Thursday, 23 June 2011

0
Komen

AWAK




awak~
satu hari nanti, kalau kita gaduh.. awak marahlah saya.. saya terima kalau itu salah saya. kalau awak dah tak suka saya, awak bagitahu jer saya, saya janji tak kan marah awak.

awak~
andai awak betul2 dah benci saya dan jumpa orang lain yang lagi baik dari saya, saya rela awak wat camtu pada saya.
dan andainya satu hari nanti, awak nak saya pergi dari hidup awak, saya rela.... asalkan awak bahagia bersama dengan orang yang awak suka.. mungkin bila awak rindukan saya, awak akan ingat kenangan kita berdua. mungkin awak akan cari saya tapi pada saat tu... mungkin saya pun dah ader pengganti.
awak.. walaupun camtu, saya nak awak tahu.. awak tetap dalam hati saya.. bukan untuk hari nie tapi untuk selamanya.. awak sebahagian dari kenangan saya.. macam mana saya nak lupakan kenangan tu? kecuali kalau saya ditakdirkan hilang ingatan... masa tu saya betul2 akan lupakan awak... awak jgn marah saya yer...

awak..
walaupun camtu...separuh hati saya akan jadi gelap kalau awak pergi..kerana awak adalah lilin hati saya yang selalu menerangi hidup saya.
awak... jadilah lilin hati saya untuk selamanya kerana saya tak nak kehilangan awak...

kerana allah... saya jumpa awak..mengenalimu buat aku kenal erti sayang pada insan lain selepas rasa sayangku pada keluarga. aku mengerti rasa disayangi, aku masuk kedalam duniamu, kuterima cintamu kusentuh kasihmu tapi kini kerana mu aku menangis.. krn mengenalimu juga, ku gelisah, aku kecewa....
awak! mungkin inikah yang dinamakan cinta?? atau.... hanya aku yang tak faham apa itu erti cinta....

awak...
saya cuma seorang penulis..cuma faham pada tulisan.. tidak mengerti lafaz dari bibir tapi saya hanya mampu melafazkan dengan tinta pena merungkai kata hati saya... mungkin seorang penulis berbakat mencuri hati tapi tidak berbakat menjaga hati.. awak maafkanlah saya..

hati ini merinduimu kerana allah.. menyayangimu juga kerana allah.. ukhwah antara kita juga terjalin kerana allah... kalau saya ditakdirkan untuk kehilangan awak.. saya terima takdirnya.

Wednesday, 22 June 2011

0
Komen

Semusim Rindu


awak~
kadang2 saya terfikir tak nak menghubungi awak lagi.
hati saya kata saya benci awak sebab awak tak jujur dengan saya. kalau awak tak cintakan saya, jangan mudah menuturkan kata CINTA.. Awak, saya sedar saya tak layak untuk awak.. tak sepadan. Dimata awak, saya hanya beban. awak kata awak suka saya tapi dalam masa yang sama, pada orang lain, awak kata kita hanya kawan biasa. kenapa awak... dengan saya, awak kata sayalah cinta awak.. kelakarkan? saya ketawa tapi air mata saya bercucuran keluar.


Awak~
saya gembira awak ada untuk saya... serius saya cakap, saya betul2 menghargai kehadiran awak dalam hidup saya.. sebab awak dan saya pernah merasai kepahitan yang sama.. tapi kenapa awak tak pernah nak menghargai orang yang sayangkan awak sedangkan dulu awak pernah kehilangan orang yang awak sayang.. kenapa awak?
macam mana awak rasa time tu, macam tu jugak lah saya rasa sekarang..


Awak~
awak okey ker lau saya tak jumpa awak dah? xper kan?
biarlah saya stop jumpa awak.. saya tahu saya akan rindukan awak tapi saya nak juga ambil keputusan nie. saya tak tahu keputusan nie betul atau tak tapi.... kalau awak pon sayangkan saya macam saya sayangkan awak, pastinya awak akan dapat rasa apa yang saya rasa... rasa rindu...

awak~
ada apa pada cinta kalau ianya cuma sekadar kata2?
ikhlaslah sayangkan seseorang bukan sayang kerana simpati...

Monday, 20 June 2011

1
Komen

Will You?

21 jun 2011
saat pena menari, merungkai kata hati.


adakah awak akan terima saya?
adakah awak masih mengingati saya sepertimana saya mengingati awak?
adakah awak masih menyayangi saya seperti saya menyayangi awak?
adakah rindu awak menjadi milik saya?
awak....
saya rindukan awak.. entah kenapa malam nie saya teringatkan awak..


awak.. kejamkah saya kerana menyakiti hati awak? awak..
kadang2 saya takut saya akan kecewakan awak kalau awak rapat dengan saya. ataupun saya takut hati saya akan terluka kalau berada disamping awak.
awak... awak berhak untuk orang lain..


saya sayang awak.. walaupun kita tak mungkin bersama, yakinlah.. kalau ada jodoh tak kemana...


awak..
will you be my friend?
will you stay with me forever?
will you love me even as your friend?

will you catch me when i fall?
will you borrow your shoulder when i cry?


will you?

