Tuesday 13 September 2011

0
Komen

Warkah Lelangit Strawberry

terbang mencari:
pembuat origami rama2 merah



strawberry?? awat strawberry? naper tak epal ker... durian ke... blackberry ker... sebab aku pilih strawberry nie pon kerana perhubungan kami nie masam-masam manis.... (kenapa strawberry gak? urgh... xdak jawapan)

sebenarnya... aku tak tahu camner nak post entry nie..(yup... memang aku tak tahu camner nak luahkan)
aku ada sorang kawan nie.. merangkap penasihat tak bergaji aku.. (saya ada penasihat...awak ada tak??haha)
malam tadi.. bila aku bosan, aku online kat facebook... tetiba tergerak hati aku nak visit wall dia.. ala... (akukan visitor dia..dia yang suruh cuti2 satu wall nie...ngeee~XD )


dalam pada aku dok usha komen kitorang tu.. hati aku tergerak nak scroll down older post dia.. punya la aku scroll down sampai la kat notification yang menyebut bila aku dan dia start jadi kawan.. aku tersedar sesuatu.. (serious aku cakap... malam nie baru aku tersedar..)


rupa2nya, dia mungkin banyak menderita sebab kenal aku..... (mengeluh sedih) yer la.... sebab aku..dia digelar PLAYBOY...   aku nie kan..jenis mesra rakyat..  kat wall dia tu..berderet wall post aku kat wall dia yang nampak cam mesra... aku pon satu la..... (tak guna jaaa...) kenapa tak pandai nak melindungi maruah dia seperti mana dia cuba melindungi maruah aku... (melindungi maruah aku?) yup.... dia tak mahu orang (terutama kawan2 dia) fikir buruk2 tentang aku... serious der... aku rasa bersalah der... tambah2 bila baca post2 kawan dia yang banyak perli dia sebab dia rapat ngan perempuan..


aku nie jenis kawan yang tak gunakan... (muka sedih dowh) banyak susahkan orang... terutama susahkan green apple, kawan2 aku.. dan susahkan penasihat aku... aku terfikir.. apa plak kebaikan yang aku dah bagi pada diorang nie... aku nie memang tak layak jadi seorang kawan ker?


aku tak mahu lelangit strawberry nie jadi mendung.. aku tak mahu sebab aku... dia difitnah.. diperli.. dan aku takut kalau diorang salah anggap yang kami nie ada hubungan lebih dari seorang kawan....
dia mr unknown aku sampai bila2... dia kawan aku dan aku tak mahu apa2 terjadi pada dia..

sebab KAMI NIE CUMA KAWAN, so please la.... jangan reka cerita kalau tak tahu... (maaf awak... saya buat entry camnie) saya tak mahu susahkan awak lagi....

 saya tak mahu kawan2 awak atau kawan2 saya salah sangka dengan hubungan persahabatan nie...


kalau saya yang jadi hero awak dengan stop visit your wall or didn't calling your name at my wall, xper kan...? saya nak protect awak,kawan saya...


dicari oleh:

Monday 12 September 2011

3
Komen

Tak Tiru Orang Okey





tak tiru..ditiru.. tertiru...peniru...haaaa.... (pelik tak?)

memandangkan aku nie blogger baru so tertanya2 gak camner aku nak buat gaya penulisan aku nanti including  blog nie bercerita pasal apa kan.. dulu first aku buat mende alah nie (i means, blog ) aku cam tak tahu apa2 pun.. but skop tu aku dah dapat la.. aku nak buat jenis e-diary.. so apa2 yang ada dalam blog aku nie kira cam perjalanan kisah hidup aku.. tapi tak sepenuhnya gak coz ada entry yang aku post tu dikreditkan atas nama blog2 lain.. design dia pon (ecececeh..dia dia plak.. cam la aku ngah cakap pasal orang) i means design untuk blog pon dah berubah... dari warna yang terang terus tukar kepada background yang gelap.. tulisan dia pon warna warni jer.. (sebab aku kan pelangi) 


cara penulisan plak.. erm..dulu aku skema jerk.. tak der nie tulis2 cam orang tengah bercakap nie (aku la tu)

