Saturday 24 August 2013

1
Komen

muka tembok



katanya kiddo,
''kalau diorang tu dah lama jadi kawan awak, patutnya diorang tau perangai awak macam mana''

nampaknya diorang tak pernah nak faham perangai aku..

terima kasih la kawan2...

tak sangka korang kawan paling 'baik' yang ada disisi aku..

yer dak..?

tak puas hati bagai, tak gitau depan muka aku.. tapi cakap2 belakang..

pastu

up status kat facebook..

maki2 aku..sindir2 aku.. mengata aku macam2..

yer laaa...

bak kata korang laaa kan~

-goda bf orang..
-xdak rasa bersalah langsung
-xdak perasaan
-muka tembok
-penghalang bermuka tembok
-serve your right
-kerat 14~
-hati busuk

hahahahahahahahahahahaha

those comments from my dearest friends!

thanks guys..

really appreciate~

maklumlah...akukan jenis bermuka tembok yang xdak perasaan..

so kiranya, bila aku baca komen2 yang menarik dan membahagiakan dari kawan2 aku sendiri, i wouldn't feel anything, yer laaaa... macam korang kata laa, kan aku nie xder perasaan...haha

firstly,
aku tulis dalam blog nie, yer laaa...katakan lah post aku kali nie tak matang sebab sama jer, serang dari belakang tapi sapa yang start dulukan? nak main guna internet..pon boleh...

nie aku karang pepanjang nie, korang baca laaaa..

bagi bukak sikit hati korang tu.

pasal keluar tu.tang tuduh aku goda bf kawan sendiri..

korang kata nak pegi amek lelaki tu..so kiranya nanti korang nak bawak date memasing. korang pesan kat aku suh bawak jugak sorang..

tapi aku tak nak bawak.. lepas tu korang dah gundah gulana..sebab nanti aku kena jalan sensorang, xder sapa nak jalan ngan aku sebab korang nanti jalan dengan partner memasing..

then aku call my adik2 usrah aku..suh temankan aku..sambil2 nak jumpa sebab dah dekat setahun dah tak jumpa kan.

so alkisahnya~

partner 2 orang lagi tu tak jadi datang. kiranya dia dengan mamat tu, then dua lagi yang xder partner tu bergabung jenjalan sesama.. dan aku dengan adik2 usrah aku.

pastu g main bowling..

kalau korang perasan lah kan, aku memang jenis HAPPY GO LUCKY time main bowling dengan korang, sama ada masa tu ada partner atau tidak, still aku dengan perangai aku yang periang (haktuihhh) nie.

then WTH dengan ayat korang berdua:

''hati busuk la kak nie, mintak bola tu jatuh dalam longkang''

sedangkan selama nie..yer...SELAMA nie bila keluar dengan korang, aku selalu sakat korang

''ke longkang..ke longkang..''

xder plak korang kata macam tu..

bagi pendapat korang, ayat2 aku tu macam menghina korang laaa depan partner korang?

k...what the tutttt la kan..

aku sentap..tapi aku diamkan jer.

bila keluar dari tempat bowling tu..kita sesama g tengok2 baju kan.

korang jalan dengan mamat tu, aku jalan dengan adik2 aku..

then masa aku pilih baju tu, mamat tu datang dekat aku. sebab baju yang aku pilih tu comel.. then mamat tu ada betulkan kolar baju baru tu..kiranya tolong aku.. then korang kat luar sambil jeling2 aku..korang fikir aku x perasan semua tu?

aku perasan laaa sengal.

then aku jaohkan diri dari mamat tu..

aku cari dia..dia g tandas.

bila aku dengar dia g tandas, aku tahu dia menangis sebab tengok mamat tu pegi cakap dengan aku..

okay..takper lagi...

bila makan, korang makan kat satu meja..

then aku makan dengan adik2 usrah aku kat satu meja..

jeling mamat tu pon, aku tak wat..

nak jaganya hati dan perasaan dia.

bila dah habis makan, kita decide nak pegi tepi pantai..

masa kat tepi pantai tu,

aku sanggup tak keluar daripada kereta sebab taknak lepak dengan korang.

nak jaga hati dia..

yer laaa... kan kalau aku turun, 

nanti kalau mamat tu bercakap dengan aku, dia akan terasa lagi..

aku rela duduk dalam kereta jer sensorang

sambil tengok korang main gitar, 

bergelak ketawa..

ambil gambar..

sedangkan aku..?

nak jaga hati korang, aku senyap2 duduk dalam kereta..cuma mampu melihat jer.

then keluar sebab korang ajak minum air kelapa..

masa tengah minum tu pon, aku nak pandang muka mamat tu pon, aku takut..

takut ada yang terasa lagi.

aku bercakap pon nak tak nak jer..

lama aku diamkan diri aku nie..

jadi pendengar setia jer..

hinggalah aku bukak mulut sikit bila dengar lawak ''ayam dan arang tu''

if you know what i means la kan..

sampaikan salah satu partner korang cakap,

''owh..adaaa...ingatkan xder tuannya.. senyap jer''

see..betapa pendiamnya aku malam tu.

