detik hatiku selepas melihat jam didinding. aku terus menoleh ke arah kawan-kawan yang sedang menonton movie dilaptop erin. aku tersenyum melihat gelagat mereka. mana tak nya.. muka masing-masing nampak ketat. ada yang mengerutkan kening, ada yang melopong. movie apa yang dilihat oleh mereka..???
laaaa..... patutlah.. citer zombie rupanya. mana tak melopong lau tengok scene yang tercabut kaki la.. terputus kepala la.. macam-macam lah adengan yang boleh buat tekak kita kembang.aku menggeleng-gelengkan kepala.
''woi.. dah-dah la tu.. jom la tido. dekat pukul satu dah nie ha.." kata ku lantas menyertai mereka.
"wushhhh! best la plak der.. join2" kata ku dengan tiba2. meraka tergelak. mana tak nya.. aku suh diorang tidur tapi aku sendiri yang melekat tengok cerita tu.
masa terus berlalu~
"jom tido.. kul 1;30 dah nie." ajak erin. aku terus bangun dari tempat duduk dan berjalan perlahan2 ke arah katil.
mata ku terpandang pada buku berwarna kuning
erm... buku aper nie? fikirku lantas mencapainya.
"orientation week book"
cam menarik... aku tersenyum sendiri lantas menarik kerusi dan mengambil tempat dimeja bacaan.
"wey.. tak nak tido lagi ker?" tegur erin.
"xmboh r.. aok tido r dulu. koi nak bacer nie jap." jawab ku sambil tersengih. erin tersenyum sambil mengangkat bahunya. dia kemudian terus memejamkan mata.
aku tersenyum sebelum pandangan ku jatuh ke arah buku diatas meja.
"rintihan hati seorang ayah buat anak tercinta?" ujarku perlahan..
wahai anakku...
ayah ingin memohon kemaafan diatas segala kekasaran yang telah ayah lakukan kepada kau nak.. namun, cubalah kau sedari bahawa ayah sebenarnya tidak ingin untuk menyakiti samada fizikal mahupun rohani mu. ayah lakukan demikian semata-mata ingin melihat kamu menjadi seorang manusia yang beriman.. yang patuh kepada setiap suruhan allah taala dan rasulnya, dan untuk membentuk akhlakmu yang mulia sehinga kamu disegani oleh manusia disekelilingmu.
wahai anakku..
cubalah kau renungkan kembali apa yang telah kau perolihi dari allah s.w.t dengan penderitaan tulang dua kerat ini. cubalah kau renungi siapakah yang terpaksa keluar seawal pagi hanya untuk mencari dan memberikanmu sesuap nasi?? Ayah terpaksa menahan kelaparan yang amat hanya untuk memberikan mu kekenyangan.
aku terdiam... terasa sesak dada ini.. namun terus ku baca rintihannya.
wahai anakku..
pernahkah kamu cuba mendalami hati sanubari dan kedukaan yang menimpa diri ayah sebagaimana ayah cuba menggembirakanmu ketika kamu menangis teresak-esak dengan memenuhi segala kehendak hatimu? pernahkah kamu memikirkan samada ayah berada dalam kepenatan mahupun kesakitan??
terasa ada kehangatan menjalar dipipi.. ku sentuhnya..dan rupa-rupanya.. aku menangis?? kenangan mula terlayar diingatan. ayah.. ya.. ayah... aku teringatkan ayahku. teringat ayah sentiasa ada disaat aku kesedihan. dan tersenyum gembira saat melihat aku bahagia. teringat segala jerih perihnya untuk menyediakan keperluan aku walaupun masa tu, kewangan tidak mengizinkan. tapi dia tetap berusaha untuk memenuhi keinginan ku.. tapi aku... terbit keluhan kecil dibibir ku. wajah ku raup lembut..
wahai anakku,
ayah sudah letih.. tubuh ini mulai longlai dimamah usia yang semakin mendekati kematian.. ayah tidak sesekali menyalahkanmu diatas kesilapan yang telah kamu lakukan kepada ayah kerana sebenarnya ayah amat menyayangimu. tubuh ayah sudah mula kehilangan tenaga. ayah mula merasakan kesakitan yang amat menyakitkan. mungkin inilah tanda akhirnya hayat ayahmu ini. kau tidak perlu bimbang lagi kerana selepas ini tidak akan ada lagi orang yang akan menengkingmu.
