku yang terakhir



Assalamualaikum Ya peneroka sekalian..


comel kennn saya nie?

cakap lah comel..cepatlah cakap...

cakap.... saya COMEL...


Ohyeah... saya memang comel...

jangan kacau saya nak tido...haha

Awak rasa saya comel tak?

Aku jumpa gambar nie kat FACEBOOK. Subahanallah.. Sungguh comel sekali neko ini.

nie MUNGKIN entry aku yang terakhir.. terakhir? hahaha terakhir untuk minggu nie sebab esok merupakan hari terakhir aku berada kat rumah nie.


jadi ini bermaksud ''selamat tinggal CUTI semester'' dan selamat datang Semester 5.


bila aku dah masuk kolej nie, tak berapa nak rajin sangatlah aku nak update blog agaknya. tambah2 sekarang nie aku dah jadi pelajar semester lima. makin sibuklah nampak gayanya..


nak cari rumah sewa lagi.. nak beli beskal lagi.. nak AMBIK RESULT EXAM semester 4 LAGI... result? adoi... cakap pasal result, serious aku rasa malas sangat2 nak pergi ambil, bila fikir pasal result,  rasa nak ulang alik ke toilet pon ada, tangan jadi seram sejuk, rasa nak hentak2 kepala ke dinding.. boleh tak kalau tak nak pergi ambil result? (muka sedih)

(werk..werk..padan muka. cuti dah habis..)




fakta pasal aku:


''bila aku cuti dan duduk kat rumah jer, aku tertanya2 bilaa laaa nak habis cuti nie. TAPI bila cuti dah nak habis, aku rasa malas plak nak kembali ke kolej dan aku harap sangat2 yang cuti aku dipanjangkan lagi..''

Wednesday 27 June 2012

8
Komen

GiveAway Contest Gila #1: Watak Kegemaran


Assalamualaikum guys.

Kali nie aku try lagi masuk segmen GA.. kali nie GA disediakan oleh tuan rumah tersebut:

tekan sini kalau nak join : tekan sini, minna san.

Memandangkan tiap kali aku join memana GA, aku TAK PERNAH MENANG..haha tak der Luck may be... kadang2 wat aku fikir banyak kali gak, nak masuk ker tak nak, nak masuk ker tak nak..haha TAPI SERIOUSLY KALI NIE AKU NAK JOIN GA nie, tak kisah menang atau tidak. pergh... aku tak tahulah dari mana idea prince of Noob buat tajuk GA nie. tapi tajuk GA nie OHSEM!! sepanjang aku jadi blogger, inilah satu2nya blog yang aku penah jumpa yang buat GA pasal watak kegemaran, seriously ohsem.

WATAK KEGEMARAN YANG AKU SUKA IALAH:



Tadaaaa... UZUMAKI NARUTO.


Kenapa aku minat gila2 kat dia???


sebabnya naruto-kun seorang yang tabah! seorang yang kelihatan kuat kat luar, tapi sebenarnya..dalam hati dia, dia menanggung penderitaan yang teruk.. kehilangan kedua ibu bapa selepas dilahirkan, dan dibesarkan dalam keadaan FOREVER ALONE, dengan orang2 kampung yang cuma nampak dia hanyalah seekor raksasa kejam tapi sebenarnya kenapa, kenapa dan kenapaaaa orang2 kampung tak boleh nak akui dia. dia pon manusia apa..


walaupon keadaan dia macam tu, dia tetap tak putus asa. dia berusaha kuat untuk buat orang kampung terima dan akui dia.. dia tak pernah putus asa demi mencapai cita2 dia untuk jadi seorang hokage. tak sesekali putus asa!


naruto-kun jugak seorang yang setia dalam persahabatan. dia sanggup buat apa saja demi kawan2 dia. walaupon dulu orang sekeliling dia selalu berlaku tidak adil dan kejam terhadap dia, dia tetap layan mereka dengan baik.. lama2 orang tu sendiri berubah jadi baik..walaupon kadang2 naruto amatlah nakal masa dia kecik tapi itu cuma nak tarik perhatian orang kepada dia..sampai macam tu sekali dia terpaksa buat sebab nak orang perasan akan kewujudan dia.. (  kalau aku.....:'(    )


dan banyak lagilah pasal dia aku nak cerita tapi memandangkan aku takut pembaca boring then aku berhenti dulu. prince of noob kata: 


''hanya mengambil 10 minit daripada masa berharga anda dalam kehidupan ini.''

