Tuesday 4 December 2012

0
Komen

Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum wbt... 

Istanbul aku datang. okay.. aku baru jer habis tengok cerita nie dengan hanim, dan maisa. seriously, cerita nie memang sweet... tadi bukan main lagi hanim cubit2 aku sebab aku tercancel tempat download cerita nie kat laptop aku.. tak sengaja..hehe

kejap lagi aku akan bagi link tempat untuk korang download cerita nie..tu pon kalau ada sesapa yang tak tengok lagi cerita nie la kan..

so apa yang aku nak merepek dalam entry nie ialah,  firstly, aku kagum ooowhhh dengan semangat Dian. yer laa...sanggup travel ke negara orang semata2 nak follow kekasih, nak pujuk biar kekasih dia ''melamar''  dia untuk jadi isteri..

then paling aku hawau dengan si mamat azad tu.. ada ke patut, makwe pergi negara orang, tak der rasa risau langsung.. i means yer laa...dian kan kat negara orang then takder kenal sesapa  kecuali dia jer.. sepatutnya dia kena take care dian.

walaupon benda nie berlaku dalam filem jer, tapi tak bermakna diluar sana tak berlaku benda nie.. benda apa yang aku maksudkan.. yup, benda nie..CURANG.

masa azad salah faham tu, aku curious gak..naper la si azad nie tak nak dengar penjelasan dari dian kan.. masa tengok reaksi ijoe kat restoren dengan dian tu, aku dah dapat agak dah, mesti ijoe tahu something pasal azad.. dalam otak aku, hanim dan maisa nie.. owh, mesti azad ada skandal lain nie.. saja nak cari alasan untuk putuskan hubungan dengan dian.

so no doubt.. azad curang! time diorang gaduh2, kekasih gelap azad datang kat rumah sewa azad.. then masa tu laaa baru dian tahu, azad ada someone else..

aku nie bersungguh betol dok ulas cerita..kan? hahaha

whatever.. yang aku tahu, aku paling tak suka lelaki yang selalu menggunakan ayat2 manis untuk pikat perempuan. atau yer laa, time suka perempuan tu, guna ayat macam2..then bila tak mahu, tinggal camtu jer..

dan aku paling pantang dengan lelaki yang bila dah break, maki hamun perempuan tu macam perempuan tu tak der maruah. bila nak perempuan tu balik, pujuk macam2. kalau aku jadi perempuan tu, sampai mati pon aku tak kan terima lelaki tak guna camtu. buat apa nak terima dia balik kan... memang kita dah tahu, kisah cinta antara dia dan aku akan bermula dan berakhir camne.. 

''bila dua hidup dah sebati, tak semudah itu untuk dileraikan...''

''kalau benda tu memudaratkan, sakitnya kena buang jugakkan...?''

so seriously cerita nie memang best.. tapi dalam pada best2 cerita nie, still ada keburukannya gak kan..? if you know what i mean... *winks*

okay, nie link dia Istanbul aku datang so, aku sebenarnya lupa aku download kat mana tapi you guys boleh tengok kat youtube nie..^^

ehsan dari google

hanim mesti terfikirkan XOXO tu apa la maknanya so xoxo tu means hugs and kisses..heee 

so hanim, xoXo  :P

ja mata ne, minna.. ^^

Wednesday 28 November 2012

3
Komen

sampaikan rindu ini padanya

Assalamualaikum wbt kepada pelawat kebun epal..

untuk entry nie..aku cuma nak ucapkan sesuatu kepada seseorang... *senyum*

kat facebook aku ada terjumpa kata2 nie... kata2 dari ustaz Don Daniyal..

bunyinya camnie laaa...


'' jika rindukan seseorang, bacalah AL FATIHAH sambil tangan di dada. dan berzikirlah pada Allah dengan niat semoga dia merasai rindu kita padanya...''


so sekarang nie aku teramat rindukan dia..seseorang yang amat bermakna dalam kehidupan aku dan kami sekeluarga...

hari nie, 29 november 2012...merupakan tarikh ulang tahun ayah aku yang tercinta.. dan mesti korang dah tahukan, hari nie jugak menggenapkan pemergian dia selama setahun 11 bulan.. memandangkan dia meninggal dunia pada 29 december 2010..

rindunya aku pada dia...... kalau betullah kata2 ustaz don tu... ya Allah.... sampaikanlah rasa rindu yang teramat ini kepada Ayahku, ya Allah... aku mohon.... aku mohon dengan sangat... sampaikanlah rasa rindu ini padanya....

ya Rahman Ya Rahim... tempatkanlah ayah dalam golongan orang2 yang beriman... rahmatilah dia...jauhkanlah dia dari azab kubur dan azab api neraka...

Ya Allah... wlaupon diri ini penuh dengan dosa... aku mohon...dengarlah permintaan ku ini, jauhilah ayah dari azab api neraka... tempatkanlah dirinya dalam golongan orang2 yang beriman... limpahkanlah rahmatMu kepadanya.. sampaikanlah rasa rindu ini pada dirinya Ya Allah.. aku mohon dengan sangat...aku mohon dengan sangat... aku mohon dengan sangat ya Allah... perkenankanlah doa ini...

ampunilah segala dosa2 kami... Aamiin...