korang boleh tengok entry2 aku yang lama.. berbeza ngan yang baru nie.. gaya penulisan terbaru nie, aku praktikkan dengan cara aku bermesej sebenarnya.. (cara????) yup...cara bermesej aku yang pelik.. aku kan ROLEPLAYER.. mende tu?? (mesti korang fikir camtukan? kalau tak terfikir pon, buat2 lah fikir)

meh nak terangkan... akukan minat gila anime so salah satu anime yang paling aku minat ialah GUNDAM SEED. aku jadi roleplayer nie since tahun lepas sejak aku add sorang kawan nie, kawan cina aku namanya ATHRUN ZALA or danny tan (ohhhhh my.. my herooooo, sorry der.. i minat athrun so what??) since daripada kenal dia kat fb la, aku mula roleplay. kat fb even kat mesej ditelefon pon aku roleplay..

mesti korang tak faham lagi kan? (ntah paper la aku nie) camner? gini..gini... bila taip mesej tu aku sertakan sekali cam kata2 yg sepatutnya kata kat hati jer, atau tindakan.. contohnya lah......
''cagalli, please..don't be like this...(embrace her while crying)''
faham... tulis ngan tunjukkan sekali tindakan.. adoi, macam2 lagilah gaya roleplayer nie dalam anime family.. sesetengah orang yang tak suka anime malah anti ngan kitorang akan cop kitorang weeboo or weirdo.. so what? masing2 ada interest (not loan k) dan cara tersendiri.. melalui perangai pelik aku tu la.. aku APPLY kat blog aku nie.. so aku tak tiru mana2 otai blogger.


bukan ape der... just nak bg orang tak bosan ngan blog nieh.. entry panjang2..kalau boleh aku nk entry yang boleh berinteraksi ngan pembaca.. (tak nak entry yang aku wat nie merapu jerk.) pembaca pon boleh faham.. dan kalau boleh aku nak buat pembaca tu rasa macam diri pembaca tu adalah diri aku.. (faham tak? adoi..susah nyer nak terangkan)


yang penting aku tak tiru orang okey..just be yourself.
it's me:

0
Komen

Bila Wanita Menangis

ok, kali nie entry yang aku post nie, aku ambik dari uptomu.net. blog yang popular nie. hampir 1022 org yg suka blog nie kat facebook.. dan korang pon mungkin dah bacakan.. (mesti dah nie kan... kan? ) 
for girls, siapa yang tak pernah lagi menangis kerana seorang lelaki dalam kehidupan dia? (nah..kalau cakap tak pernah tu, tipulah kan? ) bagi diri aku..menangis??? haaaa..... (tarik nafas panjang2 pastu lempang laju2) pernah!


maksud bila wanita menangis:


''jika seorang wanita menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.


jika kamu membiarkan dia pergi..
dia tak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu
selamanya....


seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah
kecuali didepan orang yang yang amat dia sayangi.
dia akan menjadi lemah...


seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangi kamu.
dia akan menurunkan rasa ego yang ada dalam dirinya untuk kamu.


lelaki.....


jika wanita pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian
dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.


lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu
tolong jangan mensia-siakannya.


mungkin kerana keputusanmu, akan merosakkan kebahagiaannya,
saat dia menangis didepanmu,
saat dia terluka keranamu,
lihatlah matanya..
dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?


dia menangis bukan kerana lemah, 
dia menangis bukan kerana dia ingin menginginkan simpati,
atau rasa kasihan...
dia menangis....


kerana dengan menangis diam-diam, tidak memungkinkan lagi.


lelaki,
fikirkanlah tentang itu,
jika wanita menangisi hatinya keranamu,
dan semuanya disebabkan kamu,


inilah waktunya untuk kamu melihat apa yang telah kamu lakukan kepadanya,
hanya kau yang tahu jawapannya,
pertimbangkanlah..
kerana satu hari nanti..
mungkin akan terlambat untuk menyesal..
mungkin akan terlambat untuk ucapkan ''MAAF''..


