Monday 31 October 2011

1
Komen

run baby run, don't ever look back!!

                               Assalamualaikum kepada pelawat kebun Epal
selamat pagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii blogger!! (sambil lambai2kan tangan) and of course to my baby blog, MUACKS!!! (Kenapa aku macam bersemangat sangat pagi nie???hahahaha)


abang Ben Ashaari pesan kat aku yang aku kena berikan yang terbaik setiap kali menaip entry, pasti akan ada pembaca yang setia.. (mengeluh kecil....erm....) boleh ker aku buat camtu? (tanya diri sendiri)  aku betul2 tak tahu samaada pembaca blog nie, suka ker tak cara penulisan aku... (muka blurr) walau camner pon, aku akan teruskan berblogging sampai korang para readers semua dapat terima miss red Apple dengan gaya penulisannya! cuma berikan yang terbaik setiap kali menaip entry. erm.. baik! yakin dengan diri sendiri. red Apple, fighting!!! macam ~C.K.K~ Kata, teruskan usaha. (semangat... yep, lupa nak gitau, rajin2 ler singgah2 blog diorang nie, follow Ben Ashaari dan Cerita Kedai Kopi okeshhh?)


Sejak semalam, aku dapat rasakan yang semangat aku akan muncul balik dalam hidup aku...huwaaaa...selama nie aku kehilangan semangat tu, sekarang... run baby run, don't ever look back!! they'll tear us apart, if you give them a chance, don't sell your heart, don't say we're not meant to be, run baby run, forever will be you and me... (that's a song) doakan semoga aku berjaya dalam final exam nanti yer... (muka terharu)


sambil2 tu aku rasa Tips Untuk Jadi Blogger sedikit sebanyak akan dapat bantu korang dalam berblogging. terutama blogger cam aku yang baru join blog nie, (sambil melihat ke arah baby blog yang berusia 5 bulan nie.) dan sambil2 tu korang boleh tengok blog nie sayurlemak.blogsot, seriously blog puan Azzah nie comel..huhuhu (first blog aku jumpa jenis chibi form, blog puan azzah nie la. chibi form?? keluarga anime tahu kot chibi nie mende) 

okey, itu jer yang aku nak membebel pepagi buta nie.. so guys (sambil hirup teh o panas) selamat berblogging and blogwalking... doakan semoga aku berjaya dalam final exam untuk semester nie...


kbai for now:

Sunday 30 October 2011

14
Komen

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET: Antara Dua Blog




assalamualaikum kepada pelawat kebun epal


huwaaaaaaa..... (jerit gementar) okey, abis jerit dah.. nampak tak banner kat atas tu..? nampak kan, kan?? (tanya ngan perasaan excited) fuhhhh...actually kan, aku tulis post nie sempena satu segmen. sapa tak kenal Ben Ashaari dan Lyssa Secret? mesti korang para blogger kenal kan??
okey, to tell you the truth, sepanjang blog aku yang dah berusia 5 bulan 3 hari, nie lah segmen first yang aku join kat mana2 blog.


Ya Allah, jam skunk dah menunjukkan pukul 7:13 pm, sempat ker tidak nie??? tik tok tik tok (bunyi jam) aku rasa nak kata..''wey, jangan bunyi camtu, wat jantung aku berdegup kencang jep''


APAKAH PERSAMAAN YANG KORANG BOLEH NAMPAK DI KEDUA DUA BLOG NIE?


-Aku nampak blog lyssa dan ben nie, diorang ada ramai follower dan ada fan page yang tersendiri.
selain tu gak, persamaan yang paling ketara dimata aku as a follower diorang, entry mereka best and bila diorang post entry baru, aku akan terus baca...


BERIKAN PENDAPAT BAGAIMANA NAK MAJUKAN KEDUA DUA BLOG INI. SEBARANG KOMEN?


-Pada aku lah kan, aku nak tengok sangat-sangat kedua2 blogs nie bertambah maju. so aku harap diorang lebih mesra rakyat. diorang memang dah mesra, cuma aku nak diorang lagiiiiiii mesra. biar komen dari pengomen kat entry korang, korang balas komen diorang2 tu even korang ucapkan terima kasih sebab komen kat sini. ini pendapat saya la.. kalau ada teguran yang tak baik, hope korang tabah and jangan mudah melatah.. kalau pendapat saya nie buat korang terasa, maaf..maaf sangat2. huwaaaaaa.... aku rasa macam diri aku akan dihargai sebagai follower korang.. anyway, ben ashaari dan lyysa secret, fightinggggg!!! all the best all of you.


okey..dah siap..aku berperang dengan jam sebenarnya...dup dap dup dap... vs tik tok tik tok... dah2..masa berjalan red Apple


mencuba:


5
Komen

Salam Terakhir

Assalamualaikum kepada pelawat kebun epal


sebenar aku  tak tahu nak luahkan macam mana... hari nie aku terbaca post seseorang. seriously, memang aku menangis masa baca post tu. Dia cuma seorang rakan FACEBOOK jer, status tu dipostnya pada 19 oktober 2011.. 
''~bingkisan indah pagi mendung~
~''jadilah seorang yang  hadirnya dinanti dan perginya dirindui, kerana mencari seseorang yang setia dan jujur, ibarat mencari sebutir permata disebalik timbunan kaca''...keikhlasan tidak mungkin dapat diukur, tapi pasti dapat diuji~''
itulah post terakhir dari insan yang bernama saiful azlan bin muhamad. Lagi sebak bila baca komen kawan2 arwah dan post di wallnya. seriously, teresak2 aku menangis bila baca semua tu. Betapa sayangnya kawan2 arwah padanya. menurut kawan2nya, arwah telah dimasukkan ke wad ICU hospital Kota Bharu pada 21 oktober 2011 akibat diserang Strok. pada 29 oktober 2011 (pada hari kelahiran aku), arwah di pindahkan ke HUSM untuk melakukan pembedahan secepat mungkin bagi membuang darah beku yang telah naik ke sebahagian besar saraf otak arwah. doktor tak boleh dah nak lakukan pembedahan tu sebab darahnya terlalu cair. akhirnya pada 29 oktober 2011, lebih kurang pukul 3 petang, Arwah telah pergi menemui penciptanya..innalillahiwa innalillahi rojiun...