Tapi bagi aku, lebih dari tu pon aku nak cerita pasal dia. sebab dari situlah aku belajar moral/nilai2 murni yang terselit dari cerita tersebut..


 okay bye.. sebelum aku nangis..sobsobsob
(hey! sapa pasang lagu funeral hokage dan letak bawang kat sini?? i wanto cry)


Tuesday 26 June 2012

5
Komen

Kategori Anda

Assalamualaikum..

Anda berada dalam kategori yang mana...



1. 



2.


3.


4.


5.


6.


7.


8.


9.

10.

11.


12.

13.


so bagi aku, aku dalam kategori  1,  3,  5,  7,  12 dan akhir sekali 13.

korang plak?


Monday 25 June 2012

6
Komen

Sentap mak, nak..

Assalamualaikum

28 APRIL 2012

Gambar diatas menunjukkan 5 orang anak dara yang sopan duduk ditangga menunggu prince charming masing2.. (pedulikan cincin2 emas yang telah tersarung dijari jemari mereka)


kecuali aku lahkan..(kononnya) aku tak tunggu prince charming. aku hanya menunggu Mr. Right aku sahaja..titik. mana boleh nak cari calon yang charming2, sedangkan aku sendiri tak charming, tak ohsem dan sama waktu dengannya..titik.


gambar diatas diambil masa kitorang menginap dekat chalet. Masa nie kami tengah release tension dan huha huha sebab...yer la,  dah habis exam kan. so kami buat keputusan untuk tenangkan jiwa kami yang skema nie di pantai pada 26hb April 2012 sebelum pulang ke negeri masing2.. (cuti semester bermula)


lepas dah bercuti sakan nie, hampir 2 bulan jugaklah aku dok kat rumah, menghabiskan beras dan sekarang nie, cuma tinggal 4 hari lagi lebih kurang nak daftar semester baru. hoyeah..hoyeah.. (melompat ''kegembiraan'' ) kononnya gembira la kan.


belum masuk semester baru lagi, dah ada masalah. yeah... masalah penginapan/asrama. kami sebagai senior, yer..diulangi. SENIOR kemungkinan akan di''halau'' untuk tinggal dirumah sewa. hoooooyeahhh sekali lagi.. adik2 junior, kakak2 memangggg bangga dapat berdikari selepas 2 tahun duduk diasrama tahukkk.. yeah, dunia luar... (smirk)


memandangkan aku nie jenis spesis tak pandai bawak moto, kereta apatah lagi aku tak tau nak drive, jadi aku bercadang nak beli....


tadaaaaaaaa...ohyeah... beskal.


aku boleh bayangkan, dengan berjubah, bertudung labuh, berkasut NIKE (dan kasut jenama lain yg sama waktu dgnnya) dengan beg sandang SAG (backpack bag), angry bird dan domo digantung sampai mati dibeg, dengan hiasan2 lain seperti pin MU dan lelain, bertinggi kan 150cm sahaja.. ohmaiprada, aku rasa dah macam budak sekolah rendah jer nie.. (imaginasi yang hebat..terbaikkkk~)


lepas berbincang dengan rakan2 blogger yang telah add aku kat FB Saya Minatsuki, my penasihat merangkap kawan baik aku sejak dari kecik (kononnyalah), green Apple dan kakak2 yang comel2, akhirnya aku ambik keputusan nak beli beskal jenis camnie...


seriously, nampak girly sungguh! I tak suka laaa.. i hate pink. tengoklah pattern beskal tersebut. nampak macam girly betul dan aku tak berapa nak suka benda2 yang menyerlahkan keWANITAan melayu terakhir aku nie.