ha... camtulah.. tp aku rasakan, wanita kat dalam luahan hati nie sesuai untuk seseorang wanita yang bergelar isteri..yerla.... pegang tangan bila sedih.. (yang couple tu jangan pegang! haram...)
tp mgkin jugak ada maksud tersirat disebalik ayat pegang tangan tu.. mungkin boleh jadi sokongan.. (mak, sejak bila kakak jadi pengulas nieh? huhuhu)


walau apa2 pon... aku tertarik dengan ayat yang paling bawah sekali.. mungkin akan terlambat untuk ucapkan maaf.. so wanita nie kalau dia dah terluka.. hati dia lambat sikit nak pulih.. lau sembuh pun, parutnya tetap ada.. tambah2 kalau perempuan tu jenis pendendam. kat mulut kata it's okey or tak ada apa2 la.. tak kisah..
tapi dalam hati.. mungkin terasa berjauh hati.. (siot, memang berdendam..hahahhaa.. cam nak gitau tu aku jer..hahaha)


apa2 pon...lelaki ker..perempuan ker.. (termasuk aku sendiri) kena fikir banyak kali nie nak hargai apa yang kita ada sebelum kita menyesal kerana kehilangannya..
pada DIA tempat kita memohon agar diberi kekuatan..
jangan lupa...


Miss Lesung Pipit:

Saturday 10 September 2011

3
Komen

Aku Rindu Dengan Kisah Kita





bila aku nak wat entry nie, aku fikir banyak kali gak.. takut kalau2 ada yang terasa... atau fikir yang aku nie ntah pape.. (jahat dan sebagainya) atau pun, fikir yang aku tak patut wat camtu... so what? kalau aku pendamkan jer... aku tak kan bertahan..


nie sedikit sebanyak tentang aku dalam dua tiga bulan kebelakangan nie (padahal dulu aku tak macam nie pon)


-sensitif (beware)
-mudah terasa hati (yes, it's me)
-jangan wat aku menyayangi korang, even as a friend (for my sake, please don't! )
-jangan wat aku sayang dan jangan berkawan terlalu rapat dengan aku 
(because i don't wan't to lose you! )
-mudah cemburu (that's why don't make me fall in love with you)


that's my bad attitude.. and please don't make me get hurt..
my good side.. i can't see my good side at all...


naper aku tulis entry camnie..? sebab aku terluka..jealous.. kecewa... sedih... rindu... and those feelings, gonna make me cry.. (serious nie...buat aku menangis, dan aku tak nak perasaan nie..sebab nie bukan diri aku) 


dan bila aku tulis entry nie pon, serious aku cakap mata aku dah bergenang ngan air mata tapi... aku tak nak menangis derr... tak nak...dan aku tak nak pendamkan lagi apa yang aku rasa selama nie...


aku ada berkawan baik dengan dua tiga orang nie (lelaki) and believe me or not, aku cemburu dengan mereka.. (mula da...korang mesti fikir entah pape ngan perempuan nie) dulu korang selalu mesej aku, telefon even kat YM, FACEBOOK.. korang akan tegur aku.. tapi sekarang.... dua tiga menjak nie, korang macam pulaukan aku.. mesej dah jarang, tegur kat ym..jangan harap.. kat facebook.. dulu korang selalu tegur aku tp sekarang korang macam dah tak sedar dengan kewujudan aku. bila aku mesej, korang lambat2 jer reply kadang2 kalau balas pon, macam xder mood jer. (mujur korang nak balas pun mujur, mesti korang fikir camtu kan) kalau aku mesej, korang lambat balas..k, fine. mugkin korang sibuk.. aku akan faham. tapi bila aku tengok wall korang... berderet ja komen korang ngan kawan perempuan korang yang lain tapi mesej aku, korang biarkan xberbalas.. kdg2 berminggu2 korang tak berhubung dengan aku.. dan kehadiran aku, macam tak wujud..kenapa hah korang... (sedih sebab tertanya2) sebab tu orang len cakap, lelaki takkan dapat jadi kawan baik kita...


dulu korang tak macam nie... aku ada wat salah ker? korang yang berubah atau aku yang dah berubah sebenarnya. aku pon tak nak jadi stalker!! that's not my real self! aku tak nak....tak nak jadi camtu.. 
kalau hal nie terjadi pada korang.. seseorang yang rapat dengan korang, buat endah tak endah dengan korang, tak mesej korang even mesej tanya khabar, mesti korang terfikir, apa salah korangkan... korang tak rasa apa yang aku rasa.. for my sake, beritahu apa salah aku sebenarnya.. bila aku dah iktiraf korang dalam hidup aku.. aku akan sayangkan korang. tak kisahlah laki atau perempuan...


