Showing posts with label kasih ayah. Show all posts
Showing posts with label kasih ayah. Show all posts

Wednesday, 28 November 2012

3
Komen

sampaikan rindu ini padanya

Assalamualaikum wbt kepada pelawat kebun epal..

untuk entry nie..aku cuma nak ucapkan sesuatu kepada seseorang... *senyum*

kat facebook aku ada terjumpa kata2 nie... kata2 dari ustaz Don Daniyal..

bunyinya camnie laaa...


'' jika rindukan seseorang, bacalah AL FATIHAH sambil tangan di dada. dan berzikirlah pada Allah dengan niat semoga dia merasai rindu kita padanya...''


so sekarang nie aku teramat rindukan dia..seseorang yang amat bermakna dalam kehidupan aku dan kami sekeluarga...

hari nie, 29 november 2012...merupakan tarikh ulang tahun ayah aku yang tercinta.. dan mesti korang dah tahukan, hari nie jugak menggenapkan pemergian dia selama setahun 11 bulan.. memandangkan dia meninggal dunia pada 29 december 2010..

rindunya aku pada dia...... kalau betullah kata2 ustaz don tu... ya Allah.... sampaikanlah rasa rindu yang teramat ini kepada Ayahku, ya Allah... aku mohon.... aku mohon dengan sangat... sampaikanlah rasa rindu ini padanya....

ya Rahman Ya Rahim... tempatkanlah ayah dalam golongan orang2 yang beriman... rahmatilah dia...jauhkanlah dia dari azab kubur dan azab api neraka...

Ya Allah... wlaupon diri ini penuh dengan dosa... aku mohon...dengarlah permintaan ku ini, jauhilah ayah dari azab api neraka... tempatkanlah dirinya dalam golongan orang2 yang beriman... limpahkanlah rahmatMu kepadanya.. sampaikanlah rasa rindu ini pada dirinya Ya Allah.. aku mohon dengan sangat...aku mohon dengan sangat... aku mohon dengan sangat ya Allah... perkenankanlah doa ini...

ampunilah segala dosa2 kami... Aamiin...




Thursday, 7 June 2012

4
Komen

So Soon


every time i close my eyes i see you in front of me,
I still can hear your voice calling out my name..
and i remember all the stories you told me, 
i miss the time you were around ( i miss the time you were around)
but i'm so grateful for every moment i spent with you
'cause i know life won't last forever...

(16.12.2010 hospital besar TM)

you went so soon, so soon...
you left so soon, so soon..
i have to move on 'cause i know it's been too long,
i've got to stop the tears, keep my faith and be strong,
i'll try to take it all, even though it's so hard
I see you in my dreams but when i wake up you are gone,
Gone so soon...

( 28.12.2010 koma di Hospital Raja Perempuan Zainab II )

night and day, i still feel you are close to me,
and i remember you in every prayer that i make,
every single day may you be shaded by His mercy,
but life is not the same, and it will never be the same,
BUT i'm so thankful for every memory i shared with you,
'CAUSE I KNOW THIS LIFE IS NOT FOREVER...

( 29.12.2010 akhirnya arwah tinggalkan kami. DAN Arwah berada di Rumah untuk kali yang terakhir )


you went so soon, so soon...
you left so soon, so soon..
i have to move on 'cause i know it's been too long,
i've got to stop the tears, keep my faith and be strong,
i'll try to take it all, even though it's so hard
I see you in my dreams but when i wake up you are gone,


there were days i had no strength to go on,
i felt so weak and i just couldn't help asking ''why?'',
BUT i got through all the pain WHEN I TRULY ACCEPTED
THAT TO GOD WE ALL BELONG, AND TO HIM WE'LL RETURN...

( 29.12.2010 )

Al-Fatihah.... May Allah Bless you, dad.. we love you so much.. :')

MAHER ZAIN'song:
check this out : So Soon

Monday, 18 July 2011

7
Komen

luahan hati seorang gadis


ramadhan pertama.....
 bulan puasa dah dekat... tadi aku tengok2 la video kat youtube. tetiba aku terlihat dan terbaca satu video nie... mengalir juga air mata aku... aku mula terasa kelainan yang bakal aku lalui dibulan ramadhan yang akan datang nanti...


tiba2 aku teringatkan ayah..hati aku jadi sebak. tersekat nada melepaskan suara,terkedu aku seketika.


ayah.....


ayah...maafkanlah kakak....


