Sunday 29 May 2011

0
Komen

loveless

Somehow I understand now
The reason why you stop and look down
You can’t begin to talk about ‘breaking up’
Our shadow fell on the pavement
Are overlap on top of each other
Two feelings will leave now
You must have met a different love
Can’t find the words to keep you here beside me


Why goodbye
Why the end


But to say that that’s a lie
Our hands grow colder since we let go
We’ll become strangers
Why'd you cry after saying sorry
I might end up embracing you
As memories piled up
Before that change into pain
Here is the final smile, let us say goodbye...


I’ll be fine by myself
The first time I lie
In hope it will stop your tears
It’s really important
I dont want to say it exactly
It'll bring up stranded emotion but…
I wish for your happiness more then anyone


Even though I pretend to be strong, I want to tell you ‘thank you’
Even goodbye
Even regrets
It’s the prove of what we once were
So it seems with you
Our memories will continue to exist


I’ll try to forget
Try to put it off our chest
Season both chopped
Let’s look to the new future
Hurriedly you rush away, behind your back
With a final smile, I say goodbye…

Saturday 28 May 2011

1
Komen

Bicara Hati dan cinta


Bila hati berbicara....
aku suka dia....

cinta berkata~
Parah..... memang parah.

saat hati berbisik~
Aku nie memang bodoh. Macam mana aku boleh jatuh cinta dengan dia? Habis 15 march 2009 tak membawa apa-apa makna ke pada aku? 

soal cinta~
What the heck is this?? Girl... wake up! Don’t be so childish.. whatever you do, you just taking the wrong path in your relationship.. don’t you think about him... he’ll be suffer enough if you keep doing it.. don’t cheated on him. He love you more than you know...

bila hati kata dia..
Cloud is beautiful...

cinta mengeluh~
yes but its painful to you if you get involved with him....

bila hati mula membantah~
but... i love him!!  I love him so much.. more than anything... for me.. cloud is beautiful.. i want to be with him... i want to stay by his side..

cinta bertanya~
but why? Did you fall in love with him because of his life same with your life and painful than others?

hati mula berbicara~
No.. it can’t be sympathize. If i feel it like that.. it just same to me.. because my life was terrible. No....

kata jiwa~
jiwa kacau macam nie.

Dua lelaki yang hadir dalam hidup aku.. dia.. walaupun dia bukan cinta pertama, bukan kekasih pertama tapi dia amat bermakna.. dua tahun lebih.. takkan tak membawa apa-apa makna? Mana rasa ini hilang?? Mana rasa ini pergi? Tolonglah hati.... jangan buat aku begini...


bila hati dan cinta berbicara, adakah rasa ini sama?

Friday 27 May 2011

8
Komen

awak selalu dalam hati saya

“awak, peperiksaankan dah habis so ingat tak janji kita dulu? ”

Tanya Alisa sambil merenung haris dihadapannya. haris yang sibuk menyuakan roti bakar ke mulutnya kelihatan kaget dan memandangnya dengan satu pandangan yang sukar untuk ditafsirkan oleh Alisa.

“erm.. Lisa, boleh tak kalau kita bincangkan hal ni sekejap saja lagi. I need to finish my lunch.”
Pinta haris. Direnungnya wajah Alisa.

“okey.. makan-makan.. sorry..hehehe”
Jawab Alisa. Dia tersenyum melihat lelaki yang menjadi pujaan hatinya itu. Tetapi dalam masa yang sama dia hairan apabila melihat ada perubahan di wajah haris.

Beberapa bulan yang lalu, sebelum peperiksaan STPM, haris ada menelefonnya. Dia kembali mengimbau perbualan dengan haris.

…………………………………………………………………….

“Assalamualaikum Lisa.”

“waalaikumussalam awak. Apa khabar?’’ soal Alisa dengan ceria. Hatinya berbunga rindu setiap kali kekasihnya itu menghubunginya.

“saya sihat.. awak sihat?”

“sihat. Awak.. saya rindukan awak..”

