Showing posts with label Segmen. Show all posts
Showing posts with label Segmen. Show all posts

Wednesday, 27 June 2012

8
Komen

GiveAway Contest Gila #1: Watak Kegemaran


Assalamualaikum guys.

Kali nie aku try lagi masuk segmen GA.. kali nie GA disediakan oleh tuan rumah tersebut:

tekan sini kalau nak join : tekan sini, minna san.

Memandangkan tiap kali aku join memana GA, aku TAK PERNAH MENANG..haha tak der Luck may be... kadang2 wat aku fikir banyak kali gak, nak masuk ker tak nak, nak masuk ker tak nak..haha TAPI SERIOUSLY KALI NIE AKU NAK JOIN GA nie, tak kisah menang atau tidak. pergh... aku tak tahulah dari mana idea prince of Noob buat tajuk GA nie. tapi tajuk GA nie OHSEM!! sepanjang aku jadi blogger, inilah satu2nya blog yang aku penah jumpa yang buat GA pasal watak kegemaran, seriously ohsem.

WATAK KEGEMARAN YANG AKU SUKA IALAH:



Tadaaaa... UZUMAKI NARUTO.


Kenapa aku minat gila2 kat dia???


sebabnya naruto-kun seorang yang tabah! seorang yang kelihatan kuat kat luar, tapi sebenarnya..dalam hati dia, dia menanggung penderitaan yang teruk.. kehilangan kedua ibu bapa selepas dilahirkan, dan dibesarkan dalam keadaan FOREVER ALONE, dengan orang2 kampung yang cuma nampak dia hanyalah seekor raksasa kejam tapi sebenarnya kenapa, kenapa dan kenapaaaa orang2 kampung tak boleh nak akui dia. dia pon manusia apa..


walaupon keadaan dia macam tu, dia tetap tak putus asa. dia berusaha kuat untuk buat orang kampung terima dan akui dia.. dia tak pernah putus asa demi mencapai cita2 dia untuk jadi seorang hokage. tak sesekali putus asa!


naruto-kun jugak seorang yang setia dalam persahabatan. dia sanggup buat apa saja demi kawan2 dia. walaupon dulu orang sekeliling dia selalu berlaku tidak adil dan kejam terhadap dia, dia tetap layan mereka dengan baik.. lama2 orang tu sendiri berubah jadi baik..walaupon kadang2 naruto amatlah nakal masa dia kecik tapi itu cuma nak tarik perhatian orang kepada dia..sampai macam tu sekali dia terpaksa buat sebab nak orang perasan akan kewujudan dia.. (  kalau aku.....:'(    )


dan banyak lagilah pasal dia aku nak cerita tapi memandangkan aku takut pembaca boring then aku berhenti dulu. prince of noob kata: 


''hanya mengambil 10 minit daripada masa berharga anda dalam kehidupan ini.''

Tapi bagi aku, lebih dari tu pon aku nak cerita pasal dia. sebab dari situlah aku belajar moral/nilai2 murni yang terselit dari cerita tersebut..


 okay bye.. sebelum aku nangis..sobsobsob
(hey! sapa pasang lagu funeral hokage dan letak bawang kat sini?? i wanto cry)


Sunday, 24 June 2012

2
Komen

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan Part II

Assalamualaikum

memandangkan internet aku tak berapa sihat sejak beberapa minggu nie, susah betul nak BW, update, join memana segmen.. so malam nie, walaupon mengantuk sangat2... (kesian aku..kononnyalah kesian) tapi aku tetap nak join segmen nie.. sebab malam nie internet tetiba laju. cepat2 join..pergh.