dan maaflah... kalau aku plak yang jadi dingin dengan korang. dulu aku jer yang mesej korang dulu, sekarang.... aku dah tak nak mesej dah..biarlah.... aku je kot yang bodoh sebab cuba nak pertahankan persahabatan kita... korang nak rapat dengan sapa.. tu hak korang..aku sedar tu... pernah aku luahkan masalah aku nie pada seseorang and he said:


'' nak tahu tak kenapa sal ada perasaan camtu (jealous), sebab sal takut dengan kehilangan..."


ya allah... baru aku sedar, kenapa aku cemburu..kecewa.. sakit hati... sebab aku takut...takut kehilangan korang.. orang yang aku sayang... aku tak nak kehilangan sesapa lagi... tolonglah... aku merayu.. aku tak nak hilang sesapa lagi tambah2 orang yang aku dah iktiraf...


aku post entry camnie pon..sebab aku rindu dengan kisah kita yang dulu..... semua terbayang dalam fikiran aku.. kenangan antara kita dan yang paling wat aku sedih, sebab aku sedar.. kenangan tu tak akan pernah berulang... bagi korang.. entry nie entah paper.. dan aku..perasaan aku nie korang malas nak fikir, wat semak kepala korang je kan.. tapi bagi aku... korang sebahagian dari kenangan aku...


ok lah... aku mengalah... korang dengan cara korang..aku dengan cara aku. maaf.. sebab aku banyak menyusahkan korang.. dan jangan tanya kenapa aku dingin dengan korang... 
biarlah aku undur diri... aku benci dengan perasaan yang aku ada nie.. demi allah..aku memang benci.. 
janji2 yang korang wat.. aku akan lupakan.. (aku yakin korang pon dah lama lupa dengan janji2 yang korang dah wat tu) sebab aku tahu... promise like a pie crust..


cuma...aku rindu dengan kisah kita...


 kata hati;


Friday 9 September 2011

4
Komen

Bila Dia Menjauh, Bila Dia Mengelak





erm.. kali nie nak post satu entry yang aku minat sekali.. (faham tak? aser cam berbelit jer ayat aku tu).
entry nie aku ambil dari blog akuislam.com. memandangkan aku xpandai lagi nk letak link (malunya aser..pengakuan trlalu murni tu bg seorang blogger..) aku just letak credit to akuislam.com jer la erk.. 


''kadang2... 
bila dia menolak, 
bila dia menjauh.. 
bila dia mengelak..


bukan sebab dia membenci kamu..
bukan jugak kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan.. 
bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala hal tu.


kerana dia tahu,
dan kerana dia sedar jugak yang ini bukan caranya..
ini bukan masanya walaupun dia punya rasa yang sama macam engkau rasa..
dia melakukan itu kerana dia tak mahu ''merosakkan'' kamu...
kerana dia tak mahu kamu terfitnah kerana dirinya.
fahamilah dia....dan maafkanlah dia..''


ha... faham tak? erm...aku rasa dia mengelak mungkin sebab dia takut kalau2 cinta yang hadir dalam hati dia itu mengundang kemurkaan Allah..dia mengelak bukan kerana dia membencinya tapi kerana untuk menjaga kesucian cinta demi mengharapkan cintanya itu hadir bersama redha allah.. cinta yang membawa dia dan orang yang mencintainya ke syurga.. 


mungkin bagi dia... dan bagi seseorang tu... (kawan aku yang paling aku respect)
dia hanya mencintai seseorang tu dgn 4 CUKUP.. apa 4 cukup tu... (usap2 dagu nak tahu..heheehe)


1: cukup cintai dia dari kejauhan
2: cukup untuk mencintai dia dalam diam
3: cukup untuk mencintai dia dengan kesederhanaan

4: cukup untuk mencintai dia dengan keikhlasan....

hanya satu tujuannya..... untuk mengharapkan kemanisan mardotillah... keredhaan Allah yang diimpikan bagi membina mahligai cinta.. Ya allah... aku hanya mengharapkan yang terbaik bagi orang yang aku sayang nie... semoga cintanya pada si dia sampai dihati orang yang dicintainya melalui cintaMu... 



dan aku pun mengharapkan cinta yang ada dalam hati aku nie diredhaiNya.... (muka penuh dengan pengharapan nie...) 