Aku lebih suka beskal macam nie..sesuai dengan jiwa muda aku nie.



atau beskal yang macam nie.

Baru sesuai dengan jiwa aku..haha

TAPI tetiba green Apple kata:

''Jangan nak ikut jiwa sangatlah, takut sakit jiwa nanti time nak ulang alik pergi kolej naik beskal raleigh..hahaha''




Sentap girlgirl:

Sunday 24 June 2012

2
Komen

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan Part II

Assalamualaikum

memandangkan internet aku tak berapa sihat sejak beberapa minggu nie, susah betul nak BW, update, join memana segmen.. so malam nie, walaupon mengantuk sangat2... (kesian aku..kononnyalah kesian) tapi aku tetap nak join segmen nie.. sebab malam nie internet tetiba laju. cepat2 join..pergh.










Blog Miss Red Apple's Diary hanya mempunyai Followers seramai 226 ORANG SAHAJA, sah sah?


blogger berasal dari negeri: KELANTAN (i'm kelantaness)


''Why so serious? lets be friend. hey, i'm friendly ya know..peace Y''




8
Komen

Me Gusta

Assalamualaikum..

kalau orang kata, perempuan macam kami nie cepat perasan orang suka kat dia, atau cepat jatuh cinta, bagi aku...AKU SETUJU. bila lelaki rapat dengan dia sikit, ambil tahu pasal dia, bila ada masalah, lelaki tu akan setia ada disisi dia. perempuan sakit, lelaki tu tanya dan beri perhatian pada dia. dalam erti kata yang lain, CARING, perempuan akan cepat jatuh cinta dan mula perasan yang lelaki tu suka kat dia kalau kita terlebih hormon caring. padahal lelaki tu  cuma anggap dia tak lebih dari seorang member jer.

bila perempuan tu dapat tahu yang lelaki tu, ada hubungan dengan perempuan2 lain, layan wanita lain tu sama je macam layanan lelaki tu terhadap dia, mulalah dia nak mengamuk bak bagai. tambah2 kalau dia tiba2 dapat tahu lelaki tu dah ada awek. mulalah nak tuduh lelaki tu curang dan main2kan perasaan dia.

wush...kesian lelaki tu kan?? dia tak ada maksudkan pape pun. tak ada niat pon nak main2kan that girl sebab dia anggap kawan2 saja maa.. aiyoo. kenapa mau perasan? hello lelaki, awak tahukan perempuan nie camner, hati dia lembut dan mudah suka pada orang yang care pasal dia. tak dengar ke UIA cakap apa

''jangan cuba sentuh hati perempuan kalau kita tak ada niat apa2 terhadap dia'' (lebih kurang ayat dia camtulah)

lagipon kalau nak anggap bestfriend, rasanya susah nak wujudkan BFF antara lelaki dan perempuan nie. mana boleh BFF sangat, surely dalam diam, akan timbul satu perasaan yang lebih dari sekadar kawan baik.


TAPI kalau lelaki plak yang terlebih hormon perasan, aku rasa nak bagi kaki woot! perasan handsome ker apa sampai sanggup upah perempuan jadi tunang dia then serang aku? (hahaha..yes, bab lelaki perasan nie terkena atas aku)

nak dijadikan cerita. aku pergi program, jadi fasi. then masa sesi taaruf tu, aku kenal sorang mamat nie.. dan rupa2nya mamat nie, orang yang aku kenal . pergh.. memandangkan dalam satu program so mestilah kena berkerjasamakan. last day program, dia minta nombor telefon aku sebab dia nak tanya pasal pelajaranlah kononnya sebab exam dah dekat dan dia juga nak ambil gambar2 program yang ada dalam simpanan aku, so senang berhubung nanti.

masa kenal dia lepas program, mesej dekat phone, takder lah mesej2 jiwang2, just mesej yang betul2 perlu jer. kat FB, dia add aku. dia tengok aku rapat dengan lelaki kat FB, dia chat aku kat inbox then tanya sapa laki tu, pakwe ke apa.. so dengan lurus bendulnya aku cakap...