Sunday 25 November 2012

0
Komen

Emosi Tergugat

Assalamualaikum wbt...

haip... apa khabar korang yang singgah kat belog kebun epal nie? Maaflah... dah nak masuk 3 bulan tak update bagai. bukan tak mau update, tapi tiap kali menaip, mesti rasa..

''eh..nie gaya penulisan aku ker?''

''eh, betul ke benda nie aku nak menulis?''

''eh... aku nak tulis apa haaa...''

seriously, aku kehilangan idea..bukan aku sesaja nak abandoned my blog.. so lately, kehidupan aku macam roda tau..sekejap aku dok atas, sekejap aku turun ke bawah... but seriously, sometime i felt so useless.

aku nak cerita banyak benda.. nie dah kira diari bergerak aku laa...tapi diari nie, diari yang aku nak kongsi dengan para pembaca. so kalau para pembaca menyampah ke apa, its up to all of you.. because this is me..this is my story.. kalau korang rasa menyampah, apatah lagi aku yang lalui kehidupan nie.. tapi aku bersyukur, sebab dalam keadaan macam nie pon, Allah sentiasa ada untuk aku..

selama nie, aku keseorangan.. aku sedih ker, happy ker.. still aku dengan ego aku.. aku rasa aku tak perlukan kawan.. sebab selama nie, orang yang kawan dengan aku, diorang tak ikhlas kawan dengan aku, selalu pergunakan aku..kadang2, mudah lupakan aku. ye la, aku kan lurus bendul. bila dah selalu camtu, so aku rasa cam susah nak percayakan orang.

but now, i fl that i dont want to be alone anymore. Alhamdulillah..aku ada mereka.. Maisa.. pijah, hanim, adha, azizan, wan saddam, kak ika.. and banyak lagi laaa... aku rasa, aku perlukan mereka... aku tak mahu ego nie terus menyekat rasa friendly aku yang terkurung selama nie..

guys, kalau korang baca entry nie..seriously, i do love all of you, guys.. demi Allah, aku kalau boleh nak berkawan sampai syurga.. aku tak nak, time aku susah..aku cari korang.. atau time aku senang, aku lupakan korang.. aku tak nak jadi kawan macam tu.. aku nak sentiasa ada untuk korang... dan aku tak nak, korang cari aku time korang susah, lupakan aku bila korang senang dengan dunia korang.. aku tak nak jugak macam tu..

sebab aku dah tempuh banyak pengalaman..orang yang rapat dengan aku.. tetiba sekarang jadi stranger.. manakala org yg aku tak berapa nak kenal, sekarang jadi rapat dengan aku. macam dah terbalik jer..

maaflah... aku malam nie tetiba emosi... padahal tadi masa kita main bowling, aku ceria jer weh..tapi kerana satu mesej, emosi aku terus terganggu.. korang semua perasan mood aku berubah masa time main bowling... thanks.. aku tak sangka plak, korang boleh detect mood aku. atau mungkin aku nie, tak pandai nak sembunyikan rasa sedih aku... guys, seriously aku rasa nak nangis, walaupon dah nangis dalam kereta tadi tapi rasa tak cukup jer.. ha ha ha  (gelak syarat)

atau pon aku tak sepatutnya bazirkan air mata aku sebab benda bodoh tu...? ==''


gambar nie member aku ambik, masa aku frust sangat2 sebab terlupa nak bawak kunci bilik hotel LOL
memory at Titiwangsa Hotel, cameron



Saturday 1 September 2012

2
Komen

Kena Ugut

Assalamualaikum w.b.t

Macam2 hal berlaku masa cuti nie.. 

ada hal yang menyedihkan... ada hal yang menyakitkan hati... ada hal yang mgembirakan..  bahkan ada benda yang mengejutkan.

biasalah kan kalau dah stay kat kampung lelama... paling aku tak sangka, BLACKMAIL.

yer...yer...blackmail.. atau lebih kurangnya ugutan.

sapa ugut sapa? sapa yang ugut? sapa yang kena ugut?

ceritanya bermula camnie......

~nutttt nuttt nuttt~

pada satu hari tu, waktu masa tu, petang..aku lepak laa kat ruang tamu kan.. usha2 tv, boring plak so aku naik atas then aku pon masuk bilik. TETIBA aku terjumpa sesuatu disuatu tempat yang tersorok.. so aku pon ambik la benda tu (benda tu dirahsiakan), lama gak laaa aku dok usha benda tu.

dup dap dup dap..dalam hati aku. benda apa nie.. sapa yang letak kat sini.. semua soklan tu dok bermain jer difikiran nie.masa aku dok usha2 tu, adik bongsu aku masuk bilik aku..

pastu dia terkejut laaa...terus dia berlari dapatkan aku dan rampas benda tu dari tangan aku.. (oh main kasar nampak)

adik: oii, janganlah usik. 
aku: kau beli mana benda nie??
adik: ada laaaa...jangan gitau kat mak.. 

katanya sambil simpan balik benda ditangan dia tu. aku pon berfikir sejenak..dan tetiba terukir senyuman nakal dibibir aku.

aku: boleh...kalau kau tak mau aku bagitau kat mak, ada syaratnya..hehehe

dia pon buat muka dengan aku bila dengar aku cakap gitu..

adik: malas aku nak layan...
aku: ohhhhh....malas nak layan...k fine...

aku pon tarik nafas panjang2...

