Sunday 12 January 2014

4
Komen

Pelangi selepas Hujan

Bismillahirahmanirrahim...

2,3 hari nie banyak benda aku nak kongsi.

firstly, pasal program PMG kelantan 2014 dan pasal berita baik yang aku dapat pagi tadi..Alhamdulillah... entry nie aku rasa panjang gak.. tapi nie mungkin kali terakhir aku update.. maaf le.. kalau rasa nak baca, baca... kalau taknak baca, pon takpe..haha

PMG 2014

sehari sebelum PMG:

aku pergi jumpa doktor kat klinik pasal sakit aku yang biasa2 tu.. so doktor suggest aku pergi buat rawatan kat hospital besar... bertimbun2 gak ubat yang dia bagi tapi siapa yang kenal aku akan tahu sangat2 ubat-ubatan tu akan berakhir kat mana..haha

aku pergi timbang berat aku dengan kiddo. agak memeranjatkan diri ini even aku dah expect berat aku akan turun sebenarnya..tapi aku terkejut gak laa sebab turun 2kg kot.. so lepas turun 2 kilo, sekarang nie aku berberat 37.8kg sahaja..bertinggikan 152cm..kekeke 

 kiddo belikan aku susu..katanya bagus untuk tubuh badan aku.. sobsobsob..

susu? aku paling tak suka minum susu sebenarnya..teramat tak suka..sangat2 tak suka.

PMG:

pergi kelas..rushing g sana g sini...kejar pensyarah tu pensyarah nie,,nak settle hal2 kelas dan assignment. berbekalkan susu yang kiddo beli, tu je la peneman aku dari pagi hingga tengahari hari tu.. Allah..Allah..hanya Dia lah yang tahu reaksi aku minum susu.. tekak aku teramat perit, nak terima benda tu..adei..

balik rumah sewa pukul satu tu, terus packing barang semua, pukul 3 bertolak pergi ke APU. masa dalam kereta tu, pening, sakit tekak, sesak nafas..badan berpeluh2.. terasa gak la suhu badan aku nie naik.. janganlah demam..janganlah demam.. tu je aku mintak.. tapi Allah maha hebat mengatur rancangan.

sepanjang program berlangsung, aku rasa inilah kali pertama aku tak boleh nak bagi komitmen seratus peratus. sepanjang tiga tahun aku terlibat dalam dunia fasilitator dan program, PMG 2014 nie lah kali pertama aku rasa aku lah fasi yang paling pasif.

selalunya aku nie jenis periang, tersenyum 24jam, jenis yang hyper aktif tapi kali nie, vice versa..

aku tak tahu macam mana nak berinteraksi dengan adik2 group aku, dengan semua peserta..aku rasa cam noob.. rasa macam kosong.

jutaan kata maaf aku hulurkan pada mereka... aku mintak maaf,,serious... kalaulah group kita tak seFUN group lain, maaf....

kalau aku tak bertanggungjawab dengan tugasan aku...maaf...

tak bagi komitmen dengan ajk2 lain, maaf...

maaf... 

maaf...

tu jer yang mampu aku ucap..

 aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua especially pada group UIAM.. pada Aqil, Asyraf, Nuyuu, Zana, Pika, Puteri, Najihah, khadijah, fatihah.. terima kasih sebab bagi peluang pada akak untuk kenal awak semua..

saling nasihat menasihat..bohong lah kalau akak kata akak tak jatuh cinta dengan korang..huhu

akak nak mintak maaf sebab group kita jer takde sesi bergambar... kekurangan akak la tu..sebab takleh handle group macam kakak2 abang2 fasi yang lain, maaf sekali...gomenasai..

PAgi TAdi:

bangun2 tidur, dapat panggilan daripada Umi.. umi cakap...aku boleh berhenti belajar.. dia suruh aku balik greenwood. sambung belajar kat sana..senang..boleh jaga aku. dan aku boleh sambung course yang aku minat...

menangis jugaklah aku tadi..huhu 

terus rasa nak sujud syukur... 

akhirnya....

akhirnya...penantian aku hampir2 berakhir...

sebelum nie aku penakut..tak berani nak keluarkan pendapat aku..tak berani nak luahkan masalah aku..

tak berani nak bincang dari hati ke hati...

tak berani nak berkongsi beban aku dengan family...

alhamdulillah...

Allah kuatkan hati aku..Allah bagi aku keberanian.. aku cuma perlu berani..berbekalkan ayat 286 surah al Baqarah: Allah tidak akan menguji/membebankan sesorang melainkan sesuai dengan kemampuannya... aku perlu berani... Alhamdulillah... terasa sangat2 Allah permudahkan segala urusan aku...

la tahzan... innaallahama'na..

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template