29 oktober 2011,
dalam masa aku bergembira menyambut hari kelahiran aku, ada orang lain tengah bersedih kerana terpaksa berpisah dengan seseorang yang mereka sayang pada hari perpisahan yang telah ditakdirkan Allah. Saat perpisahan yang tak dapat kita tangguhkan.. Aku menangis teresak2 semasa membaca semua wall post kawan2 di fB arwah.. sebab aku boleh bayangkan macam mana keadaan dihospital.. boleh bayangkan macam mana bunyi mesin pernafasan, boleh bayangkan macam mana bau ubat, boleh bayangkan macam mana kesedihan keluarga Arwah ketika berada diwad pada hari 29 Oktober tu... aku dapat rasa apa yang mereka rasa... seriously, aku memang dapat rasa apa yang mereka rasa, sebab aku pernah rasa keadaan yang sama seketika dulu semasa arwah ayah aku meninggalkan aku dan family pada 29 Disember 2010 dulu kerana menghidapi penyakit tuberculosis dan paru2 berair..dan arwah ayah meninggalkan kami dalam keadaan koma tanpa sebarang pesanan dan senyuman.

''tiap2 yang berjiwa kan merasakan mati. kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan, sebagai cubaan (yang sebenar2nya) dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan''
(QS. Al-Anbiya' 35)


kematian itu satu hakikat yang pasti. sejak kita ditiupkan roh, ketika kita mula2 bernafas, hakikatnya, kita sedang meniti hari menuju ke saat kematian. cuma yang allah rahsiakan dari kita adalah tarikh bila kita akan mati. kehidupan untuk selama-lamanya, itu tidak pasti dan tak akan mungkin terjadi tapi saat kematian itu pasti.


aku redha lepaskan arwah ayah pergi.. dan aku harap, keluarga arwah, kawan2 arwah pon redha dengan pemergian dia, sebab satu hari nanti, kita pon akan menyusul mereka... Allah sayangkan mereka, sebab tu Allah ambil dia kembali...


bila kita pinjam barang seseorang, bila pemilik barang tu nak balik barang dia, kita kena serahkan kembali barang yang kita pinjam tu pada dia..
sama jugak macam diri kita.. Allah telah meminjamkan seseorang pada kita, bila Allah nak balik apa yang Dia dah bagi pinjam tu, kita kena bagi balik... ikhlaskan diri dengan perpisahan sementara nie...


kepada arwah ayah, arwah nenek dan datuk belah ayah dan mak, arwah2 kawan2 aku.. dan arwah saiful, semoga allah menempatkan mereka dalam golongan orang2 yang beriman dan golongan orang yang menerima salam dariNya.. ampunkanlah dosa2 mereka, jauhkanlah mereka dari azab api neraka..


amin...


Al-Fatihah....


catatan hati:

Friday 28 October 2011

2
Komen

Selamat Ulang Tahun Sayang

assalamualaikum kepada pelawat kebun epal...


akhirnya Alhamdulillah... 29hb October 2011, akhirnya genaplah 20 tahun aku hidup kat dunia nie... dan 29hb Oktober 2011, genap 10 bulan kematian arwah ayah... semoga arwah ayah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman... amin.


sekarang nie aku kat kampung.line internet tak berapa okey... nanti aku update erk kisah manis aku hari nie..hehehe (macam lah ada orang nak tahu erk?)


owh btw, nie page aku...


Cerita Kebun Epal 

kalau korang suka blog nie, like erk page cerita kebun epal nie. aku tahu blog nie baru, aku pon blogger baru, tanpa korang yang sudi singgah, sudi follow.. aku rasa aku tak kan kenal dunia blog nie. akhirnya tak sangka aku dah jadi sebahagian dari komuniti blog cam korang. terima kasih sebab bagi sokongan. aku cukup2 terharu.. terima kasih erk.


''saya datanggggggggggggggg dari kebun epal. salam singgah dari red Apple.''


nanti aku jerit camtu la kat shoutmix korang nnti.. malam nie tak leh nak pergi jerit2 kat tanah orang lain, follow pon tak boleh sebab line internet tak ada..


agak2 Ben Ashaari sudi tak singgah kat kebun epal nie erk?huhuhu dia tu blogger famous. follow la dia.. (hanya mampu berangan jer dia datang blog nie and wish birthday kat aku, huhuhuhu. korang jangan marah marah lak aku berangan camtu erk...)

sweet 20:

Thursday 27 October 2011

5
Komen

Hanya Allah Yang Tahu

Assalamualaikum kepada semua pelawat kebun epal..






kadang2 aku keliru dengan sikap aku sendiri... kalau dulu aku adalah seorang gadis yang tabah, kuat dalam menempuhi segala ujian, seorang yang ceria tapi sekarang.... aku tak tahu kenapa aku berubah sebegini rupa... mana hilangnya diri salihah yang dulu? mana ghaibnya sikap aku yang tak berputus asa tu???


mereka kata...
'' salihah yang zam kenal,bukan macam nie...''
''kenapa kau makin berubah? salihah yang aku kenal masa sekolah dulu bukan macam nie tau. salihah yang sekarang nie langsung tak ada semangat. kau memang lain lah der. aku kenal kau dulu lain, sekarang dua tiga menjak nie, kau dah berubah jadi lain.. kau tak payah lah kata yang kau nie masih macam dulu, aku nampak kau dah berubah jadi teruk''
'' kak uda tengok salihah nie dah berubah..kak uda selalu perhatikan kau. kalau dulu kau rajin jer datang kelas, kalau lambat hadir ke kelas pon, kau tetap datang walau kadang2 tu kak uda nampak kau terpaksa berlari nak kejar masa untuk datang ke kelas. dulu kak uda selalu nampak kau rajin pergi bilik lecterur, tanya tu tanya nie, tapi kenapa semester nie salihah nampak lain.. kau tahu tak, kak uda nampak salihah berubah selepas kematian arwah ayah salihah..kenapa jadi macam tu sekali? cuba bagitahu kak uda, naper kau berubah..''
''wey, kenapa kau camnie hah?? kau tau tak apa budak2 tu kata kat aku, diorang cakap kalau ada kak salihah, kami semua jadi semangat. dia boleh buat kami bersemangat. tu ha, izyan cakap, dia yang takut nak pegang microphone, akhirnya dapat atasi ketakutan dia sebab kau yang bagi galakan pada dia, sebab dia tengok kau betul2 bersemangat. diorang semua nak jadi macam kau. zakirah tu, dia yang tak berani naik ke pentas, kau buat dia ada semangat. tapi aku hairan, kenapa kau jadi seorang budak yang lemah sekarang?? kau kenapa nie beb??'' 
ada yang cakap2 belakang aku tapi diorang tak tahu aku dengar..
''memanglah..dulu aku kenal dia, dia tu matang jer. tapi sekarang aku tak tahulah..sama ada aku yang berubah atau dia yang berubah..''
''kejap ada..kejap tak ada..macam chipsmore. dulu ada masalah lepas kematian ayah dia, tak kan sampai sekarang tak boleh nak bina balik semangat dia tu?''
korang... korang tanya aku kenapa.. kata2 korang sering menyesakkan fikiran aku, aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi macam nie sekarang.. yes, i admitted! yang aku dah lain sekarang..please lah korang.. i'm such a bad girl.. aku lemah, aku letih.. aku dah tak ada semangat nak teruskan pengajian aku. korang jangan tertipu dengan senyuman aku.. aku senyum bila korang cakap camtu,  hari2 aku ceria tapi dalam hati aku..hanya Allah yang tahu. aku berperang dengan perasaan aku sendiri. Allah tengah uji tahap kesabaran aku, aku tak nak tewas dengan ujian Dia..Allah sayang aku... betul2 sayang aku, walaupon kadang2 aku nie jahil, Allah tak pernah tinggalkan aku...

