Assalamualaikum..
bila perempuan tu dapat tahu yang lelaki tu, ada hubungan dengan perempuan2 lain, layan wanita lain tu sama je macam layanan lelaki tu terhadap dia, mulalah dia nak mengamuk bak bagai. tambah2 kalau dia tiba2 dapat tahu lelaki tu dah ada awek. mulalah nak tuduh lelaki tu curang dan main2kan perasaan dia.
wush...kesian lelaki tu kan?? dia tak ada maksudkan pape pun. tak ada niat pon nak main2kan that girl sebab dia anggap kawan2 saja maa.. aiyoo. kenapa mau perasan? hello lelaki, awak tahukan perempuan nie camner, hati dia lembut dan mudah suka pada orang yang care pasal dia. tak dengar ke UIA cakap apa
''jangan cuba sentuh hati perempuan kalau kita tak ada niat apa2 terhadap dia'' (lebih kurang ayat dia camtulah)
lagipon kalau nak anggap bestfriend, rasanya susah nak wujudkan BFF antara lelaki dan perempuan nie. mana boleh BFF sangat, surely dalam diam, akan timbul satu perasaan yang lebih dari sekadar kawan baik.
TAPI kalau lelaki plak yang terlebih hormon perasan, aku rasa nak bagi kaki woot! perasan handsome ker apa sampai sanggup upah perempuan jadi tunang dia then serang aku? (hahaha..yes, bab lelaki perasan nie terkena atas aku)
nak dijadikan cerita. aku pergi program, jadi fasi. then masa sesi taaruf tu, aku kenal sorang mamat nie.. dan rupa2nya mamat nie, orang yang aku kenal . pergh.. memandangkan dalam satu program so mestilah kena berkerjasamakan. last day program, dia minta nombor telefon aku sebab dia nak tanya pasal pelajaranlah kononnya sebab exam dah dekat dan dia juga nak ambil gambar2 program yang ada dalam simpanan aku, so senang berhubung nanti.
masa kenal dia lepas program, mesej dekat phone, takder lah mesej2 jiwang2, just mesej yang betul2 perlu jer. kat FB, dia add aku. dia tengok aku rapat dengan lelaki kat FB, dia chat aku kat inbox then tanya sapa laki tu, pakwe ke apa.. so dengan lurus bendulnya aku cakap...
AKU TAK ADA PAKWE.
lepas tu, dia mintak pendrive aku. dia nak gambar program tu, bila aku pergi jumpa dia, dia bagi nasi berlauk lah kat aku. sekali dengan teh o ais lagi. aku tolak tapi dia kata dia bagi ikhlas kerana ILAHI.
dan paling siput sedut tol, dia kata dia ikhlas anggap aku kawan dia kerana Allah. kalau aku ada masalah, please beritahu dia. (dalam hati aku, baiknya dia nie)
dua hari lepas tu, kawan aku yang perempuan nie, datang jumpa aku. datang selidik aku dengan mamat tu jadi camner kan, so aku jawab ler, kawan jer. tak sampai seminggu pon lagi kawan dengan that guy. kawan perempuan aku pon bagilah amaran suruh aku jauhkan diri dari mamat tu.
kawan perempuan aku cakap:
''mamat tu telefon member aku kt kg, suruh member aku menyamar jadi tunang dia then serang kau. sebab kau suka kat dia. jadi dia nak tunang dia datang bagi amaran kat kau. aku dah syak dah yang itu kau bila member aku tepon aku tanya pasal perempuan yang sekampung dengan aku kt kolej nie. kau jer la sekampung dengan aku kan.baik kau jauhkan diri dari mamat tu. aku beritahu nie sebab kau member aku''
dan reaksi aku plak...
kenal tak sampai seminggu, dah fitnah aku suka dia..
baru aku perasan kenapa lately, member2 lelaki yang satu kolej dengan aku asyik panggil aku guna nama that guy. baru aku tahu kenapa diorang buat macam tu. apalah mamat tu gitau member2 dia pasal aku.. So aku pun lepas mengamuk sakan, siap tumbuk2 dinding lagi sebab terlampau marah..aku ambil W2O aku then, mesej dia. aku tak bagitahu pon kat dia yang aku dah tau rancangan dia. cuma aku bagitahu aku dah bertunang dan siap ajak dia jadi pengapit aku lagi kalau aku kahwin nanti..hahaha (siap letak big smile lagi kat mesej tu. kalau dia mintak nak tengok ''tunang'' aku tu, manalah aku nak cari tunang segera nanti, phewww)
esoknya aku checked FB, dia dah remove aku jadi friend dia dan no telefon aku pon dia dah delete.
berkawan kerana Allah, perghhh..ayat..
ladies, jangan percaya sangat dengan spesis jantan mulut manis, mungkin terselit disitu sikap keBUAYAan dan kePERASANan yang terlampau tinggi.
kalau perempuan cepat perasan, takderlah aku hairan sangat. TAPI NIE LELAKI! eeeewwww.. tak macho gilosss perangai.
kalau handsome sangat boleh lah gak nak bajet orang suka dia tapi ni.....pfftttt~ Annoying betol.
N.K: kisah nie dah setahun berlaku. ME GUSTA...haha
pengajaran yg tbaik akak...gmbr yg last tu da cukup 'cramp'kan perut ni^^pape akak, pkongsian yg best...syukran^^
ReplyDeletebudak tu cute..haha
Deletejazakallah... :)
nice one sis :)
ReplyDeleteyg buat nice tu muke budak tu la huhuhu :p
tq kak she... :D
Deletenice dear :)
ReplyDeletehuhuh budak tu cute buat muke camtu :p
yup... memang budak tu cute. nak try buat camtu gak, tapi xboleh plak...hehe
Deletengek la crita ni...kantoi g 2 je....
ReplyDeletehahaha...kan? me gusta :D
Delete