Blog Miss Red Apple's Diary hanya mempunyai Followers seramai 226 ORANG SAHAJA, sah sah?


blogger berasal dari negeri: KELANTAN (i'm kelantaness)


''Why so serious? lets be friend. hey, i'm friendly ya know..peace Y''




Wednesday, 13 June 2012

10
Komen

1st SPECIAL GIVEAWAY CONTEST by Qaleshya Umairah

Assalamualaikum


Kali nie aku nak cerita pasal Awesome Love Story Ever

Firstly, aku rasa nie love awesome story aku yang paling aku hargai. Bukan senang untuk cintakan seseorang selepas disakiti dan dikecewakan oleh kekasih pertama kan? samalah macam aku.. bukan senang untuk cintakan orang lain selepas dia. Aku kenal kau pon melalui Dia kan? tak sangka.. aku boleh jatuh cinta dengan kau. kalau orang lain ber'mama', ber'baby' ber'sayang' tapi.. kau panggil aku PUTRI. kau cakap aku putri kau..

cinta kita bermula awal November 2008. Masa kenal kau, seriously memang niat aku nak main2 kan kau, aku terima kau pon sebab nak sakitkan hati Dia..diakan kawan baik kau tapi tak sangka, selepas tu aku betul2 dah jatuh cinta pada kau, Mir.

kau belajar jauh diPekan, pahang. kita tak macam orang lain. bercinta jarak jauh.. rindunya hanya Allah yang tahu. Mir, ingat lagi tak, tiap2 malam kau akan mainkan gitar dan kau nyanyikan sebuah lagu untuk aku, SAAT TERAKHIR.. kau minta aku ingat lagu tu sebab tu akan jadi lagu kita. Masa tu, aku menangis terharu bila dengar kau menyanyi lagu tu. Kau tahu tak Mir, disebabkan kau selalu mainkan gitar untuk aku, aku jadi terlalu minat dengan gitar dan percayalah Mir, sampai sekarang aku minat sangat2 dengar bunyi gitar. (sekarang, aku tengah belajar main gitar)

hampir setahun kita bersama, kita terputus hubungan disebabkan satu situasi.. lepas 3 bulan aku betul2 menderita kerana terlalu rindukan kau, akhirnya aku dapat berita kau dah TAKDER. bukan sekejap Mir aku menderita, 5 bulan Mir.. 5 bulan tu bukan tempoh masa yang sekejap.. hampir setahun lepas tu, kau tetiba muncul lagi...  aku ceritakan kisah nie dalam entry nie SAAT TERAKHIR.

bagi aku walaupun aku teramat cintakan kau tapi life must go on kan? masa tu aku tak dapat nak terima kau lagi, walaupon masa tu hati aku meronta2 supaya aku kembali kepada kau tapi sidia yang bantu aku untuk move on, aku tak boleh nak tinggalkan orang yang selama nie ada untuk aku masa aku amat perlukan sokongan. saat kau suruh aku pilih antara kau atau dia, sebenarnya kau dah bunuh hati aku...

Cinta dan mencintai itu satu keperluan.. walaupon cinta bukan jaminan kebahagiaan yang berpanjangan, kita tetap ambil keputusan untuk jatuh cinta lagi sebab cinta tu anugerah Tuhan buat hambaNya.. walaupon berkali2 disakiti...kita tetap ambil risiko itu untuk jatuh cinta lagi.


Sunday, 12 February 2012

14
Komen

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

Assalamualaikum kepada pelawat kebun epal.






dah lama dah aku tak join mana2 segmen.. sibuk dengan pelbagai mehnah kehidupan seorang aku.
tajuk segmen kali nie Segmen: Jom baca Blog Aku dan aku plak tertarik nak join. ye la.. dah lama dah aku tak blogwalking nie.. aku harap bila aku dah join nie, harap ada blogger diluar sana sudi berkongsi Link.. boleh BW sama2.. :D


tarikh tutup segmen nie pada pukul 10 malam nie.. tarikhnya plak mestilah hari nie kan, 13 februari 2012. syaratnya mudah jer... berikan satu sebab naper naper korang patut baca blog kitorang nie.


berikan satu sebab yang ringkas kenapa mereka patut baca blog anda:


aku pilih sebab nie jer... MENJALINKAN HUBUNGAN UKHWAH SESAMA INSAN. sebab aku suka berkawan dan merayap kat blog2 orang.. then bila dah ziarah2 nie, aku akui blog yang aku singgah banyak bagi aku ilmu, maklumat dan kenal sikap orang tu melalui penulisan diorang.. so singgah blog aku, kita berkongsi link dan insyaAllah, aku akan selalu singgah blog korang.. (panjang ker sebab yang aku huraikan nie..? sorry..ngee~ )


nie plak entry terbaru aku : warkah untuk bakal suami best atau tidak entry nie, terpulang pada penilaian orang yang singgah kat kebun epal nie... 