kadang2..aku terasa lemah...aku putus semangat, aku nak jadi hambaNya yg redha atas ujian dariNya. aku tak nak berpaling dariNya, cukuplah aku jadi jahil dulu... aku rasa aku tak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun,salihah! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kau kerana kekuatan itu ada dalam diri kau!! Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. aku tahu aku banyak lalai..
ingat apa yang arwah ayah pesan!! ingat!!
'' kak belajar sungguh2..jangan gaduh2 dengan adik2, belajar tu biar rajin2..ayah nak tengok anak ayah berjaya'' 
carilah kawan2 yang boleh bagi kau semangat, bukan cari shabat yang menjatuhkan kau..
cakaplah fighting dengan semangat... cakap la jia yu dengan semangat macam dulu!! tolonglah diri kau sndiri... tak dak sapa dah nak tolong... kau jer yg bleh tolong diri kau sndiri!

demi Allah... hanya Dia yang tahu apa yang aku rasa. hanya Dia yang tahu betapa aku cuba jadi diri aku yang dulu. sapa kata tak penat hidup camnie, tak ada arah tuju?? sapa kata tak penat... Tuhan yang tahu betapa aku letih... 


sejak aku kecil, aku dah diuji macam2 sampai aku terpaksa korbankan zaman kanak2 aku untuk jadi gadis yang kuat, yang tabah... aku mengaku yang aku dah tersasar dari diri aku yang sebenar... selain pada Allah aku memohon kekuatan, korang cubalah jadi pembakar semangat aku, bukan pandang rendah pada aku yang nak berubah.. aku tahu nak berubah, nak bina balik semangat tu bukan makan masa 15 minit, sehari, dua hari.. tapi lama... aku mohon..biar pon sekali, cubalah fahami apa ertinya disebalik senyuman aku... 


ya Allah... astagfirullahal'azim... sejak akhir2 nie, murah betul air mata aku... berilah aku kekuatan Ya Rahman Ya Rahim... sesungguhnya aku tahu ujianMu ini tanda kasihMu, berilah aku kekuatan..


hanya aku:


Wednesday 26 October 2011

4
Komen

kenapa kita tak dapat bahagia yang kita nak

assalamualaikum kepada semua pelawat kebun epal


hari nie..may be nie post terakhir aku kat blog or may be tak.. (paper jer aku nieh)
entry nie aku tulis khas untuk seseorang.. namanya ekin. aku tahu cerita dia mungkin lagi menyedihkan dari aku... kalau sebut pasal cinta, memang... memang setiap daripada kita nie, akan ada kenangan yang menyakitkan tentang cinta.. masing2 ada versi cinta masing2...ada yang kena main2, ada yang kehilangan kekasih kerana Allah lagi menyayangi si dia, ada yang gantung tak bertali, ada yang couple tapi cinta dia hanya milik orang lain, ada yang cinta dia kena reject, cinta yang bertepuk sebelah tangan dan macam2 lagi versi yang ada.
''naper kita tak boleh dapat bahagia yang kita nak?''
as for me yang diri serba kekurangan, tak cantik dan segala bagai, memang sejak dari dulu2 kala lagi memang mudah jadi mangsa mainan cinta.. (ecececeh...sedih plak aku rasa..hahaha) bila dah jadi camtu, seriously aku hilang keyakinan diri.. nak pergi jalan memana pon, aku rasa tak nak la..sebab aku tak cantik. nanti apa kata orang pada aku.. bila orang pandang aku, confirm dalam hati aku akan kata.. ''aku tahu lah aku nie tak cantik...'' seriously, itu jer yang aku fikir..


soalan ekin kat atas tu, sebenarnya soalan tu aku sendiri pernah tanya pada diri aku sendiri.. dulu aku pernah tanya..
'' naper aku tak cantik? naper aku banyak kekurangan? kalau aku cantik... dia tak kan tinggalkan aku, lelaki akan sukakan aku..naper aku tak boleh dapat bahagia yang aku nak..??''
kadang2 masa zaman dulu kala, ada gak aku rasa Allah nie tak adil dengan aku... orang lain semua cantik, kalau tak cantik macam miss universe pon, muka orang lain sejuk jer hati orang lain tengok.. kenapa aku macam nie jer.. (ya Allah, seriously, aku memang jahil masa tu, sampai ciptaan Tuhan pon, aku nak pertikaikan. aku rasa macam nak rendamkan kepala aku dalam air jer sekarang nie bila aku teringat balik diri aku yang dulu) tapi buat pertama kali.. ada seseorang hantar mesej pada aku.. buat aku terfikirkan sesuatu..confirm korang pon pernah baca mesej nie.


