Sunday 8 January 2012

0
Komen

Hakikat jika selalu meminta dari manusia

Assalamualaikum kepada pelawat kebun Epal


Kekadang kita gemar meluahkan masalah dan musibah kepada manusia, namun kita lupa dan lalai meluahkannya kepada Allah Ta'ala..


Betapa kaburnya hati kita.. Mengharapkan pada sesuatu, yang belum pasti dapat membantu.. Walhal bagi Allah Ta'ala, tiada yang mustahil akan segala-galanya.. Hakikat jika selalu meminta dari manusia, kekadang mereka mudah bosan dan tidak suka.. Namun jika selalu meminta dari Allah Ta'ala, itulah yang disukaiNya, kerana Dia sentiasa menanti rintihan hamba-hambaNya...

Jadi, kenapa kita PERLU LEBIH meluahkan atau merintihkan sesuatu perkara kepada manusia? Sedangkan mereka juga bergantung harap kpd Allah Ta'ala juga...



tak salah kalau kita luahkan kepada manusia tetapi biarlah berpada2.. jangan sampai kita melupakan DIA.. even aku sendiri dulu, jahat.. bila ada masalah, beban terasa dihati..terasa sebak tidak terkira. berharap dapat meluahkannya kepada makhluk yang bergelar MANUSIA sampai kadang2 aku terlupakan si DIA. jahil kan...? ya.. Aku jahil..

cuba kita fikir sejenak, (termasuk diri aku sendiri)

kalau kita luahkan masalah kita kepada manusia, yakinkah kita masalah kita tu tak akan tersebar kepada orang lain? boleh ke kita percayakan kepada insan itu? erm.. kalau tidak, tak akan ada peribahasa, biar pecah diperut, jangan pecah dimulut...kan? see..manusia nie walau seyakin mana kita percaya dia boleh simpan aib kita, kadang2 tanpa dia sedar, dia boleh tersasul membukanya.. arghh.. manusia tidak perfect.

Apa salahnya kalau kita meluahkannya kepada Rabbul Izzati?? membazirkah masa yang kita luangkan untuk menangis dihadapanNya? menyusahkan ker bagi kita untuk merintih dalam tadahan doa untukNya? Ya Allah.. nikmat yang dikurniakan untuk Kita lebih dari cukup...

egokah kita untuk mengadu kepadanya...? JANGAN sesekali melupakan Dia tika kita senang atau pun susah.. jangan pula hanya mengingatinya ketika kita SUSAH dan melupakanNya ketika kita senang.. sedangkan DIA setia bersama kita saat senang atau susah..


Mengharap pada yang Satu:

0 budak suka membebel :

Post a Comment

tamao membebel sekali ker?

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template