Ikhlas dari hati:

Thursday 8 September 2011

10
Komen

Gula-gula Cinta

awak, awak marah tak bila saya nie suka memain dengan awak? (aku bukan sesiapa untukmu... itu yang selalu aku fikirkan sebenarnya) saya suka cakap..kita kalau berdua jalan macam anak dengan bapa je.. (hehehehe) masa tu kan, muka awak nampak panas jerk.. (merah-merah jer kan, malu atau marah erk..huhuhu) by the way, janganlah marah yer wak..pleaseeeeee... >.< saya buat lawak jer tu..hohohohoho. (erk...? =.='' saya ngaku la... tak lawak pon..^_^'' )


saya suka tengok awak geram...nampak mudeeeeeee..hehehe. (nampak muda xsemestinya wajah awak tu nampak tua tau) sebenarnyaaaa..... saya yang nampak kecik sangat,kan kan kan? sebab tu saya kata kita kalau jalan berdua nampak cam bapa jalan ngan anak jerk. sekecil2 saya pun, awak tetap sayang saya kan? (kononnya laaaa....) bukan saya tak percayakan awak tapi..... saya nie jenis susah nak percayakan kata sayang yang keluar dari bibir lelaki.. kenapa erk? sebab kenangan cinta pertama kot...huhu.


walaupon camtu..awak banyak bersabarkan.. cinta kitakan cinta jarak jauh.. awak kat sana.. saya kat sini.. (jauh la tu..kan? hehehee) awak setia ngan saya.. (harapnya camtu la... ) tapi saya........ (muka bersalah)

jangan plak fikir saya nie curang.... grrrrrrrrr~ 
yer la...yer la... saya mengaku la... saya ada tersayang seseorang tu tapi erm... saya tercintakan awak jerk.. hehhee.. awaklah satu2 nya gula-gula cinta yang saya ada...huhuhuhu. 


dan yang paling saya sayang tentang awak nie, awak nie jenis tak romantik..hahahaha, tapi bila awak cuba untuk jadi romantik.. makkkkk oiiii (berdegup jantung aku laju2 lak tu..hohoho) memang hati setiap perempuan akan cair.. (hati aku sorang laaaa... jgn wat kat hati orang lain..=.=''  )

masa anniversary kedua kita.. memandangkan kita tinggal berlainan negeri, cuma abang posmen jerk jadi orang tengah kitakan...huhu. tepat 15.03 tahun baper tu dirahsiakan..hahaha tetiba jer abang posmen datang rumah.. nak merisik khabar.. (haaa... jangan fikir bukan2)

saya dapat hadiah yang dikirimkan oleh awak.. buka jer sampul surat tu, tiba2 terlurut jatuh gelang kaki silver kat paha saya.. terkejut gak la... dan bila saya buka surat awak.. first ayat yang saya nampak (tu pun sebab awak tulis besar2.. mentang2 la saya nie mata rabun..grrrr~) ialah...... 
''SELAMAT DATANG KEDALAM HATI ABANG''
terus terang saya cakap.. memang hati saya tersentuh.. secara automatik, (bukan secara manual yer..) 

saya menangis..bukan sebab sedih tapi terharu... tambah2 bila baca isi kandungan tu... awak cakap.. bila dah genap dua tahun nie, awak akan sayang saya lebih lagi dan awak tak nak ada yang lain da..(ohhh...selama nie awak ada fikir nak cari yang lain la erkkk?? hehee) awak nak fokus untuk kumpul duit dah.. malah dalam surat tu awak wat pengakuan yang awak ada layan perempuan dari no telefon yang awak tak kenal untuk 3 hari jer pastu awak terus tak contact dia since awak da kata yang kita dah bertunang.. (tunang? since when erk..lupa laaaa...huhuh) pastu awak ada cakap... 
''walaupun cinta abang tak sebanyak cinta allah pada na, walaupun sayang abang tak sebanyak sayang mak dan arwah ayah pada na.. cinta dan sayang abang pada na, abang sandarkan pada allah sebab DIA yang pegang cinta abang.. abang sayangkan na..jaga diri baik2 untuk abang sorang jerk, jangan nakal2.. assalamualaikum cinta."
adoiiiiiiiiiii... perempuan mana tak menangis terharu bila dengar seseorang yang tak romantik cakap camtu?? huhuhu.. pak cik... you are my gula-gula cinta... (sambil buat simbol love kat hati)


miss yang merapu:

