Thursday, 20 October 2011

4
Komen

curang?? tolonglah...

assalamualaikum kepada semua pelawat kebun epal
entry post nie aku merapu pada pukul 3:19am


bila korang tengok gambar nie, korang tahu kan aku nak merapu pasal apa?


apa perasaan korang kalau orang yang kamu sayang tu buat hal macam nie? mesti sakitkan..? kita akan rasa diri kita nie dipermainkan... tak kisah la..laki ker, perempuan ker.. kalau dah curang memang tak boleh nak tunding jari salah kaum tu la, kaum nie la... (kaum lelaki dan perempuan)
sebab yang salah tu attitude kita masing2.. kadang2 penyebab curang nie memang banyak.. kita ambil sikit contoh2 yang ada..

1. bila kita terasa diri kita tu hot, kacak, cantik bergaya dan macam2 lagi yang buat kita perah santan (perasan), bela gagak (berlagak) dan terasa kita nie jejaka/gadis idaman 1 malaya. sebab tu kita rasa kita kena ada banyak spare part. yang tu memang sesuai dapat gelaran PLAYBOY and PLAYGIRL.

2. bila kita dapat lelaki/perempuan yang berstatus queen/king control, yep.. nak ada lebih dari satu skandal tu memang terserlah. naper aku kata camtu? sebabnya senang jer... bila kita fed up dengan dia yang memang kaki control tu, kita akan mudah pasang lain kat belakang dia.

So budak, agak2 la kalau couple tu. tak payah nak kawal sangat orang yang kau sayang tu, sampai dia jadi rimas dan pasang orang lain lak.. tak pepasal orang lain yang jadi mangsa bf/gf kau tu.. pastu bila kau dapat kesan couple kau tu ada skandal lain, mula la kau nak serang2 orang yang memang jelas2 teraniaya, tertipu dengan couple kau yang mengaku solo lagi tu. dah tu, sanggup plak kau trima couple kau balik dan bajet2 hot kata diorang yang pikat couple kau, please la.. selagi dia tu bukan laki/bini kau, janganlah terlalu mengawal dan  buat orang lain menderita dengan sikap kita. (tipu kanan, tipu kiri)

3. hubungan jarak jauh atau hubungan yang dah lama terjalin. bila terlibat dengan hubungan jarak jauh nie, kita akan rasa tak terjamin. okey, tell me la.. siapa yang akan rasa terjamin bila kita kat sini, couple kat seberang sana.. kalau rasa terjamin pon, mungkin akan terdetik gak kat hati kita, eh...dia setia tak kat sana.... kalau yang hatinya tak teguh, tak kuat dengan ujian nie, confirm akan jadi  kalau kupilih disini, apa kata disana.. kalau ku pilih disana, disini akan terluka. perlukah aku pilih keduanya, bahagi kasih adil-adilnya. sungguh kumerasa resah untuk menilai sesuatu yang indah, namun ku ada pepatah yang ku gubah, disini hanyalah menanti... (k stop...itu lagu).

 kalau yang dah lama2 couple plak, kalaulah couple kita tu jenis yang cepat terasa bosan, dan mudah jatuh cinta kat orang lain, dalam diam dia pasang skandal lain (nak cari kelainan bercinta dari insan lainlah kata kan) kalau kita buat salah sikit jer.. dia akan jadikan kesilapan kita tu sebagai punca. dia akan besar2kan hal tu padahal masalah tu kecik jer pon.. last2 dia mintak putus. sepatutnya bila dah lama couple, kepercayaan, kejujuran, kesetiaan, saling faham memahami tu sepatutnya dah ada.. dan tak perlu pasang SKANDAL LAIN. (peringatan buat diri aku sendiri jugak, sebab to tell you the truth, aku mudah sayangkan orang.. tapi cinta..insyaallah..hanya pada lelaki yang akan bergelar suami je) 

dan punca lain2, aku malas nak mention.. sebab apa yang aku tulis dalam entry nie, mungkin akan ada yang tak puas hati. bila dah terjadi benda camnie, jangan plak kata..
eleh lelaki pon ramai yg curang, pasang lebih.
perempuan pon sama jugak. gatal nak pasang lebih.
k stop..stop... jangan tunding jari sana sini... bila kita tunding jari, jari yang kita guna mesti jari telunjuk kan.. perasan tak, jari2 kita yang lebih tu tunding kat mana..? kat diri kita kan..? sebab tu bila benda macam nie berlaku bhai, mungkin kesilapan tu datangnya dari kita sendiri. aku tak kata diri aku nie baik ker, perfect ker.. sebab tu dari tadi lagi aku mention, nie sebagai peringatan untuk diri aku gak... terpulang lah pada korang nak setuju atau tak..sebab masing2 ada kepercayaan dan sebab2 yang tersendiri.


dan reason yang kedua tu, kalau dah terlampau obses dgn status queen/king control, perangai ntah paper (mengada2 banyak la kan), jangan salahkan couple korang kalau couple korang ada skandal dan cari orang lain! sebab mungkin diorang da BOSAN dengan perangai kau. dah tu, mula lah nak serang org tu, serang org nie (couple kau skandal banyak) mula lah nak jadikan orang lain sebagai punca korang bergaduh. ''sebab dialah kami bergaduh, kehidupan kami tak tenang lepas dia muncul dan bla bla bla~ '' agak2 der... tak pasal2 orang lain yang terjebak dengan kata2 manis couple kau tu terseksa dan menderita dalam permainan korang.. (huh..naper tetiba aku emosi bila cakap pasal nie?hahahhaa.. opss... tak der kena mengena ngan aku erk, jangan fikir bukan2)


dan kepada couple2, suami isteri dan kaum adam dan hawa, ingatlah cintailah seseorang tu kerana kekurangannya, kerana disitu terletaknya kelebihan yang mereka ada.. bila dia tak sempurna, kita yang akan lengkapkan dia dengan kelebihan yang kita ada, dan kekurangan yang kita ada, dia yang akan lengkapkan dengan kelebihan yang dia ada... allah itu maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba2NYA.. dan maafkan aku, kalau penulisan aku kat atas tu, buat korang terasa..

perfectkah aku?? tidak..... pasti akan ada kesilapan yang aku buat tanpa aku sedar. jadi aku minta maaf dunia dan akhirat..


Angin bertiup dari kebun epal milik:


4 budak suka membebel :

tamao membebel sekali ker?

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template