Thursday, 27 October 2011

5
Komen

Hanya Allah Yang Tahu

Assalamualaikum kepada semua pelawat kebun epal..






kadang2 aku keliru dengan sikap aku sendiri... kalau dulu aku adalah seorang gadis yang tabah, kuat dalam menempuhi segala ujian, seorang yang ceria tapi sekarang.... aku tak tahu kenapa aku berubah sebegini rupa... mana hilangnya diri salihah yang dulu? mana ghaibnya sikap aku yang tak berputus asa tu???


mereka kata...
'' salihah yang zam kenal,bukan macam nie...''
''kenapa kau makin berubah? salihah yang aku kenal masa sekolah dulu bukan macam nie tau. salihah yang sekarang nie langsung tak ada semangat. kau memang lain lah der. aku kenal kau dulu lain, sekarang dua tiga menjak nie, kau dah berubah jadi lain.. kau tak payah lah kata yang kau nie masih macam dulu, aku nampak kau dah berubah jadi teruk''
'' kak uda tengok salihah nie dah berubah..kak uda selalu perhatikan kau. kalau dulu kau rajin jer datang kelas, kalau lambat hadir ke kelas pon, kau tetap datang walau kadang2 tu kak uda nampak kau terpaksa berlari nak kejar masa untuk datang ke kelas. dulu kak uda selalu nampak kau rajin pergi bilik lecterur, tanya tu tanya nie, tapi kenapa semester nie salihah nampak lain.. kau tahu tak, kak uda nampak salihah berubah selepas kematian arwah ayah salihah..kenapa jadi macam tu sekali? cuba bagitahu kak uda, naper kau berubah..''
''wey, kenapa kau camnie hah?? kau tau tak apa budak2 tu kata kat aku, diorang cakap kalau ada kak salihah, kami semua jadi semangat. dia boleh buat kami bersemangat. tu ha, izyan cakap, dia yang takut nak pegang microphone, akhirnya dapat atasi ketakutan dia sebab kau yang bagi galakan pada dia, sebab dia tengok kau betul2 bersemangat. diorang semua nak jadi macam kau. zakirah tu, dia yang tak berani naik ke pentas, kau buat dia ada semangat. tapi aku hairan, kenapa kau jadi seorang budak yang lemah sekarang?? kau kenapa nie beb??'' 
ada yang cakap2 belakang aku tapi diorang tak tahu aku dengar..
''memanglah..dulu aku kenal dia, dia tu matang jer. tapi sekarang aku tak tahulah..sama ada aku yang berubah atau dia yang berubah..''
''kejap ada..kejap tak ada..macam chipsmore. dulu ada masalah lepas kematian ayah dia, tak kan sampai sekarang tak boleh nak bina balik semangat dia tu?''
korang... korang tanya aku kenapa.. kata2 korang sering menyesakkan fikiran aku, aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi macam nie sekarang.. yes, i admitted! yang aku dah lain sekarang..please lah korang.. i'm such a bad girl.. aku lemah, aku letih.. aku dah tak ada semangat nak teruskan pengajian aku. korang jangan tertipu dengan senyuman aku.. aku senyum bila korang cakap camtu,  hari2 aku ceria tapi dalam hati aku..hanya Allah yang tahu. aku berperang dengan perasaan aku sendiri. Allah tengah uji tahap kesabaran aku, aku tak nak tewas dengan ujian Dia..Allah sayang aku... betul2 sayang aku, walaupon kadang2 aku nie jahil, Allah tak pernah tinggalkan aku...