Kita minta kepada TUHAN setangkai bunga segar,
DIA beri kaktus berduri..
Kita minta kupu-kupu, diberi ulat beluncas.
kita sedih dan kecewa..
Namun kemudian..
kaktus itu berbunga,
indah sekali..
dan
ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik..
Itulah jalan TUHAN,
indah pada masa yang ditetapkannya.
TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan,
tapi DIA memberi apa yang kita perlukan..
Kadang-kadang kita rasa sedih, kecewa, terluka,
tapi..
Jauh diatas sana Dia sedang mengatur 
yang terbaik untuk kita 
SEMUA


seriously, itulah pertama kali aku baca mesej camtu 2,3 tahun yang lepas. buat aku terfikir... yang Allah tu maha mengetahui apa yang terbaik buat kita. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa aku diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga aku terlupa pada siapa yang perlu aku mengadu segala masalah aku, pada siapa aku harus minta kembali kekuatan aku. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman aku masa tu. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap aku. Jika aku anggap diri aku ditimpa musibah yang besar, aku sepatotnya ingat bukan aku jer yang mengalaminya,mungkin ada sahabat2 atau saudara seagama aku yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari aku. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
macam ekin kata,
''saya tahu, Allah inginkan yang terbaik buat kita, itu saya pasti.''
 jadi ekin...sis nak kamu buang la soalan naper kita tak boleh dapat bahagia yang kita nak dari pemikiran kita. to tell you the truth, soalan camtu, sebenarnya hanya melemahkan kita.
Allah nak kita jumpa dan jatuh cinta pada orang yang salah, sebab Allah nak temukan kita dengan orang yang betul2 berhak dapat cinta kita, orang yang ditakdirkan Allah untuk jadi jodoh kita.
bohonglah kan kalau kita tak rindu orang yang pernah kita sayang..kadang2 tu sampai buat kita menangis.. buat kita kecewa.. tapi cuba kita fikir, orang yang tak pernah nak menghargai kita, dia layak ker nak dapat cinta kita... berbaloi ker kita menangis untuk orang macam tu... maaf, kalau kata2 sis nie buat ekin rasa kecil hati, terasa dengan sis..sebab sis tak berada ditempat ekin.. sis tak dapat nak rasa versi cinta ekin.. cuma yang mampu sis kata yang sis pernah alami nasib yang sama macam ekin.


Allah tidak akan sesekali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya...Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. 


aku hanya insan biasa:

Tuesday 25 October 2011

2
Komen

jangan paksa untuk melupakan dia

assalamualaikum kepada semua pelawat kebun epal...
(dah jadi trademark aku ker nie..??)



kali nie aku nak cerita something.. pengalaman masa lalu la... pengalaman bila aku terjebak dalam cinta monkey time aku sekolah dulu2.. actually aku tetiba nak post entry nie sebab...aku terbaca mesej dia yang dulu..how can dah jadi rubbish kat inbox aku yang lama nie... (lempang laju2)


kenapa aku wat entry camnie? sebabnya... aku nak share sesuatu.. mungkin sama kisah aku ngan kisah korang... paper pon..kalau korang rasa menyampah, meluat ker... tu hak korang. so aku tak nak membebel lagi jadi mari ler kita usha apa yang aku nak melatah nie..



pernah aku tunggu kau..lama gila aku tunggu kau... aku pon dah terasa nak gila.. (apa gila2 nie??)
walaupon kau bukan kekasih pertama aku, walaupon kau kekasih yang kedua tapi hati aku kata kaulah cinta pertama... bukan sekejap kita couple..lama kan..setahun..first time lama betul aku couple dengan lelaki. sejak aku form 4 kan? masa tu kau pon masih lagi belajar kat SMKPH, pahang. sama kelas jer kita. totally aku memang tangkap cinta dengan kau.. memang ler first aku terima kau sebagai kekasih aku, niat aku cuma nak bagi ex boyfriend aku a.k.a kawan kau sendiri tu jealous (okey, fine..aku jahat sebab dah fikir camtu) tapi tak sangka dari situ terbit rasa sayang aku pada kau... seriously, i do love you..so much.


bila aku ronda inbox lama aku...aku terpaku pada mesej yang bertarikh 26 oktober 2009...


budak nama salihah tu x pernah bererti apa2 ke pada lelaki yang bernama W.A.H? awak biarkan dia menderita tanpa awak. selama 5 bulan awak xpernah tanya khabar dia. dia mesej awak tak pernah balas, telefon tak pernah dijawab.. kenapa mie? awak biarkan dia menangis merindui awak, membiarkan dia memikirkan tentang hidup mati awak.. tapi mujurlah ada seorang lelaki yang hadir menemani dia 2-3 minggu nie. dia doakan semoga awak bahagia dengan kekasih awak sekarang.. dan jangan salahkan dia mencari yang lain kerana kesetiaan dia pada awak,awak langsung tak menghargainya. 5 bulan menunggu tapi berita dari awak langsung tak hadir, kesabarannya pun ada had.. lagu saat terakhir yang sering awak nyanyikan pada ana salihah umpama racun dah pada dia sekarang ni, awak tau tak mie? setiap kali dia dengar lagu tu dia akn menangis kerana dia amat merindui awak tapi awak... awak buat dia macam tu. terima kasih w.a.h

okey..pada reader yang blurr dengan kisah aku nie, aku ada mention pasal mende nie kat sini saat terakhir. dalam fikiran aku nie, aku cuma tunggu kau selama 3 bulan..tapi bila aku baca balik mesej yang aku hantar kat kau untuk first time selepas kau active kan balik facebook kau, tak sangka...aku tunggu kau selama 5 bulan!!!



5 bulan mie aku setia dengan kau even kau tak hubungi aku. kau gantung aku tak bertali.. dan 5 bulan aku menangis, rindu sangat2 kat kau... 5 bulan mie aku risaukan kau... aku tak tahu kau sihat ker tak... 5 bulan mie.. 5 bulan kau biarkan aku tertanya2. tragedi tu buat hati aku jadi batu! kau kata kau benci perempuan, tapi kau rela couple dengan aku.. aku cinta pertama kau.. dan kau tahu tak, sebab kau...aku jadi benci lelaki...... aku benci pada satu perkataan yang bernama janji.. hubungan kita dah ubah aku jadi seorang pendendam.. kenapa kau kejam sangat tinggalkan aku?? tu jer yang ada dalam fikiran aku masa tu sebelom aku tahu kebenaran palsu dari perempuan tu... lepas aku tahu kebenaran palsu tu, hampir berbulan lamanya aku putus harapan, hilang senyuman dibibir aku sebab aku ingatkan kau dah mati!! kau tak tahu mie camner aku terseksa bila dapat tahu orang yang aku rindukan selama nie rupanya dah mati... aku hampir2 bukan jadi diri aku yang sebenar.. hilang terus senyum yang ada dibibir aku..kau mesti tak tahu kan.... 