“saya pun rindukan awak Lisa. Saya nak bincang sesuatu dengan awak,” ujar haris. Suaranya kelihatan serius. Tidak seperti selalu.

“erm.. ada apa ya?” soal Alisa kehairanan.

“awak… kita putus nak?” soal haris. Pertanyaan dari haris membuatkan Alisa terkedu..

“awak.. awak dengar  tak ni?” soal haris lagi.

“kenapa awak? Saya ada buat salah ke? Kenapa buat saya macam ni?” Tanya Alisa. Air mata mula bercucuran keluar dari matanya.

“awak.. awak jangan salah faham. Lisa, kita putus sekejap je. Kan nak exam ni. Saya nak fokuskan pada pelajaran.. STPM tu kan lagi penting.” Ujar haris perlahan.

“tapi….”

“Lisa, lepas exam kita sambung hubungan kita lagi ya? Saya janji.. kita akan kembali macam dulu. Saya janji… kita putus sekejap ya.. lagipun kitakan sama-sama nak exam. Nanti kita pergi universiti sama-sama ya?” pujuk haris lagi. Alisa hanya mengeluh. Boleh ke hubungan ni kembali macam sekarang ni? Detik hatinya.

“awak janji, kita akan couple balik? Saya sayang awak tau. Awak cinta pertama saya,” sayu suara Alisa.

“Lisa sayang, saya janji kita akan couple balik..okey. kita putus ya?”

“erm.. okey. Baiklah.. mulai hari ni kita berehat dari hubungan kita ni,” Alisa bersuara dalam terpaksa. Sesungguhnya dia amat menyayangi haris aiman.

Dia terlalu rindukan lelaki ini. Sejak dia putuskan untuk berehat dari hubungan mereka, haris tidak pernah menelefonnya. Malah segala SMS yang dihantarnya juga tidak berbalas.  Akhirnya dia faham, dia kena berkorban demi masa depan dia dan haris. Dia tidak mahu diganggu. Dia mahu menumpukan segala perhatiannya pada pelajaran.  Itulah yang dikatakan oleh haris. 
Baiklah.. sabarlah hati. Sekejap saja perpisahan ni. Pujuknya pada diri sendiri.

…………………………………………………………………

“ehem ehem… jauh mengelamun,” tegur haris. Alisa hanya mampu tersengih.

“awak dah kenyang?” soal Alisa dengan rasa gembira.

“ dah.. Lisa okey?” soal haris. Alisa hanya menganggukkan kepalanya. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

“okey… saya rindu awak sangat-sangat. Awak rindu saya tak?” soal Alisa.

“erm.. rindu..” jawabnya perlahan.

“hai… macam tak sudi je rindukan saya..” ujar Alisa.

“tak.. saya memang rindukan awak. Awak.. pasal hubungan kita ni..” haris mula bersuara. Dia terdiam. Alisa setia menunggu.

“Lisa.. kita.. jadi kawan je lah ok..” ujar haris. Dia merenung wajah Alisa kemudian berpaling 
melihat  ke arah lain.

“apa??? Awak serius ke ni?” soal Alisa. Dia betul-betul terkejut dengan apa yang didengarinya tadi.

“saya serius.. saya nak kita jadi kawan je,”

“tapi kenapa awak…” manik-manik mutiara mula bertakung dimatanya. Hatinya betul-betul terluka dengan apa yang baru sahaja didengari.

“saya dah bagi harapan pada gadis lain.. maafkan saya awak.. awak janganlah menangis..” kata haris.

Alisa tersenyum dalam tangis.. betul ke apa yang aku dengar nie? Detik hatinya.

“awak.. nak saya senyum ke bila dengar awak cakap macam tu? haris.. sampai hati awak. Awak fikir saya apa? Saya sabar tunggu awak selama ni. Saya rasa sayalah orang yang paling bodoh selama ni sebab tunggu awak. Tapi awak pula buat saya macam ni. Malah awak minta saya jangan menangis?! Gila ke apa?!” marah Alisa. Air matanya mula membasahi pipinya. Mata lesunya merenung wajah haris dengan seribu kesedihan yang amat sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

“saya tahu.. saya ni jahat. Tapi kesiankanlah gadis tu. Saya dah bagi harapan pada dia, lisa.. fahamilah saya,” rayu haris lagi. Kali ini kata-kata haris membuatkan hatinya bertambah pedih. Dia seakan-akan mahu mentertawakan haris.

