Sunday 18 March 2012

3
Komen

sila sedar diri kau tu bodoh

tak lama lagi aku akan exam.. 14 april nanti jer. pejam celik pejam celik, aku dah nak habiskan sem 4 nie. dalam pada aku terpaksa ambil course yang aku tak pernah minat, aku gagahkan diri even rasa malas, aku ulangi lagi sekali, MALAS melanda diri, tapi dah 2 tahun kan aku bersabar..

bersabar demi harapan dan impian orang tua aku. kadang2 aku memberontak gila kot..aku rasa nak berhenti sangat2.. tak nak teruskan degree dalam course ini. seriously, aku pergi kelas pon, rasa cam tikus tengok besi. satu apa pun aku tak faham, semua yang pensyarah ajar rasa masuk telinga kanan, keluar telinga kiri..atau apa yang aku rasa aku faham tapi otak aku tak terima. ahh.. mungkin mind set aku dah camtu. nak tukar mind set suruh suka course nie punyalah susah.

nak kata pointer aku teruk, tak lah.. still tinggi dan meningkat setiap sem ke semester baru. PNG ker, HPNG ker...semua naik. course aku plak,  hampir seratus peratus memang menggunakan bahasa arab. setiap kali ada assignment dalam bahasa arab, i wish that i can get something from it but it's nothing.. i got nothing... Ya Rahman.... sungguh, bahasa Arab bahasa Syurga.. tapi aku tak mahir.. aku cuma ada basic jer.  Allah... beratnya dugaan nie. bodoh sombongkah aku bila ilmu yang aku dapat, aku sia2kan? kalau assignment dalam BM atau BI, aku memang faham dan boleh input2 dia tapi bila assignment BA, aku cam blurr.. 

''apa patot aku buat, kitab nie cakap pasal apa? camner aku nak faham? tak kan untuk 4 tahun nie, aku cuma kena cari rujukan kitab2 kat perpustakaan dan copy paste jer.. Allah.... berkat ker ilmu yang aku cari... aku rasa nak menangis.....''

dalam pada aku pasrah teruskan pengajian nie, sekurang2nya aku tetap rasa bersyukur padaMU ya Rahim.. bila aku masuk kolej islam nie, perangai aku dah berubah..dari ibu segala panas baran, aku telah menjadi Air yang tenang.. dari tidak menutup aurat dengan sewenang-wenangnya, aku dah berubah menjadi seorang wanita.. mungkin tak layak lagi untuk bergelar wanita solehah tapi  sekurang2nya aku berusaha ke arah itu dah sekarang. dari perangai yang entah apa2 menyerupai lelaki, aku dah jadi sebetul2 gadis selepas aku daftar masuk kolej islam di SERAMBI MEKAH ini... 

dari zaman jahiliah aku yang jarang menyentuh mushafMU, kini selepas masuk ker kolej nie dua tahun yang lepas, Mushaf sentiasa ada disisi, AllahuRabbi... mungkin inilah RAHMAT KASIH SAYANGMU padaku sebagai HambaMu ya Allah... mungkin inilah harapan ibu dan Arwah Ayah pada aku..untuk jadi wanita solehah..

terlintas jugak difikiran aku,  Arwah Ayah tinggalkan aku didunia nie tanpa sebarang pesanan ketika menghembuskan nafas terakhir sewaktu koma, aku plak sekarang terdetik dihati nak berhenti ambil course nie, bukankah aku akan mengkhianati amanah dan wasiat arwah pada aku kalau aku berhenti ambil course nie?

Arwah nak aku belajar bersungguhkan... dia tinggalkan kau dengan pesanan belajar rajin2 sebelum dia koma setahun lepas..

