Saturday 11 August 2012

2
Komen

Kepulangan Yang Dinanti

Assalamualaikum kawan2 yang ohsem..

camner persiapan raya korang? ok ke tidak? kebanyakan perempuan kalau bab2 baju raya nie, diorang dah siap2kan awal dah. sebelum puasa lagi dah siap tempah baju untuk beraya. dan kaum2 perempuan nie, paling minima kuantiti baju raya pon cuma 2 helai sahaja.

bagi kaum lelaki plak, pakai jer apa yang ada. especially baju melayu. kadang2 diorang nie baju melayu mana ada beli sangat. pakai jer mana yang ada.. yang diorang suka beli T-shirt untuk keluar pergi beraya sambil collect duit raya.. kan?

bagi aku plak, BELUM ADA SEHELAI PON LAGI BAJU RAYA. hari tu ada gak keluar 2 hari berturut2 pergi cari baju raya TAPI hampeh jer.. tak der yang sesuai untuk petite cam aku nie. semua free size dan besar2 punya. lastly aku pergi cari jubah kanak2.. eh eh, padan lah plak dengan aku tapi pattern nya plak terlalu kebudak budakan.. finally, aku tak beli pon baju raya. balik dengan tangan kosong jer.

bukan tu sebenarnya aku nak cerita.. hurm... 

kali nie, aku rasa raya untuk aku tak meriah... abang2 aku semua tak balik ke kampung.. yang ada cuma aku, mak dan adik2 jer la nanti..

Raya kali nie, aku tak mengharapkan sangat duit2 raya, baju2 raya..cuma aku harap semua family dapat berkumpul... tu jer.. mana lagi hari yang dapat family berkumpul kecuali hari raya jer la...kan?

selama nie, korang sibuk dengan kerja2.. semua merantau, dalam setahun tu berapa kali sangat dapat berjumpa... tu pon kalau diorang balik kampung.. tapi kalau raya pon, korang tak dapat nak balik, rasa sunyi gak laa... bila lagi dapat bertentang mata, face to face.. tak kan nak tunggu aku tak der dulu kot...

tak lama lagi nak raya kan...? sekejap jer Ramadhan kali nie.. entah ada atau tidak tahun depan peluang untuk aku berpuasa.. this is might be my last ramadhan.. 

demi Allah.. harapan untuk aku melihat semua ahli keluarga berkumpul pada 1 syawal nanti tetap takkan pernah padam... i miss you so much. guys... 


2 budak suka membebel :

  1. tahun ni tak beli baju raya. make sure time raya nanti pakai baju sama kaler dgn famili

    ReplyDelete
  2. pakai sama :) comel... macam kumplan nasyid bak kata adik saya :)

    ReplyDelete

tamao membebel sekali ker?

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template