Friday, 18 November 2011

8
Komen

Bidadari Syurgaku

Assalamualaikum kepada pelawat kebun Epal

dah lama rasanya aku tak update blog nie. dalam minggu peperiksaan kan..susah sikit nak mai melawat blog dan blogwalking.. (facebook rajin plak  online kan? kan? tak baik tipu haaa) facebook tu aku buka jer pon tapi tak main sangat... (tak main sangat?tipu lagi kan kan...) kalau macam nie, sampai esok pon tak habis...grrrr~ (muka geram) by the way, semua orang ada bidadari masing-masing termasuklah aku... hari nie aku nak cerita pasal bidadari aku.. bidadari aku ialah seorang insan yang bergelar IBU.

Mak..
mak aku seorang yang kuat membebel (mak aku kuat membebel, mak korang?) maklumlah, sesetengah perempuankan memang macam tu.. (tak termasuk dengan aku sekali tau sebab aku kan jenis pendiam..hihihi) Mak aku nie jenis yang penyabar.. (tu macam aku..huhu) tapi garang... (macam aku gak..) Mak dengan Ayah aku nie orang kampung.. jadi internet ker apa ker, diorang memang tak pandai nak main.. cuma pandai main mesej dan telefon jer.. (kalaulah mak pandai main facebook...nak jer aku chatting dengan mak ayah hari2...)

Mak aku seorang yang tabah...betul2 tabah.. aku pun tak boleh bayangkan macam mana dia setabah itu menjalani kehidupan dia dari kecil sampailah sekarang.. dengan pelbagai kesusahan, kesakitan, penghinaan, aku tak tahu macam mana dia boleh jadi setabah itu.. (tetiba aku teringatkan zaman kecil aku) seriously aku dapat rasa semua yang mak rasa.. aku hampir-hampir tewas dalam perjuangan tu. dua tiga orang yang tahu kisah sebenar hidup aku, diorang akan kata.. kehidupan sal tak ubah macam kehidupan dalam novel.. ada yang kata, kalau boleh dia pun nak jadi  macam aku... nak rasa apa yang aku rasa.. tapi bagi aku, aku nak jadi macam korang dan aku tak nak sesekali jalani kehidupan aku yang  macam nie.. jadi jangan sesekali fikir nak jadi cam aku..

mak sejak ayah tak ada, dia makin kuat bekerja.. aku terfikirkan mak sekarang nie... sejak ayah tak ada, mak hilang tempat mengadu.. mak hilang tempat dia berkongsi cerita. kalau ayah ada dulu, bila diorang balik jer kerja, diorang rehat, mak masuk dapur, ayah temankan mak. pastu mak mulalah cerita itu ini, ayah jadi pendengar yang setia.. kadang2 kalau aku kat rumah, aku terdengar diorang ketawa sambil bercerita.. sekarang bila ayah tak ada.. mak check buku2 pelajaran adik2, tanya itu tanya ini pastu tak sampai pukul 10 malam mak dah masuk tidur.. kadang2 bila dia berjaga malam, dah tak ada dah orang yang nak temankan mak.. adik2 aku plak semuanya lelaki, tentulah masing2 buat hal masing2.. nak harapkan aku, aku plak tinggal kat bandar lain sebab akukan belajar, terpaksa berjauhan.. mak.. walaupun muka mak nampak tenang, bibir selalu tersenyum tapi mak mesti sunyikan..? sebab tak ada dah orang yang nak dengar celoteh mak.. mak tak banyak cakap macam dulu.. tetiba jer aku terasa rindu nak kena bebel dengan mak...hehe 

masa aku balik rumah sempena cuti hari raya aidiladha baru2 nie, aku temankan mak buat ketupat sampai larut malam, selalunya kalau malam raya tu sampai pukul 2,3 pagi, mak mesti ditemani oleh ayah dan aku..tetapi sekarang hanya kami berdua jer yang berjaga malam buat persiapan untuk raya. malam tu, mak banyak berceloteh itu ini dan aku hanya mendengar sesekali menyampuk.. lepas tu, aku rasa bersalah sangat2 sebab jarang balik rumah bila cuti hujung minggu. kan bagus kalau aku boleh ganti tempat ayah....

sepanjang aku hidup 20 tahun, pertama kali aku sambut hari jadi aku bersama keluarga pada 29hb oktober 2011 baru2 nie. Hanya Allah yang tahu betapa sebaknya hati aku bila aku suapkan kek ke mulut mak. aku dapat rasakan hati mak hiba... aku tahu mak ingatkan ayah sebab 29hb 10 tu, genap 10 bulan ayah meninggalkan kami tapi yang paling buat aku kagum, mak masih tersenyum... mak.. mak memang tabahkan... kalau betullah kata2 kawan aku yang aku nie seorang yang tabah.. sekarang aku sedar aku contohi perangai tu dari siapa... aku contohi sikap tabah dari bidadari syurgaku sendiri...