bila aku dah ambil langkah nak keep moving dengan bantuan seseorang, tetiba kau muncul.. bila aku hantar first mesej kat atas tu.. kau maki2 aku balik...kata aku dah tipu kau..bila aku dah jelaskan everything, tapi kita tetap tak ditakdirkan bersama sampai sekarang.. aku bahagia tengok kau bahagia sekarang..seriously, aku memang bahagia..atleast rasa bersalah yang aku tanggung sebab dah move on dengan yang lain tu terubat jugak bila tengok kau dah berpunya.


tujuan aku tulis entry nie pon..sebab aku nak bagitahu pada reader aku yang kalau diorang ada awek ker..pakwe ker... satu jer aku nak tulis (tulis erk..yer la.. aku bukannya tengah bercakap pon.. ''snap snap..'' sambil petik jari untuk kembali pada main point)


-while you're ignoring her, another guy is giving her attention.
-while you're giving her problems, another guy is listening.
-while you're to busy for her, another guy is making a time for her
-while you're making her cry, another guy is trying to make her SMILE AGAIN!
-when you're not sure if you still want her, another guy has already figure it out.


dan those people yang baru putus cinta.. let me tell you something, jangan sesekali PAKSA diri kamu hendak lupakan dia... sebab apa aku cakap jangan paksa.. sebabnya satu jer.. makin kamu cuba paksa lupakan dia, makin kuat dia datang dalam ingatan kita, menguasai fikiran kita..atleast tinggal apa jer kat kita?? kecewa... mula la..nak menangis sana, nak menangis sini.. itu pengalaman aku... makin kuat kita paksa lupakan dia, actually kita sebenarnya makin kuat cuba untuk ingat tentang dia... tapi bila kita buat tak tahu.. insyaallah..makin lama, makin hilang rasa kecewa dalam hati kita... bila kita tahu yang Allah sedang sediakan sesuatu untuk kita disebalik perpisahan tu.. kita akan redha..Allah tahu apa yang terbaik buat kita.. walau setinggi mana sayang kita pada seseorang tu, ingat... Allah lebih menyayangi kita..


maaf..kalau korang rasa kata2 aku tu tak betul... tu la pengalaman aku.. dan tu la cara aku untuk lupakan dia... dengan buat tak tahu.. sebab aku tahu Allah selalu guide aku, selalu perhatikan aku... dan selalu sayangkan aku even kadang2 tu aku lupakan Allah time aku senang..tapi Allah tak pernah sesekali palingkan wajahnya dari lupakan aku time aku senang atau susah. tu lah sebenar2 cinta.. 
subahanallah... 


aku hanya insan biasa, yang mengakui kesalahan aku: 


Saturday 22 October 2011

4
Komen

cintailah dia.... dia istimewa

assalamualaikum kepada semua pelawat kebun epal... (mana epalnya?hahahaahaa)


kali nie entry nie pon berstatus jiwang.. (adoiiii...jiwang lagi? aku nie xdak mende lain ker nak tulis?) sorry...hehehe. cuma nak luahkan sesuatu di malam nie... and post nie, orang lelaki memang patut baca... yang bergelar suami la....
(hehehehe)


cintailah dia... bila dia merasa sedikit air kopi atau teh dicawan mu ketika dia membancuhnya. dia hanya mahu memastikan rasanya hanya sesuai untuk kamu.


cintailah dia.... bila dia berusaha menyuruh kamu solat berjemaah, solat dan berdoa.. kerana dia cuma mahu berada bersama kamu di jannah.


cintailah dia....  apabila dia meminta kamu memberikan perhatian pada anak-anak. kerana anak-anak wujud kerana kamu, bukan kerana dia seorang.


cintailah dia.... apabila dia cemburu. kerana dalam banyak2 lelaki, dia memilih dan mempunyai kamu.


cintailah dia.... bila dia ada keburukannya yang tersendiri, kerana kamu pon mempunyai keburukan jugak


cintailah dia... bila dia memasak, tapi masakan dia tu tak sedap..atleast dia cuba.. berilah dia sokongan


cintailah dia... bila dia gemuk, kurus, cantik atau tidak..sebab dia adalah anugerah yang Allah kurniakan pada kamu.


cintailah dia... bila dia berhias untuk kamu berjam2 walaupon masa tu korang dalam rumah, sebab perkara tu, dia cuma lakukan untuk kamu..jangan plak kamu kata dia tu buang tabiat.


cintailah dia... bila dia menyuruh kamu berhati2 bila berada diatas jalan raya, ngah bawak moto ker..kete ke sebab satu jer..dia risaukan keselamatan kamu.


cintailah dia.. she is yours kan? kamu tak perlukan sebab dan alasan yang istimewa lagi selain daripada tu.. she's yours, man...

sesungguhnya perempuan itu istimewa... layanlah isteri korang dengan baik....



aku plak berangan nk dapat suami yang...erm.....yang camnie:


kalau aku memasak, dia kena bantu aku kt dapur,
kalau aku cuci baju, dia tolong lipatkan baju.
kalau aku kemas rumah, dia kena tolong gak, xleh nk goyang kaki jer
kalau aku sakit, dia kena jd nurse macam aku jadi suri dia time dia senang dan susah.
kalau aku masak tak sedap, dia kena puji pastu cakap kt aku yang aku kena improve kan lagi masakan aku bukan perli masakan aku kaw-kaw punya.
kalau aku pergi shopping, dia kena jadi pnasihat kewangan aku dan yang paling pnting dalam hal kewangan, dia tak boleh HISAP ROKOK so xleh senang2 bakar duit (tapi ada ker lagi lelaki yang tak hisap rokok sekarang nie?).
slalu kena jadi imam bila solat bersama sebab aku nak sangat2 solat berjemaah tambah2 lagi dengan orang yang aku sayang, biar sama2 dapat pahala banyak2 supaya satu hari nanti, kite berdua kekal brsama hingga ke jannah...^//^
(aku gedik..hahhaha k fine..)


k, tu jer nak merapu..:


Thursday 20 October 2011

4
Komen

curang?? tolonglah...

assalamualaikum kepada semua pelawat kebun epal
entry post nie aku merapu pada pukul 3:19am


bila korang tengok gambar nie, korang tahu kan aku nak merapu pasal apa?


apa perasaan korang kalau orang yang kamu sayang tu buat hal macam nie? mesti sakitkan..? kita akan rasa diri kita nie dipermainkan... tak kisah la..laki ker, perempuan ker.. kalau dah curang memang tak boleh nak tunding jari salah kaum tu la, kaum nie la... (kaum lelaki dan perempuan)
sebab yang salah tu attitude kita masing2.. kadang2 penyebab curang nie memang banyak.. kita ambil sikit contoh2 yang ada..