Wednesday 7 September 2011

0
Komen

katakanlah

huwaaaaa.... ok.
hahahaaaa.... mengarut apa entry nieh? (lempang laju2) ok...kali nie aku cuba nak tukar angin or mood la lebih kurang.. (kelip2 mata tak faham) well selama nie kan blog aku nie entry dia...fuyoooooo... panjang giler... (muka blurrr)
kan..mesti korang perasan. aku nie baru lagi dalam dunia blogger nie. nak cuba kelainan gak. blog nie pon aku nak re-new balik. 


haaaa...... aku kan x popular  cam blogger len tuh.. ecececeh. sedih dowh...>.< but! owh... ada but..hahahaha. but i won't give up. BLOG nie pon cam diary aku gak...
walaupon jarang ada orang komen (muka sedih) cehhhh... tapi aku tahu korang baca malah ada yang setia baca entry aku tiap kali aku post.. (muka terharu)
thanks dear....huhuhuhu.



apa kaitan ngan tajuk KATAKANLAH untuk entry kali nie?
hadoiiiii... (tepuk dahi kuat2)
adalah.... aku akan cakap.. katakanlah ada dua reasons...



first.... (jeng jeng, U_U cam la ada orang nak tau sangat..harharhar)
pasal mende alah kat atas tadi..erkk? ye laaa... sebab nak gtau betapa trharunya aku ngan orang yang sudi singgah kat blog nie...


second...
next entry aku akan citer...xleh skunk sebab aku tengah emo..hakhakhak..emo?? =.=''



erm..okey. xmao cakap banyak..


dont naughty erk..sayang;

Tuesday 6 September 2011

12
Komen

Saat Terakhir

'' tak pernah terfikir olehku... tak sedikit pun kubayangkan..kau akan pergi tinggalkan ku sendiri...''
 yer.... memang aku tak pernah terfikir yang kita akan trpisah cam nie... aku tak tahu samaada kau yang tinggalkan aku atau aku yang tinggalkan kau... betullah.... aku tak pernah bayangkan yang satu hari, aku terpaksa tinggalkan kau...maaf.....


''begitu sulit kubayangkan...begitu sakit kurasakan..kau akan pergi tinggalkan ku sendiri''
malam tu... saat yang paling sukar buat aku...ya... untuk membuat pilihan..antara kau atau dia... aku dilema...aku tak tahu siapa yang harus aku pilih...samaada kau yang dah hilang berbulan lamanya atau si dia yang setia bersama aku saat aku kecewa... aku tersepit antara dua.. 
''dibawah batu nisan kini, kau tlah sandarkan..kasih sayang kamu..begitu dalam, sungguh ku tak sanggup ini terjadi kerna ku sangat cinta..''
k....fine. mungkin kau xkan tahu perasan aku bila aku dapat tahu dari ahli keluarga kamu sendiri yang kamu dah xder... bila perempuan tu kata... MIE DAH XDER... DAH 5 BULAN DIA PERGI... so sweetkan? sweet sampai aku jatuh sakit, nangis gila2...makan xder selera... kau xkan tahu perasan aku masa tu...


3 bulan sebelum perempuan tu mesej aku.....

awak..... mana awak pergi? naper saya call awak, asyik tak boleh jer... saya mesej,awak langsung tak balas... awak... awak sakit ker? awak kan tak sihat.... saya takut kalau2 awak tewas dengan kanser awak tu... awak... naper??? naper tak cuba hubungi saya... saya rindukan awak..... macam2 dalam fikiran saya nie. awak tak sayang saya lagi ker? dah lupakan saya ker? lima bulan awak... lima bulan awak gantung saya tak bertali... saya...saya betul2 rindukan awak... kali terakhir kita bercakap... awak nak saya jaga diri baik2, dan macam biasa awak akan tepon saya dan nyanyikan lagu SAAT TERAKHIR sambil awak main gitar. awak nak saya ingat lagu nie...