"MAAAAAAAAAAAAAAAAAKKK, Adik kannnnnnnnn'' belom sempat aku melaung nak habiskan ayat aku, dia dah datang tekup mulut aku dengan tangan dia...

Aku: urrmmm...urmmm... (sambil meronta2)
adik: shhhsss....shhhssss....diam lah..hola holaaa...apa dia syaratnya. katanya mengalah..
aku: hurmm..hurmmmm hurmmm... (aku xdapat nak cakap sebab dia tutup mulut aku)
adik: cakap laaa cepattt..apa diaaa..??

Aku pon geram lantas menenyeh kepalanya dengan tangan aku. macam mana aku nak cakap kalau dia tutup mulut aku kan? dia pon lepas tangan dia.

Aku: boleh, syarat dia simple jer...kau kena ikot semua cakap aku... klau kau taknak ikot, aku gitau kat mak, haaaaa haaaa.

dia pon bersetuju. pastu aku dengar mak menyahut panggilan aku tadi.

"apa dia?? '' laung mak aku dari dapur...

aku pon tersengih2 macam kerang busuk sambil tengok muka adik aku.. kening aku, aku naik kan ke atas ke bawah sambil sengih.. adik aku plak buat muka cuak..

''Apa diaaa??'' ulang mak aku sekali lagi..

''tak...adik tanya, nasi dah masak ke belom, adik kata dia lapar..'' jawab aku sambil ketawa kecil

''kejap lagi masak laaa..''

adik aku terus melepaskan nafas lega dia bila dengar aku cakap ggitu ngan mak.

so bermulalah ugutan yang super power dari aku.

bila aku kat ruang tamu:

''sumi~ oooooo sumi~ sini kejap~ " bila aku panggil dia dengan nama manja2, dia tahulah aku nak bermanja dengan dia...

''apa dia...?''

''sumi....errrmm.... sumi buat teh o ais untuk kak haa jap... kak haa dahaga laaa~'' kataku dengan suara yang menggoda..

''buat sendiri laaa..malas laaa..''

''owh malas...? okay~~ makkkkk.... ooo makkkk...''

''eeee diamlah... shuushhh shushhh...diam2.. yer la..orang pergi buat la nie..''

hehehe..

kadang2kan bila aku tengok tv, akukan mata rabun..so aku jenis pelupa nak bawak spek dengan aku.

''bumiii....oooooo buuumiii....sini kejap''

''nak apa?''

''ambik spek atas meja kak haa dalam bilik...wat datang sini erk. nak tengok citer nie..''

''yer laaa...org pergi ambik'' bila dia penat2 datang bawak spek kat aku, aku pon..

''bumi... kak haaa lupa laaa nak pesan suh ambik tepon sony sekali atas katil... tolong ambik erk..? heeee''

''eeee... tadi x pesan awal2..'' katanya dengan perasaan cuak dan terus naik ke atas lagi. bila dia kembali kat aku, tak habis lelah dia lagi.. tetiba..

''erm...sayanggg... kak nak dengar radio laa, tolong ambikkan earphone samsung erk..please~'' ujarku dengar muka yang xder perasaan sambil menekan2 keypad samsung.

''dengar lah lagu kat tepon sony jer''

''ermm...tak nak.. nak dengar radio kat samsung, pergilah ambik...''

''kat mana??'' soalnya lagi.

''dalam bilik....''

''eieee geramlah'' katanya sambil hentak2 kaki dan naik ke atas lagi..

aku terus ketawa.

samalah jugak time aku terasa nak makan... 

'' amin.. tolong letak nasi dalam pinggan akak...''
''amin...nak air...''
''amin..tolong basuh pinggan yang akak guna nie..''

amin...tolong itu...tolong ini...hehehe nie dah dikira namanya membuli nie..haha

dua tiga hari lepas tu, rahsia tu diketahui jugak oleh mak.. opsss...bukan aku yang cakap erk. mak sendiri yang tau rahsia adik.. and for god sake, mak tak marah pon kat adik bila tahu rahsia tu..dia jer yang risau lelebih.. membazir duit sangat beli benda tu..sapa suruh kan.. kan dah kena buli dengan aku..wakakakaka

N.K: sekarang aku dah balik ker Nilam. kuliah dah menunggu.. rindu nak bermesra dengan adik2..hehe maklumlah... sebulan lagi baru dapat jumpa diorang lagi..

owh, sekarang nie, aku demam panas... balasan lah nie sebab aku buli dia..hehe

Thursday 23 August 2012

2
Komen

Ego atau bodoh

Assalamualaikum...

hai hai dan hai kepada readers sekalian. amat2lah mendukacitakan, sejak berhari raya nie, aku jarang update blog.. ngehngehngeh (gelak orang tua yang tak cukup gigi)

selepas sebulan perut nie berehat, start bulan syawal, berkerja terlebih kuat plak dah..result dia: ubat, minyak angin, ubat, minyak angin..muntah..tido... tido muntah... :P

okay...jom kembali kepada tajuk. kali nie monolog ego atau bodoh..

