Monday, 25 June 2012

6
Komen

Sentap mak, nak..

Assalamualaikum

28 APRIL 2012

Gambar diatas menunjukkan 5 orang anak dara yang sopan duduk ditangga menunggu prince charming masing2.. (pedulikan cincin2 emas yang telah tersarung dijari jemari mereka)


kecuali aku lahkan..(kononnya) aku tak tunggu prince charming. aku hanya menunggu Mr. Right aku sahaja..titik. mana boleh nak cari calon yang charming2, sedangkan aku sendiri tak charming, tak ohsem dan sama waktu dengannya..titik.


gambar diatas diambil masa kitorang menginap dekat chalet. Masa nie kami tengah release tension dan huha huha sebab...yer la,  dah habis exam kan. so kami buat keputusan untuk tenangkan jiwa kami yang skema nie di pantai pada 26hb April 2012 sebelum pulang ke negeri masing2.. (cuti semester bermula)


lepas dah bercuti sakan nie, hampir 2 bulan jugaklah aku dok kat rumah, menghabiskan beras dan sekarang nie, cuma tinggal 4 hari lagi lebih kurang nak daftar semester baru. hoyeah..hoyeah.. (melompat ''kegembiraan'' ) kononnya gembira la kan.


belum masuk semester baru lagi, dah ada masalah. yeah... masalah penginapan/asrama. kami sebagai senior, yer..diulangi. SENIOR kemungkinan akan di''halau'' untuk tinggal dirumah sewa. hoooooyeahhh sekali lagi.. adik2 junior, kakak2 memangggg bangga dapat berdikari selepas 2 tahun duduk diasrama tahukkk.. yeah, dunia luar... (smirk)


memandangkan aku nie jenis spesis tak pandai bawak moto, kereta apatah lagi aku tak tau nak drive, jadi aku bercadang nak beli....


tadaaaaaaaa...ohyeah... beskal.


aku boleh bayangkan, dengan berjubah, bertudung labuh, berkasut NIKE (dan kasut jenama lain yg sama waktu dgnnya) dengan beg sandang SAG (backpack bag), angry bird dan domo digantung sampai mati dibeg, dengan hiasan2 lain seperti pin MU dan lelain, bertinggi kan 150cm sahaja.. ohmaiprada, aku rasa dah macam budak sekolah rendah jer nie.. (imaginasi yang hebat..terbaikkkk~)


lepas berbincang dengan rakan2 blogger yang telah add aku kat FB Saya Minatsuki, my penasihat merangkap kawan baik aku sejak dari kecik (kononnyalah), green Apple dan kakak2 yang comel2, akhirnya aku ambik keputusan nak beli beskal jenis camnie...


seriously, nampak girly sungguh! I tak suka laaa.. i hate pink. tengoklah pattern beskal tersebut. nampak macam girly betul dan aku tak berapa nak suka benda2 yang menyerlahkan keWANITAan melayu terakhir aku nie.




Aku lebih suka beskal macam nie..sesuai dengan jiwa muda aku nie.



atau beskal yang macam nie.

Baru sesuai dengan jiwa aku..haha

TAPI tetiba green Apple kata:

''Jangan nak ikut jiwa sangatlah, takut sakit jiwa nanti time nak ulang alik pergi kolej naik beskal raleigh..hahaha''




Sentap girlgirl:

6 budak suka membebel :

tamao membebel sekali ker?

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template