Sunday, 19 June 2011

0
Komen

Satu Cinta

"ya rabb... aku memohon keampunan darimu. ya ilahi... izinkanlah aku terus mengecapi manisnya cintamu. ya allah, janganlah kau palingkan wajahku dari pandanganMu.. berilah aku kekuatan dalam menghadapi segala cubaan mu. ya allah, sesungguhnya kaulah sebenar-benarnya kekasih buatku. ampunilah segala dosa2ku, dosa kedua ibu bapaku, dosa keluargaku dan dosa sahabatku.. ya izzati, jadikanlah aku hambamu yang selalu mensyukuri nikmatmu ya rabb.. ampunilah dosaku... ameen."

ku memohon
dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah
segala dosa dalam diri
ku percaya
Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku

ku memohon
dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah
segala dosa dalam diri
ku percaya
Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku

Engkau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu
ku pasrahkan

Engkau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu
ku pasrahkan

Oh tuhan
Selamatkanlah hamba ini
dari segala fatamorgana dunia

Oh tuhan
Jauhkanlah hamba ini
dari hidup yang sia-sia

Kau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu

Engkau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu

Kau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu

hanya pada-Mu

0
Komen

Risalah Cinta



Yaa Ilahi, Rabbi...
Kutunggu jawaban-Mu di sajadah kalbu
Kusimpan pesona-Mu di relung hati
Ku rungkai tabir-Mu dengan menanggalkan dosa
Kuraih kasih-Mu dengan bertasbih


Semaikan benih-benih cinta,
agar Aku dapat menyapa senyum-Mu.
Bukankah setetes air cinta,
tidak akan mengurangi keindahan-Mu.
Bukankah Aku berhak merasakan kemesraan cinta-Mu...
Jikalau Engkau tolak risalahku,
Kemana lagi kualamatkan goresan tinta, cinta dan cita-cita ini...


Yaa Rahman, Yaa Rahim...
Aku memang petualang cinta,
Aku masih mencari dan belajar memaknai cinta,
Sebagian cintaku, kugadaikan pada yang lain.
Namun, dengan keagungan cinta-Mu.
Bukankah Engkau tidak pernah menolak cinta hamba-Mu.
Terimalah puing-puing cintaku,
Balaslah cintaku dengan mahabbah-Mu.

Yaa Rahman, Yaa Rahim...
Dihadapan-Mu kupejamkan mata batinku,
Tuk menahan rasa malu.
Nuraniku bertanya,
hadiah apa yang dapat memikat-Mu...?
Hanyalah risalah cinta ini yang dapat kupersembahkan,
Semoga Engkau berkenan menerimanya.


Wednesday, 15 June 2011

3
Komen

Rintihan Hati seorang Ayah Buat Anak Tercinta

hush.. dah lewat nie..
detik hatiku selepas melihat jam didinding. aku terus menoleh ke arah kawan-kawan yang sedang menonton movie dilaptop erin. aku tersenyum melihat gelagat mereka. mana tak nya.. muka masing-masing nampak ketat. ada yang mengerutkan kening, ada yang melopong. movie apa yang dilihat oleh mereka..???

laaaa..... patutlah.. citer zombie rupanya. mana tak melopong lau tengok scene yang tercabut kaki la.. terputus kepala la.. macam-macam lah adengan yang boleh buat tekak kita kembang.aku menggeleng-gelengkan kepala.

''woi.. dah-dah la tu.. jom la tido. dekat pukul satu dah nie ha.." kata ku lantas menyertai mereka.

"wushhhh! best la plak der.. join2" kata ku dengan tiba2. meraka tergelak. mana tak nya.. aku suh diorang tidur tapi aku sendiri yang melekat tengok cerita tu.

masa terus berlalu~

"jom tido.. kul 1;30 dah nie." ajak erin. aku terus bangun dari tempat duduk dan berjalan perlahan2 ke arah katil.

mata ku terpandang pada buku berwarna kuning
 erm... buku aper nie? fikirku lantas mencapainya.
"orientation week book"
cam menarik... aku tersenyum sendiri lantas menarik kerusi dan mengambil tempat dimeja bacaan.

"wey.. tak nak tido lagi ker?" tegur erin.

"xmboh r.. aok tido r dulu. koi nak bacer nie jap." jawab ku sambil tersengih. erin tersenyum sambil mengangkat bahunya. dia kemudian terus memejamkan mata.

aku tersenyum sebelum pandangan ku jatuh ke arah buku diatas meja.