kadang2..aku terasa lemah...aku putus semangat, aku nak jadi hambaNya yg redha atas ujian dariNya. aku tak nak berpaling dariNya, cukuplah aku jadi jahil dulu... aku rasa aku tak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun,salihah! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kau kerana kekuatan itu ada dalam diri kau!! Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. aku tahu aku banyak lalai..
ingat apa yang arwah ayah pesan!! ingat!!
'' kak belajar sungguh2..jangan gaduh2 dengan adik2, belajar tu biar rajin2..ayah nak tengok anak ayah berjaya'' 
carilah kawan2 yang boleh bagi kau semangat, bukan cari shabat yang menjatuhkan kau..
cakaplah fighting dengan semangat... cakap la jia yu dengan semangat macam dulu!! tolonglah diri kau sndiri... tak dak sapa dah nak tolong... kau jer yg bleh tolong diri kau sndiri!

demi Allah... hanya Dia yang tahu apa yang aku rasa. hanya Dia yang tahu betapa aku cuba jadi diri aku yang dulu. sapa kata tak penat hidup camnie, tak ada arah tuju?? sapa kata tak penat... Tuhan yang tahu betapa aku letih... 


sejak aku kecil, aku dah diuji macam2 sampai aku terpaksa korbankan zaman kanak2 aku untuk jadi gadis yang kuat, yang tabah... aku mengaku yang aku dah tersasar dari diri aku yang sebenar... selain pada Allah aku memohon kekuatan, korang cubalah jadi pembakar semangat aku, bukan pandang rendah pada aku yang nak berubah.. aku tahu nak berubah, nak bina balik semangat tu bukan makan masa 15 minit, sehari, dua hari.. tapi lama... aku mohon..biar pon sekali, cubalah fahami apa ertinya disebalik senyuman aku... 


ya Allah... astagfirullahal'azim... sejak akhir2 nie, murah betul air mata aku... berilah aku kekuatan Ya Rahman Ya Rahim... sesungguhnya aku tahu ujianMu ini tanda kasihMu, berilah aku kekuatan..


hanya aku:


5 budak suka membebel :

  1. aduhai
    sungguh terkesabn dihati luahan ini
    tak tahu nak mule dr yg mane
    tapi saya harap salihah sgt2 kuat ye!

    Tuhan bagi kita kehidupan ni sebb kita sanggup menghadapinye sejak dari kelahiran kita waktu kita baby lagi dea =]

    walau ape yg dtg, kita kene berani. ya, tawu ssh, tapi kalau x cube tak tahu kan.
    cubelah, paling kurg pon hanya utk melihat hati kembali spt dulu..


    Tuhan duga dengan kehilangan org yg kita syg supaya DIa nak kita tahu, kita perlukan Dia utk hidup

    kita takkan pernah seorang dea. Mengadulah ape2 pon dengan tuhan. Tuhan itu selalu mendengar =]


    kuat ye!

    ReplyDelete
  2. semoga kamo tabah menghadapi ujian yang mendatang.amin....

    ^_^

    ReplyDelete
  3. tabahkan hati..kuatkan semangatmu...
    Allah bg ujian kpd hambaNya yg btol2 dapat tanggung ujian tu..dan ada hikmah di sebalik apa yg terjadi..
    carilah kembali semangatmu..cari teman2 yg sntiasa mnyokongmu..dan adulah sgalanya kpd yg SATU...

    ReplyDelete
  4. kadang2 orang lain tak faham kan kenapa kita jadi begini..

    sabar k banyak2..

    dan hanya berserah kepada Nya..

    ReplyDelete
  5. @aime amalina: terima kasih... red Apple nak jadi kuat macam dulu...:D

    @syieda_joy: insyaallah..amin..terima kasih syieda..^^

    @ayunalisa: terima kasih sis atas sokongannya... terima kasih sekali lagi...

    @juliet_ira: sebab diorang lain... hati diorang kita tak boleh teka..sebab diorang tak duduk ditempat kita. tapi dalam masa yg sama, diorang perasan akan perubahan tu... tu da blh jd bukti yg diorang care asal kita.
    selagi red Apple boleh sabar, akan sabar selagi termampu, even da penat..hanya pada Dia, red Apple sandarkan harapan..

    yang penting.. red Apple, fighting!!!!

    ReplyDelete

tamao membebel sekali ker?

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template