kalau korang perasan la kan, (kalaulah) dah lama aku tak update blog nie kan? hish... (geleng2kan kepala) bukan apa, sejak dasboard aku nie dah tertukar kepada blog yg newlook yg macam APTB nie, rasa malas nak update.. lambat loading, serious lambat loading. kalau BB aku nie jenis guna kuasa Kuda takper gak, nie tak.. lambat cam labi2 dah.. (dah2..jangan start membebel)
DAN kalau korang perasan gak lah kan, kat blog aku nie, kebanyakan entry2 aku panjang kan?? perghh~ kalau ada readers yang tak suka entry panjang, dah lama dah diorang blah dari blog nie..penat membaca katanya..hihihi nie semua gara2 dapat B+ dalam SPM 2008 dulu nie, semua asyik nak berbentuk karangan yang panjang2 jek. (ah la san, ah la san) tapi tak per, aku berusaha pendekkan lagi entry2 aku yang akan datang.
hari nie niat aku sebenarnya nak cerita satu kisah yang istimewa (sambil melihat ke arah jari2 yang comel berinai ni) TAPI memandangkan aku takder mood lagi nak cerita, (demam) jadi aku taip benda lain dulu.
PERNAH TAK korang terjumpa-tertengok- dengan mata korang sendiri dengan orang yang suka judge kita macam dia kenal kita bertahun2, pastu terasa dia dah faham pe'el perangai kita camner sedangkan kita sendiri tak pernah kenal dia dan dia pon tak kenal kita? tak faham? hurm... camnie-camnie, meh aku terangkan.
katakanlah, terjadinya satu situasi yang amat mendukacitakan (contoh 1) atau hanya dengan melihat sekeping gambar yang menunjukkan budak tu tengah panjat pokok kelapa dengan berpakaian baju sekolah tanpa sebarang caption (contoh 2) then korang rasa apa akan berlaku? meh sini aku nak beritahu apa yang akan berlaku.
AKAN WUJUDNYA HAKIM2, JURI2 yang tak bertauliah atau lebih tepat lagi KEYBOARD WARRIOR..hahaha terutamanya yang jadi hakim2, juri2, pahlawan ABC nie cuma wujud dilaman sosial. yes, laman sosial macam blog, twitter dan lain2. berbalik kepada contoh kedua, nanti banyak lah komen2 dari bapak2, ibu2 hakim kita nie menjatuhkan hukuman. ada yang kata...
''mak bapak tak ajar, bodoh punya budak''
''pergh..hitam gila kulit dia..hahaha panjat2 kat situ, nampak baju sekolah warna putih jer''
''nie mesti kes ponteng kelas nie, bengong toi''
''kecik2 tanak mampus, dah besar jadi camtu plak. takder keje lain ker''
''lawak2... godai (go die ) please''
'' ponteng kelas buat apa bodoh?? g mam laa.. bangsa apa la nie''
''anak setan betul''
nak dibangga apa dengan MELAYU? semua nak berbangga dengan melayu, jarang plak aku nampak orang yg kata dia berbangga jadi MUSLIM. melayu sendiri tak macam orang islam.. hidup lebih kepada barat. cakap boleh laa '' aku bangga jadi muslim, itu ini'' tapi... perangai?? betullah... ISLAM IS PERFECT BUT MUSLIM ARE NOT. disebabkan bangsa melayu la, ISLAM sendiri tercemar.
komen dah lah tak macam orang islam dah, maki hamun, fitnah memfitnah.. kalau orang yang menganut agama lain nampak, ''owh, camnie jer ker perangai orang yang beragama ISLAM?'' haaa...apa kita nak jawab?
manalah tahu, budak yang panjat pokok tu orang susah.. mak ayah tak larat nak keje, pegi cari sesuap rezeki lepas balik sekolah, atau panjat pokok tu nak dapatkan buah untuk minum, lagipun, ada ker sekolah bukak lagi pukul 5;30 petang? =______='' sedangkan dah tertera kat gmbar tu tarikh dan masa lagi... dah tu hakim2 ''cerdik'' nie dengan penuh keadilannya mengatakan ponteng sekolah, tak der keje lain nak buat dan bla bla bla siap dgn maki hamun lagi.
sama jugak dengan orang yang rakam video budak kena belasah hari tu. kita tak tahu kisah sebenarnya, tapi orang yang merakam tu dah berbakul2 terima cacian, makian dari kita.. sedangkan kita sendiri tak berada ditempat kejadian.. dan samalah jugak dengan kes accident yang mengorbankan sepasang suami isteri. ada jugak yang berbangsa melayu nie kata PADAN MUKA, BAWAKLAH LAJU LAGI.. (wth is that??)
orang2 jenis camnie patotnya kena sekolahkan lagi.. kalau setakat belajar tinggi2 tapi IQ cam budak tak sekolah langsung, setakat tunjuk terer kat keyboard, tak guna gak..
cubalah kalau dengar atau melihat sesuatu, cuba selidik dulu, bukan jadi nakharom jer buat kenyataan, buat andaian.. kalau kita tak der ditempat kejadian, selidik lah dulu.. kalau nak jadi macam detektif conan ponnnn boleh.. asalkan jangan buat andaian sendiri, seperti andaian yang berunsur fitnah. cuba kalau ada waris2 dia ker, orang yang kita tuduh ker baca, tak ker hati diorang terluka?? kalau mereka tak maafkan kita, camner? bersiap sedia lah nak cari diorang kat akhirat nanti.
k, bai..
0 budak suka membebel :
Post a Comment
tamao membebel sekali ker?