demi allah.... tiap2 hari saya mesej awak...walaupon saya tahu awak xkan balas.... tiap2 hari juga saya akan menangis. sampai kadang2 tu, saya termimpi2kan awak...lepas tersedar dari mimpi tu, saya menangis tersedu sedan... saya betul2 rindukan awak...risaukan awak...
awak... kadang2 tu ada nombor telefon public pahang call kat tepon saya nie. saya tahu tu panggilan dari awak.. lama awak call kan tapi maaf .. saya xsempat nak angkat panggilan tu, awak dah letak..k fine... maybe awak akan tepon saya lagi...puas saya tunggu.. tapi yang saya dapat cuma perasaan hampa... awak tak cuba dah nak tepon saya...


seminggu lepas tu.. saya dapat panggilan dari seorang perempuan. katanya dia sepupu awak. awak...saya betul2 gembira bila dapat tahu yang dia tu sepupu awak. akhirnya senyuman dibibir saya terus hilang bila dia kata awak dah tak ada.... awak!! hancur hati saya awak..... terduduk saya dilantai, air mata tak putus2 membasahi pipi. saya tak tahu apa patut saya buat..... saya teringatkan lagu yang awak nyanyikan untuk saya...''dibawah batu nisan kini, kau tlah sandarkan..kasih sayang kamu..begitu dalam, sungguh ku tak sanggup ini terjadi kerna ku sangat cinta'' rupanya selama nie AKU RINDU PADA YANG TIADA...='(


Sejak daripada hari tu, aku terus tukar nombor telefon, tak guna dah nombor telefon tu...hati aku betul2 sakit..sedih... nombor telefon tu terlalu banyak menyimpan kenangan antara kita... aku tak sanggup nak mengingati nya lagi.. kau takkan tahu perasaan aku... 5 bulan aku rindu pada yang tiada... dan lebih teruk lagi.. bila aku berhubung ngan kawan2 kau, mereka kata selama nie aku dah kena main... dah kena ''kencing'' ngan kau. fikiran aku bertambah serabut.. aku tak tahu nak wat apa...


beberapa bulan lepas tu... aku mula mengenali hati budi si dia... as for me, life must go on... aku tak nak diri aku terus down camtu jer.. aku ngan si dia mula jadi couple. to tell you the truth, i never fall in love with him... aku cuma gunakan dia untuk lupakan kesedihan aku pada kau... memang..tu kebenarannya.. tapi lepas aku kenal hati budi dia... aku mula sayangkan dia... dia terlalu baik, mie...


genap setahun, 3 hari sebelum hari jadi aku... aku terkejut bila tengok akaun facebook kau yang tak aktif dulu tiba2 aktif..dan post pertama yang aku baca kat wall kau adalah...AKU BENCI PEREMPUAN
 tanpa melengahkan masa.. aku terus tinggalkan pesanan di fb.. betapa gmbiranya aku bila kau membalasnya dan i'm glad that you still alive!


tapi gembira tu tak lama bila aku baca balasan mesej tu.. kau tuduh aku main2kan perasaan kau selama setahun. kau marah aku sebab menghilangkan diri selama setahun.. membiarkan dia terus membenci wanita kerana menyangka dirinya telah dipermainkan oleh perempuan. 


mie!!!!! kau salah faham...... bukankah kau telah pergi??? bila aku beritahu yang sepupu kau mengatakan yang kau dah tak ada, kau terkejut. dan kau cakap kau tak ada sepupu perempuan. bila aku tanya kenapa selama nie tak balas mesej, kau kata telefon kau kena curi.. no wonder panggilan tu selalu masuk voice call. bila aku tanya kenapa tak cuba hubungi aku, kau kata kau cuba tepon aku guna public tapi aku tak jawab.. yes..aku mengaku tu salah aku... tapi kenapa plak kawan2 kau kata kau cuma main2kan aku..dan kau tanya aku kembali... aku lebih percayakan dia atau kawan2 yang selalu cari salah dia tu.. ya allah... sungguh aku keliru.