1. bila kita terasa diri kita tu hot, kacak, cantik bergaya dan macam2 lagi yang buat kita perah santan (perasan), bela gagak (berlagak) dan terasa kita nie jejaka/gadis idaman 1 malaya. sebab tu kita rasa kita kena ada banyak spare part. yang tu memang sesuai dapat gelaran PLAYBOY and PLAYGIRL.

2. bila kita dapat lelaki/perempuan yang berstatus queen/king control, yep.. nak ada lebih dari satu skandal tu memang terserlah. naper aku kata camtu? sebabnya senang jer... bila kita fed up dengan dia yang memang kaki control tu, kita akan mudah pasang lain kat belakang dia.

So budak, agak2 la kalau couple tu. tak payah nak kawal sangat orang yang kau sayang tu, sampai dia jadi rimas dan pasang orang lain lak.. tak pepasal orang lain yang jadi mangsa bf/gf kau tu.. pastu bila kau dapat kesan couple kau tu ada skandal lain, mula la kau nak serang2 orang yang memang jelas2 teraniaya, tertipu dengan couple kau yang mengaku solo lagi tu. dah tu, sanggup plak kau trima couple kau balik dan bajet2 hot kata diorang yang pikat couple kau, please la.. selagi dia tu bukan laki/bini kau, janganlah terlalu mengawal dan  buat orang lain menderita dengan sikap kita. (tipu kanan, tipu kiri)

3. hubungan jarak jauh atau hubungan yang dah lama terjalin. bila terlibat dengan hubungan jarak jauh nie, kita akan rasa tak terjamin. okey, tell me la.. siapa yang akan rasa terjamin bila kita kat sini, couple kat seberang sana.. kalau rasa terjamin pon, mungkin akan terdetik gak kat hati kita, eh...dia setia tak kat sana.... kalau yang hatinya tak teguh, tak kuat dengan ujian nie, confirm akan jadi  kalau kupilih disini, apa kata disana.. kalau ku pilih disana, disini akan terluka. perlukah aku pilih keduanya, bahagi kasih adil-adilnya. sungguh kumerasa resah untuk menilai sesuatu yang indah, namun ku ada pepatah yang ku gubah, disini hanyalah menanti... (k stop...itu lagu).

 kalau yang dah lama2 couple plak, kalaulah couple kita tu jenis yang cepat terasa bosan, dan mudah jatuh cinta kat orang lain, dalam diam dia pasang skandal lain (nak cari kelainan bercinta dari insan lainlah kata kan) kalau kita buat salah sikit jer.. dia akan jadikan kesilapan kita tu sebagai punca. dia akan besar2kan hal tu padahal masalah tu kecik jer pon.. last2 dia mintak putus. sepatutnya bila dah lama couple, kepercayaan, kejujuran, kesetiaan, saling faham memahami tu sepatutnya dah ada.. dan tak perlu pasang SKANDAL LAIN. (peringatan buat diri aku sendiri jugak, sebab to tell you the truth, aku mudah sayangkan orang.. tapi cinta..insyaallah..hanya pada lelaki yang akan bergelar suami je) 

dan punca lain2, aku malas nak mention.. sebab apa yang aku tulis dalam entry nie, mungkin akan ada yang tak puas hati. bila dah terjadi benda camnie, jangan plak kata..
eleh lelaki pon ramai yg curang, pasang lebih.
perempuan pon sama jugak. gatal nak pasang lebih.
k stop..stop... jangan tunding jari sana sini... bila kita tunding jari, jari yang kita guna mesti jari telunjuk kan.. perasan tak, jari2 kita yang lebih tu tunding kat mana..? kat diri kita kan..? sebab tu bila benda macam nie berlaku bhai, mungkin kesilapan tu datangnya dari kita sendiri. aku tak kata diri aku nie baik ker, perfect ker.. sebab tu dari tadi lagi aku mention, nie sebagai peringatan untuk diri aku gak... terpulang lah pada korang nak setuju atau tak..sebab masing2 ada kepercayaan dan sebab2 yang tersendiri.


dan reason yang kedua tu, kalau dah terlampau obses dgn status queen/king control, perangai ntah paper (mengada2 banyak la kan), jangan salahkan couple korang kalau couple korang ada skandal dan cari orang lain! sebab mungkin diorang da BOSAN dengan perangai kau. dah tu, mula lah nak serang org tu, serang org nie (couple kau skandal banyak) mula lah nak jadikan orang lain sebagai punca korang bergaduh. ''sebab dialah kami bergaduh, kehidupan kami tak tenang lepas dia muncul dan bla bla bla~ '' agak2 der... tak pasal2 orang lain yang terjebak dengan kata2 manis couple kau tu terseksa dan menderita dalam permainan korang.. (huh..naper tetiba aku emosi bila cakap pasal nie?hahahhaa.. opss... tak der kena mengena ngan aku erk, jangan fikir bukan2)


dan kepada couple2, suami isteri dan kaum adam dan hawa, ingatlah cintailah seseorang tu kerana kekurangannya, kerana disitu terletaknya kelebihan yang mereka ada.. bila dia tak sempurna, kita yang akan lengkapkan dia dengan kelebihan yang kita ada, dan kekurangan yang kita ada, dia yang akan lengkapkan dengan kelebihan yang dia ada... allah itu maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba2NYA.. dan maafkan aku, kalau penulisan aku kat atas tu, buat korang terasa..

perfectkah aku?? tidak..... pasti akan ada kesilapan yang aku buat tanpa aku sedar. jadi aku minta maaf dunia dan akhirat..


