Sunday 12 February 2012

5
Komen

untuk dia hey untuk dia

Assalamualaikum awak oii..


Awak...
berfikir panjang jugak saya nak tulis surat nie.. yer la... tulis surat pada awak yang entah siapa.. awak tahu, saya tak pernah tulis surat cinta sebelum nie... adei.. nie dikira warkah cinta ker? awak tahu.. berdebar hati saya nak tulis surat nie.. awak jangan gelak plak..


awak,
saya masih tertanya2 siapalah diri awak yang Allah dah ciptakan sebagai pelengkap hidupku,  imam dalam sujudku padaNya, pelengkap senyuman dan tangisanku, bakal Ayah kepada anak2 ku.. siapakah dirimu wahai bakal suamiku? adakah sebelum nie kita pernah bertemu? adakah kita pernah berbalas senyum? adakah dirimu pernah bersama aku dan kita telah berpisah dan mungkinkah awak akan kembali lagi untuk menjadi jodohku? atau adakah kita pernah berselisih bahu dahulu? atau adakah awak sudah ada disekeliling saya? sungguh..sungguh saya tak tahu rahsia Allah... Hanya Allah yang tahu.


Awak..
sebenarnyakan... saya janggal nak berbahasakan diri sebagai saya.. atau berawak dan bersaya.. sungguh saya terasa ayat saya nie macam orang2 dahulu menulis surat cinta walaupun saya tak tahu macam mana orang2 dulu bercinta.. jadi izinkan saya berAku dan berKau dalam surat ni... aku janji, lepas jer kita diijabkabulkan nanti, akan ku panggil kau dengan panggilan Abang, sayang, hubby, manja, buncit, pacik atau sama waktu dengannya.. aku sedar aku juga romantik...
(hakhakhakhak, muntah2)


awak oii,
untuk pertama kalinya, aku mohon maaf darimu sekiranya sebelum aku menikahimu, auratku tidak terjaga dengan sempurna, akhlak ku, tutur kata ku.. dan segala perbuatanku sebelum bertemu denganmu, mohon... maafkanlah diri ini. mungkin sewaktu aku menulis warkah ini dan sekarang ini, kau mungkin sedang leka dengan gadis2 berdahi licin, berpakaian seksi, ditemani dengan suara2 lunak dan manja, aku tak kisah sebab aku tahu kau juga mencari jodoh yang sesuai sebelum bertemu dengan aku tapi bakal imamku..aku mohon..kawallah dirimu agar jangan sampai terlanjur melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah..


Aku tahu aku juga tidak sebaik muslimah yang lain.. dan sering kali tewas dengan bisikan syaitan, didunia yang tanpa sempadan nie, aku akui aku tertewas. aku terpengaruh dengan maksiat disekeliling tapi ketahuilah, aku dah berubah sekarang.. dan sekarang pun, aku masih berada dalam proses perubahan, berubah lagi baik dari kehidupan aku yang dulu dan aku mengharapkan, sewaktu aku bertemu denganmu nanti, aku sudah menjadi wanita solehah yang melengkapi kekuranganmu dan engkau melengkapi kekuranganku dengan kelebihanmu. kadang2 aku terfikir, adakah engkau dapat menerima aku yang penuh dengan dosa dan noda ini untuk menemani perjalanan hidupmu? 


well, well well,
sungguh aku bukan seperti gadis2 yang engkau pernah kenal dan hadir dalam hidupmu.. aku tidak memiliki rupa paras yang cantik, harta jauh sekali dalam igauanmu, aku serba serbi kekurangan.. sungguh aku akui, aku takut jika kau tidak dapat menerima kekurangan yang ada pada aku. tapi demi Allah, sungguh aku mahu engkau membimbingku dan menerima aku seadanya.

to tell you the truth, kau bukanlah lelaki yang pertama hadir dalam hidupku. sungguh aku menyesal kerana memberikan cintaku pada orang yang salah sebelum aku menikahimu. Maafkanlah aku jika kau bukan orang yang pertama yang bertakhta dihati ini. Dalam perjalananku untuk bertemu denganmu, mungkin sudah banyak kali aku tergelincir menyebut ungkapan I LOVE YOU pada orang lain sebelum hadirnya dirimu menjadi imamku. Maaf kerana aku cuai.


Mr.right Imam,
aku tak mengharapkan engkau sesempurna contoh suami terbaik, Rasullah SAW.. tapi aku mahu engkau mengamalkan sunnah Beliau sekadar yang engkau mampu. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang tak pernah aku dapat dari orang lain sebelum aku berjumpa denganmu. ketahuilah bakal suamiku, aku banyak menangisi sikap mereka yang sering tidak menghargai kehadiran aku dalam kehidupan mereka dulu. Aku tahu.. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu jugalah sebaliknya. untuk dapatkan yang terbaik, aku juga harus menjadi yang terbaik.. mohon bersabarlah.. aku sekarang sedang berubah.