bila salah faham tu semua dah selesai... kau minta aku kembali pada kau... gembiranya aku masa tu... tapi...... aku dah ada seseorang disisi..... kau terkejut. dan dapat ku dengar keluhan kau.. dan paling aku sebak bila aku terdengar suara kau berubah dan ada sendu dihujung suara mu.. YA! kau menangis... SAME GOES TO ME.... aku cintakan kau mie...terlalu cintakan kau....
bila kau suruh wat pilihan DIA ATAU KAMU... dunia aku seakan hilang.....


maaf mie..... aku pilih dia... maaf... jangan tanya aku mengapa...
kau cinta aku tapi cinta itu sebhagian daripada kenangan silam ku...
cinta dia.. untuk hari2 yang mendatang.. dia cintakan aku mie... dan aku juga dah belajar untuk mencintai dia... sebagaimana aku setia sewaktu bersama kau, izinkanlah aku untuk blajar setia dengan dia..


kau marah dan kecewakan bila aku pilih dia... buktinya dah tak ada panggilan abang dan putri..yang ada panggilan kau dan aku lepas tu...aku pasrah....

''inilah saat terakhirku melihat kamu, jatuh air mataku menangis pilu hanya mampu ku ucapkan...selamat jalan kasih.....''

bila tiba hari jadi aku.... kau orang pertama yang mengucapkannya... seperti dulu...
mie.....='( maafkan aku.....


malam tu..aku telefon kau..wat kali terakhir... kau tak nak angkat tapi bila puas aku memujuk, akhirnya panggilan ku dijawab..


percakapan kau kasar sekali...''kau dan aku'' jer...xder dah panggilan putri...
aku rindu panggilan tu.... malam tu aku cuba berbaik.. memang... malam tu kau mula buang rasa kecewa tu..demi aku kan... demi hari jadi aku. bila aku minta kau mainkan gitar... kau menolaknya dengan suara lemah... tapi akhir sekali..kau tetap memenuhi permintaan aku.


sebak dada kau bila kau nyanyikan lagu kita.... lagu SAAT TERAKHIR.. dapat kudengar suara kau yang tersekat2..mungkin menahan tangis.. dan kau cuba untuk teruskan nyanyian tu dan aku...terus mengalirkan air mata sambil mendengar nyanyian terakhir darimu.. ya allah...mie... aku betul2 rindukan kau...


seperti tahun2 lepas..bila hari jadi kita tiba.. kita akn bercakap ditelefon sampai ke pagi.. even salah seorang kita terlelap, panggilan tak akan dimatikan.. malam nie pon macam nie jugakkan....
bila aku pura2 tidur... akhirnya baru aku dapat dengar suara tangisan kau... dan aku hanya menggigit bibir.. menahan sendu..


lama aku diamkan diri, kau menyangka yang aku dah tidur dan kau pun tanya...


''PUTRI...PUTRI DA TIDUR....?


dan aku hanya mendiamkan diri... selepas setengah jam aku senyap, kau pon terus kata,


''SELAMAT MALAM PUTRI... ABANG SAYANGKAN PUTRI SANGAT2... MAAF... NIE MALAM TERAKHIR KITA BERSAMA... ABANG SAYANGKAN PUTRI, BIARLAH ABANG UNDUR DIRI.. MAAF.. ABANG MUNGKIR JANJI UNTUK TERUS BERSAMA PUTRI.. MAAFKAN ABANG. SEMOGA PUTRI BAHAGIA..''


kau menangis... lepas tu, kau terus matikan panggilan tu... aku terpaku... demi ALLAH... lepas kau matikan panggilan tu..aku menangis tak henti2...sebab aku sedar aku dah kehilangan kau....bukan untuk 3 bulan tp untuk selama2nya....
''satu jam saja ku telah bisa cintai kamu,kamu ,kamu di hatiku..namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup...satu jam saja kutelah bisa...sayangi kamu...dihatiku namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup..dinantiku...''
awak.... hari nie saya tengok fb awak.. awak dah mula menerima seseorang dalam hidup awak setelah sekian lama... alhamdulillah...akhirnya awak dah bahagia dan tak membenci wanita lagi. semoga awak bahagia dgn merpati yang awak cinta.. maafkan saya yer...sebab tak sabar menunggu awak dulu. doakan kebahagiaan saya jugak..=)
 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template