Assalamualaikum kepada pelawat Kebun Epal
Hari nie aku nak cakap pasal Adam dan Hawa... atau lebih kurangnya lelaki dan perempuan. bukan apa, bagi aku sendiri seorang wanita nie, tension jugak nak faham perangai lelaki. sama jugalah dengan lelaki, diorang lagilah pelik nak faham perangai kita.. (even aku sendiri pun tak faham perangai kaum aku sendiri)
Kita tengok dari segi perasaan antara LELAKI dan PEREMPUAN:
(Aku ambil contoh orang2 disekeliling aku dan diri aku sendiri)
couple:
Perempuan nie suka bercerita pasal kisah2 lama dia dengan bekas kekasih pada teman lelaki dia yang sekarang.. cerita tu cerita nie sampai tak ambil kisah langsung perasaan teman lelaki yang mendengar cerita kita tu. aku tak tahulah kenapa perempuan nie suka cerita kisah2 lama, maybe nak bagi teman lelaki dia tu jealous atau cuma sekadar berkongsi cerita.
Lelaki plak, bila dia dah pilih kita sebagai kekasih dia, dia susah nak ceritakan pada kita kisah lama dia dengan bekas kekasih dia. bagi diorang, benda yang lepas tak perlu nak kenang sangat. Kadang2 kalau kita tanya dia reason kenapa dia suka kita pun, dia susah nak jawab.
(sebenarnya kan.. lelaki nie tak suka kita bercerita pasal lelaki lain depan diorang.. tambah2 kalau kita puji2 lelaki tu. kalau kita ditempat diorang, kita pon tak suka kan? )
Perasaan:
perempuanlah kaum yang paling mudah untuk jatuh cinta sebenarnya. mudah untuk sayangkan seseorang., mudah untuk terluka dan mudah untuk salah faham.. tambah2 kalau lelaki tu berikan perhatian pada kita, caring dan layan kita dengan baik.
Lelaki nie susah sikit kita nak faham atau teka apa yang ada dalam hati diorang. seriously memang payah. Aku nak baca perangai diorang pon, buat aku pening kepala. kadang2 bila dia rapat dengan seseorang tu, dan orang yang rapat dengan dia tu rapat plak dengan orang lain, dia sebenarnya cemburu tapi dia susah nak tunjukkan perasaan tu tambah2 lagi orang yang buat dia cemburu tu cuma sekadar kawan jer.
(kepada semua gadis2, lelaki bila diorang rapat dengan kita, caring pasal kita..tak semestinya dia jatuh cinta dengan kita atau dia suka kita lebih dari seorang kawan. diorang buat camtu sebab kita kawan diorang)
Menangis:
Perempuan memang terkenal dengan kelembutan hati.. mudah menangis.. (mungkin tak semua camtu) kebanyakkan diorang nie, tengok cerita korea ker, anime ker, drama melayu ker, kena tengking sikit ker atau demam ker, apa2 jer la.. mudah jer air mata mengalir.. kadang2 bila rindukan seseorang pun, dah cukup buat hati diorang sebak dan menangis. ada kadang2 tu jugak, diorang gunakan air mata sebagai senjata untuk melemahkan semangat lelaki.
Lelaki plak jarang kita tengok diorang menangis. kalau diorang kena tengking, diorang diam dulu pastu ada lah kejap lagi barang2 atau benda2 yang jadi mangsa.. (mungkin tak semua lepaskan rasa amarah camtu)
tapi lelaki walau sekuat mana atau sekeras mana pun hati diorang, diorang akan tetap mengalirkan air mata kalau diorang kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam kehidupan diorang.. cuma mereka je tak tunjukkan kepada kita.. peliklah kalau ada makhluk lelaki yang tak menangis kan..?
lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.
perempuan bila dia ada masalah ker, diorang suka ceritakan masalah tu pada orang lain.. berbeza dengan lelaki. diorang nie lebih suka pendamkan masalah tu dan cuba untuk selesaikan sendiri. perempuan nie ada satu lagi perangai, bila dia ada masalah, bila ada orang tanya ''kenapa, ada masalah ker?'' mesti dia akan jawab.. ''tak ada paper'' walaupun dalam hati tu dia nak cerita..bila didesak, baru lah diceritakan masalah tu (nie kira kes mahu tapi malu la nie cuma berlainan konsep) kalau lelaki, kalau dia kata tak ada, maksudnya memang TAK ADA..
Perempuan kalau mengalah, tu tanda sayang dan pengorbanan. even kita sendiri selalu dengar ayat dari perempuan ''Tak per, biar aku jer yang mengalah, tu tanda pengorbanan aku.. tanda aku sayangkan dia'' tapi bagi lelaki mengalah tu tanda lemah..
walau pon Adam dan Hawa nie berbeza, tapi hakikatnya mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Hawa sendiri tercipta dari tulang rusuk Adam.. betapa dekatnya jalinan perhubungan tu. Adam dan Hawa walaupun masing2 ada kekurangan dan kelebihan, ianya saling melengkapi antara satu sama lain.
''awak sering kata awak banyak kekurangan, jadi izinkanlah saya untuk melengkapi kekurangan yang awak ada itu dengan kelebihan yang saya ada.. dan lengkapilah kekurangan saya dengan kelebihan yang awak ada, semoga kita menjadi sempurna...''
tu jer nak sembang:
cool! love it!!!!
ReplyDeletethanks :D
ReplyDeleteni lagu apa?
ReplyDeletelagu kat blog nie ker?
Deletetajuk dia: the elegance of pachelbel-serenade