Assalamualaikum kepada pelawat Kebun Epal
rindunya kat kebun nie.....sobsobsob (menangis manja2...okey, itu gedik namanya) dah lama tak mengutip hasil kat kebun nie... maklumlah aku cuti sakan kat kampung..pheeewww~ seronok.
(stress jugak sebab line internet kat sana rendah..huuuuu tak dapat nak online..hihihihi) seminggu cuti kat kampung...seminggu jugak la tak boleh nak online sangat...
malam raya tu, cam biasa la..mak buat tapai, ketupat. pagi hari raya tu plak, kami sibuk kat dapur masak benda2 lain... buat mee goreng, pastu rendang sikit.. adik2 plak sibuk jer iron baju.. kakak dia yang sorang nie lak, sibuk tidur atas katil...(huwaaaa.....anak dara jenis apa aku nie, ops ops ops.... jangan kata aku nie pemalas erk... malam tu kan, aku tidur lewat sebab buat ketupat....erm...) mak pon faham.
lepas semua dah siap, kitorang pergi masjid nak solat sunat hari raya.. lepas sudah solat tu, kami terus pergi ke kubur ayah. sayu jugak rasa...nie pertama kali beraya hari raya Aidiladha tanpa arwah ayah... kalau nak diikutkan, raya Aidilfitri tu lagi menyayat hati.. raya kali nie, kira kami dah boleh sesuaikan diri beraya tanpa ayah..walaupon ada kekurangan tu. Al-Fatihah buat ayah....
lepas tu kan, adik2 semua sibuk pergi tempat orang buat korban...adik2 tolong lapah daging kat masjid.. sana sini buat korban... hari tu, seharian adik2 tak ada kat rumah sebab sana sini buat korban..pastu ada kenduri sana sini plak... (aku plak kena tinggal kat rumah...huh...)
hari raya kedua tu plak, barulah aku plak tak duduk diam... kawan2 adik (semua lelaki...pheewitttt) berpakat nak buat majlis BBQ dan bakar satay kat rumah aku...fuhhhh.... ramai jugak diorang datang. yang paling lawak, kat dapur tu penuh dengan budak2 lelaki...sibuk dok pung pang pung pang dengan mak..ada yang tolong goreng kacang tanah, cucuk daging, kupas bawang... macam kenduri lak aku tengok... pastu tepat 12 malam, kami dah mula start nak makan... (sakit kepala makan daging banyak)
malam keesokan harinya plak, adik aku yang ke5 plak ajak kawan2 dia bakar ayam... yang penting meriah betul raya aidiladha kali nie berbanding dengan tahun2 lepas...kalau ayah ada, lagi meriah dibuatnya..hahaha
seminggu aku menghilangkan diri dari dunia maya nie (dunia siber la kata kan) nie la aktiviti aku kat rumah...
Edit gambar guna Photoscape!
tadaaaaa
ini gambar Abdullah Nazih Alwan. masa nie dia kat kenduri kahwin.. jadi jurukamera yang tak bersijil..hehehe
yang nie plak, gambar daniel harith iskandar anak kacukan cina dan melayu. yang kat belakang tu aku ler... (masa nie konon2 nak snap gambar yang ada seni la kononnya) masa nie kitorang kat pantai. aku dan dia sekeluarga pergi jalan2.. yang snap picture tu ummi dia..hehe
yang nie plak gambar tuan kebun epal...(aku la tu) masa nie kawan aku snap gambar time aku dok sibuk mencari kitab, nak siapkan assignment.. kalau gambar yang real, bawah mata aku tu lebam betul (orang panggil aku macik panda) sebab tak tidur malam buat assignment.. (sebenarnya jugak, selain lebam, mata aku gak bengkak sebab nangis..stress sebab tak jumpa kitab fekah kat library tu)
gambar yang nie, time pagi raya aku dok mengadap depan cermin...lepas edit nie, dua orang adik aku tanya kak, gambar hantu ker tu?? (amboiiii, mulut...xder insuran langsungggg) lepas aku tunjuk gambar yang real, tergelak diorang siap boleh cakap...ingatkan hantu rupanya kakak aku sendiri... (chitttt..jeles lettew..) bila aku guna DP nie kat facebook, kawan2 mai inbox aku kata DP nie serammmmm (syumbax paroxxx, lempang laju2)
okey sekarang aku da sedar... aku nak final daaaa... so entry nie aku post mungkin yang terakhir untuk minggu nie. nanti kita blogwalking, berblogging lepas exam plak... exam habis pada 23hb nie..so korang, doakan aku supaya aku boleh buat untuk exam nie.. mana2 yang dah singgah kebun epal, aku ucapkan terima kasih sangat2. mana2 yang dah tinggalkan link kat bawah, tinggalkan jejak kat shoutmix, aku tak dapat nak blogwalking lagi kat blog kamu semua...busy dah nie (sambil ikat kain merah kat dahi tanda aku nak pergi fighting) tapi lepas exam nie, jom blogwalking bersama yep... insyaallah..kalau umur aku masih panjang, kita jumpa lagi...
okey, tu jer nak merapu...(CEMAS + JANTUNG BERDEGUP KENCANG~~~ BLUP! BLUP! BLUP!<-- bunyi jantung ku.. maklumlah nak exam...bunyi jantung pon dah lain dari biasa..)
red Apple, fighting!!!!!
salam ingatan dari:
Al Fatihah utk arwah ayah awak.
ReplyDeletegood luck for your exam.
terima kasih abg nasz...
ReplyDelete:D