Saturday, 8 October 2011

0
Komen

Pretty Lies

gadis:
-saya tak pernah sukakan awak!
(maaf.. saya tipu awak dengan kata2 saya)


-mulai hari nie, saya tak nak jumpa awak lagi!
(tapi lepas nie, saya yakin yang saya akan rindukan awak..)


-saya harap yang saya tak pernah jumpa awak dan jangan bimbang, mulai hari ni saya akan lupakan awak!!
(bukan senang nak lupakan awak, kehadiran awak dah sebati dalam hidup saya)



-awak..saya benci awak sangat2!
(awak..sebenarnya saya sayangkan awak sangat2!)


-saya tak nak tengok awak lagi, pergi..pergi!!!!
(awak....saya tak nak awak pergi...T_T )


kadang2 apa yang terkeluar dari mulut kita.. tak sama apa yang kita rasa dalam hati...
samalah juga dengan aku... bukan setakat masalah perhubungan dengan orang.. tapi kadang2, aku terpaksa cakap apa yang tak sama dengan apa yang ada dalam hati aku..


kadang2 aku rasa tak nak lepaskan dia tapi hati aku minta aku lepaskan dia.. kadang2 aku kata aku rindukan dia.. padahal hati aku tak rindukan dia pon...  kadang2 aku kata aku maafkan dia, tapi dalam hati aku..susah aku nak lupa walau kemaafan tu aku dah bagi.. kadang2 mulut aku kata IT'S OKEY but actually it's not okey at all...


sekarang.. aku tak nak siapa2 pun stay dengan aku sebab terikat dengan janji.. sebab tu sejak akhir2 nie, seorang demi seorang aku lepaskan janji mereka pada aku.. senang.. bila mereka mungkir janji or whatever..aku tak kan sakit hati dah.. sebab aku dah lepaskan diorang dari janji mereka yang mereka dah buat dengan aku.. sebab bagi aku sekarang.. AKU DAH TAK PERCAYA PADA JANJI.. janji?? apa makna janji sebenarnya?? (senyum sinis)


kadang2 bila orang berjanji dengan aku.. aku senyum jer.. sebab aku tahu... janji tu rapuh sangat. sebab tu sekarang.. aku bila berkawan tak nak rapat dah.. aku takut bila aku sayang diorang, diorang wat hal..aku juga yang sakit hati.. lagipun aku sedar.. sakit hati nie, satu benda yang tak baik.. yer la.. bila aku ada masalah.. tu kan ujian dari ALLAH... tak kan aku nak sakit hati dengan ujian allah.. tak kan aku nak sakit hati dengan tanda kasih sayang ALLAH yang ALLAH beri pada hambanya...


ada seorang hamba allah nie.. dia tinggalkan pesanan dinota cintaku:
''YA ALLAH... ajarkan kami mencintai dengan sederhana, ajarkan kami agar lebih pandai memendam cinta, ajarkan kami untuk lebih mencintai-MU dan kekasih-MU. YA ALLAH... jagalah kami dari dosa dunia, jagalah dia dari dosa cinta, aku mencintainya kerana-MU, aku pun rela melepaskannya apabila ENGKAU kehendaki, dan gantikanlah yang terbaik menurut kehendak ENGKAU ya ALLAH...''
Aku terkedu... aku terharu... ya allah.. aku merindui tahajjud cinta-Mu... 
sekarang.. aku nak fikir pasal menuntut ilmu jer.. dan ubah diri jahat aku nie kpd seorang yang baik.. terbaik dari sebelum nie. lagipun ada apa pada cinta kalau ianya tidak dirahmati oleh ALLAH. 


malam tu, berlatar belakangkan muzik kiss the rain yang sekarang aku abadikan dalam blog nie, aku terharu dengan kata2nya.. dia kata..
'' kalau kita sayangkan seseorang dengan bersungguh2.. betul2 sayanglah orang kata.. tak semestinya dia akan berakhir sebagai jodoh kita.. jadi kalau awak ambil keputusan tak nak mesej saya dengan kerap dah, dan nak mencintai saya dengan sederhananya.. saya akan buat perkara yang sama sebab saya tahu.. nak mendapatkan mahar cinta menuju syurga, bukan mudah.. dan banyak pengorbanan.. saya faham.. sebab saya pon rasa apa yang awak rasa.. jadi untuk hubungan kita nie, kita serahkan pada ALLAH.. sebab dia yang maha mengetahui siapa yang jadi pemilik tulang rusuk dan siapa yang memiliki tulang rusuk tu..''
jadi tu lah keputusan aku... dan sekarang pada orang lain pon, sorang demi sorang aku lepaskan janji yang mereka rantai didahan kehidupan aku... (walaupon janji dari mereka yang bergelar sahabat..)


tetiba aku teringat kata seseorang..
'' ini bukan janji tau.. tapi insyaallah.. kalau dalam masa 4 tahun nie, awak dan saya masing2 belum berpunya, saya akan datang rumah awak untuk melamar..''
 hehehee... tu bukan janji so tak perlu rasanya aku lupakan kata2 dia tu.. yang aku nak lupakan sekarang.. kata2 yang berbentuk janji.. ada apa lah dengan janji.. sedangkan janji allah tu lagi pasti..


wanita yang baik untuk lelaki yang baik.. sama lah jugak, lelaki yang baik untuk wanita yang baik..


jadi aku nak memperbaiki diri aku untuk jadi wanita yang baik.. lagi baik dari diri aku yang sebelum nie.. bukan untuk dapatkan lelaki yang baik jer.. tapi nak jadi baik untuk ubah kehidupan aku..

jadi... red apple, fighting!!!


jia yu:

0 budak suka membebel :

Post a Comment

tamao membebel sekali ker?

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template