Angin bertiup dari kebun epal milik:


Wednesday 19 October 2011

0
Komen

Bila Epal Berdarah Dan Terluka

assalamualaikum kepada pelawat kebun epal..


sebenarnyakan masa aku tulis entry nie, jam dah menunjukkan tepat pukul 4 pagi.. (ek elehhh...tak tanya ponggg...) pukul 4 pagi??? (minah nie naper xtidow lagi nie..ish...tak elok untuk kesihatan) yep... pukul 4 pagi.. kalau dihitung2 dah masuk 3 malam aku tak tidur sampai ke pagi nie... buat assignment la katakan....


kali nie aku nak membebel pasal perkara yang dah berlaku dalam hidup aku sejak akhir2 nie.. (xder la sejak akhir2 nie...sejak dua tiga hari nie jer...) bukan apa... saja nak berbual dengan kamu semua.. hebatkan kita.. berbual melalui kuasa telepati.. (melalui penulisan..hohohooho.. mana ada kuasa gitu kan? kan? )


dua tiga hari nie, memang aku korbankan masa tidur aku..rehat dan segala bagai demi assignment untuk subjek panel code.. sesapa yang ambik law ker, islamic jurisprudence ker, faham la subjek panel code nie cakap pasal apa kan... sorry kawan.. aku nak luahkan rasa tak puas hati aku kat sini.. kalau korang terbaca ker.. sorry weh.. (kasar erk cara aku cakap nie?) bukan apa... assignment tu nama jer groupkan..tp naper group kita tak buat discussion group.. seriously bhai.. aku memang tak faham. bila aku tanya assignment nie nak wat camner, korang kata tak tahu.. yes, i know all of you pon tak tahu gak kan.. sebab tak tahu la, kita kena bincang apa yang patot..


why they have to choose this case?? Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya. xboleh ker pick kes mona fendy?? kalau nak senang kes pembuangan bayi, kita boleh kenakan seksyen 302 tu pada those yg buang bayi, kes buang bayi nie, ada yang buang tu 90% akan mati.. k fine, mmg kes buang bayi dibicarakan dibawah seksyen 31,tp klau da mati, kita boleh sabitkn kes nie d bwh seksyen 302, dn prcubaan bunuh dibawah seksyen 307 tapi kalau kes hot pembunuhan arwah dato, how can we finish this case in 1 night?? grrr~ geram.
kalau kes mona fendy lg senang, sebab kes dia memang org kaji.. cam mona fendy kata, aku tak kan mati...



susah payah aku cari kes yang berkaitan dengan seksyen tu, tetiba korang kata korang tak mahu kes buang bayi, korang nak kes hot tu. then korang suruh aku cari maklumat tu sebab ari khamis (ari nie ) nak hantar kan.. korang tahu tak aku bersengkang mata dari pukul 10 malam sampai pukul 8 pagi keesokan harinya semata2 nak cari maklumat pasal kes tu.. aku terlelap sikit jer, sedar2 bilal dah laungkan azan kat masjid.. astarghfirullah, aku dah terlepas kelas.. skip kelas lagi nampaknya.. dengan wajah yang mamai, sakit kepala cam ada kereta kebal tengah berlawan dalam kepala ni, aku baca mesej... terkejut cam kena bom aku rasa bila baca mesej korang.. korang kata apa:
''sal buat muka depan jer la erk.. kitorang dah cari isi.. thanks..''
seriously, kepala aku rasa macam nak meletup.. air mata aku tetiba keluar.. sakit hati dowh... sia2 jer aku berjaga malam.. stress segala bagai nak cari maklumat tu tapi last2 aku kena buat cover depan jerk... untuk korang nie jer aku nak cakap...


ambik! aku tension... tapi aku tetap maafkn korang? huwaaa... cam tak ikhlas jer bunyi... agak2 r aku aser aku boleh ganti masa tidow aku yang hilang tu... kot.. so next time, jujor r, bagi kerjasama.. jangan menyusahkan org....

opsss...ada kena mengena dengan gambar ker? asalkan ada prkataan belajar tu, okey kot.


anyway aku tetap nak ucapkan terima kasih kat korang sebab ambil aku jadi sebahagian dari group korang... buat susahkan korang jer... 


nota kaki: malam nie aku sambut ulang tahun kawan, namanya mahirah.. sweet giler.. dalam duka ada bahagianya.. atleast aku boleh ketawa..bila tengok gelagat kawan2 perang sapu2 kek kat muka.. (orang yang start sapu aising kek kat muka orang confirm la aku... budak nakal kan..)


to mahirah: sanah helwah ya ukht.. semoga allah merahmati kamu dan good luck dalam paper last untuk final exam esok.. huwaaaaaaa... lepas nie, korang dapat cuti sebulan... kami yang degree nie kena stay lagi la kat kolej nie... nak cuti jugak.. (sambil hentak2 kaki)


red Apple, lepas diorang kamu plak final.. jangan bermukabuku jerk..


bebelan dari:


Tuesday 18 October 2011

2
Komen

Girl's Languages

time aku tengah stress ( stress giler2) nak siapkan assignment yang bertajuk Hukuman Seksyen 302 kanun keseksaan: kes pembunuhan dato' Sosilawati untuk subjek Panel Code (tulis tajuk assignment nie pon aku rasa makin tertekan.. urghhhh) , aku pergilah ronda2 makan angin kat facebook. time aku melawat HOME tu, punya la khusyuk scroll down sampai older post, aku ternampak, terbaca, tertengok, tersengih dan segala macam ter lagi... seriously, aku memang suka dengan post nie. hahaha... (sure rakyat MUKABUKU pon da bace post nieh)
meh kita tengok apa posting tuh..




GIRL'S LANGUAGES :
If She Don't Text You :
-Its Because She's Waiting For You To Text Her

When She Walks Away From You Mad :
-Follow Her

When Shes Quiet :
-Ask Her What's Wrong

When She Ignores You :
-Give Her Your Attention

When She Pushes YOU AWAY :
-Pull Her BACK

When You See Her Crying :
-Wipe Her Tears & Ask What's Wrong

When She Says Go Away :
-Just Go Close To Her & Give Her Hug ♥



see..sweet kan?  (mungkin bagi korang, ish...sweet mende la gini.. ) bagi aku sweet la kalau suami kita beri perhatian macam nie kat kita.. pelik kan sebab aku sebut suami..? (kalau tak pelik pon, buat2 lah pelik erk..hahahahaa) yer la... suami la... tak kan nak suruh kekasih plak just go close to her and give her hug.. kan? haram.... couple2 mana boleh peluk2 lagi.. suami isteri jer boleh.. 
bagi aku posting nie memang sweet la.. tambah2 lagi dengan gambar kat atas tu.. lagi lah wat my heart beating so fast dan wat aku tersenyum..
(chit..chit... tau ler minat kartun.....=___=''  suker lettew..)


k, aku membebel banyak pon tak guna sebab assignment tak siap lagi tuh.. atototoi.. betei-betei menyempitkan saluran idea pemikiran aku nie. paper pon, as usual.. red apple, fighting!!


bila miss merapu:


Sunday 16 October 2011

0
Komen

tangis lelaki





Lelaki....
Di Sebalik Kerasnya Lelaki..Mereka Selalu Menangis
Tetapi Air Matanya Jarang Mengalir..
Kadang-Kadang Tergenang Di Matapun Tidak Terlihat.
Namun Lelaki Selalu Menangis Dalam Hati...
Merintih Di Dalam.. Tetap Rasa Sayu, Hiba Di Hati...