Aku tahu mak risaukan keadaan aku, risaukan tahap kesihatan aku.. mak sering marahkan aku kalau aku tak jaga pemakanan aku, sebab mak tahu aku sakit.. sebab mak tahu aku degil nak makan ubat.. mak bidadari aku yang paling faham tentang diri aku melebihi diri aku sendiri. kadang2 kalau terlampau penat, aku batuk keluar darah...hidung pun sibuk jer nak keluar darah gak.. paling aku sedih... rambut aku semakin gugur... tiap2 hari mak rambut kakak gugur.. bukan sikit, banyak... sampai kak tak berani nak tunjuk rambut kat kawan2 diasrama... (aku mengadu macamlah aku tengah bercakap dengan mak sekarang nie) aku balik kampung masa cuti hari raya aidiladha baru nie, seminggu aku kat rumah, aku jarang masuk dapur... aku harap mak tak marah... aku betul2 tak ada tenaga.. kalaulah mak tahu aku kat rumah seminggu tu jarang sentuh nasi, mesti mak marah kan...? mak cakap aku dah kurus..macam orang lidi..hahahaha.. lawak betul imaginasi mak..

aku tak nak susahkan mak lagi...kalau aku sakit, tentu aku akan susahkan mak... dulu pon aku dah banyak susahkan mak dan ayah kan.. aku dah letih nak susahkan mak.. dulu masa aku sakit teruk, berulang alik ke hospital sebab anemia, gastrik dan lelah jer pon, aku dah tak sampai hati nak susahkan mak dan ayah... apatah lagi sekarang bila ayah dah tak ada..tak kan aku nak susahkan mak plak.... kesian mak...penat2 uruskan hal keluarga, cari rezeki... aku tak nak jadi beban mak.. tak nak..

mak maafkan kakak tau sebab selalu cakap kat mak ditelefon yang kak selalu sihat bila mak tanya. (padahal masa tu aku tak sihat) maaf sebab dah tipu mak.. kalau diikutkan mak dan ayah pun selalu menipukan? betul tak mak... disebabkan nak besarkan kami adik beradik, mak banyak menipu.. kan? ingat kan masa kita susah dulu, mak dan ayah sanggup tak makan sebab nak bagi kami makan.. bila adik tanya mak dan ayah dah makan ker? korang mesti akan jawab, korang je la makan, kami dah makan... padahal mak dan ayah tak sentuh pun makanan tu..(mak dan ayah tipu kita jer dik...) mak dan ayah sanggup menahan kelaparan semata2 nak kenyangkan perut anak2 diorang.. kalau mak dan ayah letih, korang tak pernah pun tunjuk keletihan tu sebab nak layan karenah kami adik beradik.. maafkan kami ya,mak..ayah...

dalam minggu peperiksaan nie, aku  selalu telefon mak setiap pagi nak minta restu mak.. mak pesan..walau paper pon jangan tinggal kosong..mak bagi restu mak pada kakak... seriously, aku rasa cam nak menangis jer... kalau lah ayah ada.. mesti dia dah tersenyum dengar anak dia calling mak pepagi buta bagitahu nak pergi berjuang... (ayah selalu camtu)

mak tahu, sebab pesan mak camtulah, kakak kuatkan semangat nak jawab exam. paper kedua untuk subjek Adab dan Balaghah, semua yang aku hafal tak masuk dalam paper hari tu. hampir2 jer aku menangis dalam dewan peperiksaan. disebabkan aku teringat pesan mak, jangan hantar kertas kosong, begitu susah payahnya aku untuk cuba mengingati kembali apa yang aku dah hafal 2 tahun lepas untuk peperiksaan STAM, alhamdulillah.. benda yang aku dah hafal 2 tahun lepas untuk subjek yang sama, aku dapat ingat sekarang. sekurang2nya aku dapat jawab 3 soalan besar dari 4 soalan besar yang ditetapkan. syukur padamu ya Allah.

Tak lama lagi hari jadi ayah kan..? 29hb november 2011.... hari jadi ayah jugak hari yang akan menggenapkan 11 bulan ayah pergi tinggalkan kak,adik2 dan mak... maafkan kak yer ayah, sebab kak banyak betul wat silap ngan ayah... akak tak dapat nak jaga ayah, nak bagi ayah merasa gaji pertama kak nanti.. tak mampu nak hadiahkan ayah rumah besar, tak mampu nak jaga ayah tapi ayah... kak hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah buat ayah kat sana... semoga ianya dapat membantu ayah bila berada disana.... ayah..maafkan kakak yer... 


Mak, selagi Allah kurniakan kak nyawa yang panjang, kak akan jaga mak sampai akhir hayat kak.. terima kasih bidadari syurgaku kerana bersusah payah melahirkan kak ke dunia nie.. kak tak boleh bayangkan hidup kak tanpa mak nanti.. kak doakan semoga Allah memberikan mak kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur..amin.


aku tak sabar nak habiskan final nie.. aku nak balik rumah... nak masak, nak cuba resepi baru... nak sembang dengan mak, nak peluk adik... nak jumpa kucing kesayangan aku, boo boo..hehehe
aku sayangkan bidadari syurgaku kerana dia adalah ibuku.. korang pon hargailah mak dan ayah korang selagi mereka masih ada bersama kita. selagi kita dapat dengar suara mereka.. bila mereka dah tak ada.. menangis sampai keluar air mata darah sekali pun, peluang tu tak kan ada dah...


Anak mak dan ayah:

8 budak suka membebel :

tamao membebel sekali ker?

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template