''kenapa kau macam nie haa Salihah?? get life budak! bangun2 dari mimpi! jangan pandai bercakap kau akan berubah but the truth is, you didn't changed at all.. kalau orang lain penat dah tengok kau selama setahun nie, aku pon yakin, kau beribu-ribu lagi penat kan??? penat dengan diri kau. aku tahu diri kau lagi baik dari orang lain, sebab kau adalah aku dan aku adalah kau! orang lain tak kan faham dilema yang kau ada, apa yang kau rasai selama dua tahun nie tapi please.. berubah... lupakan cita2 asal kau.. lupakan impian kau sendiri buat sementara waktu nie. bina impian baru, bersabar dan bertahanlah untuk dua tahun jer lagi... dua tahun jer lagi nak habiskan ijazah nie. ikhlaskan hati kerana Allah..

kalau lepas habis belajar nie, kau tak nak jadi peguam ker apa ker, terpulang pada kau.. yang penting kau survive dalam perjuangan nie. kau bukan bawak impian kau, tapi kau bawak impian family kau.. kena ingat tu. sampai mati, mak dan ayah tak pernah mintak lebih pon dari kau selain nak tengok kau belajar dan berubah! dah dua tahun kau bersabar, tak kan dua tahun lagi kau tak boleh bersabar.... kalau kau buat hal macam semester lepas dan semester nie pon kau tak berubah lagi,  orang lain tak boleh tolong diri kau.. kau tu, kau sendiri kena tolong diri kau sendiri!

mana sikap ikhlas kau terhadap ujian yang Allah bagi? mana sikap sabar kau dalam menghadapi dugaan?? mana? mana?? Allah sayang kau.. sayang gila2 kat kau, sebab tu Dia uji kau macam2 sepanjang perjalanan kau untuk berjuang. Dia tak nak kau leka...

kalau jadi apa2 lepas nie, tak boleh masuk exam ker apa.. JANGAN KAU MENANGIS!! kau buatlah lagi perangai malas kau tu.buat2!! lepas tu jangan cuba2 melalak ker apa... kau bodoh, sila sedar diri kau tu bodoh.. bodoh sebab tak belajar dari kesilapan. orang yang mati, tak kan pernah sesekali hidup balik, semangat kau hilang, kau kena cari balik. bukan biarkan diri kau terseksa camnie, bukan biarkan diri kau tewas dengan malas.. owh, sebab ayah dah tak der, kau buat hal..semangat kau hilang.. kau rasa macam tak nak teruskan perjuangan kau. hello!! kau sedar tak, kau masih ada mak lagi,bodoh! kau masih ada sokongan mak lagi..adik2 yang nak tengok kau berjaya.''

kalaulah ada orang yang boleh marah aku camnie... Allah... :'/ tentu Arwah sedih kalau dia tahu aku dah jadi camnie kan..... :'( Astargfirullah....

sungguh..perjuangan ini pahit..tapi InsyaAllah.. aku akan rasa manisnya nanti.... bersabar lah duhai hati.. bersabarlah.... dua tahun jer lagi...




Saturday 10 March 2012

1
Komen

takut hatiku tergoda..

lelaki,


Dalam diam,


aku tertarik dengan Sifatnya, Akhlaknya, Agamanya dan sikap baik keluarganya.


Aku diam dan terus berdiam kerana aku tahu dia Milik Allah. Aku perlu meminta Dia dariNya.


Dalam diam aku selalu tengok fbnya..

Jodoh milik Allah dan Jodoh adalah Rahsia Allah. Tiada lafaz cinta melainkan mendahulukan lafaz Akad nikah. InsyaAllah



Nisa,


dalam diam,


aku juga tertarik dengan si dia,


kepimpinannya,kepetahannya,kasih sayangnya terhadap semua makhluk Allah benar-benar menyentuh pintu hatiku.


Tetapi aku malu,dan semakin malu,


aku hanya mengadu kepada Allah moga dia melamarku..

aku tidak pernah menjengah facebooknya..aku takut..takut hatiku tergoda..


lalu aku hanya menadah tangan kepada Allah,



aku percaya pada janji Allah..


perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,aku cuba untuk menjadi yang terbaik,insyaAllah...





 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template