Lelaki..
Di Luar Semuanya Terkawal. ..
Itulah Sebabnya Lelaki Perlu Ruang Untuk Bersendirian
Untuk Menangis Sendirian...
Bukan Kerana Egonya Tetapi Menangis Bagi Lelaki Adalah Terlalu Peribadi...
Begitulah Hakikatnya Lelaki....

Lelaki....
Sekeras2nya Lelaki..Pasti Menitik Air Matanya..
Tatkala Rasa Rindu Yg Mencengkam Jiwanya ..
Tatkala Insan Yg Di Sayangi Pergi Buat Selama2nya..
Tangisan Seorang 'Lelaki Sejati', Ada Kekuatan Tersembunyi Yang Luarbiasa"
Tangisan Dan Duka
Padanya Tersimpul Hikmah..
Tanda Kasihnya.....


untuk seorang gadis, lelaki rela merendahkan egonya..buktinya..


Kami (lelaki) punya tubuh yang kuat, namun kami lemahkan sendi-sendi kami, kami sembunyikan kekuatan kami. Sesungguhnya Hawa, kami punya suara yang kasar, amarah yang kuat, namun kami lembutkan suara kami, kami sabar dengan amarah kami. Tidakkah kau (hawa) terpikir mengapa? Tidakkah kau hairan dengan layanan kami terhadap kamu? Tidakkah kau pelik, harimau yang mengganas di medan perang, jinak bila berada di pangkuan kamu? Fikirkanlah mengapa...

k actually, kata2 nie aku ambil dari seorang kawan. nama fb nya firdaus nismo.. firdaus nie pon aku kenal dari page awak selalu dalam hati saya. ehsan gambar tu pon dari dia gak.. (handsome kan?hahaha)
fir, you are the best, thanks a lot,man... 



nie ler facebook dia


laki aku:


Thursday 13 October 2011

8
Komen

Bila Kita Sayangkan Seseorang Tu..

bila kita sayangkan seseorang tu....


kalau dah suka, sanggup buat apa-apa jer kan.. orang kata kalau hujan ker, cuaca panas ker.. sanggup lagi redah nak jumpa,..apatah lagi lautan berapi.. yer tak?? (lautan berapi???hahahahaha.. confirm korang tak sanggup..)

kalau keluar dating kat MacD ker, KFC ker.. outing mana ker... kalau orang yang janji ngan kita nak datang pukul 2, terlewat dua jam pon, kita tunggu lagi kan? (tu sbnarnya pengalaman aku...hehehe) walau pon dalam hati mungkin ada rasa lain.. tapi kita tak ambil kisah pon..malah kita pula yang risau, manalah tahu kalau jadi apa2 pada dia.. (yang pengalaman aku tu, dia terlewat sebab dia sesat.. k fine, aku tak rasa nak marah kat dia pon atas kelewatan tu.. cuma rasa bimbang tu ada lah.. ) bila hati dah sayang lah katakan...hehehe

bila mesej plak.. kalau kita penat macam mana pon.. kita tetap layan kan mesej dia... malah kadang2 kita sanggup berjaga malam semata2 nak teman dia buat kerja, homework, assignment, report dan macam2 lagi.. asalkan dapat bersama dia, menerima mesej dari dia pon dah wat kita bahagia kan.. owh..anehnya rasa yang ada nie.. 

kadang2 tu, kita rela habiskan duit nak beli topup.. semata2 nak cakap, nak berborak dengan dia kan... kalau si dia tak dapat balas mesej kita sebab kredit dia habis..kita plak tanpa berfikir panjang, pergi topupkan untuk dia.. kan? aish... kenapa erk? sebab satu jer.. tanya hati kita.. mesti hati akan jawab, SEBAB AKU SAYANGKAN DIA....

Minum pon kadang2 berkongsi gelaskan..? katanya biar nampak romantik... padahal duit dalam poket dah nak habis..semata2 temankan dia keluar pergi shopping.. tapi kita still nak jaga hati dia kan.. tak nak dia tahu yang kita dah banyak habiskan duit untuk dia... sebab sayang....apa pon tak apa...

sebab dia dah janji nak terus bersama kita... tak kira apa yang berlaku, dia tak kan tinggalkan kita... :'(

disebabkan itu, kita sanggup serahkan hati kita pada dia.... kita pesan.."awak jaga baik2 tau.. sebab hati saya nie mudah retak... saya takut ia akan pecah..." dan dia pon kata..'' awak percayalah.. saya akan jaga hati awak macam saya jaga hati saya." (so sweet... senyum sorang2)

kita tak kisah kalau kita serahkan segala harta kita asal dapat buat dia gembirakan?? (huwaaa... janganlah sampai serahkan harta..melampaunya..huhuhu)


''awak...awak... saya tak dapat nak teruskan lagi hubungan ni...''
''naper wak?? awak tak sayangkan saya lagi ker??''
tapi yang buat kita sedih, dia pergi camtu jer....



patutlah dia tinggalkan kita......rupa-rupanya inilah alasan dia.....

dia dah ada orang baru.....

dia nak fokus pada pelajaran dia.. 

family dia dah ada calon pilihan lain untuk dia..lagi baik dari diri kita...

dia tinggalkan kita sebab dia dah bosan dengan kita..

dia ada tanggungjawab yang besar pada family dia...

dia sakit.. dan dia tak nak kita risaukan dia..jadi sebab tu dia rela tinggalkan kita, untuk orang yang lagi baik dari dia... 

dia dah jatuh cinta pada orang lain..

dia sibuk dengan kerja dia.. sampai tak ada masa langsung untuk kita..

tapi walau apa pun alasan yang ada selepas perpisahan tu muncul.. kita kena ingat, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.. kadang2 allah bagi kita jumpa dengan orang yang salah dulu, untuk kita jumpa dengan orang yang betul2 berhak memiliki cinta kita.. tawakal pada allah... allah sayangkan kita sebab tu dia uji kita.
Dia nak wat kita sedar yang kita dah bagi hati kita pada orang yang salah.. dan kita boleh jadikan pengajaran supaya dikemudian hari, kita takkan bagi hati kita pada orang yang salah lagi. lagipun kalau dia betul2 jodoh kita, pergilah jauh2 pon, kalau ditakdirkan dia tu jodoh kita, dia akan datang kembali pada kita walau macam mana pon kan..?


dibebel oleh:

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template