Bakal king controlku, 
Mungkin selepas kahwin, aku mahu terus berkerja. harap engkau mengizininya. Aku mahu membalas jasa Ibuku dengan meringankan bebannya.. aku bukan datang dari keluarga yang berada.. sabarlah, akan ku ceritakan perjalanan kisah hidupku bila aku sudah bergelar isterimu. aku mahu engkau melindungi Aku.. melindungi maruahku... aku sudah kehilangan Ayah untuk ku mengadu dan mungkin akan aku sandarkan beban itu pada kau.. sudi ker kau nanti? erm..aku serahkan pada Allah...


kau tahu, aku berharap..kau tak merokok.. sebab aku cepat lelah bila terhidu bau asap rokok tu.. kalau kau ditakdirkan merokok, please.. merokok jauh2... tapi aku berharap, janganlah ada tabiat merokok tu.. tak elok untuk kesihatan.. dan sekiranya kau nie jenis suka makan.. harap bersabar.. sebab aku nie jenis suka masak tapi tak pandai meneka masin atau manis.. sebab tu selama nie, bila aku memasak..adik aku a.k.a bakal adik ipar mu menjadi assistant ku didapur.. dan aku berharap, kau dapat menolongku didapur nanti..hehehe jangan malas2 bang... nanti tak dapat makan... okey?


kalau aku mengemas rumah, sudi2 dan ringan2kanlah tangan dan kakimu untuk menolongku.. aku nak sangat, kau tolong aku masak atau basuh pinggan ker apa ker kan... bukankah orang kata, berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing...? arghh... peribahasa BM aku fail! kalau aku memasak, terlebih garam atau gula ker apa, please.... jangan kutuk aku kaw2 secukup rasa... 


''sayang.. nanti improve kan lagi masakan sayang nie tau, terlebih garam sikit.. overall, sedap dah nie... cuba lagi lain kali yer?''

walaupun teguran kau tu seperti chef wan, sekurang2 aku dapat terima nanti sebab kau polite cara teguran tu... serious, jangan ucap camnie.. ''mak oiii!! lori garam ada terlibat dengan mana2 kemalangan ker?? masin nya! tak sedap!!!'' atau ayat2 yang lain..seriously, kalau kau ucapkan ayat keramat camtu, banjir rumah kita nanti dengan tangisan aku..


dan kalau boleh, aku nak tiap2 solat kita berjemaah... baca al-quran sama2.. dan kalau boleh, dalam rumah kita nanti, akan ada satu bilik khas untuk kita beribadat pada Allah.. boleh sediakan tak? Aku nak kau hormati keluarga aku dan aku juga akan menghormati keluarga kau...


lepas tu kan.. aku nak sangat kita.. adei, stop2!! aku tak mahu dah beritahu kau apa yang aku harapkan dalam rumah tangga kita.. biarlah sedikit jer aku luahkan sebab aku merancang nak beritahu kau lagi lepas kita kahwin... tapi sebagai balasannya.. aku akan patuh dan taat kepada kau. Aku tahu, tanggungjawab suami lagi berat.. sebab nanti bila dah kahwin dan ada anak, segala dosa kami, kau yang tanggung... Aku janji aku akan jadi isteri yang solehah dan menjadi ibu yang boleh mendidik anak2 kita dengan sebaiknya..sebab aku tak mahu menjerumuskan orang yang aku sayang ke lembah neraka.


aku janji akan jaga makan minum kau tapi tak kan biarkan kau jadi boroi.. kalau terjadi keboroian, aku akan pastikan kita sama2 exercise tiap2 petang.. huh.. aku tak mahu kau sakit sebab obesiti dan so on.  dan aku juga berjanji, lepas kahwin dan tika saat kau ucapkan akad, aku berjanji, rahsiamu menjadi rahsiaku... aku tidak akan sesekali melanggar perintahmu dan menyebarkan rahsiamu.


dan aku mohon bersabarlah dengan perangai ku yang sedikit manja dan kebudak-budakan nie.. dan awak..saya minat manchester United dan the Red Warrior. if kamu penyokong barca, chelsea, arsenal dan lain2, or peminat hobin jang hobin, peteh ganu peteh atau mana2 la team lain, mohon bersabar denganku dan jangan lepaskan kemarahan atas diriku jika MU atau the red Warrior mengalahkan pasukan awak atau janganlah memerli saya jika pasukan kegemaran saya plak dikalahkan oleh pasukan kegemaran awak.. sebab satu jer alasannya... BOLA JE PONNN... janganlah gaduh2 yer... awak kan kesayangan saya... hehe


dari hati yang tulus ikhlas buat bakal suami ku yang aku tak tahu lagi siapa gerangan nya yang Allah dah catatkan di Loh Mahfuz, terimalah diri ku seadanya... dengan lafaz Bismillahirohmanirrahim... kubukakan pintu hati ini menerima mu dengan seadanya...






untuk dia, heyyy...untuk dia...:

5 budak suka membebel :

  1. ...terusik sy membacanya....insyaAllah...pasti ada jodoh awk itu...sbrlah menanti yer...sy pon lakukan hal yg same...sy hanya mampu mengintai dr jauh jauh...bg sy..awk ni special...awk ade kelebihan dan kekurangan itu awk akui...awk xego utk meletakkan harapan yg terlalu tggi...mmanusia...mmg xsempurna...xlari dr kesilapan...awk...jika awk baca komen sy ni...izinkan sy utk kenali awk dgn lebih rpt...maaf, jgn slh phm...niat sy utk berkwn dgn awk...kerna terkadang sy rase kisah hidup kite lebih kurang sma...at least, i have someone to share...sincere from my heart, hati ku terusik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar menunggu.. terima kasih wahai hati yang terusik. insyaAllah, sy tak kan salah faham.. terima kasih
      regards:
      miss R

      Delete
  2. sis, suka karya sis ni. boleh ta ekin na ambil sedikit. sbb ad antara yg sis tulis kea mngena dgn ekin. hm sgt mnyentuh hati :')

    ReplyDelete
  3. ‎8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

    1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

    2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

    3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

    4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

    5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

    6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

    7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

    8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

    Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

    (Hadis riwayat Anas Bin Malik)

    ReplyDelete

tamao membebel sekali ker?

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template