Tuesday, 27 December 2011

2
Komen

AKSES 3 part 1

Assalamualaikum kepada pelawat kebun Epal



Hari nie aku nak ceritakan satu kisah... enjoy reading okeh...(cerita betul rasanya..hehe)

''salihah... nanti join AKSES 3 kat Hotel Perdana KB tau hujung minggu nie...'' ujar Cikgu Ruhul Adila lantas mengejutkan aku yang ketika itu sedang asyik merenung wajahnya.


''haa? AKSES apa cikgu?'' tanya aku sedikit ragu-ragu.


''AKSES 3.. Akademik seminar eSastera.. sebenarnya sekolah nie nak hantar calon tingkatan 4..''


'' tapi cikgu..kan salihah nie pelajar tingkatan 5..''


''cikgu tahu kamu berbakat dalam bidang penulisan.. jadi cikgu nak kamu join program nie, semoga kamu boleh ambil sesuatu dalam program macam AKSES nie. pasal calon tu kamu jangan risau, cikgu dah pilih khairul izuan, shihabuddin dan nurul izzah. jangan beritahu rakan sekelas kamu, cikgu pilih kamu secara senyap2 nie tau.. kalau diikutkan ramai budak2 form 4 tu nak ikut tapi jumlah peserta dari sekolah kita nie terhad untuk 4 orang jer..'' ujar Cikgu Ruhul. 


nie mesti sebab aku minta tolong cikgu taip sajak yang aku reka hari tu.. sebab tu cikgu pilih aku. getus hatiku. Aku tersengih sambil menggaru-garukan kepala yang tidak gatal.


''jadi...nak pergi tak?'' soal Cikgu Ruhul sambil tersenyum memandang wajah aku.


'' nak... bila kita nak pergi? ''


'' program tu bermula hari khamis, 7 Febuari.. nanti jumpa kat sekolah okey..''


''okey cikgu.. saya minta diri dulu yer cikgu. masa rehat pun dah nak habis nie..'' kataku sambil tersenyum.. Cikgu Ruhul menganggukkan kepalanya..


'' haa.. lagi satu, dengar kata A.Samad Said pun akan turut serta..'' kata2 Cikgu Ruhul semakin membuatkan senyum dibibirku bertambah lebar.


''betul ke cikgu?!''


'' ya... dah2, balik ke kelas cepat..'' arah cikgu Ruhul sambil tergelak melihat reaksi wajah gembira ku.


--------------------------------------------------------------
7 Febuari 2008


''betul ke nak pergi nie... kan demam panas tu...'' soal Mak dalam nada cemas..


''Nak pergi.... urm....''


''degilnyalah budak nie... ish....'' Kata mak sedikit geram dengan perangai aku.


''Alaa... biarkanlah dia.. kalau nak pergi, telan ubat demam ni. pastu pergi siap cepat2. kesian cikgu tengah tunggu kamu tu..'' Tiba2 Ayah mula bersuara. Kata2 Ayah membuatkan aku tersenyum. Air mata segera disapu dan tanganku lincah menyambut ubat yang dihulurkan oleh ayah.


-------------------------------------------------------------------------
(bersambung....)


tulisan pena:


2 budak suka membebel :

  1. @ belakang garisan pena: ha.ah... hehe tak sabar rasanya nak terus mencoret kenangan nie, mana lah tahu, kot2 nanti diorang terbaca kisah nie, dpat jejak kasih balik

    ReplyDelete

tamao membebel sekali ker?

 
Miss Red Apple's Diary Blogger Template by Ipietoon Blogger Template