ayah...maafkan kakak ya... kakak bukan anak yang baik.. ayah.. kakak sayangkan ayah.. kakak rindukan ayah. ayah.. ayah ingat tak dulu-dulu?? masa kakak kecik2.. kakak memberontak dengan mak, merajuk gila2... kakak degil.. ayah lah yang jadi air.. yang menyejukkan kemarahan dan rajuk kakak... ayah ingat tak masa kakak merajuk?? kakak berkurung dalam bilik, tak nak makan.. sebab kena marah kat mak. ayah yang masuk bilik kakak, cakap dari hati ke hati... masa tu kan ayah.. dada kakak macam nak pecah.. sebak gila orang kata. nak jer kakak peluk ayah tapi kakak malu.. kakak kan dah masuk sekolah rendah. malu nak peluk ayah.. ayah usap kepala kakak.. ayah kata mak dan ayah penat berkerja, jadi fahamilah ayah dan mak.. itu yang ayah cakap.. ayah... maaflah. kakak ikut angin kakak jer.. kakak melawan cakap mak dan ayah sebab mak dan ayah tak bagi kakak ikut lawatan  sambil belajar. masa tu... kakak kan kecil lagi..tak faham apa itu erti penat dan lelah.. walaupun kakak camtu.. ayah tetap datang pujuk kakak.. bila kakak tak nak makan, ayah pegang tangan kakak, pimpin kakak ke dapur.. kakak rasa gembira sangat dalam hati kakak, ayah...walaupun muka kakak kelat masa tu tapi hati kakak.........gembira. ayah ada untuk kakak.


ayah...maafkan kakak yer... bila kakak dah meningkat dewasa.. kakak kadang2 tak ikut cakap ayah.. kakak ikut kepala kakak jer... tapi ayah masih sabar melayan karenah kakak...
ayah.... ayah ingat tak.. puasa yang kita jalani bersama..seronok kan... masa tu ayah suka beli air soya..air tebu.. macam2 aneka kuih muih lagi. seronok jer... nak berbuka tu adik2 bising nak pilih air mana nak minum dulu.. masa tu kakak tengok raut muka ayah nampak gembira... mak masa tu, sibuk nak menyediakan juadah berbuka. lepas kita berbuka.. kita selalu pergi solat terawih bersama2..tapi tahun nie... ramadhan pertama tanpa ayah disisi... macam mana ya keadaan nya nanti... akak rasa sunyi jer ayah..... adik2 pun mesti rasa camtu gak kan?


ayah...kakak rindu nak dengar suara ayah... rindu nak dengar gelak ketawa ayah.. rindu nak dengar bebelan ayah..tapi..semua tu dah tak akan berlaku lagi... masa kakak pergi melawat kubur ayah.. kakak gagal menahan air mata kakak daripada mengalir keluar sebab kakak tahu kakak telah gagal menjadi anak yang solehah masa ayah ada...ayah..maafkan kakak yer..


banyak yang kakak nak beritahu ayah.. ayah.. kakak boleh pointer tinggi dalam peperiksaan. banyak kali kakak gagal dan semangat kakak hilang lepas ayah pergi tapi kekuatan adik beradik, kekuatan mak telah memberikan kakak kekuatan dalam meneruskan kehidupan kakak.. kawan2 pon banyak yang menolong kakak,ayah..


kawan baik akak...

ayah dia pon dah tak ada..... jadi dia banyak memberikan kata sokongan dan semangat buat kakak, ayah....
ayah.....doakan kakak berjaya dunia dan akhirat ya... satu hari nanti kakak nak jumpa ayah... kalau boleh kakak nak peluk ayah...ayah tunggu kakak ya...



kali terakhir kakak peluk ayah, masa tu ayah koma kat hospital..luluh hati kakak bila lihat tubuh ayah semakin kurus. sehari sebelum ayah meninggal.. kakak peluk ayah tapi pelukan tu tak sehangat pelukan ayah untuk kakak masa kakak kecil2 dulu... dingin jer.... kakak menyesal sebab tak peluk ayah masa ayah sedar dan sihat....maafkan kakak yer ayah.... kakak gagal jadi anak yang baik.


zaki walaupon masih bersedih, dia tetap cuba tersenyum... walaupon masa tu dia baru pas nangis.. senyum tu kadang2 satu penipuan yang menarikkan ayah... senyum yang mampu menutupi rasa derita... senyum yang buat orang kata kita tak apa2.. sekarang ayah.. akak belajar untuk senyum macam tu. kakak nak kuat demi Adik2 dan emak...


rafizal... ayah tahu, selepas ayah tak ada.. dia dah pandai baca yasin. umur dia yang baru berusia 10 tahun dah pandai baca yasin tanpa perlu tengok kitab..dia hafal ayah.. dia kata dia nak selalu hadiahkan yasin buat ayah.


mereka semua teruskan kehidupan masing2.... sebab mereka tahu perpisahan ini bukan untuk selama2nya..





nie kakak yang sekarang ayah... kakak dah berubah ayah... terima kasih sebab suruh kakak belajar di kolej islam.... kakak dah banyak berubah... terima kasih ayah....

ayah... maafkan kakak ya...

al-fatihah....






