sebenar aku tak tahu nak luahkan macam mana... hari nie aku terbaca post seseorang. seriously, memang aku menangis masa baca post tu. Dia cuma seorang rakan FACEBOOK jer, status tu dipostnya pada 19 oktober 2011..
''~bingkisan indah pagi mendung~
~''jadilah seorang yang hadirnya dinanti dan perginya dirindui, kerana mencari seseorang yang setia dan jujur, ibarat mencari sebutir permata disebalik timbunan kaca''...keikhlasan tidak mungkin dapat diukur, tapi pasti dapat diuji~''itulah post terakhir dari insan yang bernama saiful azlan bin muhamad. Lagi sebak bila baca komen kawan2 arwah dan post di wallnya. seriously, teresak2 aku menangis bila baca semua tu. Betapa sayangnya kawan2 arwah padanya. menurut kawan2nya, arwah telah dimasukkan ke wad ICU hospital Kota Bharu pada 21 oktober 2011 akibat diserang Strok. pada 29 oktober 2011 (pada hari kelahiran aku), arwah di pindahkan ke HUSM untuk melakukan pembedahan secepat mungkin bagi membuang darah beku yang telah naik ke sebahagian besar saraf otak arwah. doktor tak boleh dah nak lakukan pembedahan tu sebab darahnya terlalu cair. akhirnya pada 29 oktober 2011, lebih kurang pukul 3 petang, Arwah telah pergi menemui penciptanya..innalillahiwa innalillahi rojiun...
29 oktober 2011,
dalam masa aku bergembira menyambut hari kelahiran aku, ada orang lain tengah bersedih kerana terpaksa berpisah dengan seseorang yang mereka sayang pada hari perpisahan yang telah ditakdirkan Allah. Saat perpisahan yang tak dapat kita tangguhkan.. Aku menangis teresak2 semasa membaca semua wall post kawan2 di fB arwah.. sebab aku boleh bayangkan macam mana keadaan dihospital.. boleh bayangkan macam mana bunyi mesin pernafasan, boleh bayangkan macam mana bau ubat, boleh bayangkan macam mana kesedihan keluarga Arwah ketika berada diwad pada hari 29 Oktober tu... aku dapat rasa apa yang mereka rasa... seriously, aku memang dapat rasa apa yang mereka rasa, sebab aku pernah rasa keadaan yang sama seketika dulu semasa arwah ayah aku meninggalkan aku dan family pada 29 Disember 2010 dulu kerana menghidapi penyakit tuberculosis dan paru2 berair..dan arwah ayah meninggalkan kami dalam keadaan koma tanpa sebarang pesanan dan senyuman.
''tiap2 yang berjiwa kan merasakan mati. kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan, sebagai cubaan (yang sebenar2nya) dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan''
(QS. Al-Anbiya' 35)
kematian itu satu hakikat yang pasti. sejak kita ditiupkan roh, ketika kita mula2 bernafas, hakikatnya, kita sedang meniti hari menuju ke saat kematian. cuma yang allah rahsiakan dari kita adalah tarikh bila kita akan mati. kehidupan untuk selama-lamanya, itu tidak pasti dan tak akan mungkin terjadi tapi saat kematian itu pasti.
aku redha lepaskan arwah ayah pergi.. dan aku harap, keluarga arwah, kawan2 arwah pon redha dengan pemergian dia, sebab satu hari nanti, kita pon akan menyusul mereka... Allah sayangkan mereka, sebab tu Allah ambil dia kembali...
bila kita pinjam barang seseorang, bila pemilik barang tu nak balik barang dia, kita kena serahkan kembali barang yang kita pinjam tu pada dia..
sama jugak macam diri kita.. Allah telah meminjamkan seseorang pada kita, bila Allah nak balik apa yang Dia dah bagi pinjam tu, kita kena bagi balik... ikhlaskan diri dengan perpisahan sementara nie...
kepada arwah ayah, arwah nenek dan datuk belah ayah dan mak, arwah2 kawan2 aku.. dan arwah saiful, semoga allah menempatkan mereka dalam golongan orang2 yang beriman dan golongan orang yang menerima salam dariNya.. ampunkanlah dosa2 mereka, jauhkanlah mereka dari azab api neraka..
amin...
Al-Fatihah....
catatan hati:
Al-Fatihah juga buat ibu saya..
ReplyDeleteAl-Fatihah.....6__6
ReplyDeleteal fatihah .
ReplyDeletesedihnya apple..
ReplyDeletesabar k..
kematian tu hakiki...lambat laun kita juga akan menyusul...
be strong!
yer...betul tu...terima kasih ira...:)
ReplyDelete