''arghhh!! aku rasa tension dengan hal nie! tension sangat2 dowh. Aku tahu dia cuma nak main2kan perasaan aku. aku tahu dia cuma nak hilangkan boring dia. aku tahu dia cuma nak jadikan aku tempat dia lupakan cinta pertama dia tapi..... kenapa aku sanggup terima cabaran nie, cabaran untuk bermain dalam game perasaan yang diciptakan oleh dia?? kenapa??

adakah disebabkan ego aku.. atau disebabkan aku memang bodoh?

Aku tahu dia cuma nak permainkan aku...aku tahu tu.. Aku tahu lelaki zaman sekarang semua sama.. walaupon tak semua... argh, mungkin separuh daripada mereka yang berperangai camtu tapi still takkan mengubah hakikat dalam diari hidup aku yang lelaki berperangai camtu!

aku tahu, aku akan lebih banyak menderita nanti tapi aku still berdegil nak bantu dia laksanakan misi dia dalam diam.

suka bagi harapan sedangkan dalam hati langsung tak der rasa sekelumit rasa cinta apatah lagi sayang! walaupon aku masih mengetahuinya, tapi kenapa aku tetap cuba untuk bertahan?? ego atau sememangnya aku nie bodoh??

berada bersama dengannya, ketawa dia, senyum dia... semuanya membuat hati aku berdebar2.. walaupon aku tahu, perasaan inilah yang akan membuat aku menderita dan menangis.. tapi still lagi aku masih ingin mencuba untuk mencintai..arghh... apakah betol aku ego atau nie semua disebabkan kebodohan aku.

aku tahu... aku akan sayangkan dia... dan aku mengerti risiko yang akan berlaku. orang kata, cinta pertama sukar hendak dilupakan... kalau sidia tetiba kembali pada pangkuan dia, tidak mustahil dia akan menolak sedangkan hatinya masih sayang, cinta dan rindu pada yang pertama... maka aku?? akan menderita... aku tahu itu semua tapi aku still nak bertahan..

apakah ini keegoan aku untuk endahkan segala kebenaran atau aku sedang memperbodohkan diri sendiri..?

treat me like a queen, then i'll treat you like a king. treat me like a game, i'll show you how it's played

okay, habis sudah monolog dari LELA MANJASARI (watak dalam cerpen yang tengah aku siapkan..)

nie salah satu monolog atau pape jer la yang korang panggil yang ada dalam karya lela manjasari... hehehe

k, selamat menyambut bulan syawal.. dan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir sekiranya ada terkasar terpukul dan maaf batin andai terguris hati..

btw, umur teman dah 21 plus plus tapi still dapat duit raya 2 ratus lebih..ngehngehngeh

rezeki time raya, xkan nak tolak plak kan... :P



Sunday 12 August 2012

14
Komen

Walimatul Urus

Assalamualaikum w.b.t

walimatul urus,
Kepada semua, silalah bertandang ke Rumah saya sempena hari bahagia saya bersama pasangan saya.. :D sesungguhnya kedatangan kalian amatlah saya hargai... *lap2 air mata gembira*

buat Nasi minyak ke nasi hujan ke nanti...?

owh... tak, tak.. tak buat.. ingat nak buat menu yang lain dari yang lain masa bersanding nanti.. Mee Sup mungkin? hehe tak pun, buat satay.. ala2 open house gitu. kalau buat nasi kerabu atau nasi lemak pon sedap jugak kan? tak pun, kat majlis tu nanti, kat perkarangan rumah, boleh letak gerai burger.. sapa2 nak makan burger boleh lah beratur nak pesan burger... 


ambil angin kus2 semangat dari perkahwinan kak zura jap. bergambar atas pelamin dengan pengantin..kot2 lah ada rezeki aku nak kahwin awal kan..

berserikan muka aku..? rasa cam aku plak pengantin..kurkurkur *gelak tak senonoh*

Lupakan pencahayaan nur kegembiraan dalam gambar nie, gambar nie NON EDIT tau. tapi kelihatannya aku lebih berseri hari tu, tak tahu kenapa..lebih putih, ayu dan sebagainya.. *mohon untuk gelak beramai2*

Lupakan jugak beg comel yang pinky girly kat tepi tu, that's mine.. sekali jer beg nie aku pakai.. berharga lebih kurang RM56 kot lelebih sikit tapi atas dasar kecekapan aku memujuk dan kepintaran aku membodek kakak kat KBMALL yang jual beg nie, akhirnya dapat gaklah harga RM49..hakhakhak

sebenarnya walimatulurus aku nie untuk beberapa tahun akan datang.. bukan untuk sekarang.. :D

sebab ada sorang mamat nie cakap kat aku:

