Wednesday 26 October 2011

4
Komen

kenapa kita tak dapat bahagia yang kita nak

assalamualaikum kepada semua pelawat kebun epal


hari nie..may be nie post terakhir aku kat blog or may be tak.. (paper jer aku nieh)
entry nie aku tulis khas untuk seseorang.. namanya ekin. aku tahu cerita dia mungkin lagi menyedihkan dari aku... kalau sebut pasal cinta, memang... memang setiap daripada kita nie, akan ada kenangan yang menyakitkan tentang cinta.. masing2 ada versi cinta masing2...ada yang kena main2, ada yang kehilangan kekasih kerana Allah lagi menyayangi si dia, ada yang gantung tak bertali, ada yang couple tapi cinta dia hanya milik orang lain, ada yang cinta dia kena reject, cinta yang bertepuk sebelah tangan dan macam2 lagi versi yang ada.
''naper kita tak boleh dapat bahagia yang kita nak?''
as for me yang diri serba kekurangan, tak cantik dan segala bagai, memang sejak dari dulu2 kala lagi memang mudah jadi mangsa mainan cinta.. (ecececeh...sedih plak aku rasa..hahaha) bila dah jadi camtu, seriously aku hilang keyakinan diri.. nak pergi jalan memana pon, aku rasa tak nak la..sebab aku tak cantik. nanti apa kata orang pada aku.. bila orang pandang aku, confirm dalam hati aku akan kata.. ''aku tahu lah aku nie tak cantik...'' seriously, itu jer yang aku fikir..


soalan ekin kat atas tu, sebenarnya soalan tu aku sendiri pernah tanya pada diri aku sendiri.. dulu aku pernah tanya..
'' naper aku tak cantik? naper aku banyak kekurangan? kalau aku cantik... dia tak kan tinggalkan aku, lelaki akan sukakan aku..naper aku tak boleh dapat bahagia yang aku nak..??''
kadang2 masa zaman dulu kala, ada gak aku rasa Allah nie tak adil dengan aku... orang lain semua cantik, kalau tak cantik macam miss universe pon, muka orang lain sejuk jer hati orang lain tengok.. kenapa aku macam nie jer.. (ya Allah, seriously, aku memang jahil masa tu, sampai ciptaan Tuhan pon, aku nak pertikaikan. aku rasa macam nak rendamkan kepala aku dalam air jer sekarang nie bila aku teringat balik diri aku yang dulu) tapi buat pertama kali.. ada seseorang hantar mesej pada aku.. buat aku terfikirkan sesuatu..confirm korang pon pernah baca mesej nie.


Kita minta kepada TUHAN setangkai bunga segar,
DIA beri kaktus berduri..
Kita minta kupu-kupu, diberi ulat beluncas.
kita sedih dan kecewa..
Namun kemudian..
kaktus itu berbunga,
indah sekali..
dan
ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik..
Itulah jalan TUHAN,
indah pada masa yang ditetapkannya.
TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan,
tapi DIA memberi apa yang kita perlukan..
Kadang-kadang kita rasa sedih, kecewa, terluka,
tapi..
Jauh diatas sana Dia sedang mengatur 
yang terbaik untuk kita 
SEMUA


seriously, itulah pertama kali aku baca mesej camtu 2,3 tahun yang lepas. buat aku terfikir... yang Allah tu maha mengetahui apa yang terbaik buat kita. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa aku diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga aku terlupa pada siapa yang perlu aku mengadu segala masalah aku, pada siapa aku harus minta kembali kekuatan aku. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman aku masa tu. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap aku. Jika aku anggap diri aku ditimpa musibah yang besar, aku sepatotnya ingat bukan aku jer yang mengalaminya,mungkin ada sahabat2 atau saudara seagama aku yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari aku. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
macam ekin kata,
''saya tahu, Allah inginkan yang terbaik buat kita, itu saya pasti.''
 jadi ekin...sis nak kamu buang la soalan naper kita tak boleh dapat bahagia yang kita nak dari pemikiran kita. to tell you the truth, soalan camtu, sebenarnya hanya melemahkan kita.
Allah nak kita jumpa dan jatuh cinta pada orang yang salah, sebab Allah nak temukan kita dengan orang yang betul2 berhak dapat cinta kita, orang yang ditakdirkan Allah untuk jadi jodoh kita.
bohonglah kan kalau kita tak rindu orang yang pernah kita sayang..kadang2 tu sampai buat kita menangis.. buat kita kecewa.. tapi cuba kita fikir, orang yang tak pernah nak menghargai kita, dia layak ker nak dapat cinta kita... berbaloi ker kita menangis untuk orang macam tu... maaf, kalau kata2 sis nie buat ekin rasa kecil hati, terasa dengan sis..sebab sis tak berada ditempat ekin.. sis tak dapat nak rasa versi cinta ekin.. cuma yang mampu sis kata yang sis pernah alami nasib yang sama macam ekin.


Allah tidak akan sesekali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya...Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. 


aku hanya insan biasa:

4 budak suka membebel :

  1. menyedarkan diri ini bahawa setiap yang terjadi ada hikmah sebaliknya....

    ReplyDelete
  2. Thanks sis :')
    Ekin tahu bukan ekin seorang yg begini. Terima kasih. Ekin tunggu jodoh ekin. Dan ekin harap, bila ekin da jumpa, Allah kekalkan jodoh itu sampai akhir hayat ekin. Same goes to you. Ekin doakan sis :)

    ReplyDelete
  3. @anonymous: dan menyedarkan diri red Apple gak, ada ganjaran yang Allah nak bagi pada hambanya.

    @ekin: sesama ekin..yg penting smga kamu bahagia dan terima kasih...:D

    ReplyDelete
  4. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Tak payahlah nak bunoh diri, tak payahlah nak terjun bangonan, tak payahlah nak kerat pergelangan tangan guna pisau. Kuatkan keimanan kita kepadaNya dan teruskan hidup seperti biasa. 'Live your life....'

    ReplyDelete

tamao membebel sekali ker?

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template