AKU TAK ADA PAKWE.

lepas tu, dia mintak pendrive aku. dia nak gambar program tu, bila aku pergi jumpa dia, dia bagi nasi berlauk lah kat aku. sekali dengan teh o ais lagi. aku tolak tapi dia kata dia bagi ikhlas kerana ILAHI.

dan paling siput sedut tol, dia kata dia ikhlas anggap aku kawan dia kerana Allah. kalau aku ada masalah, please beritahu dia. (dalam hati aku, baiknya dia nie)

dua hari lepas tu, kawan aku yang perempuan nie, datang jumpa aku. datang selidik aku dengan mamat tu jadi camner kan, so aku jawab ler, kawan jer. tak sampai seminggu pon lagi kawan dengan that guy. kawan perempuan aku pon bagilah amaran suruh aku jauhkan diri dari mamat tu.

kawan perempuan aku cakap:

''mamat tu telefon member aku kt kg, suruh member aku menyamar jadi tunang dia then serang kau. sebab kau suka kat dia. jadi dia nak tunang dia datang bagi amaran kat kau. aku dah syak dah yang itu kau bila member aku tepon aku tanya pasal perempuan yang sekampung dengan aku kt kolej nie. kau jer la sekampung dengan aku kan.baik kau jauhkan diri dari mamat tu. aku beritahu nie sebab kau member aku''

dan reaksi aku plak...




kenal tak sampai seminggu, dah fitnah aku suka dia.. 



baru aku perasan kenapa lately, member2 lelaki yang satu kolej dengan aku asyik panggil aku guna nama that guy. baru aku tahu kenapa diorang buat macam tu. apalah mamat tu gitau member2 dia pasal aku.. So aku pun lepas mengamuk sakan, siap tumbuk2 dinding lagi sebab terlampau marah..aku ambil W2O aku then, mesej dia. aku tak bagitahu pon kat dia yang aku dah tau rancangan dia. cuma aku bagitahu aku dah bertunang dan siap ajak dia jadi pengapit aku lagi kalau aku kahwin nanti..hahaha (siap letak big smile lagi kat mesej tu. kalau dia mintak nak tengok ''tunang'' aku tu, manalah aku nak cari tunang segera nanti, phewww)

esoknya aku checked FB, dia dah remove aku jadi friend dia dan no telefon aku pon dia dah delete.

berkawan kerana Allah, perghhh..ayat.. 

ladies, jangan percaya sangat dengan spesis jantan mulut manis, mungkin terselit disitu sikap keBUAYAan dan kePERASANan yang terlampau tinggi.

kalau perempuan cepat perasan, takderlah aku hairan sangat. TAPI NIE LELAKI! eeeewwww.. tak macho gilosss perangai.

kalau handsome sangat boleh lah gak nak bajet orang suka dia tapi ni.....pfftttt~ Annoying betol.

N.K: kisah nie dah setahun berlaku. ME GUSTA...haha

Monday 18 June 2012

2
Komen

Budak Kampung Part 1

Assalamualaikum kepada readers semua.

Kali nie aku nak cerita pasal Nostalgia budak2 kampung macam aku nie. Aku tak tahulah budak2 bandar masa generasi aku main apa kan.. Jenis nostalgia diorang macam mana..yer la.. sebab datang dari dua dunia yang berbeza kan, mesti pengalaman pon turut berbeza..(walaupun berkongsi BUMI yang sama.. surely korang faham maksud aku tentang dua dunia apa yang berbeza)


yang pasti, budak2 kampung yang lain yang seangkatan dengan aku nie pasti akan berkongsi pengalaman yang sama. kepada budak2 bandar seZAMAN dengan aku, seriously aku tak tahu korang isi masa lapang korang dengan apa.. so kalau ada persamaan dengan budak2 kampung macam kami nie, welcome to the club.. :D


okay let see...

