Tuesday 27 December 2011

2
Komen

AKSES 3 part 1

Assalamualaikum kepada pelawat kebun Epal



Hari nie aku nak ceritakan satu kisah... enjoy reading okeh...(cerita betul rasanya..hehe)

''salihah... nanti join AKSES 3 kat Hotel Perdana KB tau hujung minggu nie...'' ujar Cikgu Ruhul Adila lantas mengejutkan aku yang ketika itu sedang asyik merenung wajahnya.


''haa? AKSES apa cikgu?'' tanya aku sedikit ragu-ragu.


''AKSES 3.. Akademik seminar eSastera.. sebenarnya sekolah nie nak hantar calon tingkatan 4..''


'' tapi cikgu..kan salihah nie pelajar tingkatan 5..''


''cikgu tahu kamu berbakat dalam bidang penulisan.. jadi cikgu nak kamu join program nie, semoga kamu boleh ambil sesuatu dalam program macam AKSES nie. pasal calon tu kamu jangan risau, cikgu dah pilih khairul izuan, shihabuddin dan nurul izzah. jangan beritahu rakan sekelas kamu, cikgu pilih kamu secara senyap2 nie tau.. kalau diikutkan ramai budak2 form 4 tu nak ikut tapi jumlah peserta dari sekolah kita nie terhad untuk 4 orang jer..'' ujar Cikgu Ruhul. 


nie mesti sebab aku minta tolong cikgu taip sajak yang aku reka hari tu.. sebab tu cikgu pilih aku. getus hatiku. Aku tersengih sambil menggaru-garukan kepala yang tidak gatal.


''jadi...nak pergi tak?'' soal Cikgu Ruhul sambil tersenyum memandang wajah aku.


'' nak... bila kita nak pergi? ''


'' program tu bermula hari khamis, 7 Febuari.. nanti jumpa kat sekolah okey..''


''okey cikgu.. saya minta diri dulu yer cikgu. masa rehat pun dah nak habis nie..'' kataku sambil tersenyum.. Cikgu Ruhul menganggukkan kepalanya..


'' haa.. lagi satu, dengar kata A.Samad Said pun akan turut serta..'' kata2 Cikgu Ruhul semakin membuatkan senyum dibibirku bertambah lebar.


''betul ke cikgu?!''


'' ya... dah2, balik ke kelas cepat..'' arah cikgu Ruhul sambil tergelak melihat reaksi wajah gembira ku.


--------------------------------------------------------------
7 Febuari 2008


''betul ke nak pergi nie... kan demam panas tu...'' soal Mak dalam nada cemas..


''Nak pergi.... urm....''


''degilnyalah budak nie... ish....'' Kata mak sedikit geram dengan perangai aku.


''Alaa... biarkanlah dia.. kalau nak pergi, telan ubat demam ni. pastu pergi siap cepat2. kesian cikgu tengah tunggu kamu tu..'' Tiba2 Ayah mula bersuara. Kata2 Ayah membuatkan aku tersenyum. Air mata segera disapu dan tanganku lincah menyambut ubat yang dihulurkan oleh ayah.


-------------------------------------------------------------------------
(bersambung....)


tulisan pena:


Saturday 17 December 2011

0
Komen

sorry mungkir janji

Assalamualaikum kepada Pelawat Kebun Epal

Jiwa kacau.. actually hari nie aku dah berjanji dengan adik2 nak balik rumah.
tapi entah kenapa aku mungkir lagi janji tu.. Aku tahu adik2 aku kecewa dengan aku sebab diorang nak sangat2 jumpa kakak diorang yang jarang balik ke rumah nie.. Aku pun rindu sangat2 dengan diorang. balik rumah jer, diorang akan manja2 dengan aku.. peluk2, cium2 pipi.. something yang kami tak pernah buat masa Arwah ayah ada dulu.. yer la.. sebelum Arwah ayah masih hidup, kami nie buat hal masing2.. mana ada nak manja2 camnie, gaduh2 tiap hari tu adalah. diorang cam segan la (lebih kurang camtu la)..then bila Arwah ayah dah tak ada, Kami jadi rapat. saling memerlukan antara satu sama lain, jarang dah bergaduh.. (bahagianya aku rasa hidup aku)