tu dah satu hal...then kita bertolak pergi terengganu.

seingat aku lah kan...

dalam kereta ke apa ker..

aku jarang sangat2 nk bukak mulut nak cakap dengan mamat tu.

so mana part GODA BF KAWAN sendirinya?

aku nak goda orang pon, aku tak tau camner..

lepas tu..

keesokan harinya,

kita nak sambut befday ex housemate kita.

then tak sangka plak kan..korang pon ada plan something jgk pada aku.

kita pergi dua buah kereta..aku ajak member lelaki aku nie.

korang mengorat member lelaki aku plak..

semata2 nak bagi aku sakit hati..

okay kawan..

sebenarnya lakonan korang tak menjadi..

sebab aku takder rasa pape.. cemburu ker... apa ker..nak marah ker...nope, aku tak kisah langsung pon pasal tu..

zero.
tapi malam tu memang mood aku hilang..

sebabnya..

kat MCD

bila aku nak suruh ambilkan gambar aku dengan Leen (bukan nama sebenar),

dia campak handphone aku camtu jer..

sambil cakap

''malas laa...''

yes, masa tu terus mood aku xder..

what wrong with her.. tu jer yang aku pikir..dah laaa masa main bowling pon, bukan kemain pedas lagi ayat2 dia..

then tetiba headache aku makin menjadi2.. mood aku betol2 xder..yang aku nampak cuma katil jer masa kita lepak kat airport.

tak sangka plak kan..tetiba hari nie, 

korang UP status:

''dah lama tak jumpa, tetiba ada penghalang..#penghalangYangBermukaTembok. terasa? serve your right''

sebenarnya..aku tak terasa lagi..sampailah aku terbaca komen2 korang..

yeyeyeye~ korang memang tuju kat aku.. goda bf org, xder perasaan, muka innocent jer dapat, kerat 14, hati busuk, bla bla bla...

nak jer aku masuk then maki korang tapi aku sabar lagi..hahaha

macam korang cakap laaa..aku kan jenis yang muka tembok, xdak perasaan lak tu.

cuma aku nak cakap...

kau terasa hati ngan aku masa keluar dengan mamat tu.. goda?

aku nak tanya:

aku goda mamat tu macam mana?

sedangkan aku tried so hard nak avoid dari mamat tu yang jugak merangkap kawan aku sendiri.

lagipon aku bukan gila nak rampas, goda dan ect pakwe adik angkat aku sendiri..

ye..kau adik angkat aku, kau sepatutnya tahu aku nie macam mana..

bila statement muka tembok tu keluar daripada mulut adik angkat yang aku sayang, kau expect aku nak tersenyum camtu jer? hell no laaa..confirm la aku terasa...good job la sis (^_^)

kau cakap, mamat tu selalu pandang aku masa kita keluar tu,

so kiranya tu salah aku lah?

sebab tu bagi korang, aku kena rasa bersalah, bukan innocent look jer yang patut korang dapat..so kau expect aku kena mintak maaf disebabkan aku, mamat tu pandang aku?

next time la kan..bila korang plan nak keluar dengan pakwe masing2..please jangan invite aku yer...

nantikan tak pepasal plak, bf korang kejar aku plak.

kau cakap aku cantik, comel..

sila pergi jumpa doktor mata yaa..aku rasa, dalam geng2 kita, aku la yang paling hodoh sekali..

nak tergugat apanya dengan kehadiran aku?

rileks brader..brader rileks sudah r..

dah alang2, korang up status sampai orang lain perasan yang status tu tuju kat aku, nie aku buat post kat blog terus..baca2..jangan tak baca.

korang cakap aku yang takder perasaan..tapi aku tak paham la dengan korang,

yang takder perikemanusiaan nie siapa sebenarnya?

aku ker korang?

tak puas hati, cakap depan2 aku..

bukannya pegi up status then berpakat maki2 aku, sindir2 aku.

so sekarang nie, sapa yang xder perasaan??

aku paling tak suka, nak luah perasaan, nak maki, nak menyindir semua buat kat FB, kenapa tak cakap depan2??

sedangkan kau sendiri pon penah mengadu kat aku pasal kau kena cakap2 belakang then kenapa kau fikir yang aku boleh terima orang cakap2 belakang pasal aku?

fikir laa...

nak tunggu aku melenting dulu baru nak inbox aku, nak slowtalk ngan aku..choii laa

yup..sekarang nie, memang aku marah.. bukan aku marah sebab lakonan nak bagi aku jeles what so ever tu tapi aku marah dengan status dan komen2 tu..

penah dengar peribahasa,

terlajak perahu boleh U-turn, terlajak kata xleh diundur?

tapi terima kasih laaaa...disebabkan hal2 macam nie, korang buat aku tak percayakan korang..

senang, lain kali i'll be more careful la kan..

satu pengajaran la kat aku..

serapat mana pon kita dengan orang, jangan sesekali bagi kepercayaan kita pada orang tu..

adios amigoss~


 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template