Tadaaaa... aku tak tau ler permainan nie nama apa.. ada orang kata lompat lubang tikus.. Tapi yang pasti, masa aku kecik2, permainan nielah yang aku main dengan kawan2 sebelum aku berpindah ke kampung yang penuh dengan budak2 lelaki.. aku kesepian.. (true story)

nie bukan permainan..TAPI nie memang menggamit kenangan lama aku. korang nampak tak apa yang aku nampak dalam gambar nie?? nampak kan.,. duit syiling yang diikat dengan getah kat baju. pergh.. masa aku kecik2 dulu, mana ada wallet ker purse ker, tak main lah benda girly camtu. ada duit syiling sikit, ikat kat tudung banyak2.. pastu petang2 lepas main, pergi beli ais krim.haha

haaa... yang nie plak permainan lawan pemadam.. selalunya aku main dengan rakan sekelas semasa rehat. masa nie harga pemadam 10sen jer.. haaa..time main2 nie, aku kat sekolah rendah. balik2 jer dari sekolah, satu plastik tu penuh dengan pemadam jer. untung kenggg? haha

permainan tukar tiang!( nie bukan tarian tiang RM25 tu yer..hahaha) best main benda nie. aku ingat lagi, masa aku main permainan nie, punyalah laju aku berlari nak tukar tiang yang bertentangan, tak sempat nak brek, terus terjun masuk longkang. kawan2 semua terkejut. aku jer buat muka blurr..sakit ooo... dah lah longkang sekolah aku dulu dalam, badan aku plak kecik.. sadisss...sangat2 sadisss aku nak keluar dari longkang tu. mujur ler longkang tu tak berair jer, kalau tak...(tak sanggup nak habiskan ayat..sobsobsob)

permainan lompat tali. yang nie best sangat2.. kalau tak cukup getah, roger semua kawan2 suruh diorang bawak dari rumah. kawan2 lelaki pon ada yang join main gak. selalunya bertanding, group mana yang best dan hebat, antara lelaki dan perempuan :D

main guli!! yeah...main benda nie la best. guli tu kadang2 kita boleh buat main congkak, atau pon boleh dibuat batu seremban... phewittt,, masa nie, main dengan kawan2 lelaki. kawan2 perempuan tak main sangat benda2 alah nie coz diorang lebih kepada main masak2. aku selalu lepak dengan budak2 lelaki.

 
biji getah. kadang2 biji getah nie kitorang buat perlawanan untuk tengok biji getah mana yang paling kuat. kadang2 kalau kami tau budak kampung sebelah ada biji getah yang kuat, kami akan pergi jumpa dia untuk berlawan. see..terer kan? hahaha kadang2 kalau kami rasa nak main congkak tanah, kami akan gali lubang kat tanah dan main congkak.. (maklumlah... mana ada duit nak beli papan congkak dulu)


bersambung:

Wednesday 13 June 2012

10
Komen

1st SPECIAL GIVEAWAY CONTEST by Qaleshya Umairah

Assalamualaikum


Kali nie aku nak cerita pasal Awesome Love Story Ever

Firstly, aku rasa nie love awesome story aku yang paling aku hargai. Bukan senang untuk cintakan seseorang selepas disakiti dan dikecewakan oleh kekasih pertama kan? samalah macam aku.. bukan senang untuk cintakan orang lain selepas dia. Aku kenal kau pon melalui Dia kan? tak sangka.. aku boleh jatuh cinta dengan kau. kalau orang lain ber'mama', ber'baby' ber'sayang' tapi.. kau panggil aku PUTRI. kau cakap aku putri kau..

cinta kita bermula awal November 2008. Masa kenal kau, seriously memang niat aku nak main2 kan kau, aku terima kau pon sebab nak sakitkan hati Dia..diakan kawan baik kau tapi tak sangka, selepas tu aku betul2 dah jatuh cinta pada kau, Mir.

