Thursday 23 August 2012

2
Komen

Ego atau bodoh

Assalamualaikum...

hai hai dan hai kepada readers sekalian. amat2lah mendukacitakan, sejak berhari raya nie, aku jarang update blog.. ngehngehngeh (gelak orang tua yang tak cukup gigi)

selepas sebulan perut nie berehat, start bulan syawal, berkerja terlebih kuat plak dah..result dia: ubat, minyak angin, ubat, minyak angin..muntah..tido... tido muntah... :P

okay...jom kembali kepada tajuk. kali nie monolog ego atau bodoh..

''arghhh!! aku rasa tension dengan hal nie! tension sangat2 dowh. Aku tahu dia cuma nak main2kan perasaan aku. aku tahu dia cuma nak hilangkan boring dia. aku tahu dia cuma nak jadikan aku tempat dia lupakan cinta pertama dia tapi..... kenapa aku sanggup terima cabaran nie, cabaran untuk bermain dalam game perasaan yang diciptakan oleh dia?? kenapa??

adakah disebabkan ego aku.. atau disebabkan aku memang bodoh?

Aku tahu dia cuma nak permainkan aku...aku tahu tu.. Aku tahu lelaki zaman sekarang semua sama.. walaupon tak semua... argh, mungkin separuh daripada mereka yang berperangai camtu tapi still takkan mengubah hakikat dalam diari hidup aku yang lelaki berperangai camtu!

aku tahu, aku akan lebih banyak menderita nanti tapi aku still berdegil nak bantu dia laksanakan misi dia dalam diam.

suka bagi harapan sedangkan dalam hati langsung tak der rasa sekelumit rasa cinta apatah lagi sayang! walaupon aku masih mengetahuinya, tapi kenapa aku tetap cuba untuk bertahan?? ego atau sememangnya aku nie bodoh??

berada bersama dengannya, ketawa dia, senyum dia... semuanya membuat hati aku berdebar2.. walaupon aku tahu, perasaan inilah yang akan membuat aku menderita dan menangis.. tapi still lagi aku masih ingin mencuba untuk mencintai..arghh... apakah betol aku ego atau nie semua disebabkan kebodohan aku.

aku tahu... aku akan sayangkan dia... dan aku mengerti risiko yang akan berlaku. orang kata, cinta pertama sukar hendak dilupakan... kalau sidia tetiba kembali pada pangkuan dia, tidak mustahil dia akan menolak sedangkan hatinya masih sayang, cinta dan rindu pada yang pertama... maka aku?? akan menderita... aku tahu itu semua tapi aku still nak bertahan..

apakah ini keegoan aku untuk endahkan segala kebenaran atau aku sedang memperbodohkan diri sendiri..?

treat me like a queen, then i'll treat you like a king. treat me like a game, i'll show you how it's played

okay, habis sudah monolog dari LELA MANJASARI (watak dalam cerpen yang tengah aku siapkan..)

nie salah satu monolog atau pape jer la yang korang panggil yang ada dalam karya lela manjasari... hehehe

k, selamat menyambut bulan syawal.. dan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir sekiranya ada terkasar terpukul dan maaf batin andai terguris hati..

btw, umur teman dah 21 plus plus tapi still dapat duit raya 2 ratus lebih..ngehngehngeh

rezeki time raya, xkan nak tolak plak kan... :P



Sunday 12 August 2012

14
Komen

Walimatul Urus

Assalamualaikum w.b.t

walimatul urus,
Kepada semua, silalah bertandang ke Rumah saya sempena hari bahagia saya bersama pasangan saya.. :D sesungguhnya kedatangan kalian amatlah saya hargai... *lap2 air mata gembira*

buat Nasi minyak ke nasi hujan ke nanti...?

