Monday, 12 September 2011

0
Komen

Bila Wanita Menangis

ok, kali nie entry yang aku post nie, aku ambik dari uptomu.net. blog yang popular nie. hampir 1022 org yg suka blog nie kat facebook.. dan korang pon mungkin dah bacakan.. (mesti dah nie kan... kan? ) 
for girls, siapa yang tak pernah lagi menangis kerana seorang lelaki dalam kehidupan dia? (nah..kalau cakap tak pernah tu, tipulah kan? ) bagi diri aku..menangis??? haaaa..... (tarik nafas panjang2 pastu lempang laju2) pernah!


maksud bila wanita menangis:


''jika seorang wanita menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.


jika kamu membiarkan dia pergi..
dia tak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu
selamanya....


seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah
kecuali didepan orang yang yang amat dia sayangi.
dia akan menjadi lemah...


seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangi kamu.
dia akan menurunkan rasa ego yang ada dalam dirinya untuk kamu.


lelaki.....


jika wanita pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian
dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.


lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu
tolong jangan mensia-siakannya.


mungkin kerana keputusanmu, akan merosakkan kebahagiaannya,
saat dia menangis didepanmu,
saat dia terluka keranamu,
lihatlah matanya..
dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?


dia menangis bukan kerana lemah, 
dia menangis bukan kerana dia ingin menginginkan simpati,
atau rasa kasihan...
dia menangis....


kerana dengan menangis diam-diam, tidak memungkinkan lagi.


lelaki,
fikirkanlah tentang itu,
jika wanita menangisi hatinya keranamu,
dan semuanya disebabkan kamu,


inilah waktunya untuk kamu melihat apa yang telah kamu lakukan kepadanya,
hanya kau yang tahu jawapannya,
pertimbangkanlah..
kerana satu hari nanti..
mungkin akan terlambat untuk menyesal..
mungkin akan terlambat untuk ucapkan ''MAAF''..


ha... camtulah.. tp aku rasakan, wanita kat dalam luahan hati nie sesuai untuk seseorang wanita yang bergelar isteri..yerla.... pegang tangan bila sedih.. (yang couple tu jangan pegang! haram...)
tp mgkin jugak ada maksud tersirat disebalik ayat pegang tangan tu.. mungkin boleh jadi sokongan.. (mak, sejak bila kakak jadi pengulas nieh? huhuhu)


walau apa2 pon... aku tertarik dengan ayat yang paling bawah sekali.. mungkin akan terlambat untuk ucapkan maaf.. so wanita nie kalau dia dah terluka.. hati dia lambat sikit nak pulih.. lau sembuh pun, parutnya tetap ada.. tambah2 kalau perempuan tu jenis pendendam. kat mulut kata it's okey or tak ada apa2 la.. tak kisah..
tapi dalam hati.. mungkin terasa berjauh hati.. (siot, memang berdendam..hahahhaa.. cam nak gitau tu aku jer..hahaha)


apa2 pon...lelaki ker..perempuan ker.. (termasuk aku sendiri) kena fikir banyak kali nie nak hargai apa yang kita ada sebelum kita menyesal kerana kehilangannya..
pada DIA tempat kita memohon agar diberi kekuatan..
jangan lupa...


Miss Lesung Pipit:

0 budak suka membebel :

Post a Comment

tamao membebel sekali ker?

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template