kau belajar jauh diPekan, pahang. kita tak macam orang lain. bercinta jarak jauh.. rindunya hanya Allah yang tahu. Mir, ingat lagi tak, tiap2 malam kau akan mainkan gitar dan kau nyanyikan sebuah lagu untuk aku, SAAT TERAKHIR.. kau minta aku ingat lagu tu sebab tu akan jadi lagu kita. Masa tu, aku menangis terharu bila dengar kau menyanyi lagu tu. Kau tahu tak Mir, disebabkan kau selalu mainkan gitar untuk aku, aku jadi terlalu minat dengan gitar dan percayalah Mir, sampai sekarang aku minat sangat2 dengar bunyi gitar. (sekarang, aku tengah belajar main gitar)

hampir setahun kita bersama, kita terputus hubungan disebabkan satu situasi.. lepas 3 bulan aku betul2 menderita kerana terlalu rindukan kau, akhirnya aku dapat berita kau dah TAKDER. bukan sekejap Mir aku menderita, 5 bulan Mir.. 5 bulan tu bukan tempoh masa yang sekejap.. hampir setahun lepas tu, kau tetiba muncul lagi...  aku ceritakan kisah nie dalam entry nie SAAT TERAKHIR.

bagi aku walaupun aku teramat cintakan kau tapi life must go on kan? masa tu aku tak dapat nak terima kau lagi, walaupon masa tu hati aku meronta2 supaya aku kembali kepada kau tapi sidia yang bantu aku untuk move on, aku tak boleh nak tinggalkan orang yang selama nie ada untuk aku masa aku amat perlukan sokongan. saat kau suruh aku pilih antara kau atau dia, sebenarnya kau dah bunuh hati aku...

Cinta dan mencintai itu satu keperluan.. walaupon cinta bukan jaminan kebahagiaan yang berpanjangan, kita tetap ambil keputusan untuk jatuh cinta lagi sebab cinta tu anugerah Tuhan buat hambaNya.. walaupon berkali2 disakiti...kita tetap ambil risiko itu untuk jatuh cinta lagi.


Tuesday 12 June 2012

10
Komen

sampai bila erk dia nak berlagak macam prince charming atau kita nak berlagak macam barbie?

Assalamualaikum kepada readers dan salam sejahtera :D

fasa-fasa bercintan cintun


1. mula2 kenal, rasa berkenan.. then apply borang dulu..Risik sama ada pihak lawan still single atau dah double.

''awak mesej dengan saya, takder orang marah ker?''

''Sweetnya korang berdua.. awek/pakwe awak ke nie?'' (padahal tu gambar ngan adik jer)

''owh...adik.. awek/pakwe awak mana?'' 

''awak tak takut ker kita keluar nie nanti kekasih hati awak marah plak'' (meneka)

2. Bila dah dapat jawapan, strategi mengorat pon bermula... kalau yang perempuan atau lelaki tu jenis playing hard to get, susah sangat nak dapat, si mencuba akan mesej dia hari2 semata2 nak buat si target tu sedar akan kehadiran dia.

3. bila dah selalu mesej, sudah pasti sidia dah jadi sebahagian daripada kehidupan kita.. Then si mencuba mula luahkan perasaan masing2. kalau cinta berbalas, bunga2 cinta mekar mewangi dalam hati masing2. kalau tak berbalas, madu ditangan kirimu, racun ditangan kananmu...wakakaka (mengarut2)

4. bila dah ada dalam kategori bercinta, semua nampak manis kan?awak caring pasal saya, saya caring pasal awak. awak say good morning honey, saya say good night baby.. hari2 bergayut di telefon, hari2 buat senaman jari, TUP TAP TUP TAP kat keypad handset, yang penting dapat berhubung dengan dia, tak kisah berapa banyak duit kita habiskan untuk beli topUP.. topup 3 ringgit tak der dah sekarang nie. paling sikit pon RM5.. (buka wallet pastu tengok rama2 keluar dari wallet tersebut)

5. kadang2 walaupun dia sibuk, dia tetap mesej kita dan kadang2 kalau dia main dota pon, dia sanggup hentikan benda tu sebab nak layan mesej atau panggilan kita... (aku layan angry bird jer.. krohhhh krohhhh paling koman pon layan street fighter tak pon layan street Futsal ) itu dulu...masa mula2 bercinta..memang laaa.. tapi sampai bila erk dia nak berlagak macam prince charming atau kita nak berlagak macam barbie?