teresak-esak aku menangis. aku mengetap bibir.. terasa seolah-olah ayahku sedang berbicara denganku. kenangan terimbau lagi~
petang tu.. dengan tubuh bongkoknya yang terketar-ketar, dia datang menjemputku distesen bas. ini ayah ker? kenapa tubuh ayah dah bongkok sangat. seingat aku.. ayah tak macam nie. aku hidup diperantauan untuk menuntut ilmu. sebak dihati semakin menjadi2 bila melihat ayah selalu batuk2. kadang2 batuknya semakin kuat sampai batuknya mengeluarkan darah. dia selalu berkata lau dia dah tak ada.. belajar bersungguh-sungguh...jangan gaduh ngan adik2. kena jaga mereka dan mak.
dugaan datang menimpa.. ayah dimasukkan kedalam wad. demam panas dan batuknya semakin menjadi2. kesan daripada kemalangan..sepanjang berada diwad hospital tanah merah, dia selalu kata nak balik rumah. dia rindu nak makan ngan adik2. tp doktor tak bagi dia balik rumah. dua minggu dia berada dihospital. mak suruh aku balik rumah. suruh aku jaga adik2. dengan berat hati aku tinggalkan ayah. masa nak balik rumah, ayah tersenyum dan berpesan supaya aku jaga diriku baik2 dan belajar betul2. aku selami tangan ayah.. dengan senyuman dibibir, aku memberikan lambaian terakhirku padanya. keesokan harinya, mak telefon. katanya ayah terpaksa dipindahkan ke hospital kota bharu. berdebar jantungku lebih kuat dari biasa. setahu aku, kalau kena pindahkan ke hospital kota bharu, pesakit tu dalam keadaan yang teruk. ayah macam mana mak.. soalku.. jawapan mak.. ayah tidur lagi. masih tak sedarkan diri.
seminggu ayah disana, aku masih tak dapat nak jenguk ayah. tiap kali aku telefon, mak hanya cakap.. AYAH MASIH TIDUR. DIA LETIH..
aku mengeluh.. lamanya ayah tidur..
28/12/2010.. akhirnya aku ada peluang nak jenguk ayah. punyalah aku excited nak melawat dia. bila aku jejakkan kaki ke wad CCU, luluh hatiku melihat keadaan ayah.. mak.. naper tak cakap ayah koma......
mak tinggalkan aku dan ayah bersendirian dibilik itu. aku sentuh tangan ayah..sejuk.. aku kucup pipi ayah.. terasa dingin. ku tatap mata ayah yang terbuka.. begitu payah dia nk bernafas,, turun naik dadanya. air mata mengalir laju dipipi. aku genggam tangan ayah.. tiada kehangatannya lagi.
''ayah.. bangunlah. kenapa asyik tidur jer.. bangunlah ayah. nie kakak dah datang. kakak datang jenguk ayah. cepatlah sedar ayah. adik2 pun tengah tunggu ayah bangun. ayah kata ayah nak makan dengan kami kat rumah. ayah... bangunlah. kakak dah lama tak masuk kelas. ayah bangunlah marah kakak sebab kakak dah ponteng kelas. kenapa ayah diam jer... ayah... ayah tak rindu kami ke? kami rindukan ayah.'' soal aku sambil teresak-esak. tapi ayah diam jer..
''ayah.. maafkan dosa kakak kalau selama kakak jadi anak ayah nie, kakak ada banyak wat salah. maafkan kakak dunia dan akhirat ayah.. halalkan makan minum kakak..." kataku sambil mengucup tangannya.. lama bibirku melekat ditangannya.
kupandang wajah ayah.. kelihatan air matanya keluar.. ayah dapat dengarkan? bisik hatiku. kupeluk tubuh kurus ayah dengan erat.
tuhan... janganlah kau pisahkan aku dengan dia.. jerit hatiku.
wahai anakku,
jika kamu masih lagi menyayangi tubuh yang hina dipandanganmu ini, maka diri ini hanya mengharapkan kau selalu mendoakan diri ini agar selalu diredhai oleh allah s.w.t dan ditempatkan bersama-sama para auliya' shuhada dan para solihin. ketahuilah bahawa ayah sebenarnya amat menyayangi dirimu.....
ditakdirkan allah.. tanggal 29/12/2010.. ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama2nya.. ayah.. walaupun kita berpisah didunia ini.. ini hanyalah perpisahan sementara. satu hari nanti, bila tiba giliran kami.. kami akan bertemu ayah. ayah.. hanya kalungan doa sebagai hadiahmu disana.
ya allah.. kau ampunilah segala dosa ayah.. tempatkanlah dia dalam golongan orang yang menerima salam mu. jauhkanlah dia dari azab api neraka.. tempatkanlah dia dalam golongan orang2 yang beriman. ameen ya rabb.
Al-Fatihah...
>_<...
ReplyDeleteT^T
ReplyDeleteal-fatihah.. ingat tentang aruah mak saya..
ReplyDelete