“awak! Saya macam mana?! Awak sedar tak apa yang awak cakapkan ni? Awak  bagi harapan pada dia, awak mahu melindungi dia. Habis saya macam mana? Awak dah bagi harapan pada saya.. awak  jahat!” marah Alisa. Air matanya berhamburan keluar. Tidak dipedulikan lagi dengan keadaan di sekeliling mereka.

“maafkan saya awak….”
Alisa mengeluh kecil. Dia menyeka air mata dipipinya. Wajah haris direnungnya lembut. Hatinya sebak. Dia menarik nafas dengan panjang, cuba meringankan sendu didada.

“baiklah haris.. kalau itu yang awak nak. Siapalah saya untuk memaksa awak menerima cinta saya. Terima kasih kerana pernah mencintai saya. Terima kasih kerana pernah menyayangi saya dan pernah menganggap saya ni sebagai gadis awak. Terima kasih untuk semuanya. Mulai hari ni, saya Alisa Kaisara melepaskan haris aiman pergi dari hidup saya,” bergetar suaranya ketika melafazkan kata-kata itu. Kata-katanya sendiri umpama belati yang menghiris perasaannya. Melumatkan rasa cintanya dan meleburkan rasa rindunya terhadap lelaki itu.

“Lisa.. maafkan saya. Saya betul-betul minta maaf,”

“tak apalah haris. Saya doakan awak bahagia. Saya tak pernah sangka yang madu tu begitu pahit untuk ditelan,” kata Alisa. Dia bangkit dari kerusi. Mula berjalan membelakangi haris. Air matanya tumpah lagi.

“Alisa tunggu dulu..” panggilan daripada haris mematikan langkahnya. Dia memalingkan mukanya ke arah lelaki itu. Kelihatan lelaki itu berdiri sambil merenungnya.

“sekurangnya awak dah jumpa madu yang pahit. Maafkan saya. Saya tak layak untuk awak. Saya doakan semoga awak bertemu dengan lelaki yang berhak memiliki cinta awak. Saya minta maaf,” ujar haris sambil menundukkan kepalanya.

Alisa tersenyum dalam tangis. Dia menghela nafasnya. Ada keluhan disitu. Direnung wajah haris. haris menangis? Betul ke apa yang aku lihat ni? Bisik hatinya.

“terima kasih awak. Saya maafkan awak, semoga awak bahagia sayang. Sayangilah dia kalau benar awak cintakan dia. Saya minta maaf sebab saya tak sempurna dimata awak. Awak cinta pertama saya. Jangan risaukan saya. Jaga diri awak baik-baik. Selamat tinggal. 
Assalamualaikum cinta,” ujar Alisa sambil cuba untuk tersenyum. Dia melambaikan tangannya pada haris dan melangkah perlahan bersama  deraian air mata.

Duhai lelaki, izinkanlah aku menatap wajahmu buat kali terakhir. Aku teramat menyayangi dirimu. aku lepaskan kau pergi bukan kerana aku tak cinta, tapi untuk kebahagiaanmu, ku sanggup lakukan apa saja. Wahai lelaki, aku menyayangimu. Jika kau ditakdirkan untuk ku, walau sejauh mana pun ku lepaskan kau pergi, sekiranya kau adalah jodohku, kau akan kembali pada ku. Sekiranya kau bukan ditakdirkan untukku, ku doakan semoga kau bahagia. Pergilah sayang. Tak ku rantai cintamu didahan kasihku. Semoga awak bahagia haris aiman. Saya yakin akan ada seseorang yang diciptakan untukku. Awak cinta pertama. Tapi yakinlah awak bukanlah cinta terakhir saya tapi awak akan selalu ada dalam hati saya.
 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template