6.  bila dah berbulan2 sikit bercintan cintun, mulalah mesej pon kurang... kalau mesej pon, kita bagi mesej yang panjang2, dia boleh jawab K... oh my~ K jer...!! nampak sangat...hello...awak dah jemu dengan kita ker sayang? wahahaha

7. kalau dulu dia caring sangat pasal kita. dengar kita sakit ker, selesema ker, demam ker..sanggup tinggalkan kerja dia semata2 nak jumpa kita, nak bagi ubat atau bubur.. sekarang, bila kita sakit, dia kata..''pergi jer la jumpa doktor, saya sibuk nie..''  dan silap2 boleh dapat ayat power "JANGAN MENGADA2 SANGAT BOLEH TAK??" 

8.  kalau dapat kekasih yang biol sikit, yang suka menguji, yang tak reti2 nak jaga perasaan kita, fed up gak kita kan? macamlah kita nie tak der perasaan.. hello awak, perasaan kita nie fragile, tahukkk?? sikit2 merajuk, sikit2 nak uji kesetiaan kita, gaduh sikit2 mula mintak putus, sikit2 dok syak kita mendua dan mentiga.. awak, kata2 itu kan satu DOA.. kan masin kata2 awak tu, awak nak ker saya mengempatkan awak?? 

9. dulu hari2 kita nie mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang.. orang sebut nama awak pon, kita boleh tersenyum sipu, orang duk usik kita berdua pon, kita rasa nak lari menyorok dalam almari sebab rasa segan TAPI sekarang, hari2 kita makan hati berulam jantung dengan sikap awak.. damn romeo, damn juliet..cepat beno berubah hati.. dulu semua nampak sweet TAPI sekarang semua nampak cam shit... :'(

Akhir sekali, kalau dah tak dapat nak selamatkan hubungan nie, selamat tinggal romeo..selamat tinggal juliet..
tahun depan kita jumpa lagi.

kalau ada jodoh, inilah penghujungnya


kalau tak der jodoh,

Hanya mampu doakan kebahagiaan awak dengan orang lain... >:')


8
Komen

Diari seorang Aku

Assalamualaikum kepada semua

Lagu yang aku suka:



sebab ianya mengingatkan aku pada crush aku yang belajar kat Jepun. damn so hard.. i'm falling for him so much. tanpa dipaksa..dah setahun aku masih meminati dia dan hanya mampu mendoakan kebahagian dia.

jatuh cinta dan mencintai sesuatu yang kita tak boleh nak halang.. sebab tu, cinta tak mengharapkan sebarang balasankan?



Diari seorang aku yang amat meminati epal:

about me:
Haip.. nama aku Salihah.. aku dilahirkan pada 29 Oktober 1991 so of course, now i'm sweet 21 years old.. mempunyai ketinggian 150cm dan berberatkan 39kg sahaja.. (kecik dan ringan? belom tengok dengan mata sendiri belom tahu) 

tahap pengajian:
Aku sekarang nie masih belajar lagi. aku ambik barchelor degree in Al-syariah kat NEWSCASTLE
( newscastle?? hahaha jaoh bebeno.. belajar di Kota Bharu, Kelantan) sekarang dengan BANGGAnya menjadi mahasiswa bakal tahun 3 sem 5 bulan JULAI nanti.. (sekarang tengah cuti2 satu bilik lagi)

seorang yang:
Peramah, suka bercakap potpetpotpet (taklah, guwa x macam tu okey), seorang yang jenis kelam kabut (perangai yg tak baik, i know that) panas baran, sensitif.. cepat menangis bila tengok cerita sedih, baca buku, tengok manga dan anime sedih ker, baca berita yang sedih ker, even tengok cerita hindustan pon, of course air mata aku akan keluar.. asalkan SEDIH so conclusion nya EMOSI TAK STABIL.. haha

aku sukakan gadjet2 yang cool, boyish, suka kumpul kasut2 yang ada red shoelace dan kasut jenis ''kejantanan'' sikit, tak suka sangat dengan benda2 pinky dan girly nie.. 

