Saturday 22 October 2011

4
Komen

cintailah dia.... dia istimewa

assalamualaikum kepada semua pelawat kebun epal... (mana epalnya?hahahaahaa)


kali nie entry nie pon berstatus jiwang.. (adoiiii...jiwang lagi? aku nie xdak mende lain ker nak tulis?) sorry...hehehe. cuma nak luahkan sesuatu di malam nie... and post nie, orang lelaki memang patut baca... yang bergelar suami la....
(hehehehe)


cintailah dia... bila dia merasa sedikit air kopi atau teh dicawan mu ketika dia membancuhnya. dia hanya mahu memastikan rasanya hanya sesuai untuk kamu.


cintailah dia.... bila dia berusaha menyuruh kamu solat berjemaah, solat dan berdoa.. kerana dia cuma mahu berada bersama kamu di jannah.


cintailah dia....  apabila dia meminta kamu memberikan perhatian pada anak-anak. kerana anak-anak wujud kerana kamu, bukan kerana dia seorang.


cintailah dia.... apabila dia cemburu. kerana dalam banyak2 lelaki, dia memilih dan mempunyai kamu.


cintailah dia.... bila dia ada keburukannya yang tersendiri, kerana kamu pon mempunyai keburukan jugak


cintailah dia... bila dia memasak, tapi masakan dia tu tak sedap..atleast dia cuba.. berilah dia sokongan


cintailah dia... bila dia gemuk, kurus, cantik atau tidak..sebab dia adalah anugerah yang Allah kurniakan pada kamu.


cintailah dia... bila dia berhias untuk kamu berjam2 walaupon masa tu korang dalam rumah, sebab perkara tu, dia cuma lakukan untuk kamu..jangan plak kamu kata dia tu buang tabiat.


cintailah dia... bila dia menyuruh kamu berhati2 bila berada diatas jalan raya, ngah bawak moto ker..kete ke sebab satu jer..dia risaukan keselamatan kamu.


cintailah dia.. she is yours kan? kamu tak perlukan sebab dan alasan yang istimewa lagi selain daripada tu.. she's yours, man...

sesungguhnya perempuan itu istimewa... layanlah isteri korang dengan baik....



aku plak berangan nk dapat suami yang...erm.....yang camnie:


kalau aku memasak, dia kena bantu aku kt dapur,
kalau aku cuci baju, dia tolong lipatkan baju.
kalau aku kemas rumah, dia kena tolong gak, xleh nk goyang kaki jer
kalau aku sakit, dia kena jd nurse macam aku jadi suri dia time dia senang dan susah.
kalau aku masak tak sedap, dia kena puji pastu cakap kt aku yang aku kena improve kan lagi masakan aku bukan perli masakan aku kaw-kaw punya.
kalau aku pergi shopping, dia kena jadi pnasihat kewangan aku dan yang paling pnting dalam hal kewangan, dia tak boleh HISAP ROKOK so xleh senang2 bakar duit (tapi ada ker lagi lelaki yang tak hisap rokok sekarang nie?).
slalu kena jadi imam bila solat bersama sebab aku nak sangat2 solat berjemaah tambah2 lagi dengan orang yang aku sayang, biar sama2 dapat pahala banyak2 supaya satu hari nanti, kite berdua kekal brsama hingga ke jannah...^//^
(aku gedik..hahhaha k fine..)


k, tu jer nak merapu..:


4 budak suka membebel :

tamao membebel sekali ker?

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template