''You are not perfect, not much pretty but i'm not looking for physical beauty, i choose you because there is something about you that i can't even explain it ''

benda apa yang something ada pada aku nie? hurm...nie yang aku nak nyanyi lagu najwa dan sleeq nie, UNTUK DIA.. *tak pepasal untuk dia*

ya know what, aku tak expect pon kau cakap benda2 yang romantik kat aku..hello, kalau serious, pergi jumpa mak aku then mintak izin dengan abang aku sebab dia wali aku. aku terima jer orang masuk minang aku..haaa

bukan I LOVE YOU, bukan madah2 cinta yang aku nak.. aku cuma nak AKU TERIMA NIKAHNYA.. tu yang aku harapkan..lepas tu kalau nak bermanja, ber ROMANTIK sampai ke tua pon aku tak kisah tahukkk?

k dah, tu jer aku nak update, siap2 nak pergi kelas MPW plak nie..adoi... *belajar tak habis lagi dah mengada nak kahwin*

Saturday 11 August 2012

2
Komen

Kepulangan Yang Dinanti

Assalamualaikum kawan2 yang ohsem..

camner persiapan raya korang? ok ke tidak? kebanyakan perempuan kalau bab2 baju raya nie, diorang dah siap2kan awal dah. sebelum puasa lagi dah siap tempah baju untuk beraya. dan kaum2 perempuan nie, paling minima kuantiti baju raya pon cuma 2 helai sahaja.

bagi kaum lelaki plak, pakai jer apa yang ada. especially baju melayu. kadang2 diorang nie baju melayu mana ada beli sangat. pakai jer mana yang ada.. yang diorang suka beli T-shirt untuk keluar pergi beraya sambil collect duit raya.. kan?

bagi aku plak, BELUM ADA SEHELAI PON LAGI BAJU RAYA. hari tu ada gak keluar 2 hari berturut2 pergi cari baju raya TAPI hampeh jer.. tak der yang sesuai untuk petite cam aku nie. semua free size dan besar2 punya. lastly aku pergi cari jubah kanak2.. eh eh, padan lah plak dengan aku tapi pattern nya plak terlalu kebudak budakan.. finally, aku tak beli pon baju raya. balik dengan tangan kosong jer.

bukan tu sebenarnya aku nak cerita.. hurm... 

kali nie, aku rasa raya untuk aku tak meriah... abang2 aku semua tak balik ke kampung.. yang ada cuma aku, mak dan adik2 jer la nanti..

Raya kali nie, aku tak mengharapkan sangat duit2 raya, baju2 raya..cuma aku harap semua family dapat berkumpul... tu jer.. mana lagi hari yang dapat family berkumpul kecuali hari raya jer la...kan?

selama nie, korang sibuk dengan kerja2.. semua merantau, dalam setahun tu berapa kali sangat dapat berjumpa... tu pon kalau diorang balik kampung.. tapi kalau raya pon, korang tak dapat nak balik, rasa sunyi gak laa... bila lagi dapat bertentang mata, face to face.. tak kan nak tunggu aku tak der dulu kot...

tak lama lagi nak raya kan...? sekejap jer Ramadhan kali nie.. entah ada atau tidak tahun depan peluang untuk aku berpuasa.. this is might be my last ramadhan.. 

demi Allah.. harapan untuk aku melihat semua ahli keluarga berkumpul pada 1 syawal nanti tetap takkan pernah padam... i miss you so much. guys... 


Friday 10 August 2012

3
Komen

Laptop Kena Curi

Assalamualaikum...

Akhir2 bulan puasa camnielah dugaan cubaan ujian datang menimpa. Ingat kami nie kaya ke hape? kalau kaya... ada duit berlambak-lambak, sila lah nak curi pon.. tapi kami nie bukannya orang berada. Ibarat kais pagi makan pagi, kais malam makan malam..

Sedih jugak hati aku bila dapat panggilan dari adik aku kelmarin. dia telefon aku pukul 3 am lebih. bagitau yang bilik dia kena pecah masuk dan laptop dia jer yang kena ambik.

kecewa gak lah aku.. Aku laburkan duit aku separuh dari harga laptop tu, kongsi duit dengan adik aku semata2 nak dia beli laptop untuk memudahkan dia buat assignment kat UITM tu tetiba dengan sekelip mata kena curi camtu jer.. tak sampai 6 bulan pon lagi guna..

memang aku rasa kecewa... rasa nak menangis gak bila dengar suara adik aku masa gitau laptop dia hilang.. rasa sakit hati... dapat aku rasa perasaan adik aku yang sedih... :'/

kau ingat kau hidup kat dunia nie untuk selama2nya ker? aku tak halalkan dunia dan akhirat.. 

jangan suka aniaya orang... seriously, aku tak halal dia ambil laptop tu


Tuesday 7 August 2012

4
Komen

Anon itu terasakah atau memang tak suka aku?