okey, tu jer aku nak membebel. akhir sekali... salam kenal.. :D


regards:


Wednesday, 2 November 2011

2
Komen

HASRULHASSAN.COM - Kejayaan Manis Blog Saya

Assalamualaikum kepada semua pelawat Kebun Epal


Hari nie aku nak join segmen dari blog tuan blogger nie, nama dia Hasrul Hasan. walaupun sekarang nie, aku tengah demam kura2, timbul habis urat2 kat dahi aku, aku tetap semangat nak join..hehe (apa lah budak nie, mengadap laptop jer tahunya). segmen nie segmen ketiga aku join lepas aku join segmen Ben Ashaari dan Lyssa Secret: Antara Dua dan Segmen Nasz: Bloglist November 2011 so perasaan excited nak join tu tetap membara.. aku kan blogger baru, nak mencuba benda baru tu memang lah tujuan aku sekarang nie.. nak cari pengalaman bila berada dalam dunia blog. orang kata pengalaman tu kan mendewasakan kita.. kan, kan?? (tanya dengan muka serious)


APAKAH KEJAYAAN MANIS DALAM BLOG ANDA


kalau nak diikutkan, sejak buat blog nie, banyak sebenarnya kejayaan manis dalam kehidupan seorang blogger baru macam aku. okey, meh kita tengok preview kehidupan baby blog kebun epal nie..


A: Mula2 buat blog nie, aku tak tido semalaman sebab nak create blog nie, pastu masa tu follower aku cuma seorang jer... (tu pon aku sendiri,hahaha) pastu disebabkan aku nie admin satu page kat facebook, aku try la ping entry aku kat page tu, alhamdulillah, ada lah follower yang ikut.. walaupon masa tu tak sampai 20 orang pon, aku tetap bersyukur. aku nak ucapkan terima kasih kepada kak irdelia sebab dialah yang lantik aku jadi admin page tu, sebab dia,aku kenal dunia blog. terima kasih kak lia, awak selalu dalam hati saya.


B: yang paling best, melalui blog aku kenal apa tu erti blogwalking.. (apa apa apa?? aku tahu laaa, aku nie macam satu pepatah tu, cam monyet sweet baru dapat bunga, erk?? betul ker peribahasa nie?) pastu melalui blog, aku dapat kenal ramai kawan... terutama Pacik Beruang, ekin, pastu ada yang add aku kat facebook sebab diorang suka dengan blog aku. (terharu dah nie) aku dapat kenal ramai kawan baru dari dunia blog.


C: lepas tu, kenangan paling manis gak, bila abg Ben Ashaari sudi follow blog aku yang tak seberapa nie dari segmen pertama aku join kat blog dia dengan lyssa. pastu dia bagi nasihat kat aku supaya beri yang terbaik dalam setiap entry. (seriously time dia follow blog nie, aku ternganga kejap pastu aku dok ulang ayat, ok, fine...ok fine.... okeyyyyy fine??? terus dup dap dup dap jantung aku) macam tak percaya jer dia sudi follow blog nie.


D: bila cara penulisan aku diterima orang... seriously, tu memang kenangan terindah dalam kehidupan seorang blogger cam aku. terima kasih semua...


okey, buat masa sekarang tu jer kenangan manis aku, dan aku yakin hari demi hari aku akan kumpul kenangan terindah bersama baby blog yang berusia 5 bulan nie... terima kasih sebab bagi peluang pada aku untuk menaip entry yang tak seberapa nie.

hanya aku:

Tuesday, 1 November 2011

6
Komen

"SEGMEN NASZ : BLOGLIST NOVEMBER 2011"


