Monday, 4 June 2012

5
Komen

Real K-Pop??

Assalamualaikum kepada semua Pelawat Kebun Epal yang tak berbuah nie.



tajuk pasal K-Pop. pergh... aku tak nak pertikaikan K-pop korang, yang dah tentu terlalu banyak peminat K-pop nie.. (aku pon minat korean film, kdrama, K-pop TAPI -tolak artis- teman tak minat ) kan aku cakap banyak2 pasal K-pop nie, takut ada yang tak puas hati. macam ZZ yg komen pasal K-pop, kena bash.. mana2 yang ulas buruk2 pasal K-pop, semua kena bash. faktanya:

pengaruh K-pop memang kuat,diorang ada peminat fanatik,  betul atau tidak?

Aku tak kata, tak der kebaikan bila minat K-Pop nie... ada jer kebaikannya.. Antaranya ialah:

1: Akan timbul minat untuk belajar bahasa Korea (betul atau tak? )
bagi aku, bagus lah tu... bukan setakat bahasa Melayu, English language, Lughotul Aro'biyah korang pandai.. bahasa Korea yang bagi aku berbelit lidah tu pon,  boleh timbul perasaan ingin mempelajari bahasa tersebut (korea) dalam diri korang.. Aww, that's awesome! 

(sama la cam aku.. aku minat anime so aku lebih berminat untuk belajar Nihon go berbanding bahasa korea nie)

2: korang akan berangan2 yang someday korang akan menjejakkan kaki ke KOREA sama ada untuk melancong.. or timbul keinginan dalam hati korang untuk sambung pelajaran ke negara tersebut. meransang korang untuk bercita2 tinggi.. sugoi minna san!! (bercita2 camtu lagi baik dari takder simpan pape cita2, impian dan harapan kan??)

3: Sekurang2 korang akan bertambah  ilmu pengetahuan. yup.. kenapa aku kata ilmu pengetahuan, sebabnya.. bila korang dah minat sangat, secara tidak langsungnya korang akan tanya pak cik google pasal nama2 tempat yang ada kat korea, makanan tradisi diorang camner and ect. and of course, all of you will learn something from it.. (lupakan english language aku yang teruk..wakakaka)

TAPI!! ada tapi2 gak nie. jangan ler terlebih dos minat kat k-pop.. means TERLALU OBSES! sampai ada yang kutuk k-pop pon, korang boleh lancarkan ''peperangan keyboard'' keatas orang yang kutuk K-pop tersebut sampai ada maki2, carut mencarut..  nak timbulkan riot, nak tukar kerakyatan, malu dok malaysia katanya..adei..nonsense betol korang nie... agak2 la weh.. =..=''

(aku pon minat running man gak, minat k-pop gak, dalam blog nie pon ada background music k-pop gak tapi takder lah sampai nak gaduh2 sesama muslim..disebabkan hiburan, silatulrahim tergadai, tak bagus kan?)

berpada2 lah wahai sahabat...

As for me, aku nak baritahu korang pasal real K-pop yang sebenarnya.. nak dengar real k-pop yang sebenarnya??  okay okay... check this out, guys!



selama nie pon, to tell the truth, aku tido pon, lepas baca doa tido dan sebagainya, aku pakai earphone dan tertido dalam keadaan aku dengar lagu dari kumpulan T-ara, Suju, Beast, 2NE1, boyfriend dan lelain.

tapi lepas aku dengar real k-pop nie, hanya real k-pop nie jer jadi peneman tido aku.. berulang2 kali dimainkan di Winamp sampai aku tertido..

sampaikan aku boleh berangan2 nak dapatkan teman hidup macam dia!! aku tidur sambil didodoi dengan real k-pop nie.. Subahanallah.. Aku harap aku dapat teman hidup macam lelaki korea yang ada dalam video Real K-pop yang aku bagi link kat atas tu.


seriously, aku rela hidup obses dengan real K-pop camtu... :D

ok bai:

5 budak suka membebel :

  1. Rint Ahmad : nice entry :)

    ReplyDelete
  2. walaupun sye minat kpop tp x terfikir pulak nak travel ke negara dorg sebab.... ehehehe xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan semua terfikir.. sesetengah jer..hehe XD

      Delete
  3. Betul Kata awak ramai org nak.bash.bash kpop padahal kpop x bersalah pob

    ReplyDelete

tamao membebel sekali ker?

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template