Monday 18 June 2012

2
Komen

Budak Kampung Part 1

Assalamualaikum kepada readers semua.

Kali nie aku nak cerita pasal Nostalgia budak2 kampung macam aku nie. Aku tak tahulah budak2 bandar masa generasi aku main apa kan.. Jenis nostalgia diorang macam mana..yer la.. sebab datang dari dua dunia yang berbeza kan, mesti pengalaman pon turut berbeza..(walaupun berkongsi BUMI yang sama.. surely korang faham maksud aku tentang dua dunia apa yang berbeza)


yang pasti, budak2 kampung yang lain yang seangkatan dengan aku nie pasti akan berkongsi pengalaman yang sama. kepada budak2 bandar seZAMAN dengan aku, seriously aku tak tahu korang isi masa lapang korang dengan apa.. so kalau ada persamaan dengan budak2 kampung macam kami nie, welcome to the club.. :D


okay let see...

Tadaaaa... aku tak tau ler permainan nie nama apa.. ada orang kata lompat lubang tikus.. Tapi yang pasti, masa aku kecik2, permainan nielah yang aku main dengan kawan2 sebelum aku berpindah ke kampung yang penuh dengan budak2 lelaki.. aku kesepian.. (true story)

nie bukan permainan..TAPI nie memang menggamit kenangan lama aku. korang nampak tak apa yang aku nampak dalam gambar nie?? nampak kan.,. duit syiling yang diikat dengan getah kat baju. pergh.. masa aku kecik2 dulu, mana ada wallet ker purse ker, tak main lah benda girly camtu. ada duit syiling sikit, ikat kat tudung banyak2.. pastu petang2 lepas main, pergi beli ais krim.haha

haaa... yang nie plak permainan lawan pemadam.. selalunya aku main dengan rakan sekelas semasa rehat. masa nie harga pemadam 10sen jer.. haaa..time main2 nie, aku kat sekolah rendah. balik2 jer dari sekolah, satu plastik tu penuh dengan pemadam jer. untung kenggg? haha

permainan tukar tiang!( nie bukan tarian tiang RM25 tu yer..hahaha) best main benda nie. aku ingat lagi, masa aku main permainan nie, punyalah laju aku berlari nak tukar tiang yang bertentangan, tak sempat nak brek, terus terjun masuk longkang. kawan2 semua terkejut. aku jer buat muka blurr..sakit ooo... dah lah longkang sekolah aku dulu dalam, badan aku plak kecik.. sadisss...sangat2 sadisss aku nak keluar dari longkang tu. mujur ler longkang tu tak berair jer, kalau tak...(tak sanggup nak habiskan ayat..sobsobsob)

permainan lompat tali. yang nie best sangat2.. kalau tak cukup getah, roger semua kawan2 suruh diorang bawak dari rumah. kawan2 lelaki pon ada yang join main gak. selalunya bertanding, group mana yang best dan hebat, antara lelaki dan perempuan :D

main guli!! yeah...main benda nie la best. guli tu kadang2 kita boleh buat main congkak, atau pon boleh dibuat batu seremban... phewittt,, masa nie, main dengan kawan2 lelaki. kawan2 perempuan tak main sangat benda2 alah nie coz diorang lebih kepada main masak2. aku selalu lepak dengan budak2 lelaki.

 
biji getah. kadang2 biji getah nie kitorang buat perlawanan untuk tengok biji getah mana yang paling kuat. kadang2 kalau kami tau budak kampung sebelah ada biji getah yang kuat, kami akan pergi jumpa dia untuk berlawan. see..terer kan? hahaha kadang2 kalau kami rasa nak main congkak tanah, kami akan gali lubang kat tanah dan main congkak.. (maklumlah... mana ada duit nak beli papan congkak dulu)


bersambung:

2 budak suka membebel :

tamao membebel sekali ker?

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template