Zaki, razi dan Amin, esok akak balik erk.. esok akak betul2 akan balik.. akak dah janjikan nak bawa kamu pergi KFC dan pizza hut.. ( kataku sambil curi2 tengok ke dalam wallet) sorry sebab dah mungkir janji. i love you guys so much... jangan merajuk dengan akak tau.. akak nie memang jiwa kacau ler (kan? kan? kan?) sorry...


much love:


0
Komen

PEOPLE change...

Assalamualaikum kepada pelawat Kebun Epal


....i miss you....
no, i miss the old you
but then again,  i miss the old me too....
and now i realized i was holding on to someone that didn't exist anymore.
PEOPLE  change and so do us.. we changed to be a stranger.. (sighs)
what's done cannot be undone and same goes to our times..

sekadar kata2, gambar ehsan dari google:


Friday 16 December 2011

4
Komen

Adam dan Hawa

Assalamualaikum kepada pelawat Kebun Epal

Hari nie aku nak cakap pasal Adam dan Hawa... atau lebih kurangnya lelaki dan perempuan. bukan apa, bagi aku sendiri seorang wanita nie, tension jugak nak faham perangai lelaki. sama jugalah dengan lelaki, diorang lagilah pelik nak faham perangai kita.. (even aku sendiri pun tak faham perangai kaum aku sendiri)


Kita tengok dari segi perasaan antara LELAKI dan PEREMPUAN:
(Aku ambil contoh orang2 disekeliling aku dan diri aku sendiri)


couple:
Perempuan nie suka bercerita pasal kisah2 lama dia dengan bekas kekasih  pada teman lelaki dia yang sekarang.. cerita tu cerita nie sampai tak ambil kisah langsung perasaan teman lelaki yang mendengar cerita kita tu. aku tak tahulah kenapa perempuan nie suka cerita kisah2 lama, maybe nak bagi teman lelaki dia tu jealous atau cuma sekadar berkongsi cerita.


Lelaki plak, bila dia dah pilih kita sebagai kekasih dia, dia susah nak ceritakan pada kita kisah lama dia dengan bekas kekasih dia. bagi diorang, benda yang lepas tak perlu nak kenang sangat. Kadang2 kalau kita tanya dia reason kenapa dia suka kita pun, dia susah nak jawab.


(sebenarnya kan.. lelaki nie tak suka kita bercerita pasal lelaki lain depan diorang.. tambah2 kalau kita puji2 lelaki tu. kalau kita ditempat diorang, kita pon tak suka kan? )


Perasaan:
perempuanlah kaum yang paling mudah untuk jatuh cinta sebenarnya. mudah untuk sayangkan seseorang., mudah untuk terluka dan mudah untuk salah faham.. tambah2 kalau lelaki tu berikan perhatian pada kita, caring dan layan kita dengan baik. 


Lelaki nie susah sikit kita nak faham atau teka apa yang ada dalam hati diorang. seriously memang payah. Aku nak baca perangai diorang pon, buat aku pening kepala. kadang2 bila dia rapat dengan seseorang tu, dan orang yang rapat dengan dia tu rapat plak dengan orang lain, dia sebenarnya cemburu tapi dia susah nak tunjukkan perasaan tu tambah2 lagi orang yang buat dia cemburu tu cuma sekadar kawan jer. 


