Tuesday 25 October 2011

2
Komen

jangan paksa untuk melupakan dia

assalamualaikum kepada semua pelawat kebun epal...
(dah jadi trademark aku ker nie..??)



kali nie aku nak cerita something.. pengalaman masa lalu la... pengalaman bila aku terjebak dalam cinta monkey time aku sekolah dulu2.. actually aku tetiba nak post entry nie sebab...aku terbaca mesej dia yang dulu..how can dah jadi rubbish kat inbox aku yang lama nie... (lempang laju2)


kenapa aku wat entry camnie? sebabnya... aku nak share sesuatu.. mungkin sama kisah aku ngan kisah korang... paper pon..kalau korang rasa menyampah, meluat ker... tu hak korang. so aku tak nak membebel lagi jadi mari ler kita usha apa yang aku nak melatah nie..



pernah aku tunggu kau..lama gila aku tunggu kau... aku pon dah terasa nak gila.. (apa gila2 nie??)
walaupon kau bukan kekasih pertama aku, walaupon kau kekasih yang kedua tapi hati aku kata kaulah cinta pertama... bukan sekejap kita couple..lama kan..setahun..first time lama betul aku couple dengan lelaki. sejak aku form 4 kan? masa tu kau pon masih lagi belajar kat SMKPH, pahang. sama kelas jer kita. totally aku memang tangkap cinta dengan kau.. memang ler first aku terima kau sebagai kekasih aku, niat aku cuma nak bagi ex boyfriend aku a.k.a kawan kau sendiri tu jealous (okey, fine..aku jahat sebab dah fikir camtu) tapi tak sangka dari situ terbit rasa sayang aku pada kau... seriously, i do love you..so much.


bila aku ronda inbox lama aku...aku terpaku pada mesej yang bertarikh 26 oktober 2009...


budak nama salihah tu x pernah bererti apa2 ke pada lelaki yang bernama W.A.H? awak biarkan dia menderita tanpa awak. selama 5 bulan awak xpernah tanya khabar dia. dia mesej awak tak pernah balas, telefon tak pernah dijawab.. kenapa mie? awak biarkan dia menangis merindui awak, membiarkan dia memikirkan tentang hidup mati awak.. tapi mujurlah ada seorang lelaki yang hadir menemani dia 2-3 minggu nie. dia doakan semoga awak bahagia dengan kekasih awak sekarang.. dan jangan salahkan dia mencari yang lain kerana kesetiaan dia pada awak,awak langsung tak menghargainya. 5 bulan menunggu tapi berita dari awak langsung tak hadir, kesabarannya pun ada had.. lagu saat terakhir yang sering awak nyanyikan pada ana salihah umpama racun dah pada dia sekarang ni, awak tau tak mie? setiap kali dia dengar lagu tu dia akn menangis kerana dia amat merindui awak tapi awak... awak buat dia macam tu. terima kasih w.a.h

okey..pada reader yang blurr dengan kisah aku nie, aku ada mention pasal mende nie kat sini saat terakhir. dalam fikiran aku nie, aku cuma tunggu kau selama 3 bulan..tapi bila aku baca balik mesej yang aku hantar kat kau untuk first time selepas kau active kan balik facebook kau, tak sangka...aku tunggu kau selama 5 bulan!!!



5 bulan mie aku setia dengan kau even kau tak hubungi aku. kau gantung aku tak bertali.. dan 5 bulan aku menangis, rindu sangat2 kat kau... 5 bulan mie aku risaukan kau... aku tak tahu kau sihat ker tak... 5 bulan mie.. 5 bulan kau biarkan aku tertanya2. tragedi tu buat hati aku jadi batu! kau kata kau benci perempuan, tapi kau rela couple dengan aku.. aku cinta pertama kau.. dan kau tahu tak, sebab kau...aku jadi benci lelaki...... aku benci pada satu perkataan yang bernama janji.. hubungan kita dah ubah aku jadi seorang pendendam.. kenapa kau kejam sangat tinggalkan aku?? tu jer yang ada dalam fikiran aku masa tu sebelom aku tahu kebenaran palsu dari perempuan tu... lepas aku tahu kebenaran palsu tu, hampir berbulan lamanya aku putus harapan, hilang senyuman dibibir aku sebab aku ingatkan kau dah mati!! kau tak tahu mie camner aku terseksa bila dapat tahu orang yang aku rindukan selama nie rupanya dah mati... aku hampir2 bukan jadi diri aku yang sebenar.. hilang terus senyum yang ada dibibir aku..kau mesti tak tahu kan.... 


bila aku dah ambil langkah nak keep moving dengan bantuan seseorang, tetiba kau muncul.. bila aku hantar first mesej kat atas tu.. kau maki2 aku balik...kata aku dah tipu kau..bila aku dah jelaskan everything, tapi kita tetap tak ditakdirkan bersama sampai sekarang.. aku bahagia tengok kau bahagia sekarang..seriously, aku memang bahagia..atleast rasa bersalah yang aku tanggung sebab dah move on dengan yang lain tu terubat jugak bila tengok kau dah berpunya.


tujuan aku tulis entry nie pon..sebab aku nak bagitahu pada reader aku yang kalau diorang ada awek ker..pakwe ker... satu jer aku nak tulis (tulis erk..yer la.. aku bukannya tengah bercakap pon.. ''snap snap..'' sambil petik jari untuk kembali pada main point)


-while you're ignoring her, another guy is giving her attention.
-while you're giving her problems, another guy is listening.
-while you're to busy for her, another guy is making a time for her
-while you're making her cry, another guy is trying to make her SMILE AGAIN!
-when you're not sure if you still want her, another guy has already figure it out.


dan those people yang baru putus cinta.. let me tell you something, jangan sesekali PAKSA diri kamu hendak lupakan dia... sebab apa aku cakap jangan paksa.. sebabnya satu jer.. makin kamu cuba paksa lupakan dia, makin kuat dia datang dalam ingatan kita, menguasai fikiran kita..atleast tinggal apa jer kat kita?? kecewa... mula la..nak menangis sana, nak menangis sini.. itu pengalaman aku... makin kuat kita paksa lupakan dia, actually kita sebenarnya makin kuat cuba untuk ingat tentang dia... tapi bila kita buat tak tahu.. insyaallah..makin lama, makin hilang rasa kecewa dalam hati kita... bila kita tahu yang Allah sedang sediakan sesuatu untuk kita disebalik perpisahan tu.. kita akan redha..Allah tahu apa yang terbaik buat kita.. walau setinggi mana sayang kita pada seseorang tu, ingat... Allah lebih menyayangi kita..


maaf..kalau korang rasa kata2 aku tu tak betul... tu la pengalaman aku.. dan tu la cara aku untuk lupakan dia... dengan buat tak tahu.. sebab aku tahu Allah selalu guide aku, selalu perhatikan aku... dan selalu sayangkan aku even kadang2 tu aku lupakan Allah time aku senang..tapi Allah tak pernah sesekali palingkan wajahnya dari lupakan aku time aku senang atau susah. tu lah sebenar2 cinta.. 
subahanallah... 


aku hanya insan biasa, yang mengakui kesalahan aku: 


2 budak suka membebel :

  1. Assalamualaikum. lebih elok jika di besarkan huruf pertama bagi perkataan "Allah"

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam.. terima kasih.. :)
    dah dibetulkan

    ReplyDelete

tamao membebel sekali ker?

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template