Assalamualaikum kepada pelawat Kebun Epal


sepanjang aku jadi blogger baru, segmen nie segmen kedua aku join selepas aku join segmen Ben Ashaari & Lysaa secret: Antara Dua. fuhhhhhhh.... kenapa aku still berdebar bila join segmen blogger terkenal? (kenapa??? kenapa dup dap dup dap) seriously, mungkin ke sebab aku nie blogger baru? (sambil melihat ke arah baby blog berusia 5 bulan) Btw, comelkan Pic Grafitti kat atas nie?hehee... cayalah abg nasz. siapa yang nak join segmen nie, tekan kat sini segmen abang nasz (aku tak kedekut, aku nak korang join jugak) segmen nie akan ditutup pada 1 november 2011 pada pukul 11.00 (haaaa...apa lagi, cepat la join, sempat lagi tu)


KENAPA NAK JOIN BLOGLIST SAYA


Kenapa abang nasz? sebab saya blogger baru. kalau boleh saya nak cari pengalaman gak berada dalam senarai seseorang.. lagipun saya sayang dunia blog..tak tahu kenapa, saya dah jatuh hati pada blog. (maaf, jiwang plak..) bila dah tersenarai, saya harap orang akan tengok blog saya jugak. terpulang pada diorang nak follow atau tidak tapi bila diorang singgah blog saya, saya nak singgah jugak blog diorang.. sebagai tanda penghargaan saya sebab saya suka blogwalking. saya nak kenal dengan blogger lain. terima kasih abang nasz sebab buka segmen macam nie, at least blogger baru macam saya boleh mencuba sesuatu yang baru..terima kasih.. (senyum)


nota kaki: kalau tak tersenarai pon, aku tetap bersyukur sebab aku berani mencuba benda baru. (bagi blogger baru cam aku, benda macam nie benda baru) yang penting aku berusaha lagipon usaha kan tangga kejayaan, Red Apple, fighting!!


ditaip oleh:



Sunday, 30 October 2011

14
Komen

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET: Antara Dua Blog




assalamualaikum kepada pelawat kebun epal


huwaaaaaaa..... (jerit gementar) okey, abis jerit dah.. nampak tak banner kat atas tu..? nampak kan, kan?? (tanya ngan perasaan excited) fuhhhh...actually kan, aku tulis post nie sempena satu segmen. sapa tak kenal Ben Ashaari dan Lyssa Secret? mesti korang para blogger kenal kan??
okey, to tell you the truth, sepanjang blog aku yang dah berusia 5 bulan 3 hari, nie lah segmen first yang aku join kat mana2 blog.


Ya Allah, jam skunk dah menunjukkan pukul 7:13 pm, sempat ker tidak nie??? tik tok tik tok (bunyi jam) aku rasa nak kata..''wey, jangan bunyi camtu, wat jantung aku berdegup kencang jep''


APAKAH PERSAMAAN YANG KORANG BOLEH NAMPAK DI KEDUA DUA BLOG NIE?


-Aku nampak blog lyssa dan ben nie, diorang ada ramai follower dan ada fan page yang tersendiri.
selain tu gak, persamaan yang paling ketara dimata aku as a follower diorang, entry mereka best and bila diorang post entry baru, aku akan terus baca...


BERIKAN PENDAPAT BAGAIMANA NAK MAJUKAN KEDUA DUA BLOG INI. SEBARANG KOMEN?


-Pada aku lah kan, aku nak tengok sangat-sangat kedua2 blogs nie bertambah maju. so aku harap diorang lebih mesra rakyat. diorang memang dah mesra, cuma aku nak diorang lagiiiiiii mesra. biar komen dari pengomen kat entry korang, korang balas komen diorang2 tu even korang ucapkan terima kasih sebab komen kat sini. ini pendapat saya la.. kalau ada teguran yang tak baik, hope korang tabah and jangan mudah melatah.. kalau pendapat saya nie buat korang terasa, maaf..maaf sangat2. huwaaaaaa.... aku rasa macam diri aku akan dihargai sebagai follower korang.. anyway, ben ashaari dan lyysa secret, fightinggggg!!! all the best all of you.


okey..dah siap..aku berperang dengan jam sebenarnya...dup dap dup dap... vs tik tok tik tok... dah2..masa berjalan red Apple


mencuba:


 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template