owh... tak, tak.. tak buat.. ingat nak buat menu yang lain dari yang lain masa bersanding nanti.. Mee Sup mungkin? hehe tak pun, buat satay.. ala2 open house gitu. kalau buat nasi kerabu atau nasi lemak pon sedap jugak kan? tak pun, kat majlis tu nanti, kat perkarangan rumah, boleh letak gerai burger.. sapa2 nak makan burger boleh lah beratur nak pesan burger... 


ambil angin kus2 semangat dari perkahwinan kak zura jap. bergambar atas pelamin dengan pengantin..kot2 lah ada rezeki aku nak kahwin awal kan..

berserikan muka aku..? rasa cam aku plak pengantin..kurkurkur *gelak tak senonoh*

Lupakan pencahayaan nur kegembiraan dalam gambar nie, gambar nie NON EDIT tau. tapi kelihatannya aku lebih berseri hari tu, tak tahu kenapa..lebih putih, ayu dan sebagainya.. *mohon untuk gelak beramai2*

Lupakan jugak beg comel yang pinky girly kat tepi tu, that's mine.. sekali jer beg nie aku pakai.. berharga lebih kurang RM56 kot lelebih sikit tapi atas dasar kecekapan aku memujuk dan kepintaran aku membodek kakak kat KBMALL yang jual beg nie, akhirnya dapat gaklah harga RM49..hakhakhak

sebenarnya walimatulurus aku nie untuk beberapa tahun akan datang.. bukan untuk sekarang.. :D

sebab ada sorang mamat nie cakap kat aku:

''You are not perfect, not much pretty but i'm not looking for physical beauty, i choose you because there is something about you that i can't even explain it ''

benda apa yang something ada pada aku nie? hurm...nie yang aku nak nyanyi lagu najwa dan sleeq nie, UNTUK DIA.. *tak pepasal untuk dia*

ya know what, aku tak expect pon kau cakap benda2 yang romantik kat aku..hello, kalau serious, pergi jumpa mak aku then mintak izin dengan abang aku sebab dia wali aku. aku terima jer orang masuk minang aku..haaa

bukan I LOVE YOU, bukan madah2 cinta yang aku nak.. aku cuma nak AKU TERIMA NIKAHNYA.. tu yang aku harapkan..lepas tu kalau nak bermanja, ber ROMANTIK sampai ke tua pon aku tak kisah tahukkk?

k dah, tu jer aku nak update, siap2 nak pergi kelas MPW plak nie..adoi... *belajar tak habis lagi dah mengada nak kahwin*

Saturday 11 August 2012

2
Komen

Kepulangan Yang Dinanti

Assalamualaikum kawan2 yang ohsem..

camner persiapan raya korang? ok ke tidak? kebanyakan perempuan kalau bab2 baju raya nie, diorang dah siap2kan awal dah. sebelum puasa lagi dah siap tempah baju untuk beraya. dan kaum2 perempuan nie, paling minima kuantiti baju raya pon cuma 2 helai sahaja.

bagi kaum lelaki plak, pakai jer apa yang ada. especially baju melayu. kadang2 diorang nie baju melayu mana ada beli sangat. pakai jer mana yang ada.. yang diorang suka beli T-shirt untuk keluar pergi beraya sambil collect duit raya.. kan?

bagi aku plak, BELUM ADA SEHELAI PON LAGI BAJU RAYA. hari tu ada gak keluar 2 hari berturut2 pergi cari baju raya TAPI hampeh jer.. tak der yang sesuai untuk petite cam aku nie. semua free size dan besar2 punya. lastly aku pergi cari jubah kanak2.. eh eh, padan lah plak dengan aku tapi pattern nya plak terlalu kebudak budakan.. finally, aku tak beli pon baju raya. balik dengan tangan kosong jer.

bukan tu sebenarnya aku nak cerita.. hurm... 

kali nie, aku rasa raya untuk aku tak meriah... abang2 aku semua tak balik ke kampung.. yang ada cuma aku, mak dan adik2 jer la nanti..