Assalamualaikum...

yep, tajuk pasal Anon. Anon yang tak mau guna nama sebenar yang suka komen kat blog seseorang. tak kisahlah kat blog tak famous ker, atau blog famous ker, pasti akan ada anon yang komen.

sejak aku buat blog nie, banyak dah komen2 Anon yang aku tak approve sebab komen2 diorang terlampau membenci aku, blogger yang diibaratkan bagai melukut ditepi gantang cam aku nie..(tak famous pon dek non oi)

tapi kali nie, aku tertarik dengan Anon yang bagi komen kat aku pagi nie.

let's check it out..



dia tak puas hati dengan entry nie, Sendiri Mau Ingat, korang boleh baca entry tersebut dan boleh tinggal komen kat aku.. komen tak puas hati ker, apa ker..aku akan approve komen.

Aku malas nak ulang banyak kali pasal isu dalam entry tu.. sama2 muhasabah diri.. tak boleh? cuma yang aku tak puas hati, setahu aku, sebaca aku, sepintas lalu dan segala macam SE lagi, tak der plak aku cakap diri aku bagus dari orang lain.. FYI cik anon2 sekalian, aku cakap benda yang terbuku dalam hati aku.

sendiri mau ingat.. opss, entry tu memang panjang pon..cukup pedas bagi orang yang terasa. tapi bagi orang yang tak pernah buat, dah tentu diorang tak terasa.

aku membebel benda yang betul2 aku tengok dengan mata aku sendiri, bukan aku reka2 pon.. acano tuh? ada faham tak..berat2... berat nanang.
tak puas hati, gitau direct ngan aku guna nama sebenar.. lagi gentle, isn't?

Monday 30 July 2012

0
Komen

Guide Me All The Way

Assalamualaikum...



I know that You could easily
Take away everything You've given me
And I try to remember
Not to take anything for granted
'Cause I know that one day
Suddenly this will all come to an end
So my last wish is for You to be pleased with me

Chorus:
Allah, Ya Allah
Guide me all the way to Your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don't let me go astray 'cause I need You
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, O Allah!
Be with me all the way

I know that sometimes I do
I do forget that my next breath could be the last
Forgive me 'cause I can't thank You enough
Forgive me when I doubt Your love
Now I pray for that day
When all this stops and comes to an end
So my last wish is for You to be pleased with me

CHORUS

Day by day passes
And I think that my time could be near
So I pray: O God let this world be in my hands
And not in my heart
'Cause soon I'll have to leave it (x2)


CHORUS (x3)

Guide me all the way
Don't let me go astray



by: Maher Zain


Thursday 19 July 2012

5
Komen

2 Hati bertaut, Mas Azzam menanti

Assalamualaikum... 


Selamat menyambut Bulan Ramadhan, guys. hope tahun nie kita akan dapat nikmat lailatul qadar...






hari tu pergi bicara selebriti dengan kak ika. first time nak jumpa dia.. dalam hati nie, dup dap dup dap... takut kemain.. :) takut kalau kak ika tak dapat nak terima kehadiran aku dalam hidup dia.. chewahh..


macam2 yang aku fikir.. dia rasa segan ke tidak berjalan dengan aku yang banyak betul kekurangan nie.. i'm pretty ugly ya know..hehe she is a princess.. she so beautiful and kind..


aku ditemani oleh fika.. kawan serumah aku. bila aku face to face dengan kakak, rasa nak nangis pon ada..hehe terharu sangat2 dapat jumpa dengan orang yang selalu cakap ditelefon, huha huha kat facebook, dan tiba2, dia berada di depan mata aku.. Demi Allah, dia betul2 comel.. (mohon kak ika percaya...)



First time pergi Bicara Selebriti, meowww..memang tip top lah. thanks to kak ika yang sudi bawak kami. Fika sampai excited dan aku plak macam lipas kudung cari tudung nak pakai...haha tudung labuh aku semua dah basuh.. tak sempat nak spin jer. kalut betol.. aku pakai tudung bawal tapi tudung tu plak jarang gila. dah siap2 siap pakai, rasa tak selesa terus tukar pakai tudung arini pastu tudung bawal tadi aku jadikan selendang untuk cover my chest, bagi labuh sikit.

memang kalutlah fika dan izzah make over tudung tu kat kepala aku.. (sampaikan kamera yang sepatutnya kami bawa tertinggal di atas meja). nak tunggu kak ika ambil kami kat kolej, dari rumah sewa sampailah ke kolej, aku dan fika berlumba lari.. sebab hujan renyai2 masa tu.. dasyat.. habis cair make up kami yang sederhana nie. (k skip jer lah part nie)



kak ika ditemani adik angkat dia, Na. so bila sampai kat Balai Islam tu, kitorang huha huha nak decide tempat. sama ada nak ambil tempat kat tingkat atas atau nak duduk kat bawah jer. jadi kata putus kami, kami ambil tempat kat tingkat atas.


aku dengan kak ika.. hurm... tak der cakap banyak sangat sebenarnya. AKU KAN PEMALU. mohon wan saddam yang selalu stalk blog aku nie ketawa guling2 bila baca tulisan ''AKU KAN PEMALU'' tersebut. bayangkan dalam kereta pon, aku text kak ika dari pilih untuk bercakap.. see, pemalu betul aku kan..


kata orang.. orang yang banyak membebel kat blog sebenarnya amatlah pendiam didunia nyata.. nak percaya mitos tersebut, terpulanglah pada anda.


sebut pasal Mas Azzam yang dalam cerita KCB tu, face to face.. urm.... tinggi betul dia..kacak.. umur baru 23 tahun..hehe Yatt, Ana raffali, Ustaz Hasrizal.. face to face dengan diorang, satu perkataan jer aku nak cakap, AWESOME. banyak kot pengalaman dan ilmu yang aku dapat dari diorang malam tu.


owh..lagi satu aku nak bagi tip pada korang yang nak mengorat Mas Azzam.


