Thursday, 3 November 2011

2
Komen

Orang yang awak SUKA vs Orang yang awak CINTA

Assalamualaikum kepada Pelawat Kebun Epal


Perbezaan diantara:


 Orang yang kita cinta 


dan

Orang yang kita suka




Dihadapan orang yang kita CINTA, jantung kita tetiba jer berdegup kencang.
Dihadapan orang yang kita SUKA, tetiba jer kita rasa bahagia


Dihadapan orang yang kita CINTA, kalau hujan pon kita sanggup redah nak pegi jumpa
Dihadapan orang yang kita SUKA, bila hujan jer kita sanggup bagi pinjam payung kita
(mentang2 ler musim hujan sekarang nie..hehehehe)


Bila kita lihat kedalam mata orang yang kita CINTA, tetiba jer kita jadi blushing...huhuhu
tapi bila kita renung mata orang yang kita SUKA, kita boleh jer kan malah masa tu mata kita turut tersenyum (pandangan yang ceria, mata yang tersenyum gitu)


Dihadapan Orang yang kita CINTA, kadang2 kita cakap pon tergagap-gagap, dah tu tak tahu nak cakap apa...
Dihadapan orang yang kita SUKA,  kita boleh plak kan cakap banyak, banyak plak tu cerita, kita kongsi dengan dia.


Dihadapan orang yang kita CINTA, kita tetiba jadi seorang yang pemalu. kalau keluar berdua, senyum sana, senyum sini, tak sanggup tengok muka, makan pon kontrol ayu jer guna dua jari cubit ayam KFC, hahahaha. (not me okeh)

Dihadapan orang yang kita SUKA, kita boleh jadi diri kita yang sebenar, kalau makan sampai dia yang kena tegur kita, ada nasi kat tepi bibir awak tu... (okey, itu aku..hahaha)


Kita tak boleh tengok tepat kedalam mata orang yang kita CINTA.
tapi kita boleh buat camtu bila kita bersama dengan orang yang kita SUKA sambil tersenyum lagi haa.


Bila orang yang kita CINTA menangis, kita akan turut menangis bersama dia.. turut merasai apa yang dia rasa
bila orang yang kita SUKA menangis, Kita akan pujuk dia dan tenangkan dia.


tapi jika satu hari nanti, bila kita berhenti untuk tidak MENYUKAI dia,  kita boleh pejam mata dan boleh buat tak tahu jer dengan perasaan tu..


tapi.....


Bila kita cuba untuk berhenti MENCINTAI dia, bila kita pejam mata, hanya air mata yang mengalir keluar dan perasaan tu tetap tersimpan rapi dihati kita..





okeh, itu jer nak merapu, kbai:

2 budak suka membebel :

  1. terima kasih sbb dah terjah sini dr group ex-tream blogger

    ReplyDelete

tamao membebel sekali ker?

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template