"rintihan hati seorang ayah buat anak tercinta?" ujarku perlahan..

wahai anakku...
ayah ingin memohon kemaafan diatas segala kekasaran yang telah ayah lakukan kepada kau nak.. namun, cubalah kau sedari bahawa ayah sebenarnya tidak ingin untuk menyakiti samada fizikal mahupun rohani mu. ayah lakukan demikian semata-mata ingin melihat kamu menjadi seorang manusia yang beriman.. yang patuh kepada setiap suruhan allah taala dan rasulnya, dan untuk membentuk akhlakmu yang mulia sehinga kamu disegani oleh manusia disekelilingmu.

wahai anakku..
cubalah kau renungkan kembali apa yang telah kau perolihi dari allah s.w.t dengan penderitaan tulang dua kerat ini. cubalah kau renungi siapakah yang terpaksa keluar seawal pagi hanya untuk mencari dan memberikanmu sesuap nasi?? Ayah terpaksa menahan kelaparan yang amat hanya untuk memberikan mu kekenyangan.

aku terdiam... terasa sesak dada ini.. namun terus ku baca rintihannya.

wahai anakku..
pernahkah kamu cuba mendalami hati sanubari dan kedukaan yang menimpa diri ayah sebagaimana ayah cuba menggembirakanmu ketika kamu menangis teresak-esak dengan memenuhi segala kehendak hatimu? pernahkah kamu memikirkan samada ayah berada dalam kepenatan mahupun kesakitan??

terasa ada kehangatan menjalar dipipi.. ku sentuhnya..dan rupa-rupanya.. aku menangis?? kenangan mula terlayar diingatan. ayah.. ya.. ayah... aku teringatkan ayahku. teringat ayah sentiasa ada disaat aku kesedihan. dan tersenyum gembira saat melihat aku bahagia. teringat segala jerih perihnya untuk menyediakan keperluan aku walaupun masa tu, kewangan tidak mengizinkan. tapi dia tetap berusaha untuk memenuhi keinginan ku.. tapi aku... terbit keluhan kecil dibibir ku. wajah ku raup lembut..

wahai anakku,
ayah sudah letih.. tubuh ini mulai longlai dimamah usia yang semakin mendekati kematian.. ayah tidak sesekali menyalahkanmu diatas kesilapan yang telah kamu lakukan kepada ayah kerana sebenarnya ayah amat menyayangimu. tubuh ayah sudah mula kehilangan tenaga. ayah mula merasakan kesakitan yang amat menyakitkan. mungkin inilah tanda akhirnya hayat ayahmu ini. kau tidak perlu bimbang lagi kerana selepas ini tidak akan ada lagi orang yang akan menengkingmu.

teresak-esak aku menangis. aku mengetap bibir.. terasa seolah-olah ayahku sedang berbicara denganku. kenangan terimbau lagi~

petang tu.. dengan tubuh bongkoknya yang terketar-ketar, dia datang menjemputku distesen bas. ini ayah ker? kenapa tubuh ayah dah bongkok sangat. seingat aku.. ayah tak macam nie. aku hidup diperantauan untuk menuntut ilmu. sebak dihati semakin menjadi2 bila melihat ayah selalu batuk2. kadang2 batuknya semakin kuat sampai batuknya mengeluarkan darah. dia selalu berkata lau dia dah tak ada.. belajar bersungguh-sungguh...jangan gaduh ngan adik2. kena jaga mereka dan mak.

dugaan datang menimpa.. ayah dimasukkan kedalam wad. demam panas dan batuknya semakin menjadi2. kesan daripada kemalangan..sepanjang berada diwad hospital tanah merah, dia selalu kata nak balik rumah. dia rindu nak makan ngan adik2. tp doktor tak bagi dia balik rumah. dua minggu dia berada dihospital. mak suruh aku balik rumah. suruh aku jaga adik2. dengan berat hati aku tinggalkan ayah. masa nak balik rumah, ayah tersenyum dan berpesan supaya aku jaga diriku baik2 dan belajar betul2. aku selami tangan ayah.. dengan senyuman dibibir, aku memberikan lambaian terakhirku padanya. keesokan harinya, mak telefon. katanya ayah terpaksa dipindahkan ke hospital kota bharu. berdebar jantungku lebih kuat dari biasa. setahu aku, kalau kena pindahkan ke hospital kota bharu, pesakit tu dalam keadaan yang teruk. ayah macam mana mak.. soalku.. jawapan mak.. ayah tidur lagi. masih tak sedarkan diri.
seminggu ayah disana, aku masih tak dapat nak jenguk ayah. tiap kali aku telefon, mak hanya cakap.. AYAH MASIH TIDUR. DIA LETIH..
aku mengeluh.. lamanya ayah tidur..