 aku jenis yang suka ketawa dan senyum (kira 1 pakej la tu tapi bila depan kamera, tiba2 aku tak boleh nak senyum), payah nak merajuk..tapi kalau merajuk senang kena pujuk. jangan bagi aku sakit hati sebab bila aku dah sakit hati, aku susah nak lupakan perkara tu walaupon orang tu dah minta maaf. bila aku marah, bagi aku tenangkan diri dulu dan jangan tegur aku. well, kalau masih nak tegakkan benang yang basah masa aku tengah marah, aku belum dapat bagi jaminan tangan kaki aku tak naik kat badan korang.. (scary isn't it? that's me.. )

Kekurangan:
hurm.. kekurangan..banyak sebenarnya kekurangan yang ada dalam DIARI SEORANG AKU. tiada keyakinan, mudah putus asa tapi cepat bangkit dari perasaan tu, kuat berangan (hohoho) tak boleh nak percayakan lelaki sebab dah banyak kali disakiti, bila aku buat lawak, orang lain tak gelak TAPI bila time aku tak buat lawak, orang gelak plak.. takder sense of humour?? xtahu laaa (peluk lutut dan jari kuis2 lantai)

lemah semangat bila kena berdiri atas pentas, suka pegang microphone dan bercakap (lagipon saya nie kan fasilitator, hehe) orang lain susah nak predict aku sebab mood aku cepat berubah.

Hobi dan minat:
aku suka memasak sebab aku suka makan, menulis cerpen dan sajak, drawing dan painting (aku suka lukis anime) aku suka menari, Ex flatlander, aku suka tengok bola terutama kalau team kesukaan aku iaitu MU dan TRW bukak game. aku suka main gitar so the conclusion is, aku jenis yang teramat sukakan seni dan sukan.

lukisan aku pada tahun 2009. watak di ambil dari manga hot gimmik 5


k, entry yang paling panjang dan membosankan yang penah wujud kat blog aku nie.. sorry readers, k bai...

nota kaki kecik aku: aku teringin nak tahu kisah kak ika... ^^


Thursday 7 June 2012

4
Komen

So Soon


every time i close my eyes i see you in front of me,
I still can hear your voice calling out my name..
and i remember all the stories you told me, 
i miss the time you were around ( i miss the time you were around)
but i'm so grateful for every moment i spent with you
'cause i know life won't last forever...

(16.12.2010 hospital besar TM)

you went so soon, so soon...
you left so soon, so soon..
i have to move on 'cause i know it's been too long,
i've got to stop the tears, keep my faith and be strong,
i'll try to take it all, even though it's so hard
I see you in my dreams but when i wake up you are gone,
Gone so soon...

( 28.12.2010 koma di Hospital Raja Perempuan Zainab II )

night and day, i still feel you are close to me,
and i remember you in every prayer that i make,
every single day may you be shaded by His mercy,
but life is not the same, and it will never be the same,
BUT i'm so thankful for every memory i shared with you,
'CAUSE I KNOW THIS LIFE IS NOT FOREVER...

( 29.12.2010 akhirnya arwah tinggalkan kami. DAN Arwah berada di Rumah untuk kali yang terakhir )


you went so soon, so soon...
you left so soon, so soon..
i have to move on 'cause i know it's been too long,
i've got to stop the tears, keep my faith and be strong,
i'll try to take it all, even though it's so hard
I see you in my dreams but when i wake up you are gone,


there were days i had no strength to go on,
i felt so weak and i just couldn't help asking ''why?'',
BUT i got through all the pain WHEN I TRULY ACCEPTED
THAT TO GOD WE ALL BELONG, AND TO HIM WE'LL RETURN...

( 29.12.2010 )

Al-Fatihah.... May Allah Bless you, dad.. we love you so much.. :')

MAHER ZAIN'song:
check this out : So Soon

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template