Wednesday, 15 June 2011

3
Komen

Rintihan Hati seorang Ayah Buat Anak Tercinta

hush.. dah lewat nie..
detik hatiku selepas melihat jam didinding. aku terus menoleh ke arah kawan-kawan yang sedang menonton movie dilaptop erin. aku tersenyum melihat gelagat mereka. mana tak nya.. muka masing-masing nampak ketat. ada yang mengerutkan kening, ada yang melopong. movie apa yang dilihat oleh mereka..???

laaaa..... patutlah.. citer zombie rupanya. mana tak melopong lau tengok scene yang tercabut kaki la.. terputus kepala la.. macam-macam lah adengan yang boleh buat tekak kita kembang.aku menggeleng-gelengkan kepala.

''woi.. dah-dah la tu.. jom la tido. dekat pukul satu dah nie ha.." kata ku lantas menyertai mereka.

"wushhhh! best la plak der.. join2" kata ku dengan tiba2. meraka tergelak. mana tak nya.. aku suh diorang tidur tapi aku sendiri yang melekat tengok cerita tu.

masa terus berlalu~

"jom tido.. kul 1;30 dah nie." ajak erin. aku terus bangun dari tempat duduk dan berjalan perlahan2 ke arah katil.

mata ku terpandang pada buku berwarna kuning
 erm... buku aper nie? fikirku lantas mencapainya.
"orientation week book"
cam menarik... aku tersenyum sendiri lantas menarik kerusi dan mengambil tempat dimeja bacaan.

"wey.. tak nak tido lagi ker?" tegur erin.

"xmboh r.. aok tido r dulu. koi nak bacer nie jap." jawab ku sambil tersengih. erin tersenyum sambil mengangkat bahunya. dia kemudian terus memejamkan mata.

aku tersenyum sebelum pandangan ku jatuh ke arah buku diatas meja.

"rintihan hati seorang ayah buat anak tercinta?" ujarku perlahan..

wahai anakku...
ayah ingin memohon kemaafan diatas segala kekasaran yang telah ayah lakukan kepada kau nak.. namun, cubalah kau sedari bahawa ayah sebenarnya tidak ingin untuk menyakiti samada fizikal mahupun rohani mu. ayah lakukan demikian semata-mata ingin melihat kamu menjadi seorang manusia yang beriman.. yang patuh kepada setiap suruhan allah taala dan rasulnya, dan untuk membentuk akhlakmu yang mulia sehinga kamu disegani oleh manusia disekelilingmu.

wahai anakku..
cubalah kau renungkan kembali apa yang telah kau perolihi dari allah s.w.t dengan penderitaan tulang dua kerat ini. cubalah kau renungi siapakah yang terpaksa keluar seawal pagi hanya untuk mencari dan memberikanmu sesuap nasi?? Ayah terpaksa menahan kelaparan yang amat hanya untuk memberikan mu kekenyangan.

aku terdiam... terasa sesak dada ini.. namun terus ku baca rintihannya.

wahai anakku..
pernahkah kamu cuba mendalami hati sanubari dan kedukaan yang menimpa diri ayah sebagaimana ayah cuba menggembirakanmu ketika kamu menangis teresak-esak dengan memenuhi segala kehendak hatimu? pernahkah kamu memikirkan samada ayah berada dalam kepenatan mahupun kesakitan??

terasa ada kehangatan menjalar dipipi.. ku sentuhnya..dan rupa-rupanya.. aku menangis?? kenangan mula terlayar diingatan. ayah.. ya.. ayah... aku teringatkan ayahku. teringat ayah sentiasa ada disaat aku kesedihan. dan tersenyum gembira saat melihat aku bahagia. teringat segala jerih perihnya untuk menyediakan keperluan aku walaupun masa tu, kewangan tidak mengizinkan. tapi dia tetap berusaha untuk memenuhi keinginan ku.. tapi aku... terbit keluhan kecil dibibir ku. wajah ku raup lembut..

wahai anakku,
ayah sudah letih.. tubuh ini mulai longlai dimamah usia yang semakin mendekati kematian.. ayah tidak sesekali menyalahkanmu diatas kesilapan yang telah kamu lakukan kepada ayah kerana sebenarnya ayah amat menyayangimu. tubuh ayah sudah mula kehilangan tenaga. ayah mula merasakan kesakitan yang amat menyakitkan. mungkin inilah tanda akhirnya hayat ayahmu ini. kau tidak perlu bimbang lagi kerana selepas ini tidak akan ada lagi orang yang akan menengkingmu.