''korang nak jadi isteri mas Azzam, sila pikat ibunya dahulu..hehe''


katanya Mas Azzam.. 


redha Saya terletak pada Keredhaan Ibu saya.. jikalau ibu saya mengatakan calon itu sesuai, ya jadinya sesuai..''(aku sendiri karang ayat nie..lebih kurang camtulah mas azzam cakap)


dalam hati aku, aku rasa nak pergi tegur ibu dia, manalah tau ibu dia berkenan, terus buat menantu..hehe tapi mata plak dah mengantuk.. dan kami plak kena pulang awal sebab yer laaa...dok rumah sewakan, ada orang pantau. tak boleh balik lewat2..


pukul 12 kitorang pon balik... ngeh ngeh ngeh


k tu jer aku nak merapu.. SEBENARNYA TAJUK TAKDER KENA MENGENA DENGAN ISI :D


2 hati antara



dan

kak ika comei lote

InsyaAllah..hati aku dan kak ika bertaut sampai Syurga aku mohon,


(Doakan agar Ukhwah ini terjalin sampai bila2... Ya Allah..Aku mohon dengan sangat..kerana aku amat menyayanginya keranaMU)


kalau ditanya kenapa aku mudah sangat sayang dia, reason yang dah buat aku sayang dia.. aku hanya mampu bagitau, aku terima dia seadanya kerana Allah... Maka Allah hadirkan rasa sayang nie dalam hati Aku.. SEMUA KERANA ALLAH..


Tuesday 17 July 2012

2
Komen

First Love


hai guys. Assalamualaikum... :D

hari nie aku nak cakap pasal FIRST LOVE. haiyoo... bukan first love aku tapi FIRST LOVE yang nie.



First time aku tengok cerita nie, aku rasa heroin dalam cerita nie, NAM itu adalah aku dan SHONE adalah my crush dan crush2 yang lain..haha (aku memang banyak crush tapi cinta aku hanya pada seorang)

okay2.. kembali kepada tajuk lagi. siapa yang dah tengok cerita nie?? angkat buku lali cepat.. :D

as for me, this movie just like other Asian movie BUT the First Love's Movie opened up with a ''lovely qoute'' that i can't resist at all. Bila aku tengok movie nie, kenangan aku kat sekolah dan kenangan aku dengan crush2  mula menjelma...jeng jeng jeng... :D (tapi difikiran aku bila tengok movie nie cuma terbayang 2 orang crush jer)

''All of us have someone who is hidden in the bottom of the heart, when we think of him, we will like ummm... We always feel a little pain inside. BUT we still want to keep him. eventhough i don't know where he is today, what he is doing, he will always be that person who let me know... a little thing called LOVE''
-NAM-

cerita nie mengisahkan budak perempuan yang hodoh, berkulit hitam, pakai cermin mata, a little bit nerd and braces.. dia nie pandai dalam subjek BI jer...subjek2 lain semua fail.


Dalam diam2 dia jatuh cinta pada senior dia, Shone. Shone nie dah lah handsome, famous, pastu dia nie football player kat sekolah diorang.


nielah pakwe aku..huhuhu

Nam berkawan ngan tiga orang member nie.


biasalah budak2 kan.. cinta, pakwe, cinta pakwe... so diorang pon tak larilah dari topik tu. diorang ada beli buku

There is some ways to make him falls in love with you
1. go to the place where you can see many stars on the sky. Then use your finger, draw the line connecting stars as the initials of your man.
2. we have to concentrate our mind. Then look at our beloved. Try to control his mind. Tell him to do things we want. If he follows our command, it means he is your soulmate.
3. sneaking to bring things that have the meaning of heart to him and he must not know who gives the gifts so the target will know that there's somebody who is interested in him.
4. the love must build up ourself. Use the power of love to make us smarter, more beatiful and be better in everything. He will look back at us finally.
5. if you want to do because of love, do it all out with your heart. Your beloved will come to you finally.
6. The last but not least, TELL HIM!!!

