SURAT MISTERI
''hish! mana ada. Siapalah yang nak pada Ana ini.'' Ucap Ana perlahan.
Direnungnya wajah ceria Kak Ayu. Kak Ayu hanya tersenyum.
''Ada.. Siapa kata tak ada. Lesung pipit di pipi kanan, tahi lalat di bawah bibir,mahal ini. Kak Ayu pun tak ada benda ini.Kalau orang tak nak, sudah tentu tak akan ada surat datang melayang.''
''Apa maksud Kak Ayu?'' soal Ana kehairanan. bibir kak Ayu mengukir senyum. Dia mencari sesuatu di dalam begnya kemudian menghulurkan sepucuk surat kepada Ana. Hulurannya tidak bersambut.
''kemungkinan itu Surat orang lain.''
''Hish!mana ada surat orang lain. Ini surat Ana lah.Tengok,Terbang Mencari Ana Salihah.'' Kak Ayu menafikan tanggapan Ana.
''Bagi Ana Surat itu.'' pinta Ana.
''mana boleh tapi sebelum kak ayu bagi surat ini,jawab dulu soalan kak ayu.''
''ok, apa soalannya?'' soal ana.
''kak ayu tengok sejak kebelakangan ini, wajah ana nampak muram sangat. ana ada masalah ke?'' tanya kak ayu sambil mengelus lembut bahu ana.
''diari ana hilanglah kak. hari ini sudah masuk seminggu diari ana hilang. susah hati ana memikirkannya.'' jawab ana perlahan.
''itulah pasal.ana ingat ke di mana ana letak diari itu?'' soalnya lagi.
''tak tahulah kak.lupakanlah hal ini. sekarang bagi sini surat itu.''
''nah!ambil surat ana. akak pun teruja nak tahu isi kandungannya.'' ucap kak Ayu disambut gelak tawa dari ana.
''terima kasih.'' ana mula membuka surat yang berada di tangannya dengan debaran.
''sayangku ana..
lelayang cintaku luruh ke mahligai cintamu.disitulah ku temui sangkar derita di hatimu. Izinkan diriku menjadi pelangi menghiasi suram hari mu.selagi kejora tetap didada langit,selagi siang berganti malam,akan ku sisipkan janji kekasih selagi berlantaikan bumi berbumbungkan langit.
ikhlas;
MDi
''romantiknya.. siapa ini ana?''
''entah! tapi tulisan ini...ah!tak mungkin.'' Kak ayu dan ana kehairanan.
''ana rasa siapa?'' soal kak ayu.
''tulisan ini mirip dengan farish tapi tak mungkin dia.'' jawab ana. ana mengeluh berat.
''kenapa pula bukan dia?mungkin dia yang bagi surat ini.''
''akak,kita sekarang ini berada di pusat tuisyen Minda Iman.farish tak ambil extra class di sini.''ana memandang wajah kak ayu yang kehairanan. dahinya berkerut-kerut.
''habis itu siapa?'' tanya kak ayu. wajahnya kelihatan tertekan.ana tersenyum.''sepatutnya akulah yang stress sekarang ini.getus hatinya.
''mungkin psyco.''
''hish! celuparnya mulut. keras hati betul lah adik akak ini.''ucapan kak ayu membuatkan ana ketawa kecil.
BERSAMBUNG.....
0 budak suka membebel :
Post a Comment
tamao membebel sekali ker?