(kepada semua gadis2, lelaki bila diorang rapat dengan kita, caring pasal kita..tak semestinya dia jatuh cinta dengan kita atau dia suka kita lebih dari seorang kawan. diorang buat camtu sebab kita kawan diorang)


Menangis:
Perempuan memang terkenal dengan kelembutan hati.. mudah menangis.. (mungkin tak semua camtu) kebanyakkan diorang nie, tengok cerita korea ker, anime ker, drama melayu ker, kena tengking sikit ker atau demam ker, apa2 jer la.. mudah jer air mata mengalir.. kadang2 bila rindukan seseorang pun, dah cukup buat hati diorang sebak dan menangis. ada kadang2 tu jugak, diorang gunakan air mata sebagai senjata untuk melemahkan semangat lelaki.


Lelaki plak jarang kita tengok diorang menangis. kalau diorang kena tengking, diorang diam dulu pastu ada lah kejap lagi barang2 atau benda2 yang jadi mangsa.. (mungkin tak semua lepaskan rasa amarah camtu)

tapi lelaki walau sekuat mana atau sekeras mana pun hati diorang, diorang akan tetap mengalirkan air mata kalau diorang kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam kehidupan diorang.. cuma mereka je tak tunjukkan kepada kita.. peliklah kalau ada makhluk lelaki yang tak menangis kan..?


lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.

perempuan bila dia ada masalah ker, diorang suka ceritakan masalah tu pada orang lain.. berbeza dengan lelaki. diorang nie lebih suka pendamkan masalah tu dan cuba untuk selesaikan sendiri. perempuan nie ada satu lagi perangai, bila dia ada masalah, bila ada orang tanya ''kenapa, ada masalah ker?'' mesti dia akan jawab.. ''tak ada paper'' walaupun dalam hati tu dia nak cerita..bila didesak, baru lah diceritakan masalah tu (nie kira kes mahu tapi malu la nie cuma berlainan konsep) kalau lelaki, kalau dia kata tak ada, maksudnya memang TAK ADA.. 


Perempuan kalau mengalah, tu tanda sayang dan pengorbanan. even kita sendiri selalu dengar ayat dari perempuan ''Tak per, biar aku jer yang mengalah, tu tanda pengorbanan aku.. tanda aku sayangkan dia'' tapi bagi lelaki mengalah tu tanda lemah..


walau pon Adam dan Hawa nie berbeza, tapi hakikatnya mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Hawa sendiri tercipta dari tulang rusuk Adam.. betapa dekatnya jalinan perhubungan tu. Adam dan Hawa walaupun masing2 ada kekurangan dan kelebihan, ianya saling melengkapi antara satu sama lain.


''awak sering kata awak banyak kekurangan, jadi izinkanlah saya untuk melengkapi kekurangan yang awak ada itu dengan kelebihan yang saya ada.. dan lengkapilah kekurangan saya dengan kelebihan yang awak ada, semoga kita menjadi sempurna...''


tu jer nak sembang:


Tuesday 13 December 2011

0
Komen

Dalam Diam

Assalamualaikum kepada pelawat Kebun Epal

Kadang2 lain orang lain perangai.. nah bukan kadang2 lah...hakikat insan yang bergelar manusia. memang macam tu. macam aku sendiri, dulu aku nie terlalu panas baran. apa yang aku rasa tak puas hati, aku tak cakap banyak terus tangan kaki aku semua naik kat orang yang buat aku tak puas hati tu (siot ja.. nampak sangat aku nie panas baran kan? ) aku nie jenis kaki pukul.. tambah2 lagi aku nie dulu bekas tomboi.. (mengeluh) tapi tu dulu... sebelum aku masuk kolej islam. bila dah masuk kolej islam nie, Alhamdulillah.. berkat restu arwah ayah, mak yang nak sangat2 tengok aku berubah dan hantar aku masuk kolej nie (even dulu aku memberontak sebenarnya nak masuk kolej camnie) dari segi pemakaian aku, cara aku kawal panas baran aku even tak sepenuhnya terkawal at last aku dah berubah sikit demi sikit..