(nanti Nam akan ikut step2 nie semata2 nak tackle Shone)

Nam dan Shone mula bercakap selepas satu accident, Nam dan 3 orang member dia kena buli dengan team Basketball lelaki. so kiranya Shone datang selamatkan diorang.



then team basketball nie tak puas hati, masa tamat sesi persekolahan, shone kena pukul. jadi diorang pon bergaduh. keesokkan harinya, shone dengan budak2 tiga orang yang team basketball tu pon kena rotan lah dengan cikgu diorang. Masa tu Nam pon tunggu sesi Merotan tu selesai just semata2 nak bagi plasters untuk luka dia lah. lepas dia bagi plasters tu dan nak beredar dari situ and guess what, tetiba shone cakap..
''NAM, THANK YOU..''
i was..oh my God.. camner dia tahu nama NAM??? sepanjang aku tengok cerita nie, shone tak pernah tau cakap dengan Nam..dan Nam bukannya jenis popular ke apa.. kalau aku yang tengok pon terkejut, bayangkanlah Nam yang ada dalam movie tu sendiri, lagi terkejut dari aku, tahukkk?

Nam over excited macam nak pitam bila Shone tahu nama dia...hahaha (camnie lah perasaan aku bila crush aku kat jepun tu tahu nama aku...huuuuu)

okay aku skip lah part2 yang best lagi.. so aku cerita part yang paling best. kan dalam tip nak mengorat tu ada letak tip, 
the love must build up ourself. Use the power of love to make us smarter, more beatiful and be better in everything. He will look back at us finally.
cinta dia pada shone telah buat dia berubah. Dia start ubah gaya dia, dia belajar bersungguh2 dan lastly, she become a Drum band leader at her school. from beast, she turned into swan. 


sebelum dia jadi comel tu, dia sertai satu teater. memandangkan Nam nie pandai BI, cikgu dia pilih dia jadi Snow White. kawan Shone yang perempuan pon make up dia.. dari budak nerd, dia betul2 berubah jadi princess Snow white.haha

masa nie Shone pon terpukau... :D tapi shone cover la, terus dia buat muka dan cakap, ''snow white with braces''

banyak betol aku nak cerita tapi takut entry nie makin panjang..so korang layan gambar2 nie jer la k..

before make up



masa nie Nam terkejut tengok Shone ada kat teater tu


lepas shone selamatkan dia dari terjatuh ke bawah stage


Shone ganti tempat putera time babak nak kiss (tapi takdak kiss pon)


time nie shone tarik tangan Nam untuk elak nam dari terjatuh ke bawah


kyaaaa~~~

Time nie plak, Nam sengaja lalu depan kelas shone semata2 nak tengok shone. masa tu shone plak kena denda dengan cikgu dia... hahaha (aku dulu pernah gak sengaja lalu depan bilik guru semata2 nak usha cikgu  Murshidi,,hahaha cikgu ekonomi aku tu... my crush )




Tapikan... tau tak, Top..member baik Shone luahkan cinta dia pada Nam. Nam tak cakap pon setuju nak jadi Makwe Top tapi diorang still keluar sesama.

Top dan Nam

Time nie, Nam dan Shone terkejut bila Top tiba2 cium pipi Nam


 
Lepas kejadian cium pipi tu, Nam kata terus terang kat Top, dia suka orang lain. lepas tu Top datang jumpa Shone cakap, walau pape pon, jangan cuba tackle Nam. Dia akan sakit hati kalau lihat sahabat baik dia couple dengan awek yang dia cinta. Shone pon berjanji takkan jatuh cinta pada Nam.

part yang paling best:  The last but not least, TELL HIM!!!

masa nie time graduation


"I like you very much... Been loving you for 3 years now... I've done everything, changed myself in every aspect to be a good woman for you... Played a stage drama, be a drum majorette, be better at studying... It's all for you...  But I know now, that the thing that I should have done is telling you straightly that I love you...''

Tapi mengejutkan Nam, dia tengok kat baju shone, ada tulis I'M TAKEN, Shone dah ada kekasih..baru dua minggu. terkejut bila dengar Shone cakap camtu, Nam pon cakap:



dan dia pon terus berlalu pergi

(of courselah dia tak okay! dia ambik masa 3 tahun nak ucap cinta tuuuu, dari hodoh jadi cantik still xdapat jugak prince charming dia)

lepas balik dari majlis graduation day tu, Shone masuk bilik dia dengan happy then tarik satu Album.


 PHOTOBOOK CAPTION:  "This book hides the truth inside my heart."

PHOTOBOOK CAPTION: "I can reveal my true feelings to anyone"
                                               " She looked the same, cute as always"

 PHOTOBOOK CAPTION: "Touched her hand for the first time,but I had to realease it because others would be curious."

PHOTOBOOK CAPTION: "Today, I gave Nam the flowers I grow but I told her it's from my friend.  It's because I'm tight-lipped."


PHOTOBOOK CAPTION: "Today, I saw Top confessed.  I'm really hurt.  Why our time never match?"


Me too.. wanted you to ride on my back

Tapi hakikatnya: masa dia tengok Nam berjalan dengan Top, Shone cakap..


There's a good quote,

"Life’s too short to hide feelings, express how you feel. You never know if they have the same feelings" 

masing2 dok pendam perasaan... Shone dah jatuh cinta pada Nam sejak nam tu hodoh lagi.. 

nak tau kesudahan cerita nie? tengok ler First Love...:D

BOLEH TEKA TAK SAPA YANG BAGI NOTA NIE PADA NAM LEPAS HABIS SHOW TEATER TU? :D


 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template