teresak-esak aku menangis. aku mengetap bibir.. terasa seolah-olah ayahku sedang berbicara denganku. kenangan terimbau lagi~

petang tu.. dengan tubuh bongkoknya yang terketar-ketar, dia datang menjemputku distesen bas. ini ayah ker? kenapa tubuh ayah dah bongkok sangat. seingat aku.. ayah tak macam nie. aku hidup diperantauan untuk menuntut ilmu. sebak dihati semakin menjadi2 bila melihat ayah selalu batuk2. kadang2 batuknya semakin kuat sampai batuknya mengeluarkan darah. dia selalu berkata lau dia dah tak ada.. belajar bersungguh-sungguh...jangan gaduh ngan adik2. kena jaga mereka dan mak.

dugaan datang menimpa.. ayah dimasukkan kedalam wad. demam panas dan batuknya semakin menjadi2. kesan daripada kemalangan..sepanjang berada diwad hospital tanah merah, dia selalu kata nak balik rumah. dia rindu nak makan ngan adik2. tp doktor tak bagi dia balik rumah. dua minggu dia berada dihospital. mak suruh aku balik rumah. suruh aku jaga adik2. dengan berat hati aku tinggalkan ayah. masa nak balik rumah, ayah tersenyum dan berpesan supaya aku jaga diriku baik2 dan belajar betul2. aku selami tangan ayah.. dengan senyuman dibibir, aku memberikan lambaian terakhirku padanya. keesokan harinya, mak telefon. katanya ayah terpaksa dipindahkan ke hospital kota bharu. berdebar jantungku lebih kuat dari biasa. setahu aku, kalau kena pindahkan ke hospital kota bharu, pesakit tu dalam keadaan yang teruk. ayah macam mana mak.. soalku.. jawapan mak.. ayah tidur lagi. masih tak sedarkan diri.
seminggu ayah disana, aku masih tak dapat nak jenguk ayah. tiap kali aku telefon, mak hanya cakap.. AYAH MASIH TIDUR. DIA LETIH..
aku mengeluh.. lamanya ayah tidur..

28/12/2010.. akhirnya aku ada peluang nak jenguk ayah. punyalah aku excited nak melawat dia. bila aku jejakkan kaki ke wad CCU, luluh hatiku melihat keadaan ayah.. mak.. naper tak cakap ayah koma...... 
mak tinggalkan aku dan ayah bersendirian dibilik itu. aku sentuh tangan ayah..sejuk.. aku kucup pipi ayah.. terasa dingin. ku tatap mata ayah yang terbuka.. begitu payah dia nk bernafas,, turun naik dadanya. air mata mengalir laju dipipi. aku genggam tangan ayah.. tiada kehangatannya lagi.

''ayah.. bangunlah. kenapa asyik tidur jer.. bangunlah ayah. nie kakak dah datang. kakak datang jenguk ayah. cepatlah sedar ayah. adik2 pun tengah tunggu ayah bangun. ayah kata ayah nak makan dengan kami kat rumah. ayah... bangunlah. kakak dah lama tak masuk kelas. ayah bangunlah marah kakak sebab kakak dah ponteng kelas. kenapa ayah diam jer... ayah... ayah tak rindu kami ke? kami rindukan ayah.'' soal aku sambil teresak-esak. tapi ayah diam jer..

''ayah.. maafkan dosa kakak kalau selama kakak jadi anak ayah nie, kakak ada banyak wat salah. maafkan kakak dunia dan akhirat ayah.. halalkan makan minum kakak..." kataku sambil mengucup tangannya.. lama bibirku melekat ditangannya.
kupandang wajah ayah.. kelihatan air matanya keluar.. ayah dapat dengarkan? bisik hatiku. kupeluk tubuh kurus ayah dengan erat.
tuhan... janganlah kau pisahkan aku dengan dia.. jerit hatiku. 

wahai anakku,
jika kamu masih lagi menyayangi tubuh yang hina dipandanganmu ini, maka diri ini hanya mengharapkan kau selalu mendoakan diri ini agar selalu diredhai oleh allah s.w.t dan ditempatkan bersama-sama para auliya' shuhada dan para solihin. ketahuilah bahawa ayah sebenarnya amat menyayangi dirimu.....

ditakdirkan allah.. tanggal 29/12/2010.. ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama2nya.. ayah.. walaupun kita berpisah didunia ini.. ini hanyalah perpisahan sementara. satu hari nanti, bila tiba giliran kami.. kami akan bertemu ayah. ayah.. hanya kalungan doa sebagai hadiahmu disana. 

ya allah.. kau ampunilah segala dosa ayah.. tempatkanlah dia dalam golongan orang yang menerima salam mu. jauhkanlah dia dari azab api neraka.. tempatkanlah dia dalam golongan orang2 yang beriman. ameen ya rabb.

Al-Fatihah...

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template