cuma bila aku dah berubah jadi perempuan balik nie, aku cepat terasa hati walaupun hal tu simple matter jer. kadang2 terkeluar perkataan shit, WTH, sial and ect kat org lain, aku minta maaf sangat2.. aku sebenarnya tak sedar apa yang aku ucapkan tu sebenarnya.. (kurang ajar?) ya..ya.. aku tahu tu kurang ajar, tak sesuai dengan peribadi sebagai seorang pelajar Islam.. tapi sebelum judge aku, kenalilah aku dulu.. berubah jadi baik bukan sekelip mata jer bhai.. aku takut bila aku berubah sekelip mata, aku akan kembali cam perangai aku dulu. sekarang aku bermula dari bawah, aku dah tak pukul orang dah.. tak cakap kasar2.. aurat aku dah terjaga lagi baik dari dulu.. perkataan tak elok pon dah banyak dah aku tak sebut sekarang (cuma shit jer tak boleh nak buang lagi dan tengah usaha dah nie tak nak sebut perkataan camtu) beri masa pada aku... untuk berubah jadi lagi baik..


semalam pon disebabkan emosi, aku dah sakitkan hati orang yang aku sayang.. sorry maisa... i'm really sorry. listen to me, i'm sorry for what i've done before you know the reason why i did it, though and yet i messed it all up and we all make mistakes. i'm truly sorry when i'm giving back my ring to you, i know i have hurt you by doing that, (our forever love's ring) i had no idea what i was getting myself into it. i'm totally tired and stressful last night.  forgive me for my mistakes. I'm still a big sister learning, the responsibility of being an adult.. i wan't it back... i know i made u sad, i know i broke your heart, i wish my shameful action (tindakan serah balik cincin tu) do not cause us part.. i really love you..with all my heart, i wan't to tell you that i do love you...so much.





Aku pon tak tahu la kenapa aku nie cepat betul sensitif.. tak kan pembawakan budak kot?? (okey, statement tu memang nak minta penampar jep aku nie) mana lah tahu kak ipar aku nak pregnant lagi ke dan aku plak kena morning sickness, tu yang sensitif memanjang jep.. mudah menangis, cepat marah, mudah terasa.. perempuan..perempuan.. perangai perempuanlah aku tak boleh nak faham..


dibebel oleh;


Tuesday 6 December 2011

0
Komen

Nak Berehat

Assalamualaikum kepada pelawat Kebun Epal

Erm... hai... (tetiba terasa janggal nie) erm... dah lama rasanya aku tak update blog nie.. entah la.. nak kata aku tak dak mood nak update, ada jaaa.. tapi... (sighs) ada banyak halangan kot.. (lempang laju2) aku rasa nak berehat ja daripada dunia blog nie.. untuk sementara la.. aku kena prepare untuk semester baru nie.. tak ada masa betul nak ziarah blog.. apatah lagi nak blogwalking.






Aku ada impian besar dalam hidup aku nie... ya..dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Penat tu memang ada tapi nak rasa manis, kena rasa pahit masam payau dulu..., baru boleh rasa manis (erk..betul ker ayat nie) pokok epalnya, kalau aku rasa nak kecapi manisnya epal kejayaan tu, aku kena rasa kepahitan dulu. kalau aku tak berehat pon, maybe update tak sekerap dulu.. yang penting, aku tak nak la blog aku nie berhabuk... tak kisah ada orang nak baca atau tak apa yang aku update nie... tapi yang penting, aku tak nak perjalanan blog nie terhenti sampai tu ja.


Dan aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang dah like page Cerita kebun Epal , aku bukak facebook Saya Minatsuki , tengok2 kat home, ada gak naik noti untuk page nie.  dan yang jadi silent riders pastu yang jadi follower Kebun Epal nie, aku ucapkan terima kasih pada korang.. at last, korang baca gak apa yang aku merapu, dok pung pang pung pang sana sini selama 6 bulan nie.. terima kasih.. :D


itu ja nak merapu,kbai:

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template