Raya kali nie, aku tak mengharapkan sangat duit2 raya, baju2 raya..cuma aku harap semua family dapat berkumpul... tu jer.. mana lagi hari yang dapat family berkumpul kecuali hari raya jer la...kan?

selama nie, korang sibuk dengan kerja2.. semua merantau, dalam setahun tu berapa kali sangat dapat berjumpa... tu pon kalau diorang balik kampung.. tapi kalau raya pon, korang tak dapat nak balik, rasa sunyi gak laa... bila lagi dapat bertentang mata, face to face.. tak kan nak tunggu aku tak der dulu kot...

tak lama lagi nak raya kan...? sekejap jer Ramadhan kali nie.. entah ada atau tidak tahun depan peluang untuk aku berpuasa.. this is might be my last ramadhan.. 

demi Allah.. harapan untuk aku melihat semua ahli keluarga berkumpul pada 1 syawal nanti tetap takkan pernah padam... i miss you so much. guys... 


Friday 10 August 2012

3
Komen

Laptop Kena Curi

Assalamualaikum...

Akhir2 bulan puasa camnielah dugaan cubaan ujian datang menimpa. Ingat kami nie kaya ke hape? kalau kaya... ada duit berlambak-lambak, sila lah nak curi pon.. tapi kami nie bukannya orang berada. Ibarat kais pagi makan pagi, kais malam makan malam..

Sedih jugak hati aku bila dapat panggilan dari adik aku kelmarin. dia telefon aku pukul 3 am lebih. bagitau yang bilik dia kena pecah masuk dan laptop dia jer yang kena ambik.

kecewa gak lah aku.. Aku laburkan duit aku separuh dari harga laptop tu, kongsi duit dengan adik aku semata2 nak dia beli laptop untuk memudahkan dia buat assignment kat UITM tu tetiba dengan sekelip mata kena curi camtu jer.. tak sampai 6 bulan pon lagi guna..

memang aku rasa kecewa... rasa nak menangis gak bila dengar suara adik aku masa gitau laptop dia hilang.. rasa sakit hati... dapat aku rasa perasaan adik aku yang sedih... :'/

kau ingat kau hidup kat dunia nie untuk selama2nya ker? aku tak halalkan dunia dan akhirat.. 

jangan suka aniaya orang... seriously, aku tak halal dia ambil laptop tu


Tuesday 7 August 2012

4
Komen

Anon itu terasakah atau memang tak suka aku?

Assalamualaikum...

yep, tajuk pasal Anon. Anon yang tak mau guna nama sebenar yang suka komen kat blog seseorang. tak kisahlah kat blog tak famous ker, atau blog famous ker, pasti akan ada anon yang komen.

sejak aku buat blog nie, banyak dah komen2 Anon yang aku tak approve sebab komen2 diorang terlampau membenci aku, blogger yang diibaratkan bagai melukut ditepi gantang cam aku nie..(tak famous pon dek non oi)

tapi kali nie, aku tertarik dengan Anon yang bagi komen kat aku pagi nie.

let's check it out..



dia tak puas hati dengan entry nie, Sendiri Mau Ingat, korang boleh baca entry tersebut dan boleh tinggal komen kat aku.. komen tak puas hati ker, apa ker..aku akan approve komen.

Aku malas nak ulang banyak kali pasal isu dalam entry tu.. sama2 muhasabah diri.. tak boleh? cuma yang aku tak puas hati, setahu aku, sebaca aku, sepintas lalu dan segala macam SE lagi, tak der plak aku cakap diri aku bagus dari orang lain.. FYI cik anon2 sekalian, aku cakap benda yang terbuku dalam hati aku.

sendiri mau ingat.. opss, entry tu memang panjang pon..cukup pedas bagi orang yang terasa. tapi bagi orang yang tak pernah buat, dah tentu diorang tak terasa.

aku membebel benda yang betul2 aku tengok dengan mata aku sendiri, bukan aku reka2 pon.. acano tuh? ada faham tak..berat2... berat nanang.
tak puas hati, gitau direct ngan aku guna nama sebenar.. lagi gentle, isn't?

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template