Saturday, 1 September 2012

2
Komen

Kena Ugut

Assalamualaikum w.b.t

Macam2 hal berlaku masa cuti nie.. 

ada hal yang menyedihkan... ada hal yang menyakitkan hati... ada hal yang mgembirakan..  bahkan ada benda yang mengejutkan.

biasalah kan kalau dah stay kat kampung lelama... paling aku tak sangka, BLACKMAIL.

yer...yer...blackmail.. atau lebih kurangnya ugutan.

sapa ugut sapa? sapa yang ugut? sapa yang kena ugut?

ceritanya bermula camnie......

~nutttt nuttt nuttt~

pada satu hari tu, waktu masa tu, petang..aku lepak laa kat ruang tamu kan.. usha2 tv, boring plak so aku naik atas then aku pon masuk bilik. TETIBA aku terjumpa sesuatu disuatu tempat yang tersorok.. so aku pon ambik la benda tu (benda tu dirahsiakan), lama gak laaa aku dok usha benda tu.

dup dap dup dap..dalam hati aku. benda apa nie.. sapa yang letak kat sini.. semua soklan tu dok bermain jer difikiran nie.masa aku dok usha2 tu, adik bongsu aku masuk bilik aku..

pastu dia terkejut laaa...terus dia berlari dapatkan aku dan rampas benda tu dari tangan aku.. (oh main kasar nampak)

adik: oii, janganlah usik. 
aku: kau beli mana benda nie??
adik: ada laaaa...jangan gitau kat mak.. 

katanya sambil simpan balik benda ditangan dia tu. aku pon berfikir sejenak..dan tetiba terukir senyuman nakal dibibir aku.

aku: boleh...kalau kau tak mau aku bagitau kat mak, ada syaratnya..hehehe

dia pon buat muka dengan aku bila dengar aku cakap gitu..

adik: malas aku nak layan...
aku: ohhhhh....malas nak layan...k fine...

aku pon tarik nafas panjang2...

"MAAAAAAAAAAAAAAAAAKKK, Adik kannnnnnnnn'' belom sempat aku melaung nak habiskan ayat aku, dia dah datang tekup mulut aku dengan tangan dia...

Aku: urrmmm...urmmm... (sambil meronta2)
adik: shhhsss....shhhssss....diam lah..hola holaaa...apa dia syaratnya. katanya mengalah..
aku: hurmm..hurmmmm hurmmm... (aku xdapat nak cakap sebab dia tutup mulut aku)
adik: cakap laaa cepattt..apa diaaa..??

Aku pon geram lantas menenyeh kepalanya dengan tangan aku. macam mana aku nak cakap kalau dia tutup mulut aku kan? dia pon lepas tangan dia.

Aku: boleh, syarat dia simple jer...kau kena ikot semua cakap aku... klau kau taknak ikot, aku gitau kat mak, haaaaa haaaa.

dia pon bersetuju. pastu aku dengar mak menyahut panggilan aku tadi.

"apa dia?? '' laung mak aku dari dapur...

aku pon tersengih2 macam kerang busuk sambil tengok muka adik aku.. kening aku, aku naik kan ke atas ke bawah sambil sengih.. adik aku plak buat muka cuak..

''Apa diaaa??'' ulang mak aku sekali lagi..

''tak...adik tanya, nasi dah masak ke belom, adik kata dia lapar..'' jawab aku sambil ketawa kecil

''kejap lagi masak laaa..''

adik aku terus melepaskan nafas lega dia bila dengar aku cakap ggitu ngan mak.

so bermulalah ugutan yang super power dari aku.

bila aku kat ruang tamu:

''sumi~ oooooo sumi~ sini kejap~ " bila aku panggil dia dengan nama manja2, dia tahulah aku nak bermanja dengan dia...

''apa dia...?''

''sumi....errrmm.... sumi buat teh o ais untuk kak haa jap... kak haa dahaga laaa~'' kataku dengan suara yang menggoda..

''buat sendiri laaa..malas laaa..''

''owh malas...? okay~~ makkkkk.... ooo makkkk...''

''eeee diamlah... shuushhh shushhh...diam2.. yer la..orang pergi buat la nie..''

hehehe..

kadang2kan bila aku tengok tv, akukan mata rabun..so aku jenis pelupa nak bawak spek dengan aku.

''bumiii....oooooo buuumiii....sini kejap''

''nak apa?''

''ambik spek atas meja kak haa dalam bilik...wat datang sini erk. nak tengok citer nie..''

''yer laaa...org pergi ambik'' bila dia penat2 datang bawak spek kat aku, aku pon..

''bumi... kak haaa lupa laaa nak pesan suh ambik tepon sony sekali atas katil... tolong ambik erk..? heeee''

''eeee... tadi x pesan awal2..'' katanya dengan perasaan cuak dan terus naik ke atas lagi. bila dia kembali kat aku, tak habis lelah dia lagi.. tetiba..

''erm...sayanggg... kak nak dengar radio laa, tolong ambikkan earphone samsung erk..please~'' ujarku dengar muka yang xder perasaan sambil menekan2 keypad samsung.

''dengar lah lagu kat tepon sony jer''

''ermm...tak nak.. nak dengar radio kat samsung, pergilah ambik...''

''kat mana??'' soalnya lagi.

''dalam bilik....''

''eieee geramlah'' katanya sambil hentak2 kaki dan naik ke atas lagi..

aku terus ketawa.

samalah jugak time aku terasa nak makan... 

'' amin.. tolong letak nasi dalam pinggan akak...''
''amin...nak air...''
''amin..tolong basuh pinggan yang akak guna nie..''

amin...tolong itu...tolong ini...hehehe nie dah dikira namanya membuli nie..haha

dua tiga hari lepas tu, rahsia tu diketahui jugak oleh mak.. opsss...bukan aku yang cakap erk. mak sendiri yang tau rahsia adik.. and for god sake, mak tak marah pon kat adik bila tahu rahsia tu..dia jer yang risau lelebih.. membazir duit sangat beli benda tu..sapa suruh kan.. kan dah kena buli dengan aku..wakakakaka

N.K: sekarang aku dah balik ker Nilam. kuliah dah menunggu.. rindu nak bermesra dengan adik2..hehe maklumlah... sebulan lagi baru dapat jumpa diorang lagi..

owh, sekarang nie, aku demam panas... balasan lah nie sebab aku buli dia..hehe

2 budak suka membebel :

  1. ish2...ksian kt adik 2..dok p buli buat ape...hempuk kan..

    ReplyDelete

tamao membebel sekali ker?

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template