28/12/2010.. akhirnya aku ada peluang nak jenguk ayah. punyalah aku excited nak melawat dia. bila aku jejakkan kaki ke wad CCU, luluh hatiku melihat keadaan ayah.. mak.. naper tak cakap ayah koma...... 
mak tinggalkan aku dan ayah bersendirian dibilik itu. aku sentuh tangan ayah..sejuk.. aku kucup pipi ayah.. terasa dingin. ku tatap mata ayah yang terbuka.. begitu payah dia nk bernafas,, turun naik dadanya. air mata mengalir laju dipipi. aku genggam tangan ayah.. tiada kehangatannya lagi.

''ayah.. bangunlah. kenapa asyik tidur jer.. bangunlah ayah. nie kakak dah datang. kakak datang jenguk ayah. cepatlah sedar ayah. adik2 pun tengah tunggu ayah bangun. ayah kata ayah nak makan dengan kami kat rumah. ayah... bangunlah. kakak dah lama tak masuk kelas. ayah bangunlah marah kakak sebab kakak dah ponteng kelas. kenapa ayah diam jer... ayah... ayah tak rindu kami ke? kami rindukan ayah.'' soal aku sambil teresak-esak. tapi ayah diam jer..

''ayah.. maafkan dosa kakak kalau selama kakak jadi anak ayah nie, kakak ada banyak wat salah. maafkan kakak dunia dan akhirat ayah.. halalkan makan minum kakak..." kataku sambil mengucup tangannya.. lama bibirku melekat ditangannya.
kupandang wajah ayah.. kelihatan air matanya keluar.. ayah dapat dengarkan? bisik hatiku. kupeluk tubuh kurus ayah dengan erat.
tuhan... janganlah kau pisahkan aku dengan dia.. jerit hatiku. 

wahai anakku,
jika kamu masih lagi menyayangi tubuh yang hina dipandanganmu ini, maka diri ini hanya mengharapkan kau selalu mendoakan diri ini agar selalu diredhai oleh allah s.w.t dan ditempatkan bersama-sama para auliya' shuhada dan para solihin. ketahuilah bahawa ayah sebenarnya amat menyayangi dirimu.....

ditakdirkan allah.. tanggal 29/12/2010.. ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama2nya.. ayah.. walaupun kita berpisah didunia ini.. ini hanyalah perpisahan sementara. satu hari nanti, bila tiba giliran kami.. kami akan bertemu ayah. ayah.. hanya kalungan doa sebagai hadiahmu disana. 

ya allah.. kau ampunilah segala dosa ayah.. tempatkanlah dia dalam golongan orang yang menerima salam mu. jauhkanlah dia dari azab api neraka.. tempatkanlah dia dalam golongan orang2 yang beriman. ameen ya rabb.

Al-Fatihah...

Saturday, 11 June 2011

1
Komen

rama-rama merah

sayang~
izinkanlah aku terbang.
terbang pergi jauh dari hidupmu.
sayang.. dulu akulah rama-rama mu. indah menghiasi harimu.
indah menjadi senyumanmu. akulah segalanya bagimu sayang.
 cintaku~
kehadiran mu begitu bermakna.
ingat tak.. dulu aku pun tak sukakan kau.
susah nak dekati aku. aku kau katakan rama2 sombong.
akhirnya setelah lama kau mencuba akhirnya aku hinggap di hatimu.
mulai saat itu,
aku tak pernah cuba untuk terbang pergi.
setianya aku menemanimu,
belajar untuk mencintaimu sehingga aku betul2 mencintaimu
sayang..
kenapa, kenapa bila kehadiran rama2 lain dihatimu,
aku rama2 cintamu makin dilupakan.
kau kata mereka kawan2mu tetapi kenapa...
kenapa aku rasa aku semakin jauh darimu?
kau lebih meluangkan masamu daripada meluangkannya denganku...
aku cemburu ke?
sayang~
aku cuma rama2...
yang punya sayap yang rapuh.
harus dijaga dan diberi perhatian..
tapi aku juga bukan kunci.
kunci untuk mengongkongmu.. tidak...
aku bukan seperti kunci.
sebab aku menghormatimu sayang..
tapi kau memandang rendah pada aku.
memandang ringan pada perasaan aku.
setelah kau buat aku jatuh cinta padamu, kau membuang aku dari hidupmu....


sayang~
aku rama-ramamu... jadi izinkanlah aku terbang dari hidupmu demi kebahagiaanmu dan penderitaanku. aku mahu bebas dari derita ini.. izinkanlah aku pergi.


maaf sayang... kita kawan je la.. aku dah dapat jawapannya darimu


KAWAN-KAWANKU LEBIH PENTING DARI CINTAMU


terima kasih untuk jawapanmu itu.



 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template